Wednesday, January 26, 2011

BILA ZINA TAK DIREJAM ATAU ROTAN 100X SEBATAN...BILA CURI TAK DIPOTONG TANGAN....MAKA TERIMALAH MUSIBAH BERTIMPA2.....INI SEBAB INGKAR MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH.....MAKA BERTAUBAT DAN BERTAKWALAH.....

Mengalah takut adik diperkosa



KUALA LUMPUR: Bimbang adik perempuannya berusia 16 tahun diperkosa, seorang pereka dalaman berusia 25 tahun terpaksa menyerahkan RM600 dan telefon bimbitnya selepas disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan pisau di pejabatnya di Laman Rimbunan, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu itu, kedua-dua suspek berkeliaran di kawasan berkenaan secara tiba-tiba menghampiri mangsa menurunkan barang daripada keretanya di hadapan premisnya itu.

Menurut sumber, suspek berusia lewat 30-an itu mengugut dengan meletakkan pisau di leher mangsa.
“Mereka juga mengarahkan mangsa masuk ke pejabatnya sebelum diminta menyerahkan wang tunai serta barangan berharga.

“Mangsa mendakwa tiada wang, namun mengalah apabila suspek mengugut mahu merogol adiknya kebetulan dalam premis,” katanya.



Pisau lekat pada leher



KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan pisau masih tertusuk di lehernya selepas dikatakan keluar dari rumah untuk menghantar makanan kepada suaminya di kebun getah di Kampung Bunsut, Jalan Batu 8, Lawa Mandau, Telipok, dekat sini, kelmarin.
Wanita malang berusia 51 tahun dikenali sebagai Aisah Jannalah itu ditemui suaminya, Otong Kadri, 53, kira-kira jam 3 petang ketika mencari isterinya selepas mangsa tidak muncul setelah lebih sejam menunggu hidangan tengah hari yang sepatutnya dihantar mangsa.

Difahamkan, suami mangsa yang curiga mencarinya di sekitar kebun getah itu.
Panggilan ke telefon bimbit isterinya juga tidak berjawab.

Sebelum kejadian, lelaki itu mendakwa menghubungi isterinya kira-kira jam 1 tengah hari menyuruh wanita berkenaan menghantar juadah tengah hari kepadanya di kebun getah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

Bagaimanapun, dia bimbang berlaku sesuatu apabila Aisah tidak muncul selepas menunggu lebih sejam menyebabkan Otong mengambil keputusan mencarinya dengan ditemani anak tiri dan dua sepupunya.

Namun, dia terkejut apabila menjumpai nasi bertaburan di atas tanah sebelum menemui isterinya yang hanya berbaju-T dan lebih mengerikan apabila pisau masih terpacak di lehernya.

Tergamam dengan penemuan itu, suami mangsa menghubungi anak mereka, Hakim Otong, 32, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, anggotanya mengambil masa hampir dua jam untuk tiba di tempat kejadian berikutan terpaksa mengharungi jalan tidak berturap sejauh lebih lima kilometer dari jalan utama.

“Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel selain sebilah pisau tertusuk di lehernya.

“Tudung, seluar dan seluar dalam dipakai mangsa ditemui tidak jauh dari mayatnya dan siasatan awal polis juga mendapati barang milik mangsa didapati hilang,” katanya.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat mangsa ketika ditemui, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol sebelum dibunuh.

Ahmad Sofi berkata, polis kemudian menahan suami mangsa dan anak tirinya untuk membantu siasatan apabila masing-masing memberi keterangan bercanggah berhubung kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 Pelaku sakit mental, gila meroyan
KUALA LUMPUR: “Wanita itu berkemungkinan menghidap penyakit mental atau gila meroyan akibat tekanan dialami sepanjang tempoh mengandung sehingga tergamak membunuh bayi sendiri tanpa belas kasihan,” kata Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Hussain Habil.
Beliau mengulas laporan muka depan akhbar Harian Metro mengenai seorang ibu muda yang tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa.

Dr Hussain berpendapat, tindakan melakukan sesuatu perbuatan itu secara berulang tanpa henti menunjukkan si pelaku sudah lama menyimpan masalah yang dihadapi tanpa berkongsi dengan orang lain.
“Apabila mereka mempunyai peluang untuk melepaskan segala bebanan yang ditanggung maka ia akan menyebabkan si pelaku hilang kawalan serta bertindak di luar batasan,” katanya.

Katanya, risiko itu akan berganda jika hubungan kekeluargaan lemah dan mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah di samping tekanan kerja dan kewangan mahupun hubungan sosial.

Namun, beliau juga tidak menolak wanita itu menghidap gila meroyan sekaligus boleh mengganggu kewarasan akal fikirannya sehingga bertindak kejam apatah lagi dia ditinggal berseorangan tanpa sebarang pemerhatian dan kawalan ahli keluarga.
KUALA LUMPUR: “Wanita itu berkemungkinan menghidap penyakit mental atau gila meroyan akibat tekanan dialami sepanjang tempoh mengandung sehingga tergamak membunuh bayi sendiri tanpa belas kasihan,” kata Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Hussain Habil.
Beliau mengulas laporan muka depan akhbar Harian Metro mengenai seorang ibu muda yang tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa.

Dr Hussain berpendapat, tindakan melakukan sesuatu perbuatan itu secara berulang tanpa henti menunjukkan si pelaku sudah lama menyimpan masalah yang dihadapi tanpa berkongsi dengan orang lain.
“Apabila mereka mempunyai peluang untuk melepaskan segala bebanan yang ditanggung maka ia akan menyebabkan si pelaku hilang kawalan serta bertindak di luar batasan,” katanya.

Katanya, risiko itu akan berganda jika hubungan kekeluargaan lemah dan mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah di samping tekanan kerja dan kewangan mahupun hubungan sosial.

Namun, beliau juga tidak menolak wanita itu menghidap gila meroyan sekaligus boleh mengganggu kewarasan akal fikirannya sehingga bertindak kejam apatah lagi dia ditinggal berseorangan tanpa sebarang pemerhatian dan kawalan ahli keluarga.

“Individu yang menghidap simptom ini tidak boleh dikenal pasti secara fizikal kecuali apabila pesakit dibawa berjumpa pakar dan mendapatkan rawatan lanjut.

“Biasanya, penyakit gila meroyan ini berlaku akibat tindak balas hormon badan selepas melahirkan anak termasuk beberapa sebab lain seperti tumpah darah, jangkitan kuman dan pengambilan makanan tidak berkhasiat,” katanya.



Kedai peralat pelajar tahfiz jual barang diserbu



PORT DICKSON: Sebuah premis perniagaan dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barangan di sekitar negeri ini dan Melaka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan di Lukut, pagi semalam.
Ketika serbuan, terdapat kira-kira 80 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di premis lot kedai yang turut menempatkan pejabat operasi perniagaan.

Harian Metro difahamkan, kanak-kanak berkenaan pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah dan berada di situ untuk beberapa hari bagi menjalankan perniagaan.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kanak-kanak terbabit yang mengutip derma dan menjual barangan.

“Kanak-kanak terbabit mengutip derma dan menjual barangan sekitar bandar ini, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Nilai di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

“Berikutan itu, pihak kami memeriksa premis terbabit dan tiga kakitangan di situ ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Lukut untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, serbuan itu turut disertai polis, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

MPPD dalam satu kenyataan menyatakan lima saman dikeluarkan terhadap pengurusan premis itu, iaitu kesalahan melakukan binaan tanpa kelulusan, berniaga tanpa lesen dan menggunakan premis perniagaan sebagai stor.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Pusat Rawatan Cinta Negeri Sembilan/Melaka, Badrin Mispami berkata, penjualan barangan oleh pelajar pusat tahfiz itu sebahagian daripada aktiviti kokurikulum bertujuan menjadikan mereka ahli perniagaan berjaya pada masa depan.

“Pusat itu hanya dijadikan transit apabila pelajar menjual barangan sekitar negeri ini antara dua hingga tiga hari,” katanya.


Lelaki berusia malu jumpa doktor



KUALA LUMPUR: Golongan lelaki warga emas berusia antara 50 hingga 60 tahun, didapati lebih gemar ‘merawat’ sendiri masalah lemah tenaga batin yang dihadapi mereka melalui pengambilan ubat-ubatan kuat tanpa merujuk pakar perubatan, kerana ego dan malu bertemu doktor.
Sebaliknya, golongan muda pula dilihat bersikap terbuka dan tidak mempunyai sebarang rasa janggal bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan masalah berkenaan, berikutan tahap kesedaran yang lebih tinggi di kalangan mereka.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby (gambar) berkata, golongan lelaki muda tidak menganggap masalah itu ada kaitan dengan maruah atau menjejaskan status kelelakian, sebaliknya mereka sedar ia masalah kesihatan yang perlu dirawat dan mampu dipulihkan sekiranya mendapatkan rawatan betul.
Selain itu, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya merawat, golongan berusia lebih mudah terpengaruh dengan rakan yang mengesyorkan mereka mencuba ubat-ubatan tradisional tanpa menyedari kandungan bahan kimia yang terdapat dalam ubat terbabit.

“Kandungan kimia itu boleh memudaratkan kesihatan kerana mereka berisiko diserang sakit jantung, strok atau sesak nafas apalagi golongan berusia lebih banyak berpenyakit seperti darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Pada masa sama, Ismail berkata, golongan berusia yang bertemu doktor juga didapati amat sukar meluahkan masalah mereka hingga memerlukan galakan atau mengambil tempoh beberapa kali sesi perbincangan, sebelum berani menceritakan masalah sebenar mereka.

No comments:

Post a Comment