Sunday, January 23, 2011

ZINA ORANG DAH KAWIN...PATUT DIREJAM SAMPAI MATI...ITU HUKUM ALLAH...AGAR JADI TAKUT SERTA JADI PENGAJARAN .....SERTA MENDIDIK BAGI ORANG BELUM BERZINA ATAU ORANG YANG ADA CITA2 NAK BERZINA......HINA DAN MENAFI HUKUM ALLAH....ALLAH JUGA AKAN NAFIKAN SYURGA DAN HINA KITA DIAKHIRAT NANTI....SUSAH MANUSIA LUPA ASAL KEJADIAN....IA BERLAGAK PADA ALLAH....

NEGARA


Balasan rogol murid



MOHD. SAIDI diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dihukum penjara 12 tahun semalam.


KOTA BHARU – Selepas lima tahun dibicara, Mahkamah Sesyen di sini semalam akhirnya menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara berserta dua sebatan ke atas seorang guru kerana didapati bersalah merogol anak muridnya yang berusia 12 tahun ketika kejadian.
Hakim Zainal L. Saleh memutuskan hukuman itu ke atas Mohd. Saidi Che Tengah, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas dua pertuduhan rogol yang dihadapkan ke atas bapa kepada lapan anak itu.
“Ini kesalahan serius. Faktor kepentingan awam juga saya ambil kira dalam memutuskan sesuatu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada kamu dan seterusnya dapat menghantar mesej kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.









Guru buas dijel 12 tahun

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERSALAH...Mohd Saidi selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan, semalam.
BERSALAH...Mohd Saidi selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan, semalam.
KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.
  
Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.



Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.



DUNIA


Ibu dipenjara kerana laku seks dengan rakan anak


CATHLEEN MILLER


CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Cathleen Miller, 40, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.
Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.
Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.
Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.
Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.
Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.
Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.
Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.
Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi


 

 

 NEGARA

"Tiba-tiba rasa badan terbakar"


MUHAMAD HAIRUMAN menerima kunjungan bekas rakan
kolejnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.



KLANG - "Tiba-tiba saya rasa seluruh badan terbakar sebelum terpelanting jauh dalam kebun kelapa sawit."
Itu detik-detik yang masih diingati oleh mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon, 22, yang buat pertama kali ditemu ramah selepas insiden ngeri yang berlaku kepadanya pada 26 November tahun lalu.
Menurut Muhamad Hairuman, dia sudah mengait lima hingga enam pokok kelapa sawit dan ketika mengait pokok yang seterusnya, dia tidak perasan kabel elektrik di kawasan berkenaan.
Lagi pun, katanya, ini bukan kali pertama dia pergi ke kebun kelapa sawit rakannya yang terletak di Kampung Masjid Baruh, Tanjung Karang itu.
Sebelum ini dia sudah empat kali mengait sawit di kebun itu.
Dia juga mengakui sudah biasa melakukan kerja-kerja mengait dan mengutip buah kelapa sawit bagi menambah sumber pendapatan bersama abangnya, Muhamad Firdaus, 24.
"Selama ini, itulah kerja-kerja kami bagi mencari wang kepada keluarga terutama bagi menyara seorang kakak kami yang mempunyai masalah kesihatan," ceritanya.
Menurutnya, selepas tamat kolej dua tahun lalu, dia selalu mengambil upah melakukan kerja-kerja pendawaian dan pernah terkena kejutan elektrik tetapi kejadian di kebun kelapa sawit tahun lalu itu merupakan yang terburuk.
"Sampai sekarang saya masih rasa panas dan kerap minum air sebab selalu rasa dahaga,'' katanya lagi.
Muhamad Hairuman sudah mula menunjukkan perubahan positif apabila sudah boleh bercakap dan melemparkan senyuman kepada setiap pelawat termasuk bekas rakan-rakannya yang menziarahinya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam.


NEGARA


Lelaki parah dipijak gajah naik minyak



BERNARDUS NGONGO NARU menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu semalam.


KUALA KRAI - Seorang pengawal keselamatan ladang Fokus Bonanza Sdn. Bhd., dekat Dabong di sini kini kritikal akibat dilibas dan dipijak oleh seekor gajah liar seberat lima tan dalam satu kejadian awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Bernardus Ngongo Naru, 24, cedera parah di bahagian rusuk dipercayai akibat dilibas gajah tersebut sehingga tercampak ke dalam parit berdekatan sebelum dipijak.
Berikutan itu, mangsa yang berasal dari Sumbar, Indonesia dibawa ke sebuah klinik di Dabong sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai.
Bagaimanapun, disebabkan kecederaannya yang sangat parah, dia dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu pada pukul 5 petang semalam.
Rakan mangsa, Mohd. Nor Rahim, 21, terselamat dalam serangan itu.
Menurut Mohd. Nor, kejadian berlaku ketika mereka mengawal ladang berkenaan di satu kawasan berbukit dalam suasana gelap gelita.
"Ketika menyuluh kawasan dengan lampu, kami tiba-tiba tersuluh gajah berkenaan menyebabkan kami terus melarikan diri.
"Dalam keadaan terkejut itu saya berjaya menyeberangi parit berdekatan tetapi rakan saya tertinggal di belakang.


NEGARA


Polis cari Ah Hon


RAJA SHAHROM menunjukkan gambar Ah Hon yang dicari bagi membantu siasatan kes pembunuhan tiga sahabat pada sidang akhbar di IPK Melaka semalam.



MELAKA - Polis mencari seorang remaja lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tiga sahabat yang mati ditikam di tepi jalan Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah Jumaat lalu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Ling Jun Hon atau nama panggilannya Ah Hon, 16, bernombor kad pengenalan 950328-04-5237 dari Lubok Cina, Alor Gajah di sini supaya menghubungi polis dengan segera.
"Polis percaya Ah Hon yang tidak bersekolah itu merupakan individu yang boleh membantu kita menyelesaikan kes bunuh ini.
"Ah Hon dikatakan telah melarikan diri selepas kes itu berlaku," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini semalam.


Majikan tak hormat OKU


PERSEPSI buruk kepada golongan OKU menyebabkan golongan itu sukar mendapat pekerjaan. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Pada tahun 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyasarkan sekurang-kurangnya satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam diberikan kepada pekerja yang terdiri daripada Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negara ini.
Namun, malangnya, selepas empat tahun sasaran sekecil itu pun masih belum tercapai walaupun ramai di kalangan OKU kini sudah mempunyai kelayakan akademik.
Mengakui perkara itu menyedihkan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid berkata, puncanya masih berkait rapat dengan faktor persepsi di kalangan masyarakat.
"Masalah paling ketara adalah masalah sikap dan persepsi orang ramai termasuk majikan terhadap keupayaan OKU. Lazimnya, orang ramai lebih memberi fokus kepada ketidakupayaan yang ada pada seseseorang OKU daripada keupayaan mereka dan dengan itu mereka dilihat sebagai tidak employable," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Buktinya, menurut Meme, berdasarkan rekod JKM bagi tempoh selama 13 tahun bermula tahun 1996 hingga 2009, hanya seramai 981 OKU atau 0.05 peratus sahaja diterima masuk ke dalam sektor awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Tambah Meme, selain persepsi, majikan juga kurang pengetahuan dan belum bersedia untuk menyediakan kemudahan sesuai yang boleh memudahkan OKU untuk bekerja.



NEGARA


Sidang Parlimen Roh Al-Arqam


BANGUNAN pejabat Al-Arqam di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur masih dikunjungi pengikut yang taksub dengan ajaran Al-Arqam.



KUALA LUMPUR - Ajaran Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari Mohamad atau terkenal dengan panggilan Abuya yang difatwakan sesat pada tahun 1994 didakwa cuba dihidupkan semula oleh salah seorang isterinya.
Pergerakan kumpulan itu yang masih mempunyai kira-kira 2,000 pengikutnya didakwa mula dikesan aktif semula kira-kira setahun lalu dengan pengikutnya kerap menyertai perjumpaan yang dinamakan 'Sidang Parlimen Roh' selepas kematian Ashaari pada 13 Mei 2010.
Dalam tempoh setahun lalu, pengikut Al-Arqam didakwa telah berhimpun sebanyak 18 kali dalam perjumpaan 'Sidang Parlimen Roh' di beberapa lokasi termasuk pernah dianjurkan di luar negara seperti di Thailand, Jordan dan Mekah.
Namun, kebanyakan 'Sidang Parlimen Roh' yang diadakan hampir setiap bulan itu banyak berlangsung di Bandar Country Homes, Rawang atau di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
Mengikut satu sumber, ajaran Al-Arqam atau dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah itu cuba diberi nafas baru oleh salah seorang balu Ashaari yang kini diberi gelaran 'Ummu Jah' iaitu gelaran bagi menyanjungi wanita itu.
Sumber itu memberitahu, 'Sidang Parlimen Roh' yang terbaru diadakan secara serentak di Bandar Country Homes dan di Sungai Penchala pada 25 hingga 27 Disember tahun lalu.

No comments:

Post a Comment