Thursday, May 5, 2011

MEMBUNUH SATU HAL....BUNUH DIRI SATU HAL....MAKA MARI KITA DEKATI DIRI DENGAN ALLAH@ISLAM...RUMAH2 ALLAH IAITU MASJID2 DAN SURAU2...SUPAYA HIDUP TIDAK TERSASAR.....

Lelaki minum racun sah mati



GAMBAR menunjukkan Karimah (kanan) dan Shahimi pada hari pertunangan mereka.



BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kilang yang dipercayai minum racun rumpai selepas menikam janda muda yang juga merupakan tunangnya berubi-tubi hingga mati di stesen minyak tempat wanita itu bekerja disahkan meninggal dunia kelmarin.
Shahimi Ismail, 37, mati pada pukul 11.55 malam ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini. Dia mati hampir 17 jam selepas membunuh tunangnya.
Menurut sumber, Shahimi minum racun jenis 'paraquat' di kawasan taman rekreasi di Ampang Jajar di sini selepas menikam tunangnya.
"Shahimi sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum dia ditemui di situ," katanya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian Shahimi.

Cemburu: Wanita maut ditikam tunang

04/05/2011 3:17pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati, dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini, hari ini.
Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.
"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan, kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu,” kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.
Daripada maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), katanya pada sidang akhbar di sini. - Bernama


Minum racun lepas bunuh tunang



POLIS mengusung mayat Karimah (gambar kecil) yang dipercayai dibunuh oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.



BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.
Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.
"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.
Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun.
Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.


Tunang cemburu tikam janda

Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my

PERAI: “Arwah pernah cerita mengenai tunangnya yang kuat cemburu dan panas baran serta cermin keretanya pernah dipecahkan suspek.
“Dia juga pernah beritahu lelaki itu ada hantar surat kepadanya sebelum ini yang menyatakan rasa puas hati terhadapnya,” kata Aishah Mohamad, 52, ibu angkat, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam seorang lelaki dipercayai tunangnya sendiri di sebuah bilik persalinan di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini, pagi semalam.

Aishah turut mengakui tingkah laku anak angkatnya agak pelik sejak malam kelmarin, termasuk menyuap makanan kepadanya dan bersalaman serta memeluknya sebelum tidur.

“Pagi tadi (semalam) juga, arwah memeluk saya berkali-kali sebelum menaiki kereta untuk ke tempat kerjanya,” katanya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerja anak angkatnya itu.


Dalam kejadian itu, mangsa yang juga pekerja stesen minyak berkenaan dikatakan tiba di tempat kerjanya itu sebelum masuk ke bilik persalinan itu kira-kira jam 6.30 pagi, diikuti seorang lelaki dipercayai tunangnya tidak lama kemudian.

SMS mohon maaf

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: “Saya terkejut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Abang Mie (tunang Karimah) yang memohon maaf kepada saya, kira-kira setengah jam selepas dia menikam ibu saudara saya,” kata Syakinah Bahaudin, 20, anak saudara Karimah Jusoh, 25, yang maut ditikam tunangnya di bilik persalinan di sebuah stesen minyak Jalan Perusahaan Perai, Pulau Pinang, pagi kelmarin.
Beliau berkata, dia terkejut menerima SMS itu jam 7 pagi kelmarin.

“Kira-kira jam 8 pagi, saya dimaklumkan ibu saudara saya sudah meninggal dunia akibat ditikam. Saya terus bergegas ke stesen minyak tempat Karimah bekerja untuk melihat kejadian berkenaan.

“Ketika tiba, saya melihat mayat ibu saudara sudah kaku ditutup dengan plastik hitam di dalam bilik persalinan stesen berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, semalam.


Syakinah berkata, pada malam sebelum kejadian, bekas suami arwah, Maslan Mad Deris, yang menetap di Chuping, secara kebetulan berjumpa dengan Karimah untuk menghantar makanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Saya tidak mengetahui sama ada tunang arwah cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan untuk berjumpa ibu saudara saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment