Monday, March 21, 2011

DUDUK BINCANG JANGAN ASYIK DUK TUDUH MENUDUH ANTARA SATU DENGAN LAIN...JANGAN BODEK MANUSIA..SEDANG MANUSIA JELAS LAWAN HUKUM ALLAH...CARI MAKAN BUKAN DIDUNIA SAJA...AKHIRAT TAK NAK MAKAN KE...SEDANG AKHIRAT KEKAL ABADI...KAN ELOK KALAU SALAH MENGAKU SALAH...KALAU ITU MEMANG BETUL....MENGAKULAH BENDA TU MEMANG BETUL...DUNIA TAK SELESAI...AKHIRAT ALLAH BAGI SELESAI DENGAN MENERIMA HUKUMAN....SESUAI DENGAN APA YG KITA BUAT DI DUNIA...

Penyokong Pas disaran bertaubat


JERTIH – Penyokong dan pengikut Pas disarankan bertaubat dan jangan mudah mengikut telunjuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mempertahankan kuasa politik Islam di Malaysia.

Pengerusi Biro Agama Veteren UMNO Kelantan, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pe-ngikut Pas wajar membuat satu transformasi baru bagi menegakkan ajaran Islam di negara ini.

“Jangan mudah terpengaruh dan percaya isu ceramah yang dikupas oleh pemimpin tertinggi Pas sebelum ini dengan menyatakan UMNO menolak ajaran al-Quran sedangkan al-Quran adalah kitab suci yang masih menjadi pegangan kepada pemerintah bagi kerajaan hari ini.

“Saya hairan dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin Pas kepada UMNO dengan menyatakan UMNO jahil dan masih menolak ajaran al-Quran sedangkan perkara itu sengaja untuk memburukkan keadaan.

“Sekiranya dakwaan itu terus dilontarkan saya berasakan pemimpin Pas lagi jahil dan tidak menyedari tindakan yang dilakukan itu akan memakan diri sendiri,” katanya ketika menyampaikan ceramah Pas Kluk Klek di bandar Jertih, malam kelmarin.

Mohd Noor berkata, sehingga ke hari ini Nik Aziz dan Hadi masih belum bertaubat serta menyebarkan ajaran sesat yang terang-terangan menyatakan Malaysia belum lagi negara Islam sedangkan semua perkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan.

“Walaupun pelbagai lontaran fitnah terus dilakukan oleh pemimpin Pas saya melihat kredibiliti mereka seolah-olah tergugat apabila sejak akhir-akhir ini ramai ulama Pas sudah mula meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO,” katanya.


No comments:

Post a Comment