Thursday, January 27, 2011

BILA HUKUM POTONG TIADA...MENCURI MENJADI2....REMAJA DAH MULA MENCURI....INI JUGA MUSIBAH DARI ALLAH KERANA DEGIL....

NEGARA


Paksa anak yatim cari dana


ANGGOTA penguat kuasa menyiasat penghuni sebuah pusat tahfiz di Port Dickson semalam manakala gambar kecil ialah anggota kerja pusat tersebut.


PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.
Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.
Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.



NEGARA


Cucu, rakan didakwa bunuh datuk


Seorang remaja dan rakannya didakwa membunuh Mohtar di Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan semalam.


JEMPOL – Dua remaja lelaki termasuk seorang cucu kepada pasangan warga emas yang menjadi mangsa rompak dan bunuh di Felda Palong Dua di sini pada Januari lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret Bahau di sini semalam.
Kedua-dua tertuduh yang berusia 17 tahun didakwa atas dua pertuduhan iaitu membunuh Mohtar Yusoh, 71, dan satu lagi pertuduhan mencederakan isteri Mohtar, Halimah Mad Yasin, 57.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di alamat No. 305, Blok C Palong Dua, Felda Palong Dua pada pukul 8 malam pada 13 Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh yang tinggal di Melaka mengangguk-angguk kepala tanda faham atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Ellyana Razali.


NEGARA


4 Tengku dakwa didera


EMPAT beradik yang mendakwa menjadi mangsa dera, dari kiri Tengku Siti Nor Asy'adah, Tengku Khatijah, Tengku Siti Noras'syakirren dan Tengku Mohd. Al-Moqarobin di IPD Setiu semalam.


SETIU - Empat beradik terpaksa lari dari rumah selepas mendakwa sering didera bapa kandung sendiri dalam kejadian di Kampung Beris Tok Ku di sini semalam.
Difahamkan Tengku Khatijah Tengku Mamat, 14, Tengku Siti Noras'syakirren, 10, Tengku Mohd. Al-Moqarobin, 7, dan Tengku Siti Nor Asy'adah, 8, meninggalkan rumah mereka kira-kira pukul 1 pagi sebelum berjalan kaki sejauh lapan kilometer menuju ke Kampung Guntong Luar dekat sini.
Bagaimanapun, empat adik beradik malang itu ditemui dalam keadaan keletihan dan basah kuyup di sebuah wakaf di tepi jalan oleh seorang pesara tentera berusia 44 tahun kira-kira pukul 7 pagi.
Menurut Tengku Khatijah, mereka terpaksa melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap panas baran bapa mereka yang berusia 58 tahun itu.
"Kami tak sanggup lagi hidup bersama bapa kerana perangai bapa tidak seperti orang lain. Lebih baik kami lari dari rumah daripada terus terseksa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam.


NEGARA


Remaja 13 tahun hilang selepas ikut kakak ke KL




KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang sepatutnya mendaftar masuk ke tingkatan satu tahun ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kolam Abu, Machang, Kelantan sejak dua bulan lalu.
Remaja itu, Yusnashuha Yusoh (gambar) yang merupakan anak bongsu daripada 10 beradik dilaporkan keluar bersama salah seorang kakaknya, Yusnizaayu, 27, seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha pada November lalu dengan kebenaran ibu mereka.
Kakak mangsa, Yusrina Yusoh, 33, berkata, Yusna mengikut adik keempatnya ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Katanya, kali terakhir mangsa berjaya dihubungi ialah pada 24 Januari lalu oleh salah seorang ahli keluarganya dan menyatakan keinginannya untuk pulang segera ke rumah.



TERKINI


USM hantar pelajar perubatan ke India

27/01/2011 4:18pm

GEORGETOWN – Penuntut kursus perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) kini melangkah jauh ke peringkat antarabangsa apabila mereka dikehendaki menjalani program perubatan antarabangsa di Universiti Pendidikan Karnataka Lingayat (KLE) di Belgaum, Bangalore, India.
Naib Canselor USM, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak berkata, setakat ini sebanyak 43 orang penuntut perubatan itu telah menjalani program perubatan di KLE sejak September tahun lepas.
Beliau berkata, program yang ditawarkan pada sidang akademik 2010/2011 itu menghendaki penuntut mengikuti pembelajaran selama lima tahun di KLE sebelum dianugerahkan Ijazah Perubatan oleh USM.
"KLE mempunyai 40 tenaga kepakaran serta memiliki infrastruktur yang dilengkapi dengan enam dewan kuliah, makmal dan mempunyai hospital latihannya sendiri bagi melahirkan graduan perubatan yang berkualiti,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, hasil lawatan ke KLE juga mendapati kemudahan dari segi pembelajaran adalah lebih baik dan mencabar apabila penuntut diberikan kebenaran menggunakan mayat manusia yang didermakan dari hospital untuk bedah siasat di makmal autonomi.
KLE ditubuhkan sejak 90 tahun lepas dan kini mempunyai 80,000 penuntut dari seluruh India. – Bernama




TERKINI


Jumlah kematian kerana nahas meningkat

27/01/2011 2:46pm

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian kerana kemalangan di Selangor meningkat 17 peratus atau tujuh kematian daripada 36 kematian pada 2009 kepada 43 kematian tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, walau bagaimanapun jumlah kes kemalangan jalan raya di Selangor telah berkurangan daripada 4,027 kes pada 2009 kepada 4,010 kes pada tahun lepas iaitu pengurangan 17 kes atau 0.42 peratus.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Sikap ke-23 peringkat Selangor di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini hari ini.
Thaiveegan berkata, kawasan hotspot di Selangor masih kekal seperti 2009 iaitu 52 kawasan dikenal pasti dan kawasan Kuala Selangor merekodkan paling banyak berlakunya kemalangan. – Bernama



TERKINI


Mesti berada di rumah sebelum 8 malam

27/01/2011 3:32pm

KUALA LUMPUR – Seorang bekas juruwang sebuah kedai Internet diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini supaya berada di rumahnya sebelum pukul 8 malam setiap hari untuk tempoh setahun sebagai syarat bon berkelakuan baik setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah wang tunai RM1,354 milik majikannya.
Hakim S.M. Komathy Suppiah mengingatkan Chang Yee Soon, 21, dari Slim River, sekiranya dia melanggari bon tanpa cagaran RM10,000 selama tempoh tiga tahun dan jika ditangkap oleh polis untuk sebarang kesalahan jenayah, dia akan dipenjarakan.
"Kamu nampak emak kamu menangis bukan? Saya hendak awak balik rumah sebelum pukul 8 malam setiap hari untuk satu tahun dan pegawai penyiasat akan periksa.
Sebelum itu, Komathy bertanyakan ibu Yee Soon, pukul berapa anaknya pulang ke rumah setiap hari, dan Lim Bee Choo menjawab anaknya itu balik ke rumah pukul 10 malam.
Pada 6 Oktober tahun lalu, Yee Soon mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah sejumlah RM1,354 iaitu wang kutipan harian Atomic Network, No. 12 Plaza Sinar, Jalan 8/38D, Taman Sri Sinar, Segambut, antara pukul 6.23 petang pada 1 September, 2010 hingga 9.36 pagi keesokan harinya.
Yee Soon, yang dijamin oleh bapanya pada 11 November lepas, berada dalam tahanan reman selama lebih sebulan sebelum dia menukar pengakuannya pada hari ini. – Bernama



NEGARA


Silap tempat curi motosikal


AHMAD JOHARI menunjukkan rangka motosikal yang ditemui semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam.


MARAN - Penjenayah curi motosikal bergelar Geng Piramid yang aktif setahun lalu tumpas apabila mereka tersilap langkah mencuri motosikal di kawasan perumahan polis di Temerloh baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, penahanan sembilan anggota kumpulan itu diyakini dapat menyelesaikan 18 kes mencuri motosikal yang dilaporkan di Pahang dan Selangor sejak setahun lalu.
Penangkapan kumpulan suspek itu bermula dengan penahanan empat anggota Geng Piramid pada 8 Januari selepas mereka mencuri sebuah motosikal dalam kawasan perumahan polis di Temerloh.
"Penangkapan empat anggota kumpulan terbabit yang masing-masing berumur 18 tahun termasuk ketua mereka membawa kepada penangkapan lima lagi suspek yang yang berumur 17 hingga 26 tahun di daerah ini," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Ahmad Johari, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kecurian sebuah motosikal di kawasan Perumahan Kakitangan Polis Temerloh Jaya telah membawa kepada penahanan empat suspek pada pukul 11 malam pada 8 Januari lalu.
Polis menahan lima lagi lelaki di daerah ini dalam operasi yang dimulakan dari 8 Januari hingga 12 Januari.
"Suspek-suspek kemudian menunjukkan lokasi tempat mereka membuang rangka motosikal curi iaitu di Tasik Bukit Kebok berdekatan Kampung Sentosa dekat sini," kata beliau.

No comments:

Post a Comment