Saturday, February 26, 2011

BILA SIFAT KEJI DITAMBAH LAGI SIFAT SUKA MELANGGAR HUKUM ALLAH SWT...MAKA BERTAMBAH PARAHLAH....

Pemilik letak kenderaan tepi jalan sepak penguat kuasa



KESAL...Muhammad Hafizuddin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KESAL...Muhammad Hafizuddin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera selepas dipukul dan diterajang seorang pemilik kereta dalam operasi menyita kenderaan di Dang Wangi, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi Jumaat lalu itu menyebabkan penguat kuasa berkenaan, Muhammad Hafizuddin Sharif, 27, cedera ringan di tangan dan perut selepas dipukul bertalu-talu oleh suspek yang berusia 20-an.

Beliau berkata, dia tidak menyangka pemilik kenderaan terbabit memukul dan menerajangnya selepas rayuan untuk mengambil kembali kenderaannya tidak dilayan.
Katanya, sebelum kejadian, mereka sudah memberi amaran kepada pemilik yang meletak kereta di tepi jalan supaya mengalihkan kenderaan, tetapi lelaki terbabit tiada di tempat kejadian.
“Oleh itu, kami menyita kenderaannya dengan menggunakan kren tunda sebelum dia muncul dan merayu supaya mengembalikan keretanya, tetapi kami memintanya hadir ke depoh tunda DBKL di Jinjang untuk menyelesaikan masalah itu.

“Ketika itu, lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan menendang perut saya hingga terjatuh,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik terjatuh, lelaki terbabit terus menerus menendang perutnya menyebabkannya cedera.
“Dalam pergelutan itu, dua rakan saya sempat menggari lelaki terbabit sebelum anggota polis dari Balai Polis Dang Wangi datang membawanya ke balai polis untuk diambil keterangan.


“Selepas kejadian itu, saya dan rakan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.



Kerja dajal dua rakan

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai mencampurkan pil khayal dalam minuman seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kenderaan miliknya ketika mangsa tidur.
Lebih malang apabila mangsa hanya tersedar keesokan harinya sebelum mendapati kenderaannya sudah tiada dipercayai dilarikan dua lelaki terbabit.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang Rabu lalu, mangsa yang berusia 31 tahun keluar minum dengan dua lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, suspek mempelawa mangsa ke sebuah hotel mewah di Jalan Changkat Thamby Dollah, di sini, sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bilik hotel disewa itu.

“Di hotel berkenaan, mangsa mendakwa diberi minum oleh seorang daripada suspek sebelum pening dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, mangsa pengsan akibat meminum air yang dicampurkan pil khayal.

“Mangsa yang tertidur hanya sedarkan diri sehari kemudian sebelum mendapati dua rakannya itu sudah tiada,” katanya.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai mencampurkan pil khayal dalam minuman seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kenderaan miliknya ketika mangsa tidur.
Lebih malang apabila mangsa hanya tersedar keesokan harinya sebelum mendapati kenderaannya sudah tiada dipercayai dilarikan dua lelaki terbabit.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang Rabu lalu, mangsa yang berusia 31 tahun keluar minum dengan dua lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, suspek mempelawa mangsa ke sebuah hotel mewah di Jalan Changkat Thamby Dollah, di sini, sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bilik hotel disewa itu.

“Di hotel berkenaan, mangsa mendakwa diberi minum oleh seorang daripada suspek sebelum pening dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, mangsa pengsan akibat meminum air yang dicampurkan pil khayal.

“Mangsa yang tertidur hanya sedarkan diri sehari kemudian sebelum mendapati dua rakannya itu sudah tiada,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang keliru keluar dari hotel itu untuk ke keretanya sebelum terkejut apabila mendapati Toyota Avanza milik abangnya hilang.

“Mangsa menghubungi kedua-dua rakannya itu, namun suspek mematikan telefon. Berikutan itu, mangsa yakin diperdaya suspek yang membuatnya pengsan sebelum melarikan kenderaan itu.


“Mangsa menghubungi abangnya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. Susulan itu, polis melakukan siasatan dengan mengambil keterangan mangsa selain cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari hotel berkenaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang pelajar lelaki berusia 30 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa ditumbuk rakannya selepas dinasihati supaya memperbaharui visa bagi membolehkannya tinggal secara sah di negara ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa berjumpa suspek di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, sebelum berlaku pertengkaran selepas suspek enggan mendengar nasihatnya.

Suspek yang naik berang menumbuk muka mangsa berulang kali menyebabkan mata sebelah kiri mangsa lebam. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan polis.


Tujuh siswa iblis

KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.
Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.
Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.


“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.

Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.

Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.


Mayat rakan tercampak 500 meter dari kereta


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUANTAN: “Saya tidak mampu menggagahkan diri dan berjalan ke arah arwah selepas tercampak keluar dari kereta,” kata Wan Zulkanain Wan Abdullah, 21, rakan mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan, dekat Bukit Rangin, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa, Sabri Che Saadon, 26, dari Kampung Pandan, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, Sabri yang bekerja sebagai pemandu lori memandu Proton Saga turut tercampak keluar sebelum mayatnya ditemui kira-kira 500 meter dari kereta.
Menceritakan semula kejadian itu, Wan Zulkanain berkata, dia yang berada di kerusi penumpang depan terkejut selepas kereta dinaiki dilanggar sebuah kereta BMW yang datang dari belakang ketika menghala Indera Mahkota dari Kampung Pandan.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, kereta dinaikinya terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung Toyota Innova dan bergesel pula dengan sebuah lori membawa bahan kimia.

Katanya, kereta dinaikinya itu kemudian bergesel dengan sebuah Proton Wira sebelum dia bersama mangsa tercampak keluar.


“Selepas terjatuh di permukaan jalan, saya tidak mampu berdiri kerana tidak dapat menahan kesakitan sebelum dibantu orang awam yang mengangkat dan meletakkan saya di atas pembahagi jalan.

“Saya tidak dapat lihat arwah kerana dia tercampak terlalu jauh dan kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya yang berasal dari Kampung Kubang Bemben, Jertih, Terengganu dan menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), dekat Semambu, di sini.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, dia bersama arwah dalam perjalanan ke Indera Mahkota dari Kampung Pandan dan sepanjang perjalanan arwah tidak banyak bercakap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata susulan kejadian terbabit, polis sudah mengambil keterangan empat pemandu dan seorang rakan mangsa yang selamat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian cuaca baik serta permukaan jalan kering.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perompak larikan van bawa rokok

BEHRANG: “Saya berjalan ke pintu van untuk mengambil rokok dipesan pemilik kedai dan tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali memegang pinggang serta menolak saya ke dalam van sementara seorang lagi lelaki menumbuk muka serta menendang saya,” kata K Kumaran.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, Kumaran, 26, dirompak sekumpulan lapan lelaki ketika berhenti di hadapan sebuah premis untuk menghantar rokok di Bandar Behrang, dekat sini.

Beberapa orang awam yang menjamu selera di restoran berdekatan tempat kejadian hanya menyaksikan insiden berkenaan kerana bimbang dicederakan kumpulan penjenayah menaiki dua Proton Waja.
“Seorang daripada perompak terbabit merampas beg di pinggang saya sebelum mereka cuba menolak saya masuk ke dalam van. Ketika itu saya nekad bergelut dan melepaskan diri daripada kepungan mereka lalu berlari ke premis berhampiran meminta tolong.

“Beberapa orang awam cuba membantu, tetapi perompak memberi amaran jangan campur tangan. “Perompak itu memunggah semua bungkusan rokok pelbagai jenama dalam van saya ke dalam kereta mereka sebelum melarikan diri. Ketika memecut kereta mereka, perompak terbabit mencampakkan beberapa kotak rokok ke atas jalan,” katanya.

Kumaran yang ditemui di Balai Polis Behrang selepas membuat laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari, berkata itu kejadian pertama dia dirompak sepanjang bekerja sebagai penjual rokok di kawasan Slim River-Behrang.


Bagaimanapun, dia bersyukur kerana nyawanya masih panjang dan hanya cedera ringan di kening kirinya akibat ditumbuk seorang daripada perompak terbabit.

Sementara itu, pemilik kedai runcit, AK Subramaniam, 43, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan seorang pelanggan mengenai kejadian terbabit.


Maut ditikam tegur motor bising



NIBONG TEBAL: Akibat meluahkan rasa tidak puas hati dengan bunyi motosikal, seorang lelaki berusia 21 tahun maut ditikam dipercayai dengan senjata tajam, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa, U Yuganthan, 21, bersama rakannya berehat di sebuah pondok di Lima Kongsi, Sungai Bakap, dekat sini, sebelum beberapa motosikal lalu di depan mereka membuat bising.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dengan beberapa lelaki yang menunggang motosikal berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata pertengkaran itu menyebabkan pergaduhan berlaku sebelum rakan mangsa melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

“Rakan mangsa sempat melarikan diri, tetapi berpatah balik untuk melihat mangsa yang ketika itu terbaring berlumuran darah sebelum dia menghubungi polis.

“Mangsa dikenali Yuganthan mati beberapa jam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Sungai Bakap (HSB) dengan kesan tikaman senjata tajam di dada, perut dan rusuk,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, polis melancarkan gerakan mencari suspek dan menahan empat lelaki berusia 20-an di rumah mereka di Lima Kongsi beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, berdasarkan siasatan, semua lelaki terbabit dalam kejadian itu penduduk kawasan sama dan mereka mengenali antara satu sama lain.

“Sehingga jam 3 petang tadi (semalam) kami menahan empat lelaki dan masih menjejaki mereka yang terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Salam terakhir


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GOMBAK: “Anak saya sempat bersalam dan mencium tangan saya sebaik diberi wang belanja sebelum ke sekolah. Tindakan itu agak pelik kerana sebelum ini anak saya jarang berbuat demikian,” kata bapa mangsa lemas yang hanya mahu dikenali sebagai Jamaluddin, 57.
Anaknya, Noor Heiman Jamaluddin, 12, lemas ketika bermain air bersama rakannya di Tasik Taman Seri Gombak, di sini, petang kelmarin.

Jamaluddin yang bekerja sendiri berkata, sebelum pergi ke sekolah, anaknya itu masuk ke dalam bilik meminta wang belanja dan terus keluar namun berpatah balik dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
Menurutnya, dia pada mulanya berasa pelik namun tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan anaknya ingin menunjukkan pakaian baju Melayu warna kuning yang dipakai bersama samping dan songkok.

“Dia berpakaian demikian kerana pada hari kejadian di sekolahnya ada menganjurkan program Maulidur Rasul.

“Namun tidak menyangka itu adalah kali terakhir kami bertemu sebelum mendapat tahu anak saya itu mati lemas,” katanya.

Katanya, kehilangan anaknya itu disedari selepas tidak pulang ke rumah pada petang kejadian dan mereka sekeluarga keluar mencarinya di sekolah dan kawasan sekitar, tetapi gagal.

Menurutnya, mereka hanya menyedari anaknya lemas selepas menerima panggilan daripada seorang anggota polis memaklumkan anaknya itu lemas kira-kira jam 11 malam. Sementara itu, saksi kejadian, Sivaneswaran, 19, berkata, dia bersama rakan yang baru pulang dari kolej berhampiran singgah sebentar di taman rekreasi berkenaan kerana hujan lebat ketika itu.

Menurutnya, dia bersama rakannya yang berteduh di pondok di taman berkenaan kira-kira jam 2.30 petang ternampak dua kanak-kanak sedang bermain buah kelapa di tepi tasik berkenaan.

“Bagaimanapun, selang sejam kemudian saya hanya nampak seorang sahaja kanak-kanak yang mundar-mandir di sekeliling tasik.

“Saya kemudian memanggilnya dan bertanyakan di mana rakannya namun dia memberitahu tidak tahu. Saya juga meminta dia memberitahu jika ada masalah namun dia hanya diam dan menyatakan tiada ada apa-apa berlaku,” katanya.

Sivaneswaran berkata, dia kemudian menyuruh kanak-kanak terbabit pulang ke rumah dan hanya menyedari kehilangan mangsa pada sebelah malam selepas pulang dari makan.

Sementara itu, Ketua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba, Japari Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 11.58 malam.

Menurutnya, pihak bomba kemudian menjalankan usaha mencari mangsa namun tidak berhasil sebelum operasi mencari ditangguhkan pada jam 1.45 pagi.

“Kami menyambung semula pada sebelah pagi dan berjaya menemui mangsa kira-kira jam 11.14 pagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment