Wednesday, March 23, 2011

BILA ZINA DAH JADI BIASA..BOLEH TONTON LAGI...RAKAM LAGI...TENGOK DENGAN PEMBERITA..TAK SALAH PULAK...ADA VIDEO2 LAIN...TAK TANGKAP...DAH SABIT ZINA SEBAB ADA RAKAMAN VIDEO...TAPI HUKUM ALLAH TAK JALAN JUGA...MEREKA AKAN ALLAH HUKUM SESUAIAN DENGAN KEJAHATANNYA DIDUNIA..

Gadis khianati cinta khalwat di rumah sewa



ALOR GAJAH: Seorang gadis yang menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan, dekat sini, beberapa bulan lalu disifatkan tidak mengenang budi apabila diberkas bakal tunangnya kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, baru-baru ini.
Ketika ditahan lima anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu kira-kira jam 3.30 pagi itu, gadis berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 30 tahun berbohong dengan mengatakan mereka sudah berkahwin, namun dalam pemeriksaan mereka gagal menyerahkan dokumen berkaitan.

Tipu helah pasangan terbabit memakan diri sendiri apabila pemeriksaan di rumah itu dilakukan selepas mendapat maklumat seorang lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis terbabit.
Lelaki yang mendakwa bakal tunang gadis itu, Halim Abdul Rahman, 27, berkata dia mengenali gadis terbabit sejak enam bulan lalu melalui laman sembang sosial, Twiteer.

“Selepas beberapa bulan mengenali hati budinya, dia (gadis terbabit) kata ditukarkan ke daerah ini kemudian meminta bantuan saya mencarikan rumah sewa yang berhampiran tempat kerjanya kerana tiada kenderaan,” katanya.

Katanya, selama berkawan dengan gadis itu, dia tertarik sikap dan budi bicara gadis itu begitu juga ahli keluarganya turut menyenangi tingkah laku wanita terbabit sebelum merancang bertunang penghujung tahun ini.

“Dia beritahu ditukarkan majikan serta-merta dan merayu saya mencarikan rumah sewa berhampiran tempat kerjanya tanpa saya mengesyaki apa-apa.

“Rupa-rupanya dia sudah diberhentikan dan merancang berdampingan teman lelakinya itu. Akhirnya saya dapat menghidu kelakuannya yang mencurigakan sebelum mengintip pergerakannya setiap malam.
“Selepas intipan kira-kira jam 3.30 pagi, saya dapati seorang lelaki berada di dalam rumahnya sebelum memanggil beberapa anggota Rukun Ttangga yang berkawal di hujung taman untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Ketua Rukun Tetangga yang enggan dikenali berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya menunggu kira-kira 15 minit sebelum seorang gadis lengkap berpakaian dan tergesa-gesa sambil membetulkan tudungnya keluar dari bilik dan membuka pintu hadapan.

“Gadis terbabit dan pasangannya mendakwa mereka suami isteri yang sah. Apabila diminta menunjukkan dokumen mereka mendakwa belum memperolehnya kerana baru berkahwin,” katanya.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati keterangan diberikan, pihaknya membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).



Kes khalwat hakim dipindah ke Mahkamah Tinggi Syariah

GEORGETOWN: Kes khalwat membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, dan pasangannya, Nurul Izani Md Isa, 34, akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mengikuti prosiding perbicaraannya.
Keputusan itu ditetapkan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya selepas pihak pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syariah, Mohammad Zulhairi Aziz membuat permohonan supaya perbicaraan kes itu dipindahkan dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah Georgetown.

Mohammad Zulhairi memohon untuk memindahkan perbicaraan kes yang dibicara mengikut Seksyen 101, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang 2004) selepas mengambil kira status tertuduh yang juga ketua hakim yang mana ia bertujuan bagi mengelak ketidakadilan berlaku ketika prosiding perbicaraan.
Bagaimanapun, tarikh perbicaraan bagi kes itu belum ditetapkan berikutan ia akan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Georgetown.



Ditinggal lepas nikah 3 bulan

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bimbang rahsia perkahwinan keduanya di negara jiran diketahui isteri pertama, seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan Islam di Ranau, Sabah sanggup meninggalkan isteri baru tanpa nafkah zahir dan batin hanya selepas beberapa bulan mereka bernikah.
Malah, lelaki berusia 50-an itu turut membiarkan isteri keduanya hidup tanpa status yang sah apabila enggan mendaftarkan perkahwinan mereka di sini walaupun mengetahui ia menyalahi undang-undang syariah.

Wanita malang itu yang hanya ingin dikenali sebagai Khadijah, 53, berkata, dia sanggup berkahwin dengan lelaki itu kerana terlalu mempercayainya yang mempunyai latar belakang agama tinggi dan berasa suaminya itu akan bertanggungjawab serta berlaku adil.
Menurutnya, mereka bernikah pada 30 Julai tahun lalu di Narathiwat, Selatan Thailand dan kira-kira sebulan selepas itu dia dengan usaha sendiri mendaftarkan pernikahan mereka di jabatan agama, namun suaminya enggan menandatangani dokumen dengan memberikan pelbagai alasan.

“Sebelum kahwin macam-macam dia janjikan, hingga sanggup memberi mas kahwin RM15,000. Tapi tidak sangka selepas tiga bulan bernikah dia meninggalkan saya tanpa sebarang nafkah serta turut bersikap dingin terhadap saya hingga kini. “Dia langsung tidak mempedulikan saya sekarang dan apabila ditanya mengapa, dengan selamba dia mengatakan mereka tidak boleh hidup bersama kerana cara hidup mereka berbeza,” katanya yang ditemui di sini, kelmarin.

Khadijah berkata, dia berasa dipermainkan dan lebih teruk suaminya seperti tidak mahu mengaku yang mereka sudah berkahwin dengan beberapa kali menghantar SMS mengatakan pernikahan di negara jiran itu tidak sah dan mereka tiada sebarang ikatan atau hubungan lagi.

Menurutnya, dia tidak sangka seorang berjawatan tinggi dalam pertubuhan Islam yang boleh dikatakan berstatus pendakwah serta mengetahui mengenai hukum agama serta undang-undang syariah tergamak melakukan perkara sedemikian. Katanya, dia kini malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling terutama ahli keluarga dan rakan yang mengetahui mengenai perkahwinan mereka dan perkara itu juga mengganggu kehidupan hariannya.

“Jika benar dia sudah tidak mahu ada apa-apa hubungan, saya harap perpisahan itu dilakukan mengikut cara yang betul dengan mendaftarkan terlebih dulu perkahwinan dan kemudian barulah bercerai cara baik melalui proses yang betul.
“Macam mana nak bercerai sedangkan pernikahan kami tidak didaftarkan dan saya percaya dia mengetahui perkara itu, tetapi sengaja berbuat demikian kerana takut perkahwinan kami diketahui isteri pertama selain bimbang kedudukannya terjejas ekoran melakukan kesalahan mengikut undang-undang syariah ,” katanya.

Menurutnya, dia masih menyayangi suaminya dan jika boleh ingin mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan perkahwinan mereka serta berharap suami lebih bertanggungjawab dengan tidak lepas tangan dengan apa yang sudah berlaku. Khadijah berharap agar pengalaman pahitnya itu dijadikan iktibar kepada wanita lain supaya tidak terpedaya dengan kedudukan seseorang itu hingga sanggup membelakangkan undang-undang.



Dua pemuda dituduh rogol mangsa sama

KOTA BHARU - Dua pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana berdepan tuduhan merogol seorang mangsa sama awal Disember, dua tahun lalu.

Khairulnizam Kamarulzaman, 23 dan Muhammad Zulfadli Adnan, 22 dituduh dalam tuduhan berasingan pada 1 Disember 2009 kerana merogol remaja perempuan berusia 18 tahun dua bulan ketika itu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan jijik tersebut di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Puteh, Machang.

Khairulnizam berdepan dakwaan melakukan perbuatan itu pada jam 12 tengah malam sehingga jam 1 pagi, tarikh berkenaan.

Manakala, Muhammad Zulfadli didakwa merogol mangsa sama selepas Khairulnizam pada jam 1 hingga 1.30 pagi, hari dan tempat yang sama.

Pembantu restoran dan pembantu mekanik itu dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat jika sabit bersalah.

Sebutan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Hazimah Ghazali di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Hakim Irwan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sejumlah RM8,000 setiap seorang masing-masing seorang penjamin dengan syarat melaporkan diri di Balai Polis Machang setiap 1 hari bulan.

Mereka turut disyaratkan untuk tidak mendekati mangsa sepanjang tempoh jaminan. Kes disebut semula 24 April depan.


Serangan peribadi tidak bermoral

SENAI – Penyebaran rakaman video salah laku seks seorang pemimpin tertinggi pembangkang yang tersebar kelmarin adalah sesuatu yang sukar diterima, kata Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman.

Beliau berkata, kemunculan video itu secara tiba-tiba menimbulkan kesangsian terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang dalam perbicaraan kes liwat.

"Tak mungkin Anwar melakukan perkara yang sebodoh itu sedangkan perbicaraan beliau masih lagi berjalan dan perkembangannya diikuti oleh seluruh masyarakat.

"Pisang mungkin tidak akan berbuah dua kali dan saya rasa beliau masih boleh berfikir secara rasional untuk tidak membuat perkara yang sedemikian,” katanya.

Mazlan berkata, para mufti dan ulama juga perlu memainkan peranan mereka kerana penyebaran menerusi rakaman video berkenaan adalah tuduhan yang tidak berasas.

"Mereka yang menyebarkannya perlulah tersedar kerana dosa memfitnah tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

"Mereka juga perlu mempunyai bukti yang kukuh selain mempunyai saksi yang betul-betul adil dan saksama,” katanya.

No comments:

Post a Comment