Monday, March 21, 2011

BILA MEREKA TABAH..SABAR MASIH BERAKHLAK..WALAUPUN SEDANG MENERIMA MUSIBAH...SEPATUTNYA ORANG ISLAM BERAKHLAK BEGINI JUGA...

Dari Pulau Honshu: Tidak sesuai rakam gambar mayat



SELEPAS mengharungi perjalanan lebih 3,000 kilometer ke kawasan gempa bumi dan tsunami di empat wilayah paling teruk iaitu Ibaraki, Fukushima, Miyagi dan Iwate, kini penulis dalam perjalanan pulang ke Tokyo sebelum mengambil penerbangan terawal ke tanah air.
Setakat ini, menurut pihak berkuasa Jepun, 7,197 mayat mangsa sudah ditemui manakala 18,950 lagi dilaporkan masih hilang manakala 280,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan.

Angka itu yang teramai membabitkan kematian dalam sejarah Jepun selepas Perang Dunia Kedua.
Bagaimanapun, sepanjang berada di kawasan bencana itu penulis masih tidak melihat satu mayat pun dikeluarkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas mencari dan menyelamat.

Difahamkan, berdasarkan perbualan dengan warga tempatan, tidak sesuai atau baik dalam budaya Jepun untuk merakamkan gambar mayat. Oleh itu tiada gambar penemuan mayat dipaparkan dalam media mereka.

Paling menarik, penulis sempat merasa pengalaman bermain, mengharung ribut salji ketika membuat liputan.

Walaupun suhu mencecah -6 darjah Celsius, keseronokan serta semangat menjalankan tugas digagahkan juga. Bukan mudah merasa pengalaman berharga ini.

Selain itu, penulis cukup kagum dengan orang Jepun yang begitu sabar dan suka membantu sekalipun berada dalam musibah.
Mereka sanggup beratur panjang berjam-jam membeli makanan dan sepanjang beratur tiada memotong barisan. - 

Yusri Abdul Malek

No comments:

Post a Comment