Assalamu'alaikum warahmatullah wa barakatuh..
Salam berserta doa ku utus buatmu sahabat..
Salam selembut sutera.. sedingin bayu pagi.. sehangat mentari waktu Dhuha .:.الله.:. Salam penghormatan, kasih & persahabatan yg tiada pudar dlm setiap musim & peristiwa; salam ukhuwah kerna ALLAH.. Smoga kalian slalu dlm rahmat kasih sayang & lindunganNya.. amiin .:.الله.:. * ~ ♥ ~ * .:.
Dlm riwayat Abu Hurairah katanya: (maksudnya) : "Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku TIGA perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; spy aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, spy aku tidak meninggalkan 2 rakaat sembahyang Dhuha krn ia adalah sunat awwabin & berpuasa tiga hari drpd tiap-tiap bulan.” ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) .:. .:.
Dlm riwayat yg lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pd tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorg kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil 1 sedekah, tiap-tiap takbir 1 sedekah, menyuruh berbuat baik 1 sedekah & cukuplah (sebagai ganti) yg demikian itu dgn mengerjakan 2 rakaat sembahyang Dhuha .” ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) .:. .:.
Dlm sebuah hadis yg lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yg maksudnya : " Barangsiapa yg menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia drpd org-org yg tidak lalai drpd mengingati Allah ~ barangsiapa yg menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia drpd org-org yg suka beribadat ~ barangsiapa yg menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pd hari tersebut ~ barangsiapa menunaikanya sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya drpd org-org yg selalu berbuat taat ~ barang siapa yg menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didlm syurga & tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kpd hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kpd seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk spy sentiasa m'ingati-Nya.” ( Riwayat At-Thabarani ) .:. .:.
Sebuah hadis yg diriwayatkan olh ‘Aisyah bermaksud : " Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha 4 rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) .:.
No comments:
Post a Comment