Friday, May 6, 2011

ARTIS....JADI PUJAAN...PENGARUH MEROSAKKAN FIKIRAN REMAJA...APA TINDAKAN PIHAK BERWAJIB ..LEBIH PIHAK AGAMA...

GAMBAR : Nurul Ain Nordin Terlebih Seksi.

Thursday, May 5, 2011 15:50
Posted in category Selebriti Malaysia
???226372 221479177862925 179315718745938 1005305 4551218 n GAMBAR : Nurul Ain Nordin Terlebih Seksi.
Artis sorang ni tak berapa popular,mungkin dengan mengambil gambar sebegini boleh membuatkan dia menjadi popular. Artis yang dimaksudkan ialah Nurul Ain Nordin .
Gambar ini diambil untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap.
papepun Leklu!


Nana Menangis Selepas Berhenti XFM

PETALING JAYA: Penyampai radio XFM, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 28, membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai deejay stesen radio itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.
Nana yang telah menamatkan hari terakhirnya di stesen radio XFM, Jumaat memberitahu dia telah membuat keputusan tersebut sejak dua bulan lalu walaupun kontraknya dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP) sepatutnya tamat pada hujung tahun ini.
"Memang ia satu keputusan yang amat berat dilakukan kerana sudah lapan tahun saya berkecimpung dalam dunia penyiaran radio. Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang anak sulung saya, Althea Raqeem Brian yang baru berusia lima bulan kerana dia memerlukan perhatian yang rapi.
"Selepas mengendalikan slot pagi 6-10 pagi tadi (Jumaat) saya pulang dengan keadaan yang sangat sedih. Malah saya menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Apa-apa pun semua ini demi masa depan Althea," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah Nana, dia ingin peminat-peminatnya tahu bahawa dia bukannya berhenti terus daripada industri hiburan kerana bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama itu masih lagi mengambil tawaran menjadi pengacara program-program televisyen sahaja.
Dalam pada itu, Nana turut bergiat aktif dalam perniagaan pakaian jenama FaraNana bersama rakan baiknya, Fara Fauzana.
Bagaimanapun ini tidak bermakna dia tidak akan menjadi seorang penyampai radio lagi di masa akan datang kerana tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada.
Sementara itu, memandangkan kini hanya suaminya, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 37, sahaja yang bekerja, Nana memberitahu dia perlu merancang perbelanjaannya dengan sebaik mungkin.
Nana mula dikenali sebagai penyampai radio Era FM sejak tahun 2000 dan pada hujung 2008, dia ditukarkan ke radio XFM pula.

Hamil luar nikah



KRISDAYANTI dan suaminya, Raul Lemos memilih bernikah untuk bertanggungjawab terhadap keterlanjuran mereka. Kata penyanyi itu, perbuatan mereka adalah masalah orang dewasa.


SEBAIK mengaku hamil empat bulan walaupun hanya baru bernikah kurang dua bulan, Krisdayanti atau KD menjadi topik paling hangat di Indonesia.
Setiap hari, media tidak pernah mahu mengalah mengorek cerita tentangnya bersama suami, Raul Lemos. Malah KD yang kerap berulang-alik ke Jakarta dari Timor Leste kerana mahu menziarah anaknya, Aurel, tidak pula menyembunyikan diri daripada media.
Seperti mana dia berani mengaku tentang kehamilan luar nikahnya, begitu juga dia berani bertanggungjawab terhadap persepsi dan respons yang diterima.
Menerima pelbagai respons negatif terhadap kehamilan luar nikahnya, KD bagaimanapun masih bertahan dengan perbuatannya yang dianggap sebagai satu tanggungjawab daripada orang dewasa seperti dirinya dan Raul.
"Kami bertanggungjawab dengan keterlanjuran yang dilakukan. Ini adalah komitmen kami bersama. Saya tidak akan membuang anak seperti yang didakwa kerana ini adalah rezeki saya," katanya kepada media Indonesia.
Dia malah melihat isu kehamilan luar nikah itu punya pro dan kontra tersendiri.
"Pro dan kontra pasti ada, tapi banyak yang (pro). Biarkan ia menjadi proses yang mengalir dengan baik," katanya lagi yang sempat memaklumkan dia menebak mungkin akan menimang cahaya mata lelaki.
Bagaimanapun, akui penyanyi itu, dia kasihan dengan Raul kerana suaminya itu harus menerima banyak publisiti negatif yang tidak pernah diterimanya sebelum ini. Sedangkan dirinya sendiri, kata KD, dia sudah terbiasa dengan aksi dikerumuni media sejak sekian lama.
Terdahulu, sebelum berkahwin dengan usahawan tersebut, KD telah menerima kecaman hebat apabila Raul mencium bibirnya dalam satu sidang media sewaktu mereka belum sah bergelar suami-isteri.


Pelakon veteran didakwa cabul budak 13 tahun





KUALA LUMPUR – Seorang pelakon filem dan drama tahun 70-an yang telah lama menyepi daripada dunia lakonan muncul di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini semalam kerana berhadapan tuduhan mencabul seorang budak perempuan berusia 13 tahun, minggu lalu.
Tertuduh, Mokhtarudin Mohd. Saaid (gambar), 56, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.
Pelakon veteran itu kini merupakan Penaung dan Penasihat sebuah kem motivasi dikenali sebagai Pondok Penyayang Sri Raudah terletak di Gombak, Selangor.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5.  Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10.  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".




H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment