Sunday, February 20, 2011

BILA KITA TAK DAPAT MEMBEZA YANG MANA DIBENARKAN OLEH SYARAK DAN YANG MANA TAK DIBENARKAN OLEH SYARAK....SAMA JUGA TIDAK TAHU PENDAPAT YANG HALAL ATAU YANG HARAM.....

‘Saya dah lama dalam Melodi’


AKSI Fara Fauzana (kiri) bersama rakan pengacara, Abdul Wahid Mohd. (kanan) menemu bual Nas Ahmad dalam satu siaran rancangan Melodi baru-baru ini.



KUALA LUMPUR - Hos program Melodi, Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 29, menafikan dia digugurkan daripada program informasi hiburan TV3 itu yang disiarkan setiap Ahad.
Fara yang juga terkenal dengan panggilan Fafau sebaliknya memberitahu, sudah tiba masanya untuk dia mengundurkan diri selepas mengacarakan program tersebut selama enam tahun.
Menurut Fara yang juga deejay radio Hot FM, kontrak bersama Melodi tamat pada 27 Mac depan dan pengumuman secara rasmi pengundurannya akan dibuat sewaktu Melodi bersiaran dari Johor Bahru pada tarikh berkenaan.
Sementara itu, stesen televisyen TV3 yang dihubungi enggan mengulas mengenai isu itu sebaliknya memberitahu, kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan pada minggu hadapan.
Isu kononnya Fara digugurkan daripada Melodi mula diperkatakan sejak dua minggu lalu di Internet dan ruangan gosip di media tempatan.
Berikut temu bual Kosmo! Ahad bersama Fara menerusi telefon.


Impian Siti bina masjid tercapai



WAJAH ceria Khalid dan Siti Nurhaliza selepas majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.
Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.
Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.
Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.
Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.
“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.



Perempuan dipilih Drama Terbaik ASA 2010


MOHD. FAHMI menjulang trofi Anugerah Drama TV Terbaik ASA 2010 menerusi drama Perempuan di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.



KUALA LUMPUR – Drama Perempuan arahan Mohd. Fahmi Sarindi yang disiarkan di RTM 2 muncul sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Bernard Chauly yang mengarah drama Apa Dosaku pula dipilih sebagai pengarah Drama TV Terbaik.
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik pula dimenangi oleh Fauzi Nawawi menerusi Sebelum Akhirat manakala Elaine Daly mengungguli kategori wanita dengan lakonannya dalam drama Apa Dosaku.
Pelakon komedi, Ebby Yus pula memenangi Anugerah Pelakon Komedi Terbaik menerusi drama Masak Lomak Cili Api.
Selain itu, Anugerah Khas Juri Televisyen pula dimenangi oleh Ashwad Ismail dari Astro Awani manakala bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi dipilih sebagai Tokoh Penyiaran Swasta.
Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2010 pula disandang oleh bekas Ketua Pengarang Penyiaran, Datuk Abdullah Mohamad sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau dalam industri penyiaran negara.


Ladang getah jadi tumpuan PATI


SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan kerana bekerja secara haram di ladang getah di Felda Lui, Jempol semalam.



JEMPOL - Kenaikan harga getah sejak kebelakangan ini menjadi punca kebanjiran pekerja asing tanpa izin (PATI) di kawasan ladang getah di sekitar Felda Lui di sini.
Ia terbukti semasa 'Ops Ladang' semalam apabila seramai 34 PATI termasuk tiga wanita ditahan ketika menoreh dan menebang pokok getah untuk di tanam semula di ladang tersebut.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung kehadiran PATI di kawasan berkenaan.


'Kami nak pulang ke Malaysia'

KUALA LUMPUR – “Kami sudah serik bekerja di sini (Jeddah) dan mahu pulang ke Malaysia.’’
Itulah antara reaksi seramai 23 pramugari warga Malaysia yang kini hidup dalam kedaifan di Jeddah, Arab Saudi gara-gara tidak dibayar gaji oleh majikan mereka sejak empat bulan lalu.
Hasrat untuk pulang ke tanah air itu dinyatakan oleh salah seorang daripada mangsa kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh melalui telefon semalam.
“Wakil kumpulan pramugari itu menghubungi saya dan beritahu ramai di antara mereka tidak mahu lagi bekerja dengan syarikat berkenaan sebaliknya mahu pulang ke Malaysia.
“Mereka mengharapkan ada pihak di tanah air sanggup membantu membawa mereka pulang,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Akhbar kelmarin melaporkan 23 pramugari warga Malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jeddah didakwa hidup dalam kesempitan dan terabai apabila syarikat berkenaan gagal melunaskan gaji mereka sejak empat bulan lalu.
Namun Muhd. Khairun mengakui usaha untuk membawa kesemua pramugari terbabit pulang ke tanah air bukan perkara mudah kerana ia melibatkan pelbagai prosedur.

No comments:

Post a Comment