Sunday, September 18, 2011

BILA RAMAI RAKYAT ASING RASIKO BEGINI KENA TANGGUNGLAH...TU BELUM CERITA LAIN YANG TAK KURANG HEBAT DAN GEMPAR....

Lelaki bertelanjang ditangkap


Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.
Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.
Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.
Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.
"Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.
"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.
"Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.
Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.
Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.
"Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.

Pemandu ditemui mati dipercayai tersepit

18/09/2011 8:42pm

KANGAR – Seorang pemandu lori ditemui mati dipercayai akibat tersepit pada pintu kenderaan berat itu di sebuah tempat simpanan lori di Jalan Datuk Kayaman dekat sini hari ini.
Azizan Ramli, 44, ditemui tersepit pada bahagian pintu lori itu oleh isterinya, Izyatun Mayuzia Che Saad, 30, kira-kira 8.30 pagi di tempat simpanan lori itu setelah mendapati suaminya tidak pulang selepas keluar mencuci kenderaan berkenaan.
Izyatun Mayuzia ketika ditemui pemberita di sini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan lori itu bergerak ke hadapan ketika suaminya berada dalam kenderaan tersebut.
Pintu lori yang terbuka itu dikatakan terkena dinding sebuah bangunan di situ ketika lori itu bergerak lalu menghimpit suaminya yang tidak sempat keluar daripada kenderaan berkenaan.
Izyatun Mayuzia berkata, suaminya meninggalkan rumah 5.30 pagi untuk mencuci lorinya sebelum keluar bekerja dan kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara tiga dan tujuh tahun.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros yang ditemui di sini mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. – Bernama

3 rakyat Malaysia korban bom Golok


KEJADIAN letupan bom juga berlaku berhampiran Hotel Merlin, Sungai Golok, selatan Thailand kelmarin


SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) – Tiga termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun terbunuh manakala 11 rakyat negara ini cedera dalam tiga siri kejadian letupan bom di bandar ini malam kelmarin.
Kejadian pada pukul 7.30 malam (waktu tempatan) itu turut mengorbankan seorang pemuda warga Thailand yang berusia 38 tahun.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila tiga butir bom yang dipasang pada dua motosikal dan sebuah kereta dikatakan meletup menyebabkan hampir 60 rakyat Thailand turut cedera.
Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rosdi Che Omar berkata, tiga buah kenderaan yang dipasang bom itu diletakkan di sebatang jalan sepanjang 700 meter yang menempatkan tiga buah hotel terkenal di bandar ini.
“Bom pertama yang dipasang pada sebuah motosikal meletup berhampiran Hotel Tara dan mencederakan ramai orang awam tetapi tiada kematian dilaporkan.
“Bom kedua (dipasang pada sebuah motosikal) pula meletup lima minit kemudian berhampiran Hotel Marina dan mengorbankan seorang warga Malaysia, Foong Foo Keh, 43, dan seorang warga Thailand,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Golok di sini semalam.
Lokasi Hotel Marina terletak kira-kira 400 meter dari Hotel Tara.
Menurut beliau, kira-kira lima minit kemudian, bom ketiga yang dipasang pada sebuah kereta Mitsubishi Lancer berhampiran Hotel Merlin pula meletup.
Letupan itu menyebabkan seorang lelaki rakyat Malaysia, Wong Hong Yep, 64, dan cucunya, Wong Kai Sien, 3, dari Kota Bharu Kelantan maut.

Dua penyeludup maut kereta terbakar



ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat dua lelaki dipercayai penyeludup
yang rentung selepas kereta mereka terbabas dan terbakar di Tumpat semalam.



TUMPAT – Dua orang yang dipercayai penyeludup mati rentung selepas kereta yang mereka naiki terbakar sebelum terjunam ke dalam tali air di Kilometer 2.5, Jalan Berangan, Meranti dekat kampung Kok Seraya di sini malam kelmarin.

Pemandu kereta dan penumpang terbabit, mati di tempat kejadian akibat terperangkap di dalam kereta jenis Proton Wira Aeroback yang terbakar kira-kira pukul 10 malam.
Ketika kejadian kereta tersebut membawa bersama tong-tong berisi minyak petrol dipercayai untuk diseludup ke Thailand.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai penyeludup membawa minyak petrol yang diisi di dalam kira-kira 20 tong dalam perjalanan dari arah Berangan menghala ke Chabang Empat di sini.
“Sampai di tempat kejadian, kereta terbabit yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh benteng simen tong sampah.

Rayuan peniaga kenderaan Melayu




KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport perlu dikaji semula kerana ia dilihat mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.
Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai di antara 12 peratus hingga 30 peratus.
"Contohnya, bagi kenderaan Toyota Wish, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut Zainuddin, perintah Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu itu juga didakwanya dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema.
"Ia menyebabkan pemegang AP (permit import) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu," jelasnya.

No comments:

Post a Comment