|      ISU       TUDUNG: PENDUSTA AGAMA MUNCUL LAGI                
ASTORA       PENDUSTA AGAMA –siri V                            BismiLlah. Ini adalah tulisan kedua saya berkenaan dengan isu tudung atau menutup       aurat bagi wanita Islam. Tulisan pertama diberi tajuk  Astora       Pendusta Agama (siri III) disiarkan di laman-laman web pada 24/10/99 yang lalu.       Ianya masih boleh dirujuk di laman  http://www.members.tripod.com/mindarakyat2       (Debat Cyber) atau laman  http://sedaka.net.tripod.com       (E-Debat).        Dalam tulisan pertama berkenaan tudung itu saya telah meranapkan hujah Astora yang       berdalilkan wanita-wanita agama yang tidak bertudung untuk mengatakan secara dusta       bahawa hukum tidak bertudung sebagai tidak berdosa langsung, seterusnya saya       mengemukakan dalil-dalil kewajipan bertudung daripada nas-nas al-Quran dan hadis       sahih. Dalam tulisan itu juga saya mencabar Astora supaya menyebutkan siapakah       wanita di zaman Sahabat yang berdegil tidak bertudung setelah turunnya ayat       memerintahkan wanita Islam supaya menutup seluruh aurat kecuali yang zahir iaitu       muka dan kedua pergelangan tangan hingga ke hujung jari. Saya juga mencabar Astora       supaya menyebutkan nama kitab dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang kononnya       menyatakan hukum tidak bertudung itu sebagai tidak berdosa langsung atau berdosa       kecil sahaja. Namun sampai ke hari ini cabaran-cabaran itu tidak tersahut dan Astora       tidak sanggup menyiarkan tulisan tersebut dalam ruang Debatnya pada hari Jumaat.                Tiba-tiba dalam Mingguan Malaysia       30/4/2000 (sebelas hari sebelum pemilihan Ketua Wanita Umno), Astora muncul lagi       dengan pendustaan dalam bentuk yang baru tentang isu tudung dalam ruang Bicara       Agama bertajuk “Perbahasan mengikut       al-Quran dan hadis: Relevansi pakai tudung” . Kali ini Astora tidak       keseorangan menjaja pendustaannya, kerana beliau dibantu oleh Syed Akbar Ali dalam Berita       Minggu pada hari yang sama dengan tulisan bertajuk “Apakah       bertudung dianggap menutup aurat” dalam ruang Komentar       Hujung Minggu.        rukhsah                      Tidak dapat dinafikan bahawa Astora membawa ayat-ayat al-Quran yang berkenaan dengan       kewajipan menutup aurat iaitu ayat 31 dan 60 Surah al-Nur, serta ayat 59 Surah       al-Ahzab seperti mana yang telah saya bentangkan sebagai hujah kewajipan bertudung       dalam rencana Astora Pendusta Agama (siri III). Tetapi Astora masih mencari ruang untuk       merendahkan ilmuan Islam kita dengan mendakwa mereka berhenti setakat dua ayat       (al-Nur: 31 dan al-Ahzab: 59) sahaja untuk membuktikan bahawa wanita wajib memakai       tudung secara mutlak tanpa merujuk ayat 60 Surah al-Nur yang memberi kelonggaran       untuk tidak bertudung bagi wanita tua yang telah tiada keinginan berkahwin.       Sedangkan tiada siapa yang cuba menyembunyikan ayat 60 surah al-Nur itu termasuk       saya dalam rencana Astora Pendusta Agama (siri       III) itu. Cuma perlu diingat bahawa memang benar ayat tersebut memberi       kelonggaran (rukhsah), tetapi menyatakan       di hujungnya bahawa kekal dengan bertudung itu adalah lebih baik bagi mereka (wanita       tua). Jadi apa salahnya kalau tidak memberitahu ayat 60 al-Nur yang memberi pilihan       yang kurang baik, sedangkan yang lebih baik itu ialah kehendak ayat 31 al-Nur dan 59       al-Ahzab. Apatah lagi hukum memberitahu perkara wajib dan lebih baik (pemakaian       tudung bagi wanita yang ada keinginan berkahwin) itu adalah wajib, sedangkan hukum       memberitahu perkara yang kurang baik (harus tidak bertudung bagi wanita tua) itu       tidak wajib.               Perlu diperhatikan, walaupun Astora memberi tajuk rencana Bicara Agamanya       kali ini sebagai “Perbahasan mengikut al-Quran dan hadis: Relevansi pakai       tudung”, namun tiada satu pun hadis yang dibawa sebagai hujah perbahasannya.       Yang ada hanyalah satu perkataan `hadis’ ketika berkata:               “Dalam pada itu berdasarkan kepada hadis       dan fakta sejarah kaum wanita terbahagi kepada dua kumpulan pada zaman awal Islam       dahulu. Pertama, wanita bebas dan mereka       tergolongdaripada kaum wanita yang dituntut memakai tudung seperti disebut dalam       kedua-dua ayat di atas. Kedua, wanita       yang tidak bebas (hamba dan amah). Wanita golongan ini bukan saja tidak dituntut       mereka memakai tudung, tetapi dilarang pun mereka berbuat demikian.                      Ini kerana pada zaman itu dibezakan antara wanita Islam yang bebas dengan wanita       Islam tidak bebas. Pembezaan ini bukan ditetapkan dalam al-Quran, tetapi ditetapkan       oleh adat dan peraturan masyarakat pada zaman itu. Rasululah s.a.w. dan para sahabat       melarang wanita Islam yang tidak bebas bertudung kerana tunduk kepada realiti       masyarakat pada zaman itu.        Dengan itu tidak hairan jika sesetengah cerdik       pandai Islam berpendapat kerana tiada lagi realiti masyarakat zaman itu –kerana       perhambaan telah terhapus- maka sebab yang membeza-bezakan wanita (bertudung) tidak       lagi dianggap relevan dengan zaman ini.”                      Kita tercari-cari di mana nas atau terjemahan nas hadis yang Astora katakan       perbahasannya itu mengikut al-Quran dan hadis. Begitu juga, di mana fakta sejarah       yang dimaksudkan (kononnya Nabi s.a.w. dan sahabat menyuruh wanita bebas bertudung       kerana tunduk pada realiti zaman itu)? Sedangkan tiada satu pun rujukan kepada       kitab-kitab sejarah ditunjukkan. Kalau adapun hanyalah dakwaan ada `cerdik pandai       Islam’ yang berpendapat pemakaian tudung tidak lagi relevan pada zaman ini kerana       tuntutan untuk membezakan dua golongan wanita (bebas dan hamba) telah tiada, tanpa       menyebutkan siapa `cerdik pandai Islam’ itu. Selain daripada menganggap dirinya       sendiri sebagai `cerdik pandai Islam’, saya rasa antara `cerdik pandai’ yang       selalu menjadi rujukan Astora ialah penulis-penulis aliran `ilmaniyah       (sekularisme) seperti Muhammad Fadhlullah, Ali al-`Asymawi, Farag Fouda, Jamal       al-Banna dan Ahmad Subhi Mansour yang selalu menulis buku-buku bertaraf picisan dan       di jual di tepi-tepi jalan di Kaherah. Farag Fouda itu ditakdirkan mati dengan       peluru pada awal 1990-an kerana terlalu membuat provokasi terhadap umat Islam Mesir.       Walau bagaimanapun Astora tidak menyebutkan nama-nama mereka ini kerana tulisan dan       pemikiran mereka sudah tidak laku lagi di Mesir dan sudah bankrap. Oleh itu, Astora       tidak berani menyebut mereka sebagai rujukan kerana takut dikatakan membawa       pemikiran bankrap yang sudah dilelong, apatah lagi di Malaysia kini ramai bekas       penuntut Al-Azhar yang menjadi saksi. Jadi sebagai jalan selamat tidak perlulah       menyebut nama mereka itu, cukuplah dengan menyebut istilah persendirian: `cerdik       pandai Islam’.        `illah                      Satu perkara lagi yang perlu diperhatikan ialah Astora menjadikan tuntutan untuk       membezakan dua golongan wanita (bebas dan hamba) sebagai `illah       (sebab yang pasti dan muktamad) bagi kewajipan bertudung. Bila tiada `illah itu (terhapus perhambaan), maka tiadalah hukum wajib bertudung kerana       tiada apa lagi yang perlu dibezakan antara wanita hari ini kerana mereka semua       adalah bebas dan merdeka.               Inilah satu lagi pendustaan yang besar atas agama Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w.       Oleh sebab itu para ulama mujtahidin amat berhati-hati dalam menyatakan sesuatu `illah       kepada sesuatu hukum yang bersumberkan al-Quran dan hadis sahih, kerana hak untuk       memberi alasan atau sebab bagi sesuatu hukum Allah itu, pada asalnya hanyalah milik       Allah sahaja. Sebarang pencabulan ke atas pemberian `illah       itu adalah pencabulan ke atas hak Allah s.w.t. Melainkan bila `illah       itu secara pasti tidak dinyatakan atau dinaskan dalam al-Quran ataupun hadis, maka       ulama yang cukup syarat ijtihadnya boleh berijtihad untuk mencari `illah       dengan syarat yang ketat (ada 24 syarat, menurut Dr. Wahbah al-Zuhayli) termasuk       tidak bercanggah dengan maqasid syar`iyyah       (tujuan syariat), `illah itu hendaklah zahir       (jelas dan nyata) dan mundhabit (pasti dan       muktamad, tiada kemungkinan yang lain lagi dan wujud pada setiap tempat dan zaman).               Itu kalau dipastikan `illah itu tidak       dinaskan dalam al-Quran atau hadis. Bagaimana pula hukum bertudung ini? Apakah pasti       tiada `illah yang dinaskan dalam al-Quran       dan hadis, sehingga Astora berani mencabul hak Allah s.w.t. dengan menyatakan kerana       hendak membezakan antara wanita bebas dan hambalah maka diwajibkan wanita bebas itu       bertudung? Kalau Astora itu jenis manusia yang takutkan Allah s.w.t. maka beliau       tidak akan berani untuk berkata begitu, tetapi kerana beliau jenis manusia yang       takutkan selain Allah s.w.t. dan menghadapi krisis keimanan, maka mulutnya terlalu       celupar!               Sebenarnya `illah wajib bertudung itu ada       dinyatakan oleh Allah s.w.t. sendiri dalam ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:        “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita       yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh       (ketika keluar); cara yang demikian itu lebih senang supaya mereka dikenal (sebagai       wanita yang baik-baik) dan agar mereka tidak diganggu atau disakiti…”               “Supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik (solehah) dan terhormat serta       tidak diganggu” itu adalah `illah yang bersifat zahir dan mundhabit,       yang telah dinaskan oleh Allah s.w.t. sendiri, maka tiada siapa yang berhak untuk       mencipta `illah yang lain.               Demikianlah disiplin ilmu dalam pengajian Islam (khususnya Usul       al-Fiqh), iaitu asal hak untuk menyatakan `illah       itu adalah milik Allah s.w.t. sahaja. Sekira hak itu dicabuli, semua hukum boleh       rosak dan sesatlah umat Islam seperti sesatnya Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh       cuba kita cari apakah `illah bagi       pengharaman zina? Jika ada orang Islam yang berlagak sebagai `cerdik pandai’       hendak berijtihad untuk mengatakan `illah       haram zina ialah supaya tidak bercampur keturunan, maka perzinaan dengan perempuan       mandul, sedang hamil, belum baligh (tidak subur) atau        dengan memakai kondom adalah halal dan tidak haram kerana tiada kemungkinan       bercampur keturunan bila berzina dengan perempuan yang keadaannya tidak mungkin       menghasilkan anak itu. Ini tidak mustahil berlaku jika disiplin ilmu Astora diguna       pakai. Sedangkan `illah yang dinaskan       Allah s.w.t. sendiri ialah zina itu adalah fahishah       (kotor dan keji) dan jalan yang buruk (berdasarkan Surah al-Isra’: 32), tanpa       mengira dengan perempuan bagaimana zina itu berlaku.               Sebaliknya terdapat banyak hukum yang memang tidak diketahui `illahnya       kerana Allah s.w.t. berhak untuk mensyariatkan apa sahaja hukum tanpa menunggu       wujudnya `illah yang munasabah dan       rasional bagi manusia. Itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. yang tidak boleh       dipersoalkan. Dan kalau manusia tidak mengetahui sebarang `illah       pun, tidak menjadi kecacatan kepada ketaatan mereka, kerana tidak menjadi kesalahan       untuk manusia mentaati Allah dan Rasul-Nya secara membuta tuli tanpa mempedulikan       apa orang lain kata. Kita tidak tahu apa `illah solat diwajibkan lima waktu sehari semalam, puasa diwajibkan pada bulan       Ramadhan, haji wajib sekali sahaja di Mekah dan tidak ditempat lain dan sebagainya.       Manusia boleh meneka dan mengatakannya sebagai “hikmat disyariatkan demikian       ialah…”, tetapi tiada yang mengetahuinya secara pasti selain Allah s.w.t.       sahaja. Perbahasan lanjut tentang `illah ini boleh didapati dalam Dr. Wahbah al-Zuhayli, Usul       al-Fiqh al-Islami, m.s: 646 dan seterusnya dan juga kitab-kitab Usul       al-Fiqh yang lain.        tidak relevan                      Setelah berfatwa mengatakan pemakaian tudung tidak lagi relevan pada zaman ini       kerana sudah tiada perhambaan, di hujung Bicara       Agama 30/4/200 itu, Astora memberikan beberapa contoh hukum yang menurutnya       tidak lagi relevan pada zaman ini. Beliau dengan berani menulis, “Perlu       diterangkan bahawa terdapat banyak hukum-hakam yang ada dalam al-Quran tidak lagi       dilaksanakan pada zaman ini kerana tidak dianggap relevan seperti hukum berkahwin       dengan hamba, pembahagian harta perang (al-ghanimah) dan lain-lain.”                             Dengan menulis sedemikian, Astora telah memperjudikan keimanannya terhadap al-Quran.       Nasib orang berjudi kadang-kadang untung, tetapi selalunya rugi dan bergolok gadai.       Apakah maksud sebenar tidak relevan itu? Adakah wujud dalam al-Quran hukum yang       tidak relevan dan tidak sesuai? Sedangkan sesiapa yang mengatakan mana-mana hukum       al-Quran tidak sesuai pada sesuatu tempat atau zaman boleh terbatal aqidahnya.       Tetapi kita masih berbaik sangka dengan Astora dengan menganggap beliau jahil dalam       perkara yang beliau tulis. Tetapi jahilnya jahil sombong dan takkabbur, sebab itu       beliau banyak tersasar dalam berbicara dan menulis. Apa yang penting baginya ialah       tuannya bahagia dengan tulisannya dan beliau boleh hidup `selesa’ sebagai ganjaran       (berdasarkan cakapnya kepada seorang `rakan’nya di pejabat Utusan).               Bagaimana Astora boleh mendakwa hukum perhambaan (termasuk perkahwinan dengannya)       dan pembahagian harta perang sudah tidak relevan lagi pada zaman ini? Sebenarnya       pemikiran sebegini muncul daripada anggapan hukum jihad       fi sabiliLlah sudah tidak wujud lagi sekarang. Manakala anggapan jihad tidak       wujud lagi ini pula muncul daripada manusia yang berpenyakit al-wahn,       iaitu penyakit yang ditafsirkan Nabi s.a.w. sebagai hubb al-dunya wa karahiah al-mawt (cinta dunia dan takut mati) dalam sebuah       hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang mana golongan yang takut mati ini       telah wujud di kalangan Sahabat Nabi s.a.w. dulu lagi. Pemikiran yang sebegini cetek       tentang jihad daripada Astora jelas kelihatan dalam tulisannya bertajuk `Jihad       palsu Pas di Sanggang’ dalam Utusan       Malaysia 7/4/2000. Jadi dengan mudah kita mengenali siapa Astora, setelah sekian       banyak sifat-sifatnya dikenali pembaca.               Sebenarnya hukum jihad itu terus relevan sebagaimana relevannya al-Quran itu hingga       Hari Kiamat. Jika hukum jihad relevan, kenapa pula hukum perhambaan dan pembahagian       harta perang tidak relevan? Perlu disebutkan bahawa perhambaan itu disyariatkan       untuk menyelamatkan nyawa orang-orang kafir yang tewas perang. Demikianlah mulianya       etika peperangan (jihad) dalam Islam, orang kafir yang kalah, tidak bersenjata,       wanita, kanak-kanak dan  orang yang       tidak berdaya lagi tidak dibunuh, sebaliknya ditawan dan dijadikan `hamba’       (menurut istilah Islam, bukan istilah Barat) yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya       kepada tuannya, diberi makan apa yang tuannya makan dan diberi pakai apa yang       tuannya pakai, tidak seperti sistem perhambaan Barat di zaman Kunta Kinte.        Sebaliknya cuba tayangkan semula episod perang orang Kristian di Andalus lebih lima       ratus tahun dahulu, di Bosnia serta Kosovo beberapa tahun lalu dan di Ambon dan       Kepulauan Maluku akhir-akhir ini terhadap umat Islam, apakah dibiarkan hidup       orang-orang Islam yang tidak berdaya termasuk wanita dan kanak-kanak? Begitu juga       episod perang di Palestin  oleh Yahudi       dan di Kashmir oleh tentera yang dikatakan beragama Hindu. Rakyat Malaysia yang       bergama Kristian, Hindu atau Yahudi tidak dapat menafikan hakikat kekejaman       tersebut, tanpa menjadikan trajedi menyayat hati itu sebagai kesalahan mereka di       sini. Untuk mendapat gambaran sebenar tentang jihad dan perhambaan dalam Islam, sila       rujuk hadis-hadis dalam al-Imam al-Nawawi,       Riyadhu al-Salihin, Kitab al-Jihad.                             Berbalik kepada pendustaan Astora, mengatakan hukum perkahwinan dengan hamba dan       pembahagian harta perang sudah tidak relevan adalah satu kejahilan, manakala       mendakwa hukum pakai tudung sudah tidak relevan kerana sudah tiada perhambaan pula       adalah satu kejahilan lain yang dibina atas kejahilan. Fatwa mengatakan pakai tudung       tidak wajib juga adalah fatwa sesat yang dibina atas kesesatan yang nyata. Manakala       memuatkannya dalam Bicara Agama adalah       merupakan satu iftira’ wa kizb wa buhtan       `ala al-din `izom (pembohongan, pendustaan dan penipuan yang amat besar atas       nama agama) dan merupakan  dakwah ila al-dhalal wa al-fusuq wa al-`ishyan (seruan kepada kesesatan,       kefasikan dan maksiat).        pandangan ulama                      Sementara itu dalam Bicara Agama minggu       berikutnya (7/5/2000), Astora menulis rencana bertajuk “Penganut       Kristian dan Yahudi juga berserban: Polemik pakaian Islam” yang diakhiri       dengan satu kesimpulan yang amat mencemarkan hukum Islam yang bersumberkan al-Quran       dan hadis sahih, bukan pandangan ulama semata-mata. Beliau menulis, “Dengan itu apa yang orang Islam berpegang berhubung kewajiban memakai tudung       kini adalah pandangan ulama saja.”        Lihat bagaimana jahatnya tulisan Astora, sedangkan baru seminggu sebelumnya dia       sendiri membawa terjemahan ayat 31 Surah al-Nur yang antaranya: “….       dan hendaklah mereka (wanita-wanita beriman) menutup       belahan baju mereka dengan tudung       kepala (khumur) mereka…”        Lihat bagaimana hukum al-Quran yang sebegitu jelas pun dikatakan pandangan ulama       saja, maka tidak wajib diikuti kononnya. Kejahatan yang sama berlaku pada tulisan       Syed Akbar Ali yang bertajuk `Apakah bertudung       dianggap menutup aurat’ dalam Berita Minggu 30/4/2000 (lihat tarikhnya       yang serentak dengan tulisan Astora, seolah-olah satu gerakan kempen untuk calon       Ketua Wanita Umno pada pertandingan 11/5/2000). Saya tidak berhasrat membahaskan       kebatilan tulisan-tulisan  jahat ini       kerana saya telah hujahkan dengan panjang lebar dalam rencana Astora Pendusta Agama –siri III, rujuklah di situ dan jangan harapkan Astora       menyiarkannya dalam ruang Debat Utusan       hari Jumaat kerana antara rencana saya dengan rencananya umpama air dengan api. Cuma       di sini saya harapkan para pembaca mengerti kejahatan Astora (dan juga Syed Akbar       Ali) demi memuaskan hati tuannya tanpa mengira dosa pahala. Bagi saya, Syed Akbar       Ali bukan tidak faham makna perkataan khumur       itu, yang terjemahan Inggerisnya ialah veils,       sedangkan beliau selalu menulis dalam akhbar Inggeris seperti The       Sun.               Dalam rencana yang sama (7/5/2000) Astora menyimpulkan bahawa al-Quran tidak       menyebutkan batas aurat wanita secara qat`iy       al-dilalah (pendalilan yang muktamad, yakin dan pasti) walaupun al-Quran itu       sendiri adalah qat`iy al-thubut       (pensabitan dari Allah s.w.t. secara muktamad, yakin dan pasti), sebaliknya batas       aurat wanita itu disebut sahaja dalam hadis yang zanniy       (lawan kepada qat`iy, iaitu tidak       muktamad) sifatnya. Tetapi Astora tidak sebutkan pula sama ada hadis-hadis itu zanniy       al-dilalah sahaja atau zanniy al-thubut       sahaja atau zanniy kedua-duanya sekali       atau salah satu daripadanya qat`iy.               Apa yang jelas hadis-hadis tentang aurat wanita itu adalah qat`iy       al-dilalah kerana memberi dalil secara jelas, muktamad, yakin dan pasti       mengecualikan muka dan kedua pergelangan tangan hingga ke hujung jari daripada aurat       yang wajib ditutup, dengan erti kata lain seluruh tubuh selain daripada dua anggota       itu adalah wajib ditutup. Setelah pasti dilalahnya       qat`iyyah, maka tinggal persoalan apakah thubutnya       juga qat`iy atau zanniy sahaja. Baiklah, kita bersetuju ianya zanniy al-thubut kerana ia adalah hadis-hadis ahad (bukan mutawatir). Tetapi       apakah hadis ahad itu tidak wajib dipakai       dalam bab amalan orang Islam, sedangkan Nabi s.a.w. sendiri mengutuskan       wakil-wakilnya untuk berdakwah mengajarkan bab amal ibadat dan akidah secara ahad?       Orang Melayu di zaman Kerajaan Melaka juga menerima Islam daripada pendakwah Arab       dan India yang bilangannya ahad! Astora       juga menerima hukum-hakam Islam pada awalnya secara ahad! Kalau tidak, cuba Astora buktikan bagaimana mutawatirnya       hukum-hakam Islam yang mula-mula dia terima! Kalau demikian (hadis sahih ahad tidak layak dipakai), nescaya lebih daripada 90 peratus hadis yang       dihimpunkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi, al-Nasai, Abu Dawud, Ibn Majah,       Malik, Ahmad dan lain-lain itu adalah sia-sia dan harus dibakar atau dicampak ke       sungai sahaja.               Saya tidak akan membahaskan kebatilan dan pendustaan tentang persoalan hadis ahad       ini di sini kerana ianya telah dibahaskan secara panjang lebar dalam rencana `Awas!       Astora anti-hadis’ dalam laman web yang alamatnya sama seperti di atas.        Dalam sebuah seminar hadis yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Seremban pada       12 dan 13 Mei 2000 yang lepas, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor (Pensyarah Jabatan       al-Quran dan Sunnah, Universiti Malaya) menyatakan beberapa contoh amalan Nabi       s.a.w. menghantar para pendakwah secara ahad, seperti yang saya hujahkan dalam rencana `Awas! Astora anti-hadis’, yang menunjukkan secara jelas lagi terang tentang       kehujahan hadis atau khabar secara ahad. Di seminar yang sama, saya mengemukakan soalan (tanpa mengaitkan dengan       nama Astora Jabat) tentang seolah-olah wujud satu gerakan anti-hadis yang       berselindung di sebalik slogan `hadis ahad tidak kuat dan harus ditolak’ dalam media massa perdana hari ini.       Selain berhujah dengan amalan Nabi s.a.w. yang tersebut tadi, Dr. Abdul Hayei juga       mencadangkan agar saya menjawab tulisan gerakan sedemikian. Cadangan itu mungkin       disebabkan Dr Abdul Hayei tidak mengetahui bahawa saya telah menjawab dan menyanggah       tulisan Astora sebanyak lebih daripada 13 kali dalam rencana-rencana yang panjang       tetapi tidak disiarkan oleh media massa perdana.               Berbalik kepada tulisan Astora pada 7/5/2000, beliau mencadangkan agar kita merujuk       buku Arab yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali, Turathuna       al-Fikri fi Mizan al-Syar` wa al-`Aql (m.s: 175-179) untuk memahami tentang       kedudukan hadis ahad pada pandangan ulama       dahulu dan sekarang (ulama al-Azhar). Saya memiliki buku itu, sayangnya ia belum       diterjemahkan ke Bahasa Melayu, setakat pengetahuan saya. Berdasarkan pembacaan saya       terhadap buku itu dan sebuah lagi bukunya yang bertajuk al-Sunnah       al-Nabawiyyah bayna Ahli al-Fiqh wa Ahli al-Hadith, Syeikh al-Ghazali tidak       pernah mem`borong’ hadis ahad sebagai       tidak kuat dan harus ditolak walaupun sahih. Beliau cuma mengkritik beberapa hadis       yang sahih sanadnya (terutama yang diriwayatkan oleh Imam Muslim) tetapi pada       pandangannya mempunyai makna yang bercanggah dengan al-Quran. Sekali lagi diulang:       Syeikh al-Ghazali tidak pernah memborong mengatakan hadis ahad tidak boleh dipakai!!!, lagi pun hadis-hadis yang dikritik oleh Syeikh       al-Ghazali adalah hadis ahad dalam bab       kepercayaan atau pegangan (akidah), bukan hadis ahad yang sahih dalam bab amalan seperti amalan wajib memakai tudung.               Walau bagaimanapun, perbuatan Syeikh al-Ghazali yang dengan mudah mengetepikan hadis       ahad yang sahih dengan dakwaan ianya       bertentangan dengan al-Quran, dikritik oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam       bukunya Kayfa Nata`amalu ma`a al-Sunnah       al-Nabawiyyah (telah diterjemahkan ke B. Melayu oleh Dr. Huda Mohsin dan Dr.       Jawiah Dakir dengan tajuk Bagaimana berinteraksi dengan al-Sunnah, ABIM, 1996): “Oleh       kerana itu saya tawaqquf (mengambil pendirian berkecuali)       dahulu terhadap hadis ini (hadis sahih       ahad yang dikatakan bertentangan dengan al-Quran)       sehingga ternyata pada saya maksud atau tafsiran yang memuaskan. Adapun Syeikh       Muhammad al-Ghazali dengan tegas menolak hadis ini kerana ia bertentangan dengan       firman Allah s.w.t. …”.        Pada saya, pendirian Dr. al-Qaradawi ini lebih warak dan tawaddhu` terhadap ulama       terdahulu yang meriwayatkan hadis sahih ahad       itu berbanding pendirian Syeikh al-Ghazali. Ada kemungkinan seseorang itu melihat       dua benda yang berbeza pada hari ini sebagai bertentangan, tetapi keduanya dilihat       tidak bertentangan dan ada jalan untuk jama`       (menghimpunkan dan menyelaraskannya) pada masa yang lain. Kalau kita seorang yang       ada sifat rendah diri dan tidak menganggap kita tahu semuanya, kita akan bertawaqquf       dahulu, apatah lagi bila kedua benda itu sahih. Di zaman dahulu ada satu golongan       orang Islam yang selalu menolak nas hadis yang sahih atas dakwaan ianya ahad       bila dirasakan ianya bercanggah dengan makna al-Quran pada pertimbangan akal mereka,       iaitu golongan Muktazilah. Untuk menghadapi golongan ini para ulama Ahlu al-Sunnah       bangun menjawab, seperti Imam al-Syafi`ie dengan kitabnya Mukhtalaf al-Hadith, Ibn Qutaybah dengan kitabnya Ta’wil       Mukhtalaf al-Hadith, al-Tahawi dengan kitabnya Musykil       al-Athar, dan lain-lain lagi. Tetapi Syeikh al-Ghazali tidaklah sampai ke tahap       Muktazilah itu, semoga Allah s.w.t. mengampuni segala dosanya dan membalasnya atas       sumbangannya yang amat besar untuk umat Islam. Malangnya perbuatan Astora       menempelkan pendustaannya dengan nama Syeikh al-Ghazali amatlah mendukacitakan. Jika       Syeikh al-Ghazali masih hidup (beliau meninggal sekitar tahun 1996 kalau tidak       silap) dan mengetahui perbuatan jahat Astora ini, saya rasa kalau tidak       ditempelengnya pun, paling kurang disekeh kepala Astora itu ataupun diherdik.        syarat sah solat                      Astora berhujah dengan hujah selemah pukat labah-labah apabila membawa hadis yang       bermaksud: “Tidak diterima sembahyang wanita       yang sudah baligh kecuali memakai tudung” (hadis ini bertaraf hasan,       diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain dengan lafaz yang hampir serupa, lihat       al-Zayla`ie, Nasbu al-Rayah, jilid 1, bab Syurut al-Solah) untuk       mendakwa wujudnya kalangan wanita Sahabiat yang bebas merdeka tidak memakai tudung.       Kata Astora dalam mentafsirkan hadis ini, maka dengan itu baginda (s.a.w.) menyuruh       mereka memakai tudung waktu sembahyang.               Lihat perangai Astora, dia tolak hadis atas alasan ianya hadis ahad       walaupun sahih bila bercanggah dengan nafsu duniawinya, tetapi dia pakai hadis ahad juga walaupun hasan sahaja       (kurang daripada darjat sahih) bila menepati hawa kemaruknya!!! Siapakah Astora ini       dalam masyarakat Islam???               Dari aspek lain, ini nampaknya seolah-olah jawapan kepada cabaran saya terhadapnya       dalam rencana `Astora Pendusta Agama –siri       III’ dahulu supaya beliau buktikan siapakah wanita Sahabiat yang didakwa tidak       pakai tudung di zaman Nabi s.a.w. dan apakah nama kitab dalam mazhab Hanafi dan       Maliki yang mengatakan tidak pakai tudung itu tidak berdosa langsung atau berdosa       kecil sahaja. Namun jawapan serkap jarang dengan menggunakan hadis di atas tidak       boleh diterima langsung kerana takwilan atau tafsirannya amat jauh. Apakah dengan       pemberitahuan Nabi s.a.w. bahawa solat wanita yang tidak bertudung itu tidak       diterima, secara automatik boleh difahami bahawa memang wujud wanita merdeka yang       tidak bertudung walaupun selepas turunnya ayat hijab (al-Nur: 31 dan al-Ahzab: 59)?       Kenapa begitu jauh sekali takwilan Astora? Kenapa terpaksa melalui jalan yang       bengkang-bengkok sedangkan jalan yang lurus terbentang luas? Selalunya orang yang       sengaja melalui jalan bengkang-bengkok itu ada sesuatu `niat’.               Astora sendiri menyatakan bahawa ada dua golongan wanita di zaman awal Islam, iaitu       wanita bebas dan merdeka yang diwajibkan bertudung dan wanita hamba yang tidak       diwajibkan bertudung. Demikian realiti sosial ketika itu, yang tidak dapat       dinafikan. Tatkala Nabi s.a.w. mewajibkan semua wanita yang baligh bersolat dengan khimar       (tudung), kenapa ditakwilkan sebagai ada wanita bebas yang tidak bertudung ketika       tidak bersolat? Bukankah hadis itu hanya memberitahu antara syarat sah solat ialah       menutup aurat walaupun solat berseorangan, sebagaimana syarat mesti suci daripada       kedua-dua hadath dan menghadap kiblat ketika solat? Lagipun hadis ini       diletakkan dalam bab syarat solat oleh ulama fiqah seperti al-Marghinani dalam kitab       Bidayah al-Mubtadi.               Memang pasti ada wanita yang tidak diwajibkan bertudung iaitu hamba, maka       dengan hadis tersebut mereka juga wajib bertudung ketika solat walaupun di luar       solat mereka tidak wajib bertudung bahkan dilarang. Memang pasti juga ada wanita       merdeka yang tidak bertudung iaitu ketika dalam rumah bersama muhram mereka,       maka dengan hadis tersebut mereka juga wajib bertudung ketika solat walaupun dalam       rumah yang tiada orang lain selain muhram mereka. Itu sahaja maksud yang hendak       dibawa oleh hadis itu. Tetapi adakah wujud wanita merdeka di kalangan Sahabiat yang       berdegil tidak bertudung setelah turun ayat hijab? Satu persoalan yang jawapannya       ialah pasti tidak wujud. Yang pasti wujud ialah mereka bersegera mencapai apa sahaja       kain untuk menutup kepala sebaik sahaja dibacakan ayat hijab oleh Nabi s.a.w.       seperti yang diriwayatkan oleh `Aishah r.a. (lihat Astora       Pendusta Agama –siri III). Kalau didakwa wujud Sahabiat yang tidak bertudung       pun, ianya tidak pernah berjaya dibuktikan seperti kegagalan Astora dalam tulisannya       membuktikannya lalu membuat takwilan yang jauh menyeleweng.               Baiklah, kalau pun ditakdirkan memang ada segelintir wanita bebas di kalangan       Sahabiat yang tidak bertudung (satu andaian yang tidak pernah terbukti), apakah kita       boleh berhujah dengannya bahawa wanita kita hari ini tidak perlulah bertudung dan       bolehlah mendedahkan aurat mereka? Kalau ini diterima, nescaya tiada hukum dalam       Islam sekarang yang tidak boleh dilanggari, kerana generasi Sahabat dan Sahabiat       dahulu pun pernah melanggarnya. Di kalangan Sahabat dan Sahabiat dahulu ada yang       disahkan berzina, maka bolehkah kita hari ini berfatwa tidak mengapa berzina sekali       sekala kerana Sahabat dan Sahabiat dahulu ada yang berzina! Tidak mengapa minum arak       sikit-sikit kerana di kalangan Sahabat dahulu ada yang minum arak! Tidak mengapa       mencuri kerana di zaman Sahabat dahulu ada seorang wanita ternama ditangkap mencuri       seperti termaktub dalam sebuah hadis sahih.        bukan malaikat                      Demikianlah rosaknya hukum Islam bila kaedah dan disiplin ilmu Astora diguna pakai.       Sebenarnya perlu kita fahami, walaupun generasi awal Islam itu merupakan Sahabat       yang mendapat didikan khusus daripada Nabi s.a.w., namun mereka tidak pernah       bertukar menjadi para malaikat dan Nabi s.a.w. pun tidak pernah menukar mereka       menjadi malaikat sehingga tidak pernah melakukan dosa langsung. Mereka semua berdosa       kerana mereka adalah  manusia, tetapi       mereka menjadi sebaik-baik manusia kerana mereka sentiasa bertaubat daripada       keterlanjuran dan dosa mereka. Oleh itu kesalahan yang mereka lakukan dahulu jika       ada, tidak menjadi hujah untuk kita hari ini mendakwa kesalahan itu sebagai tidak       salah. Ukuran hukum Islam ialah al-Quran dan hadis sahih, bukan perbuatan       orang-orang tertentu walaupun semulia mana orang itu. Tetapi kaedah menfatwakan       hukum Islam berdasarkan perbuatan orang-orang tertentu ini telah lama dipakai oleh       Astora terutamanya persoalan menutup aurat atau bertudung ini.               Dalam jawapannya kepada satu e-mel pembaca yang beralamat  –cyrex_lynx@anjungcafe.com       , jelas Astora menampakkan ketidak selesaannya terhadap orang yang bertudung. Iaitu       dengan bersetuju terhadap tulisan e-mel itu yang mendakwa wanita bertudung pun       melakukan maksiat yang lebih teruk daripada berdua-duaan. Hal ini telah dijelaskan       dalam  Astora Pendusta Agama –siri III. Astora menambah lagi dengan       mengatakan  di sebuah negara Arab (agaknya       Saudi)  yang mewajibkan wanita mengenakan       tudung dan menutup seluruh tubuh umpamanya, maksiat tetap ada malah lebih hebat.              Lihat bagaimana kebenciannya terhadap sebuah negara kiblat umat Islam semata-mata       kerana negara itu membuat arahan supaya semua wanita menutup aurat, sehingga       menfitnah mengatakan maksiatnya lebih hebat. Ini adalah pembohongan yang jelas       berdasarkan kebencian terhadap orang-orang yang beriman. Jika dibandingkan jenayah       di Arab Saudi yang memperundangkan dan melaksanakan hukum Islam dengan kadar jenayah       di Amerika, statistik menunjukkan bilangan jenayah di Amerika dalam sehari sama       dengan bilangan jenayah di Arab Saudi untuk tempoh sepuluh tahun. Bagaimana pula       jika dibandingkan dengan Malaysia? Tanyalah Bukit Aman. Berkenaan dengan kewujudan       jenayah atau maksiat di negara yang mengamalkan hukum Islam, ianya memanglah tidak       dapat dinafikan kerana rakyat di negara pengamal hukum Islam itu tidak ditukar       menjadi malaikat. Oleh kerana itu para ulama yang memahami konsep hukum Islam       sebagai pencegahan berkata: “Sesungguhnya       Allah s.w.t. menghalang jenayah yang tidak terhalang oleh al-Quran (pengetahuan       tentang hukum haram jenayah itu) dengan menghalangnya melalui sultan (kuasa       undang-undang Islam).”                      syukur                      Saya sebenarnya rasa bersyukur kerana usaha saya selama ini membuahkan hasil, iaitu       ramai pembaca telah mengenali siapa Astora dan apa perangai sebenarnya. Mereka juga       telah dapat mengukur sejauh mana keikhlasan Astora dalam mengendalikan       tulisan-tulisan yang bercorak keagamaan. Tinggal lagi pembaca yang menyokong Astora       ialah yang taksub dengan beliau atas dasar ketotokan terhadap sebuah parti politik,       bukan atas dasar keilmuan Islam. Dengan majlis debat atau dialog di P. Pinang tempoh       hari pun, para pembaca Utusan dan penonton       malam itu dapat mengukur secetek mana ilmu Astora tentang Islam yang       digembar-gemburkan dan dijaja kononnya beliau berkelulusan syariah, Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith       dari beberapa negara Arab. Daripada kupasannya dalam tulisan atau ucapan, sedikit       pun tidak menampakkan beliau cekap dalam ilmu-ilmu tersebut, yang ada hanyalah       gendangan tin kosong untuk membingitkan suasana. Berkenaan dengan dakwaan saya       bahawa Astora PENDUSTA AGAMA, ada yang bersetuju dengan hujah saya tetapi tidak       boleh menerima tuduhan `keras’ saya itu. Jawapan saya, bahawa saya tidaklah       berbid`ah dalam membuah tuduhan itu kerana para ulama dahulu kala terutamanya ulama al-Jurh       wa al-Ta`dil selalu menggunakan perkataan al-Kazzab       (pendusta besar) terhadap periwayat hadis yang jelas berdusta atas nama Nabi s.a.w.       Astora juga daripada kalangan periwayat hadis dusta itu, bahkan lebih teruk lagi       kerana mencelupkan kulit keagamaan atas kebatilan dan jahiliyyah ataupun sebaliknya       sehingga umat Islam di Malaysia khususnya menjadi bercelaru.        Sekian, wassalam `ala man ittaba`a al-huda.               alimuda@hotmail.com
| Pemakaian Tudung yang Betul Menurut Islam |  1 of 21 |   
  |   
  
 
  
 
 
 syahirahhanisah 
Location: Malaysia   
Joined: 11.07.09 
Status:    Offline   |   |   
 Assalammualaikum wbt... Saya syah...sy bru di sini...sy tergerak hati nak hntr soalan kat sini  sbb td sy sdg mencari di search engin tentang pemakaian tudung yg betul  tp lain yg kuar. sy jumpa satu blog ini http://patriot1957.blogspot.com/2009/03/pemakaian-tudung-ajaran-islam.html  dan bila sy membacanya sy berasa sgt marah. walaupun ilmu agama sy  tidak dlm, tp sy tahu pemakaian tudung/hijab itu wajib sbb rambut, leher  dan dada harus dilitupi. tp bak kata penulis blog itu, pemakaian tudung  adalah ajaran kristian dan siap mencabar supaya org yg boleh  mengemukakan bukti bahawa ajaran islam yg menyuruh memakai tudung...oleh  itu, sy mohon supaya sahabat2 di forum ini dpt membetulkan penulis blog  ini...wassalam 
 Edited by Abu Hurairah on 25.08.2009 23:45 |   
    |   
 | Author |  
 | RE: Pemakaian tudung ajaran Islam? |  2 of 21 |   
  |   
  
 
  
 
 
 Thuaibah 
Location: Australia   
Joined: 08.01.09 
Status:    Offline   |   |   
      ‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan  isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke  seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk  dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].   ‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan  pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan  perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah  mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan  perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ….’ [Qs. an-Nûr : 31].     ‘…. dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang  Jahiliyah yang dahulu …’ [Qs. al-Ahzab : 33].    dan akhir sekali    ‘Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi  perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan  suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan  mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya. Maka  sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata [Qs.Al-Ahzab: 36]  May be boleh tgk2 kt sini jugak  Why Muslim Women Wear Hijab  Tudung Labuh atau Tudung Tiga Segi  Kenapa Mereka Memusuhi Hijab  waAllahu a'lam 
 Edited by Thuaibah on 11.07.2009 05:35 |   
      |   
 | Author |  
 | RE: Pemakaian tudung ajaran Islam? |  3 of 21 |   
  |   
  
 
  
 
 
 nasir_sobri 
Joined: 16.05.09 
Status:    Offline   |   |   
 salam, berikut adalah komen(jwapan) saya pda blog  trsebut. tp sy tdak pasti sma ada tuan blog itu dh approve atau blum.   "assalamu'alaikum  bismillahirrahmanirrahim  brdsarkan apa yg saudara tulis, dpt sy smpulkn 3 prsoalan utma.  -dalil atau bukti spaya brtdung  -tudung adalah ajaran kristian  -lyakkah ulama mnntukan hkum.  (fokus sy kpd aurat wanita, inilah prbncangan kita)  DALIL SUPAYA BERTUDUNG  1.   “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat  pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan  mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka  kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan  leher bajunya dengan khumur (penutup) mereka; dan janganlah mereka  memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,  atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau  anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi  saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara  mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba  mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak  berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti  lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki  untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;  dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang  beriman, supaya kamu berjaya.”  (Surah an-Nur: ayat 31)  baiklah, dlm ayat ini jlas bhwa ada prntah mnurup aurat kcuali apa yg  zahir iaitu bhagian yg dbnarkan.  salah satu kaedah usul fekah ialah al-amru yadullu 'alal wajib, yg  brmksud kata printah mnunjukkan hukum itu wajib. dlm ayat ini Allah  mmrntahkan agr mnutup kcuali apa yg zahir, jd jlas bhwa mnutup anggota  (aurat) kcuali apa yg zahir adalah wajib.  apakah yg zahir?   Hadis riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk  menjumpai Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lantas  Rasulullah SAW berpaling darinya dan berkata:"Hai Asma,  seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil  baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau  menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).  brdsarkan hadis ini, apa yg zahir ialah mka dn tpak tgn. jd wajib mnutup  smua kcuali mka dn tpak tgn. (mzhab asy-syafi'e)  dlm ayat ini jga dsbut istilah khumur iaitu istilah arab yg brmksud  penutup atau sesuatu yg mlindungi. dlm zman skarang antara bnda yg bleh  dgunakan utk tutup aurat ialah baju dn sluar yg ssuai atau jubah atau  bju krung dn tudung untuk bhagian atas (kepala).   jd sdah jlas bhawa ini adalah dalil atau bukti pmakaian tudung dlm  al-quran.  2. dalil strusnya ialah dgn kaedah fekah atau qawa'id fiqhiyyah.  brdsarkan kpd ksimpulan di atas, kita smua tahu bhwa wajib mnutup aurat,  iaitu smua anggota kcuali mka dn tpak tgn. baiklah, kita fkuskan kpd  mnutup bhgian atas iaitu kepala dn dada.  scara umumnya qawa'id fiqhiyyah  adalah kaedah yg brsfat kulli yg  dkluarkan oleh ulama brdsarkan dlil2 yg brsifat juz'i dr al-quran dn  hadis. atau lbih mdah ialah kaedah yg diambil dr al-quran dn hadis yg  dgunakan utk mnntukan ssuatu hkum trutamanya hkum bg prkra yg tdk  dttapkan dlm quran atau hadis.  kaedahnya ialah, ma la yatimmul-wajib illa bihi fa huwa wajibun. yg  brmksud, skiranya ssuatu yg wajib tdak dpat dlksanakan melainkan dgn  adanya satu perkara, maka wajiblah prkara itu.  kita sdah tahu bhwa mnutup aurat wajib. jika mnutp aurat (wajib) tdk dpt  dlksnakan mlainkan dgn brtdung, mka wajiblah brtdung.  jlas d sni wajib brtudung. sbnarnya bleh mnutup aurat dgn ssuatu slain  tdung. bleh gna plastik, krtas, besi atau kayu atau apa shja asalkan  mnutup aurat.tp adakah ssuai mggunakan bsi atau kayu utk mnutup aurat?  jika anda rsa ssuai, silakan.   jd, sbaik-baik bhan atau pkaian utk tutup aurat ialah tdung, lgpun  itulah yg mnjadi kbiasaan bg kaum wanita.  ada lg ayat tmbahan;  "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta  perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaiannya)  bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian  lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)  maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha  Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " [Surah Al-Ahzab:59]  BERTUDUNG AJARAN KRISTIAN?  skrg kita smua tahu bhwa islam mmrntahkan agar kaum wanita brtudung.  kristian juga mnyru agar wanita brtdung? wallahu'alam.   skiranya bnar kristian mnyru agr brtdung, apa kaitannya dgn islam?  kita patuh krna Allah mmrntahknnya bkan krna kristian atau bible atau  ingin mniru mreka. tidak smestinya apabila trdpat prsmaan dlm islam dn  kristian brmkna islam mniru kristian atau sbaliknya. itu adalah ajran  agama masing2, jika trdapat prsmaa, ia adalah kbtulan.  sbgai cth, org yahudi jg brkopiah, adakah islam mniru mreka?  dlm kristian ortodok ada amalan brpuasa, adkah islam mniru mreka?  tentulah tidak sma skali....   LAYAKKAH ULAMA MENENTUKAN HUKUM?  ya, mreka layak.   apabila seseorng itu sudah menguasai plbagai ilmu agama dn bramal  dgnnya, mka ia layak digelar ulama.  skiranya ulama itu sudah smpai tahap ulama mujtahid, mka dia sdah lyak  mngluarkan hukum dn mmbri ftwa brdsarkan ilmu yg ada pdanya brlandaskan  al-quran dan hadis.  skian, skiranya ada sbarang prtanyaan, silakan...  ni blog saya :   http://almomentum.blogspot.com/    "   |   
    |   
 | Author |  
 | RE: Pemakaian tudung ajaran Islam? |  4 of 21 |   
  |   
  
 
  
 
 
 poyo 
Location: Malaysia   
Joined: 01.07.09 
Status:    Offline   |   |   
 Perempuan islam,wajib menutup aurat....dan ada dalil yg  mengatakan  Ini antara hadis Al Quran yg menerangkan tentang kewajipan menutup  aurat,jgn main menghina je. islam agama yg suci,klau awak hina islam itu  bermakna awak hina umat islam dan dri awak sendri!  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat  pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan  mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka  kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan  leher bajunya dengan khumur (penutup) mereka; dan janganlah mereka  memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,  atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau  anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi  saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara  mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba  mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak  berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti  lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki  untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;  dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang  beriman, supaya kamu berjaya.”  (Surah an-Nur: ayat 31)  ni ada lagi   Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan  isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke  seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk  dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].  ‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan  pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan  perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah  mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan  perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ….’ [Qs. an-Nûr : 31].    ‘…. dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang  Jahiliyah yang dahulu …’ [Qs. al-Ahzab : 33].   klau nk jatuhkan islam pun!...guna otak...islam kalau dijatuhkan,islam  akan bangkit berdri kerana islam agama suci dan mempunyai kelebihan2 yg  tersendri...    |   
    |   
 | Author |  
 | RE: Pemakaian tudung ajaran Islam? |  5 of 21 |   
  |   
  
 
  
 
 
 al-amin 
Location: Egypt   
Joined: 09.01.08 
Status:    Offline   |   |   
    Kewajipan menutup aurat dengan memakai tudung kepada muslimah merupakan  perkara ma'lum biddhorurah di dalam Islam..  Apabila disebut ma'lum biddhorurah ia tidak berhajat kepada dalil lagi  kerana ia sudah dimaklumi secara asas di dalam Islam. Tetapi tidaklah  bermaksud tidak ada dalil tetapi ia telah menjadi suatu kesepakatan atau  ijma' di dalam Islam wajib bertudung. Sudah diketahui dulu kini dan  selamanya. Seperti juga kefardhuan solat dan lain2 yang ma'lum  biddhorurah..  Sesiapa yang menafikannya dengan makna ingkar maka terkeluar daripada  akidah Islam (jadi kafir).. |   
        |   
 | Author |  
 | RE: Pemakaian tudung ajaran Islam? |  6 of 21 |   
  |   
  
 
  
 
 
 al-amin 
Location: Egypt   
Joined: 09.01.08 
Status:    Offline   |   |   
 | Tambahan..   Ini satu masalah yang selalu dikelirukan oleh sebahagian orang termasuk  satu puak di dalam Islam. Apa yang sama dengan kristian maka kita meniru  kristian.. Apa yang sama dengan Budha maka kita meniru budha.  Di dalam pengajian ilmu usul fiqh disebut syara' man qablana (syariat  orang sebelum kita ya'ni syariat agama dulu sebelum datangnya Islam). Ia  digunakan oleh ulama' sebagai salah satu kaedah penetapan hukum..  Agama terdahulu berpuasa. Apakah apabila kita berpuasa kita meniru agama  lain? Sudah tentu tidak kerana ada syariat terdahulu yang dimansukhkan  dan ada yang masih kekal seperti haji. Namun kaifiatnya mengikut apa  yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai Rasul terakhir yang  membatalkan syariat lain..  Seperti yang kita biasa dengar ilmu tasawwuf berasal daripada agama  Budha dan Yunani. Kerana ada persamaan..  Di dalam pengajian kitab sukatan tasawwuf di Universiti Al-Azhar  menjelaskan persoalan ini. Bukan semua yang ada persamaan bermaksud kita  meniru mereka kerana kita ada syariat yang tersendiri. Jika berbetulan  itu berkemungkinan agama mereka juga datangnya daripada Nabi terdahulu..  So, kita tidak boleh katakan semua perkara yang kebetulan sama dengan  agama lain sebagai peniruan selagimana ia terdapat di dalam syariat  Islam.. |   
        |   
 | Author |  
 | RE: Pemakaian tudung ajaran Islam? |  7 of 21 |   
  |   
  
 
  
 
 
 naz_omegan 
Location: Malaysia   
Joined: 28.08.08 
Status:    Offline   |   |   
 berdasarkan dengan hanya TAHU dengan cara pemakaian  tudung, ataupun FAHAM cara pemakaian tudung. tanya diri, TAHU atau  FAHAM. kadang2 org hanya tahu, tapi x fhm. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berikut adalah perkara2 yang sering berlaku dihadapan mata kita..Cara tidak betul dalam pengamalan menutup aurat:- 
1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 
2.Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek. 
3.Bertudung - tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bonjolan buah dada 
4.Bertudung tetapi baju kebarungnya atau kebaya terbelah kainnya. 
5.Bertudung tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan 
6.Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’. 
7.Bertudung  tetapi Kemeja pun singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup  atau dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang  seluar.(kalaulah zip seluar terbuka mesti dapat diketahui oleh orang) 
8.Bertudung tetapi Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek menampakkan lengan dan sikunya yang sesetengahnya lengan berbulu. 
9.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 
10.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 
11.Bertudung  tetapi ber seluar jeans,cukup ramai wanita memakai seluar jeans  sekalipun ianya ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut  shape potongan kaki. 
12.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 
13.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 
14.Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. 
15.Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. 
 
Sebahagian  wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia  adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:  ertinya : 
 
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya  sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU... MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN  KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31) 
 
Pengertian  khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup  kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari  kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh  pakaian/baju. 
 
Setiap perempuan Islam wajib menutup  kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher,  sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari  perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. 
 
Dalam  ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya  menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan.  Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh  karena itu para ulama... kemudian berbeza pendapat tentang erti apa  terzahir itu serta ukurannya. 
 
Misalnya sahabat besar Nabi  seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir  itu adalah : celak dan cincin. 
 
Yang berpendapat seperti  ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan  cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya  pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang  ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan  lain-lain. 
 
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a,  Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh  dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan  tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkena...an batasnya  dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di  jauhi dari mendedahkannya. 
 
Menurut Syeikh Al-Qaradawi  juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh  perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah  di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang  sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah.  Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah,  adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah  haram. 
 
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31) 
 
Kesemua  jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat  seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan  mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan  perhiasannya yang seharusnya ...disembunyikan, misalnya: perhiasan  telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher  (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan  gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki  lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang  ada rukhsah untuk dinampakkan. 
 
Amat jelas dari dalil  al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai  pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk  diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian  tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada,  paha, dan sebagainya. 
 
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
 
“Ada  dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya  itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai  buat memukul orang... (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan  yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan  maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat,  rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga,  serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu  tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim) 
 
Mereka  dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada  tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup  aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu  tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan  pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof  Al-Qaradawi) 
 
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada  unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan  seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas. 
 
Disebalik  keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman  sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan  pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula  apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini 
 
Larangan Nipis 
 
Saidatina  Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah  masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya.  Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: 
 
“Hai Asma’!  Sesungguhnya seor...ang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya),  tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil  ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud) 
 
Walaupun  terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis  lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini  tidak akan membawa fitnah. 
 
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan  bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain  aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang,  hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam) 
 
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- 
 
يرحم الله المتسرولات 
 
Ertinya  : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di  sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah,  Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Um...mal, no 41245) . 
 
Menurut  Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita  jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan  para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka  para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai  respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa  At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) 
 
Berdasarkan  dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk  berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian  menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh. 
 
Bertudung  dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya  ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid.  Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat  sahaj ia berada di at...as pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata  lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu  memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya  akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan  lagu ketuhanan. 
 
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :  “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya,  sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.”  (al-Ahzab: 32)  |  
   | 
No comments:
Post a Comment