Saturday, February 26, 2011

BILA NYAWA TIADA HARGA LAGI...BILA JENAYAH AGAK SUKAR DIBENDUNG....KESAN HUKUM ALLAH TIADA MENJADI SUMBER UTAMA HUKUM....

Beratur panjang dalam kebun

Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.


“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Kucupan terakhir sebelum lemas


ANGGOTA bomba mengangkat mayat Heiman yang ditemui lemas di tasik Taman Sri Gombak semalam.


GOMBAK - Seorang bapa tidak menyangka tindakan anak bongsunya bersalam dan mengucupnya selepas mengambil wang saku untuk ke sekolah merupakan petanda yang pelajar tahun enam itu akan pergi selama-lamanya apabila dia ditemui lemas kelmarin.
Kejadian pukul 3 petang itu berlaku ketika Heiman Jamaludin, 12, dikatakan bermain di tasik Taman Sri Gombak di sini selepas tamat waktu persekolahan bersama seorang rakan dalam hujan lebat sebelum terjatuh.
Jamaludin, 59, memberitahu, sebelum ini, anaknya tidak akan berpatah semula ke rumah jika terlupa hendak salam atau mengucupnya ketika hendak ke sekolah.
Namun pada hari kejadian katanya, anaknya sanggup berpatah balik ke rumah walaupun telah separuh jalan menaiki motosikal bersama ibunya ke sekolah.
"Selalunya dia tidak begitu, kalau sudah terlupa salam dia akan terus pergi sekolah tetapi semalam (kelmarin) dia beriya-iya menyuruh ibunya pusing semula ke rumah untuk bersalaman dengan saya.
"Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini. Heiman merupakan anak yang disayangi keluarga dan disenangi rakan-rakannya," ceritanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata di sini semalam.



Mayat wanita berlumuran darah di tempat letak kereta

26/02/2011 8:51pm

GEORGETOWN - Mayat seorang wanita berlumuran darah ditemui di tingkat dua kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, orang ramai menemui mayat itu berusia lingkungan 20an yang berpakaian lengkap dengan beberapa kesan kecederaan teruk terutama di bahagian kepala kira-kira pukul 7.30 malam.
Katanya, berdasarkan maklumat beberapa saksi, mereka sebelum itu terdengar bunyi kecoh seperti orang bergaduh di tingkat 11 perumahan itu dan tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman kuat.
"Orang ramai bergegas ke kawasan tempat letak kereta berkenaan dan menemui mayat dalam keadaan terlentang serta mengalami pendarahan yang teruk di kepala,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama


Wanita pergi kerja mati

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.
ANGKAT...anggota polis forensik mengangkat mayat Alamelu.
JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci maut apabila tiga lelaki yang menunggang motosikal menghimpit motosikal diboncengnya dalam satu cubaan meragut di Jalan Skudai-Jalan Tun Razak di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, R Alamelu, 52, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang adik iparnya, D Ganesh, 36.

Ketika kejadian, Ganesh dalam perjalanan menghantar mangsa ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Ibrahim untuk berjumpa suaminya yang menaiki kenderaan berasingan sebelum mereka bersama-sama ke Singapura untuk bekerja.

Difahamkan, Ganesh menyedari diekori sekumpulan lelaki dipercayai warga asing sebelum membelok ke stesen minyak di Jalan Padi, Bandar Baru Uda.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki itu terus menghimpit motosikal ditunggangnya sebelum seorang daripada mereka cuba menarik beg pinggang dipakai mangsa.


Tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan ketiga-tiga lelaki terbabit melarikan diri tanpa dapat meragut beg pinggang mangsa.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Kamil, 30-an berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan.

“Pada awalnya saya menyangka ia hanya kemalangan biasa. Bagaimanapun, saya hanya mengetahui ia cubaan ragut selepas dimaklumkan mangsa. Ada pengguna jalan raya cuba mengejar tiga peragut itu tapi gagal,” katanya.

Menurut Kamil, pada waktu puncak, dianggarkan lebih 30,000 penunggang motosikal akan ke Tambak Johor melalui Jalan Skudai dan ketika itulah ada di kalangan peragut mengambil kesempatan menjalankan kegiatan.

“Kami berharap polis mengambil perhatian berkaitan perkara ini dan lebih kerap mengadakan sekatan jalan serta rondaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kes berkenaan benar-benar membabitkan kejadian ragut.

“Berdasarkan siasatan awal, barangan milik mangsa gagal dilarikan penjenayah, ada kemungkinan mangsa maut akibat serangan jantung.

“Polis akan mengambil keterangan dan menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kejadian. Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI) untuk bedah siasat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan.

Maut bergaduh: Polis tahan dua lagi remaja

26/02/2011 7:09pm

NIBONG TEBAL – Polis hari ini menahan dua lagi remaja untuk membantu siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan remaja lain di Lima Kongsi di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 15 dan 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi ini di dua lokasi berasingan di kawasan Lima Kongsi.
Beliau berkata, polis menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan kumpulan remaja yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan selepas berjaya menahan empat rakan mereka semalam.
"Polis telah mengenal pasti beberapa lagi rakan mereka yang berusia antara 21 dan 24 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan usaha mengesan sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa, U. Yuhanthan, di rumahnya di Lima Kongsi di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, Yuhanthan, 21, yang cedera parah di dada, perut dan rusuk akibat dipukul serta ditikam, mati ketika dirawat di Hospital Sungai Bakap di sini.
Beberapa jam selepas pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.50 pagi itu, polis berjaya menahan empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan. – Bernama


Polis temui mayat lelaki dalam beg pakaian

26/02/2011 6:24pm

IPOH — Polis hari ini menemui mayat lelaki dalam sebuah beg pakaian di dalam parit berhampiran sebuah kilang di Batu 8, dekat Chemur dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat tersebut ditemui pada pukul 3.35 petang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.
Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain kemudian dimuatkan dalam sebuah beg pakaian sebelum dibuang di situ katanya kepada pemberita.
Azisman berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mengetahui mengenai mangsa supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor telefon 05-2451500. — Bernama


Lelaki mati dengan lebih 10 kesan tikaman

26/02/2011 4:20pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki ditemui mati dengan terdapat lebih 10 kesan tikaman pada dada dan perutnya di rumahnya di Wangsa 11, Bukit Antarabangsa di sini pagi ini.
Lee Soong Chin, 56, ditemui berlumuran darah di dalam bilik tidur oleh isterinya seorang warga British kira-kira 6.40 pagi.
Polis setakat ini mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh diri.
"Siasatan polis mendapati terdapat lebih 10 tikaman di dada dan perutnya yang dipercayai dilakukan oleh Lee sendiri dengan menggunakan pisau yang ditemui berhampiran dengannya.
"Siasatan awal polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh diri berdasarkan keterangan keluarganya yang menganggap kejadian berkemungkinan berpunca dari masalah kemurungan atau tekanan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika kejadian, tiga anak mangsa turut berada di dalam rumah itu. — Bernama



Wanita mati terkejut diragut




JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangannya daripada diragut tiga lelaki warga asing berkecai apabila dia mati selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan anak lelakinya di Bandar Baru UDA di sini semalam.
Kejadian pukul 5.50 pagi itu menyebabkan seorang tukang cuci, R. Alamelu (gambar), 49, mati di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kematiannya lebih kepada rasa terkejut dengan kejadian itu.
Anak mangsa, R. Mugash, 20, berkata, rakannya, Ganesan yang menunggang motosikal itu memberitahu, ketika kejadian, mereka telah didekati oleh dua buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki warga asing lalu cuba meragut beg tangan ibunya.
Bagaimanapun katanya, ibunya enggan melepaskan beg tersebut sebelum berlaku adegan tarik menarik.




Lelaki bergaduh mati ditikam




NIBONG TEBAL - Seorang lelaki mati selepas ditikam dalam satu pergaduhan dengan sekumpulan enam lelaki lain di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit di Lima Kongsi, Sungai Bakap di sini semalam.
Kejadian pukul 1.50 pagi itu mengakibatkan U. Yuhanthan, 21, maut setelah cedera di dada, perut dan rusuk akibat tikaman tersebut.
Polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu bermotifkan salah faham selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menegur mereka ketika sedang merempit dan membuat bising di situ.
Ketua Polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang minum di sebuah pondok di situ sebelum menegur suspek.
Katanya, kumpulan lelaki itu yang tidak berpuas hati kemudian telah bertengkar sebelum rakan mangsa melarikan diri ekoran bimbang dibelasah.
"Mangsa yang terperangkap kemudian telah dibelasah dan ditikam di dada, perut dan rusuk dengan sejenis senjata tajam. Mangsa mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap beberapa jam kemudian," katanya di sini semalam.


Pengemis raih simpati di masjid kena berkas


BEGINILAH keadaan beberapa pengemis warga asing apabila ditahan JKM Wilayah Persekutuan dalam operasi di Masjid Zaid Harithah di Gombak semalam.


KUALA LUMPUR - Tangisan kuat beserta air mata yang bercucuran tidak menjadikan kanak-kanak warga asing dengan ibunya yang mengemis di Masjid Zaid Harithah, Gombak dekat sini terselamat daripada tindakan penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Biarpun meronta-ronta untuk cuba melarikan diri ketika didatangi oleh pegawai JKM secara mengejut namun lima wanita berusia di antara 30 hingga 45 tahun dan empat kanak-kanak warga Myanmar itu berjaya dikawal dan ditahan atas kesalahan mengemis.
Malah ada antara mereka yang dilihat seperti cuba merayu kepada pegawai JKM meminta agar mereka dilepaskan dengan bahasa yang tidak fahami.
Menurut Timbalan Pengarah 2, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabar Puteh Mahadi, dalam operasi yang dinamakan Ops Masjid itu, pihaknya menerima aduan daripada jawatankuasa masjid tersebut mengenai kewujudan pengemis-pengemis asing yang meminta sedekah di situ sejak tiga bulan lalu terutama pada hari Jumaat.
Katanya, pengemis di situ bertindak agak agresif apabila ada dalam kalangan mereka yang cuba memaksa jemaah supaya memberikan mereka wang.
"Kesemua wanita yang mempunyai status UNHCR (Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian) itu akan ditempatkan selama 30 hari di Desa Bina Diri Kuala Kubu Bharu.


'Lanun' cuba lupus bukti dicekup


ANGGOTA polis menahan seorang lelaki yang cuba membakar 1,170 keping VCD dan DVD cetak rompak ketika serbuan di pusat beli-belah Prangin Mall di George Town kelmarin.


GEORGE TOWN – Cubaan seorang ‘lanun’ untuk membakar 1,170 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak gagal apabila niat untuk melupuskan bukti itu dipatahkan polis dalam kejadian di pusat beli-belah Prangin Mall di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu cuba membakar VCD dan DVD tersebut selepas mencurahkan petrol ke atasnya bertujuan untuk melupuskan bukti. Simbahan itu turut terkena pada salah seorang anggota polis yang melakukan serbuan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tindakan suspek amat berbahaya kerana ia bukan sahaja mengakibatkan premis lelaki itu terbakar malah boleh memusnahkan pusat beli-belah itu.
Katanya, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku sepanjang pihaknya melakukan operasi membanteras penjualan dan pengedaran VCD dan DVD haram.

No comments:

Post a Comment