Thursday, February 24, 2011

ALLAH BOLEH BERI APA SAJA...BOLEH BERI NIKMAT DAN BOLEH BERI MUSIBAH....JANGAN LANGGAR ATAU LAWAN HUKUM ALLAH SWT.

Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu




KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.
Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.
"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.




Serangan gengster Kuantan


BEGINILAH keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin.


KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.
Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.
Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.
Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.


Dihukum mati dera anak kekasih


MOHD. NIZAM dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar semalam.


KANGAR – Mabuk dadah yang dijadikan alasan oleh seorang penganggur yang didakwa membunuh anak kekasihnya tidak mendapat simpati Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar di sini semalam apabila dia diperintah menjalani hukuman gantung sampai mati.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan hukuman tersebut ke atas Mohd. Nizam Mohammad, 32, setelah pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Menurut Mohd. Zaki, tertuduh dalam pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah dengan hanya memberi kenyataan dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan kesalahan tersebut.
“Dalam kenyataan tanpa bersumpah yang dibuat tertuduh, tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu tetapi berada di bawah pengaruh dadah
“Pembelaan tertuduh itu bersifat memabukkan diri, oleh itu saya terpaksa menjatuhkan satu-satunya hukuman dalam pertuduhan ini iaitu menggantung tali di leher,” kata beliau.



NEGARA


Banjir kilat landa ibu negara


PENUNGGANG motosikal terpaksa meredah air akibat banjir kilat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk petang semalam. Laluan terlibat ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) menghala ke Cheras, Jalan Ampang dan Jalan Semarak.
Banjir kilat akibat hujan lebat itu turut menyebabkan 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dan sebuah lagi di Taman P. Ramlee, Setapak dinaiki air.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, banjir kilat itu menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
"Hujan lebat pada petang ini (semalam) menyebabkan air di Sungai Gombak dan Sungai Bonus melimpah.
"Akibatnya berlaku banjir kilat sedalam kira-kira 0.7 meter sekali gus menyebabkan banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment