Monday, February 7, 2011

JADI HAMBA SATU HAL...UNDANG2 HAK ASASI MANUSIA SATU HAL...BAGAIMANA UNDANG2 ALLAH...MASALAH AURAT....MASALAH PERGAULAN ....SOLAT DLL...SEDANGKAN MEREKA BUKAN MUHRAM@BOLEH KAWIN....INI JUGA PERLU DAN WAJIB DIJAGA...JANGAN MAIN LANGGAR SEMACAM AJE....

Isteri koma diragut maut



PETALING JAYA: “Saya tidak menyangka kerisauan isteri dengan kehidupan kami anak beranak selepas ketiadaannya malam sebelum kejadian tanda dia akan pergi selama-lamanya,” kata Azlan Abd Aziz, 47, suami mangsa ragut, Zabedah Abas, 46, yang meninggal dunia 12 tengah hari kelmarin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas tiga hari bertarung nyawa.
Azlan berkata, isterinya berpesan kepadanya supaya memberitahu anak sulung mereka yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) supaya belajar bersungguh-sungguh.

Menurutnya, perubahan sikap isterinya sebelum ini yang mahu rumah mereka dicat baru beberapa minggu sebelum diragut juga petanda dia mahu pergi jauh.
“Anak kedua saya yang bekerja di sebuah kilang juga disuruh berhenti kerja dan membantu saya menjaga kedai makan. “Malah, dia pernah menyuarakan hasrat jika dia meninggal dunia hendak dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Indah, Klang,” katanya ketika ditemui di pekarangan PPUM, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian, isterinya baru keluar dari rumah mereka di Pangsapuri Permai, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu sebelum diragut dua lelaki bermotosikal menyebabkannya parah di kepala.

“Ketika kejadian, jiran memberitahu ternampak kelibat dua lelaki bermotosikal mengekori Modenas Kriss ditunggangi isteri saya.

“Jiran saya menyangka lelaki terbabit saudara kami, namun terkejut apabila mereka meragut isteri saya,” katanya.

Katanya, jiran yang melihat kejadian itu membantu isterinya yang parah sementara jiran lain yang berada di tempat kejadian cuba menangkap peragut terbabit, namun gagal.



Polis pujuk wanita bogel



KUALA LUMPUR: Orang ramai gempar apabila seorang wanita warga Afrika muncul di khalayak ramai dalam keadaan telanjang bulat sebelum membuat ‘persembahan’ dengan berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuhraya Lingkaran Tengah II di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.

Saksi kejadian, Mohd Ghani Mohd Ismail, 29, berkata, dia yang menunggang motosikal terkejut apabila melihat seorang wanita melompat-lompat dalam keadaan bogel di bahu jalan.
Menurutnya, perlakuan aneh itu menyebabkan pengguna jalan raya memperlahankan pemanduan bagi melihat ‘tayangan percuma’ berkenaan yang turut menarik perhatian pelanggan bank serta pengunjung restoran berhampiran lokasi kejadian.

“Dua anggota polis lelaki yang menyedari perbuatan wanita itu cuba memujuknya bertenang dan memakai pakaiannya semula,” katanya.

Menurutnya, anggota polis berkenaan yang mungkin serba salah untuk menyentuh wanita terbabit berulang kali menghulurkan pakaian, namun ditepis wanita itu.

“Wanita terbabit yang seolah-olah dirasuk menjerit-jerit dalam bahasa tidak difahami sebelum baring di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita terbabit yang berpura-pura pengsan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian sebelum berlari di sekitar kawasan itu dalam keadaan telanjang.
Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita yang juga pelanggan restoran berkenaan menghampiri wanita terbabit sebelum mengarahkannya supaya memakai semula pakaiannya.

“Agak mengejutkan apabila wanita berkenaan akur arahan itu.

“Wanita itu dibawa ke dalam kereta peronda polis sebelum dipercayai dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.


'Cintaku tak pudar'



DUNGUN: “Saya memohon dipanjangkan jodoh dan dikuatkan semangat untuk terus menjaganya hingga akhir hayat,” kata Yuslaizan Yusof, 31, yang tabah menjaga isterinya, Mariam Mohamad, 27, yang kehilangan kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan.
Menurutnya, cintanya bersemi sejak dua tahun sebelum mereka mengikat tali pertunangan selepas dipersetujui kedua-dua keluarga.

“Selepas setahun bertunang, isteri terbabit kemalangan pada 7 Mac 2007, kira-kira jam 10 malam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Paka dan doktor memaklumkan kaki kirinya terpaksa dipotong,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Nyior, Paka, semalam.
Katanya, dia menerima berita sedih itu beberapa hari sebelum melangsungkan perkahwinan, namun tabah menghadapi dugaan itu walaupun mengetahui bakal isteri akan kehilangan kaki hingga pangkal paha.

“Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan dan selama 42 hari berada di hospital, saya setia di sisinya termasuk menyuap makan minum, memakaikan baju dan memberi sokongan moral kepadanya,” katanya.

Dia yang ketika itu tinggal di Kuala Terengganu berkata, dia terpaksa melakukan perkara itu memandangkan keluarga Mariam susah dan tidak mampu berulang alik ke hospital yang jauh.

“Selepas dibenarkan pulang ke rumah, bakal isteri ketika itu mula membuat ‘perangai’ dan mendesak kami supaya berpisah kerana mendakwa dia tidak mungkin akan dapat membahagiakan saya seperti isteri lain.

“Biarpun keadaannya begitu, perasaan kasih dan sayang terhadapnya tetap utuh dan jika malu, sudah lama saya memutuskan pertunangan, malah ramai juga rakan meminta saya berfikir dua kali, namun saya tetap meneruskan hasrat itu dan akhirnya kami selamat bernikah pada 29 Jun 2007,” katanya.
Menurutnya, ketika bekerja di sebuah syarikat petrokimia di Kerteh, dia terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya sebelum mengambil keputusan bekerja sendiri untuk mudah berulang alik menjenguknya.

Sementara itu, Mariam berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan sanggup berkorban demi menjaganya meskipun dia tidak lagi seperti dulu.

Menurutnya, perasaan kecewa sesekali menusuk jiwa setiap kali melihat segala kerja rumah terpaksa diuruskan suami, namun kasih sayangnya semakin menebal terhadap suaminya.


Isteri derita lepas rawatan dialisis



KOTA BHARU: Seorang pesakit buah pinggang mendakwa menderita seluruh badan apabila kulit menggelupas akibat kegatalan teruk selepas dikatakan diberikan ubat tidak sesuai selepas menjalani rawatan dialisis di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), bulan lalu.
Mangsa, Normah Hussin, 47, yang pulang dari hospital pada 18 Januari lalu mengalami bengkak di muka menyebabkan mata dan mulutnya tidak boleh dibuka selain tidak lena tidur apabila terpaksa menggaru setiap masa.

Suami mangsa, Zulkifli Rofeen, 57, sebelum kejadian itu, isterinya tidak pernah mengalami masalah kulit.
Katanya, isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang sejak dua tahun lalu dihantar ke HRPZ II pada 16 Januari sebelum dibenarkan keluar wad sehari selepas itu.

“Dia dimasukkan ke wad untuk rawatan mencuci buah pinggang dan keluar pada 18 Januari kira-kira jam 6 petang.

“Ketika itu, keadaannya masih seperti biasa sebelum mengadu mengalami gatal selepas tiga hari keluar wad.

“Saya terkejut melihat kulitnya menggelupas teruk selain terpaksa menggaru setiap masa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chempaka, di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang panik melihat keadaan itu sekali lagi membawa isteri ke wad kecemasan HRPZ II dan dinasihatkan seorang doktor supaya berhenti mengambil sejenis ubat iaitu Prazosin.
Katanya, dia yang berjumpa doktor terbabit pada 25 Januari itu turut dinasihatkan merujuk isterinya dengan pakar kulit hospital terbabit.

“Saya menurut arahan doktor itu dan berjumpa seorang pakar kulit pada 2 Februari lalu di hospital sama.

“Saya terkejut apabila doktor itu memberitahu bahawa isteri diberi ubat yang salah menyebabkan keadaannya begitu,” katanya.

Zulkifli yang hanya bekerja sebagai penjual air tebu dengan pendapatan tidak menentu kini terpaksa berada di rumah setiap masa menjaga isterinya.

Katanya, keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa bagi memulihkan keadaan isteri.

“Saya bukan ingin memburukkan hospital tetapi merayu kepada mereka supaya memulihkan kembali isteri saya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, pihaknya berharap pesakit terbabit dihantar ke wad kecemasan segera untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ubat Prazosin diberikan itu menjadi punca masalah penyakit kulit dialami wanita itu.


NEGARA


Hospital didakwa silap beri ubat


NORMAH menunjukkan kulitnya yang mengelupas sambil ditemani suaminya di rumah mereka di Kampung Cempaka, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang wanita mendakwa ubat yang dimakan selepas menjalani rawatan hemodialisis di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada 16 Januari lalu menjadi punca tubuh badannya mengelupas termasuk sukar membuka mata.
Ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Cempaka dekat sini semalam, wanita malang itu, Normah Husin, 47, tidak henti-henti menggaru kulitnya.
"Saya tak boleh buka mata malah mulut pun sudah membengkak selain gatal satu badan sehingga kelihatan seperti sisik ikan.
"Perubahan ini berlaku selepas saya memakan beberapa jenis ubat yang diberi pihak HRPZ II tempoh hari selepas menjalani rawatan hemodialisis," katanya.
Menurut Normah, ekoran penyakit barunya itu, suaminya, Dzulkifli Rofeen, 52, telah membawanya semula ke hospital berkenaan untuk diperiksa dan dia dimasukkan ke wad kecemasan pada 25 Januari.
"Pakar kulit HPRZ II menyuruh saya berhenti serta-merta mengambil ubat-ubat yang dibekalkan sebelum ini.
"Doktor tersebut kata, salah satu daripada ubat yang dibekalkan itu mungkin bukan untuk saya atau dalam erti kata lain, HPRZ II tersalah beri ubat," katanya.


Usah jadikan pembantu rumah sebagai hamba



KUALA LUMPUR: “Jangan jadikan pembantu rumah sebagai hamba dengan menyuruh mereka membuat pelbagai kerja tidak sepatutnya bagi membendung kes pembantu rumah lari dari rumah,” kata Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Alwi Bavutty.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kes pembantu rumah lari dari rumah sejak kebelakangan ini termasuk kejadian di Putrajaya pada 3 Januari lalu apabila seorang pembantu rumah yang cuba melarikan diri maut apabila terjatuh dari tingkat 12, Kuarters Kerajaan, Fasa 12.

Manakala kejadian kelmarin di kondominium Paya Terubong, Georgetown seorang amah warga Indonesia ditemui mati selepas jatuh dari tingkat lapan apabila cuba lari dari rumah untuk bersama kekasih.
Mangsa yang bekerja di rumah milik sepasang warga emas dikatakan cuba meloloskan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 11 malam dengan alasan mahu membuang sampah.

Alwi berkata, majikan juga perlu memahami tugas pembantu rumah yang hanya untuk melakukan kerja rumah bukannya memberi kerja lebih berat termasuk membasuh kereta, selain tekanan.

Katanya, pemahaman dua pihak ini dapat mengelakkan kes ini dan seterusnya membina keharmonian antara majikan dengan pekerja.

“Majikan juga tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental kepada pembantu rumah kerana perkara itu membuatkan pekerja mereka cuba mengambil kesempatan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum pembantu rumah diserah kepada majikan, pihaknya terlebih dulu memberi latihan membuat kerja rumah dan mengenal budaya tempatan antara seminggu hingga dua minggu.
Katanya, nasihat turut diberikan kepada pembantu rumah supaya tidak melarikan diri sewenang-wenangnya kerana perkara itu menyalahi undang-undang sebaliknya jika tidak selesa dengan majikan mereka boleh menghubungi agensi atau pihak kedutaan.


Berpusing tiga kali



JASIN: “Saya terkejut apabila tiba-tiba muncul satu lembaga hitam menyeberangi jalan menyebabkan saya terus memaut stereng ke kanan untuk mengelak daripada merempuhnya mengakibatkan kereta saya berpusing tiga kali sebelum terbalik di laluan bertentangan,” kata pekerja kilang, Muhamad Nadhir Mad Din, 25, apabila Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Lipat Kajang, dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam.
Muhamad Nadhir berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Temiang, Muar, Johor selepas menghantar adik perempuannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk keluar melalui Plaza Tol Lipat Kajang menuju ke Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) bagi meneruskan perjalanan ke Muar.
“Sebaik keluar dari Plaza Tol Lipat Kajang, saya terus menghala ke arah Merlimau menggunakan Lebuh AMJ, bagaimanapun sebaik tiba di satu kawasan selekoh tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam tiba-tiba menyeberang jalan.

“Saya terkejut lalu terus memaut stereng ke kanan bagi mengelak daripada merempuh objek itu mengakibatkan kereta berpusing tiga kali sebelum terbalik pada posisi mengiring dan melintang di tengah laluan bertentangan.

“Ketika itu keadaan jalan raya di sini agak gelap dan benda itu juga samar-samar seakan-akan satu lembaga hitam. Meskipun kereta saya remuk teruk pada bahagian depan, bumbung dan belakang, saya amat bersyukur kerana terselamat tanpa mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui, di sini.

No comments:

Post a Comment