Sunday, March 20, 2011

KEKEDANG BERFIKIR NEGATIF@BURUK PERLU...AGAR KITA BERWASPADA ATAU BERSEDIA...JANGAN BUAT KERJA TERBURU2@NI KEJE SYAITAN...DAN JANGAN FIKIR SEDAP AJE...TAK FIKIR SUSAHNYA...NI JUGA DISEBABKAN KECUAIAN SESUATU PIHAK...AMBIL MUDAH ATAU SAMBIL LEWA...DAH MATI BARU NAK AMBIL TINDAKAN...ANAK2..FIKIRANNYA BELUM MATANG MEREKA HANYA FIKIR SERONOK DAN SYOK AJE...IBUBAPA HARUS BERFIKIR AGAK KEDEPAN...LEBIH2 BAB2 YG MUNGKIN BAHAYA UNTUK ANAK KITA,,,,NI MAIN LEPAS DAN MAIN PERCAYA...DITAMBAH TAK MAU BERDOA MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH...TU SOMBONG NAMANYA...DAH TAKDIR KENA REDALAH...JADIKAN PENGAJARAN UNTUK SEMUA....MUHASABAH DIRI....

BAGI KELUARGA KITA UCAPKAN TAKZIAH...AL FATIHAH

Anak terbujur tepi tiang lampu

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

PILU...Mohd Marzuki (gambar kecil) menunggu hasil bedah siasat di luar bilik Mayat PPUM, semalam.
PILU...Mohd Marzuki (gambar kecil) menunggu hasil bedah siasat di luar bilik Mayat PPUM, semalam.
MUHAMMAD NAQIUDDIN...maut
MUHAMMAD NAQIUDDIN...maut
KUALA LUMPUR: “Luluh hati saya sebaik melihat anak sulong terbujur kaku di tanah. Malah, hampir pitam apabila mendapati dia tidak bernyawa,” kata Mohd Marzuki Muda, 44, bapa Muhammad Naqiuddin, 11, yang maut selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain bola di kawasan permainan di Taman Perumahan Batu 3, Shah Alam, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada sebatang tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan berkenaan.

Malah, sebulan lalu seorang kanak-kanak dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika terpegang tiang itu, namun tidak mengalami kemalangan jiwa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Marzuki berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakan-rakan anaknya sebelum bergegas ke tempat kejadian.


Menceritakan kejadian itu, Marzuki berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia mengambil kayu untuk menjauhkan anaknya dari kawasan tiang lampu itu sebelum mendapati wajah Naqiuddin seperti terbakar.

“Selepas yakin tiada arus elektrik pada tubuhnya, saya mengusap dahi Naqiuddin sebelum mendapati seluruh tubuhnya panas.

“Biarpun pemeriksaan saya mendapati Naqiuddin tidak bernyawa, saya tidak putus-putus mendoakan keselamatannya dan berharap dia dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Menurutnya, dia dengan bantuan penduduk sekitar membawa anak sulungnya ke hospital swasta berhampiran kawasan berkenaan.

“Doktor mengesahkan Naqiuddin sudah meninggal dunia apabila arus elektrik memberi kesan kepada jantungnya. Atas arahan doktor, Naqiuddin dipindahkan ke PPUM untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian itu, anak ketiganya, Mohd Idzuddin, 4, berperangai pelik seolah-olah sesuatu perkara buruk akan berlaku apabila sering merengek untuk pulang ke kampungnya di Kampung Telaga Nibong, Jerteh, Terengganu.

“Saya tidak menyangka rengekan itu menandakan kehilangannya,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 itu sentiasa taat kepadanya dan isteri, Ros Zakaria, 30-an.

“Sebelum Naquiddin keluar rumah, dia meminta kebenaran bermain di padang, malah sempat menunaikan solat Zuhur dan Asar,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Muhammad Naquiddin akan dikebumikan di Jerteh, Terengganu hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Katanya, laporan bedah siasat mendapati punca kematian kerana renjatan elektrik.

Menurutnya, pihaknya sehingga kini menanti laporan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang masih menyiasat punca kemalangan itu.

Tiang lampu ragut nyawa budak

PETALING JAYA – Kegembiraan seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak bersama lima rakannya tidak berpanjangan apabila dia meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu limpah di taman permainan Taman Batu 3, Shah Alam kelmarin.
Muhammad Naqiuddin Mohd. Marzuki, 11, disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas dia gagal diselamatkan ekoran terkena rencatan elektrik dari tiang lampu yang mempunyai kuasa 240 volt itu.
Difahamkan, kejadian sewaktu hujan renyai pada pukul 6.30 petang itu berlaku apabila salah satu kaki mangsa terkena pada tiang berkenaan. Sebaik direnjat, kakinya melekat pada tiang tersebut manakala mukanya berubah menjadi gelap.


Menjerit sebelum kaki melekap



SHAH ALAM: Jeritan Muhammad Naqiudin Marzuki, 11, sebaik terkena renjatan elektrik sebelum tidak sedarkan diri mengejutkan lima rakannya yang bermain bola sepak di padang permainan di Lorong Intan, Batu Tiga, Shah Alam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Naqiudin dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, dia yang berlari di berhampiran tiang lampu di kawasan berkenaan terkena arus elektrik sebelum rebah.
Saksi kejadian yang juga rakan sepermainan mangsa, Mohd Salman Shahmi, 11, berkata ketika bermain Muhammad Naqiudin memberitahu mahu berhenti daripada bermain.

“Naqiudin memberitahu mahu pulang ke rumah dan kami tidak menghalangnya kerana hari pun sudah lewat,” katanya.

Mohd Salman berkata, seorang rakan melihat Naqiudin berlari ke lampu tiang sebelum menasihatkannya supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan kerana tahu ada arus elektrik pada tiang itu.

“Sama ada Naqiudin dengar atau tidak, saya tidak pasti dan ketika kami menyambung permainan, kami dengar jeritan kuat sebelum melihat Naqiudin terbaring berhampiran tiang itu.

“Pada mulanya kami hendak tolong, tapi takut. Kami kemudian memberitahu ahli keluarganya,” katanya.
Penduduk, Razali Abdullah, 52, berkata ketika kejadian, dia berehat di hadapan rumahnya sebelum melihat beberapa kanak-kanak bergegas ke rumah jirannya.

“Tidak lama kemudian saya lihat jiran bergegas keluar rumah dan memberitahu saya mengenai kejadian terbabit dan saya ke tempat kejadian.

“Sebaik sampai, saya lihat dia tidak sedarkan diri dan tertiarap manakala sebelah kakinya masih melekap pada tiang lampu terbabit. Saya dan bapanya mencapai sebatang kayu lalu cuba menarik kaki arwah jauh dari tiang elektrik itu,” katanya, semalam.


Maut ketika berbual di warung




SEORANG kanak-kanak Azuan Azizan menunjukkan lokasi Limah dan Aminah tercampak selepas dirempuh sebuah kereta di Kampung Gaung, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Seorang suami hanya mampu mengalirkan air mata selepas tidak sanggup melihat keadaan jenazah isterinya yang menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas dirempuh sebuah kereta semalam.
Limah Yusof, 74, ditemui mati dengan kedua-dua kaki dan tangannya hancur manakala kepala serta tengkoknya pula parah dalam kejadian pukul 8 pagi di Kampung Gaung, Tendong dekat sini itu.
Kemalangan itu turut mengakibatkan sepupu Limah, Aminah Hassan, 58, cedera parah. Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu.




Suami warga emas terkulai

PASIR MAS – Seorang warga emas terkulai apabila melihat isterinya putus kedua-dua kaki dan tangan ketika berjalan kaki ke gerai makan, di Kampung Gaung setelah dilanggar oleh sebuah kereta Perodua kancil dari arah Pasir Mas ke Kota Bharu pada jam 8.20 pagi, semalam.

Suami mangsa, Mohamad Daud, 74, berkata, lemah lulutnya apabila melihat isterinya, Limah Yusof, 74, berlumuran darah bersama anak sepupunya Aminah Hassan, 58.

Mohamad berkata, ketika kejadian, dia berada di gerai makan bagi mendapatkan keperluan sarapan pagi sebelum jiran memberitahunya mengenai kemalangan tersebut.

“Tiada apa lagi yang boleh pakcik boleh lakukan dan pakcik tidak sanggup melihat kedua-dua kaki serta tangan isteri pakcik yang hancur, kerana pakcik terlalu terkejut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pagi itu, isterinya keluar untuk bersarapan pagi di sebuah kedai dan sempat berbual dengan anak sepupunya di kedai tersebut.

Menurutnya, dia tidak menyangka perilaku isterinya mengemas rumah dan berbual bersamanya pagi itu, merupakan detik terakhir mereka bersama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa (Limah ) dipercayai tercampak ke dalam rumah sejauh lima meter bersama anak sepupunya Aminah.

“Limah bagaimanapun maut di tempat kejadian, manakala anak sepupunya yang mengalami kecederaan parah di paha dan kaki, dihantarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata, kereta terbabit yang dipandu seorang pemuda dalam lingkungan 20-an dipercayai memandu dalam keadaan laju dan disyaki mengantuk.

“Kereta terbabit dipercayai terbabas dan merempuh kedai dan rumah serta kedua-dua mangsa yang berdiri di garaj berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian tercampak ke dalam rumah selepas dindingnya roboh akibat rempuhan yang kuat.

Haliludin berkata, pihak polis sedang mengesan pemandu kereta terbabit dan meminta saksi kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kita masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Kegembiraan lima sekawan bertukar tragedi

GEDANGSA - Kegembiraan sekumpulan remaja yang baru selesai berkunjung di tempat riadah di Sungai Bil, Hulu Slim dekat sini terbantut apabila seorang rakan mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.50 petang itu melibatkan sekumpulan lima remaja yang menunggang motosikal dan dalam perjalanan ke Sungai Besar melalui Jalan Tanjung Malim - Sungai Besar.

Seorang daripada mereka dikatakan gagal mengawal motosikalnya ketika menuruni laluan selekoh berbukit di Bukit Forest dekat sini lalu merempuh sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu kereta jenis Proton Iswara yang terlibat dengan kemalangan itu, Ishak Jaafar, 59, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri dan dua cucunya dalam perjalanan dari Soeharto menuju Tanjung Malim.

Menurutnya, setibanya di laluan berkenaan tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang mangsa yang berusia lingkungan awal 20-an itu meluru ke hadapan mereka dan terus merempuh keretanya.

“Saya cuba mengelak tetapi gagal kerana laluan ini membelok dan berbukit, lalu motosikal terbabit terus merempuh bahagian tengah kereta saya.

“Mangsa tercampak ke tepi dan mengalami kecederaan teruk pada kaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Bagaimanapun, Ishak dan isteri serta cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan, sementara keretanya pula remuk di bahagian depan.

Difahamkan, mangsa patah kaki kanan dan cedera di beberapa bahagian tangan dan badan.

Mangsa dihantar ke Hospital Slim River (HSR) oleh pengguna awam yang melalui jalan terbabit.

Sementara itu, penduduk yang hanya dikenali sebagai Arman, 40, berkata, kumpulan remaja bermotor kerap melalui jalan berkenaan untuk ke tempat riadah sekitar Slim River, Perak dan Kalumpang pada setiap hujung minggu.

Menurutnya, laluan selekoh berbukit itu juga sering berlaku kemalangan melibatkan dalam kalangan penunggang motosikal dan kereta kerana bentuk laluannya yang merbahaya.

Arman menasihatkan pengguna jalan raya supaya berwaspada ketika melalui kawasan terbabit bagi mengelak kemalangan.


Tiga pemuda temui ajal

BATU PAHAT - Tiga penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan yang membabitkan sebuah treler dan juga sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir juga Kilometer 28.5 Jalan Kluang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, dalam kemalangan pertama dua pemuda maut dalam kemalangan jam 1.15 pagi di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir berdekatan Parit Bilal di sini.

Menurutnya, pemuda berkenaan mati di tempat kejadian apabila motosikal ditunggang mangsa ‘tersepit’ di bawah lori dipercayai ketika asyik berlumba.

“Amat menggerunkan apabila motosikal salah seorang mangsa kelihatan bulat seperti bola setelah tersepit di bawah treler tersebut. Mangsa yang maut adalah Muhammad Herman Jehia, 23, dari Kampung Parit Haji Dahlia, Yong Peng dan Mohd Iezwan Anuar, 18, dari Kampung Sri Wangi.

“Kejadian berlaku apabila kedua mangsa yang menunggang motosikal dikatakan cuba ‘menyelit’ di tengah-tengah di antara treler dan sebuah kereta. Bagaimanapun, motosikal tu dipercayai hilang kawalan dan terjatuh ke bawah lori dari arah bertentangan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lagi pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta, tengah malam tadi di Kilometer 28.5 Jalan Kluang.

Mangsa yang maut adalah Hafedy Othman, 18, dari Kampung Parit Khalil, Ayer Hitam manakala pemandu kereta hanya cedera ringan.

“Dalam kejadian itu, pemandu kereta dikatakan membuat pusingan ‘U’ menghala ke Ayer Hitam, manakala penunggang motosikal dipercayai cuba memintas sehingga berlaku pertembungan,” katanya.

No comments:

Post a Comment