Saturday, October 1, 2011

ADAKAH...FILEM2 GANAS....LUCAH DAN SEPARUH LUCAH...MENYUMBANG PERBUATAN ZINA DAN ROGOL...KES BULI DAN PERGADUHAN....MAKA NI HARUS FIKIRKAN...KENA BATANG HIDUNG BARU SEDAR DAN BARU NAK BERTINDAK....

Gambar bogel jadi taruhan

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatkan wang.
Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, tindakan itu menunjukkan anggota sindiket penipuan itu semakin berani dan tidak lagi sekadar melakukan jenayah kolar putih.

“Selepas memerangkap mangsa dengan ayat-ayat cinta, mereka meminta mangsa berhubung menggunakan kamera web, tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan identiti sebenar dengan alasan tidak mempunyai peralatan itu.

“Mangsa yang sudah hanyut dengan cinta palsu suspek dipujuk berbogel depan kamera web sebelum suspek merakam aksi berahi pasangan mereka itu,” katanya.


Menurutnya, selepas itu, suspek menyamar sebagai individu lain dan mendakwa mempunyai rakaman gambar bogel mangsa dan memeras ugut mereka.

Katanya, akibat takut gambar bogel mereka disebarkan, mangsa sanggup membayar wang ribuan ringgit kepada suspek tanpa menyedari mereka diperalatkan kekasih maya terbabit.

Lelaki maut dibelasah jiran

KLANG: Gara-gara mabuk, seorang lelaki berusia 23 tahun bertindak memukul kepala jiran yang juga rakan sekerjanya dengan kayu golf hingga mati akibat perselisihan faham di rumah suspek di Taman Saujana di sini, kelmarin.
Dalam kejadian antara jam 11 pagi hingga 2 petang itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori kemudiannya dikatakan mengalihkan mayat mangsa ke tepi longkang di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya dipercayai bagi mengaburi mata polis.

Mayat mangsa, M Kalikaundar, 41, seorang kelindan lori ditemui orang ramai pada jam 5.14 petang sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, bertindak atas aduan dan hasil siasatan pihaknya memberkas suspek dua jam selepas itu dan menemui beberapa bahan bukti di rumahnya.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, polis menemui kepala kayu golf yang sudah patah, kayu, baju serta seluar dengan kesan darah,” katanya.

Menurut Mohamad, pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa tompokan darah di ruang tamu, tangga dan bilik utama.

Katanya, suspek kemudian diberkas dan direman bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat,” katanya.

‘Mereka menggila’

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

PORT DICKSON: Murid tahun enam sebuah sekolah rendah di Pasir Panjang di sini, yang pendiam dan kurang bergaul dengan rakan sekelasnya mendakwa sering menjadi mangsa buli dengan kejadian terbaru, dibelasah rakan sekolahnya, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Muhammad Faizzuddin Mohd Sehat, 12, mendakwa dipukul selain dicakar mukanya dalam kejadian di surau sekolah.

Menceritakan kejadian, Muhammad Faizzuddin berkata dia didatangi seorang rakan sekelas ketika berada di surau lalu memukul lengannya.
“Saya cuba bertindak balas tetapi pada masa sama, beberapa lagi murid lelaki yang juga rakan sekelas datang dan mereka terus menyerang menyebabkan saya tidak dapat mempertahankan diri.

“Mereka memukul saya bertalu-talu disaksikan beberapa rakan sekelas lain yang tidak berani membantu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dua daripada rakan sekelasnya memegang kedua-dua tangannya dalam keadaan terlentang manakala seorang lagi duduk di atas perut sambil menumbuk mukanya bertubi-tubi.

Katanya, dia merayu supaya tidak terus diperlakukan demikian, namun tidak dipedulikan.

“Selepas mereka semakin menggila memukul dengan tangan, saya nekad menggigit lengan kanan pelajar yang duduk di atas perut.
“Penderitaan saya berakhir tidak lama selepas itu apabila mereka beredar dari situ dipercayai bimbang guru sekolah datang,” katanya.

Muhammad Faizzuddin berkata, dia selalu menjadi mangsa buli rakan sekelas dan kelmarin adalah kemuncak kejadian itu.

Sementara itu, ibunya, Rohayati Mohamad, 38, berkata sebaik pulang dari sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, anaknya kelihatan murung dan lemah serta termenung sebelum menangis.

“Anak balik awal dalam keadaan lemah seperti orang kemurungan. Dia kemudian menangis dan menceritakan apa yang berlaku.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan dia dipukul selepas dibuli rakan sekelasnya ketika berada di dalam surau sekolahnya. Saya dapati ada kesan merah di belakang badan serta luka di bahagian kanan mukanya akibat dicakar,” katanya.

Sebelum itu, Rohayati mendakwa anaknya kerap menjadi mangsa buli rakan sekelasnya berikutan kurang bercampur dengan kumpulan pelajar terbabit, namun keadaan semakin tegang pagi kelmarin hingga menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljet Singh, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes berkenaan. “Siasatan lanjut sedang dilakukan dan mangsa yang mengalami kecederaan di lengan, lebam muka, kepala dan badan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Panjang sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya.

Angkara khianat

Oleh Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

HANGUS...dua kereta yang dibakar di tempat kejadian.
HANGUS...dua kereta yang dibakar di tempat kejadian.
PECAH...tiga daripada lapan kenderaan yang dirosakkan.
PECAH...tiga daripada lapan kenderaan yang dirosakkan.
SUBANG JAYA: Dua kereta hangus terbakar manakala lapan lagi sengaja dirosakkan dipercayai perbuatan khianat di kawasan perumahan Flat PJS 7/15, di sini, awal pagi semalam.
Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, polis menerima maklumat satu kebakaran membabitkan beberapa kenderaan sebelum pasukan polis dari Balai Polis Sunway bergegas ke tempat kejadian.

“Selepas memeriksa tempat kejadian, kami mendapati dua kereta terbakar termasuk satu daripadanya hangus manakala lapan lagi kenderaan pelbagai jenis dirosakkan.
“Polis turut menemui lapan parang panjang di sekitar tempat kejadian dipercayai digunakan suspek untuk merosakkan semua kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, dia ternampak sekumpulan lebih 10 lelaki datang di perkarangan tempat letak kereta itu dan memecahkan cermin kenderaan berkenaan serta membakar sebuah kereta Honda Prelude.

“Api merebak ke Perodua Myvi yang diletakkan bersebelahan. Namun, ia terpadam dengan sendiri selepas beberapa minit dan kereta itu hanya terbakar di tayar dan lampu hadapan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata polis mengesan suspek yang terbabit dalam perbuatan berkenaan.

“Kami mengumpul maklumat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan api,” katanya.

Wanita pembelit kebas RM360,000



IPOH: Seorang wanita pakar putar belit yang mendakwa dirinya memiliki lombong bijih timah menjadi buruan polis selepas dikesan memperdaya orang ramai membabitkan ratusan ribu ringgit dengan seorang ahli perniagaan menjadi mangsa terbaru dengan kerugian lebih RM360,000 selepas diperdaya suspek yang mendakwa mempunyai ‘kabel’ dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta (PDTK).
Wanita berusia 32 tahun itu dikenali sebagai Haslinda, menipu mangsa kononnya boleh mendapatkan bekalan pasir bagi pembinaan jalan raya selain mendapatkan permit segera mengeluarkan pasir daripada PDTK.

Terpedaya dengan janji wanita itu, Yip Kam Weng, 58, yang juga pengarah urusan sebuah syarikat kejuruteraan memasukkan RM50,000 sebagai deposit ke dalam akaun wanita terbabit Jun lalu.

Bagaimanapun, selang tiga bulan kemudian mangsa mendapati permit pasir untuk projek jalan raya di Kampung Gajah yang dijanjikan suspek diberikan kepada pihak lain.


Yip yang ditemui di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di sini semalam berkata, dia merujuk permit yang diperoleh menerusi wanita terbabit kepada PDTK sebelum pegawai pejabat itu mengesahkan dokumen berkenaan palsu.


Gila filem semi porno

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

IPOH: Filem lucah dari Indonesia kini dijadikan pelaris kebanyakan pengedar filem cakera video digital (DVD) cetak rompak tempatan bagi mengaut keuntungan lumayan.
Filem panas dari negara seberang itu dianggap mampu menyaingi filem cetak rompak tempatan berikutan kebanyakan pelakon ditonjolkan ialah artis jelita selain bintang pornografi Jepun dan Barat.

Antara judul terbaru filem semi porno dari negara jiran yang baru memasuki pasaran ialah Ayam Kampus, Skandal, Pelukan Janda Hantu Gerondong, Tante Seksi dan Hantu Tanah Kusir.
Seorang peniaga DVD cetak rompak, Foong, 24, berkata premisnya menjual 100 judul filem Indonesia pelbagai genre terutama filem cinta berunsur erotik dan hantu.

Menurutnya, walaupun dijual RM7 sekeping, namun sambutan pelanggan amat menggalakkan hingga dia membuat ulang tempahan daripada pengedar.

“Biasanya pelanggan tertarik untuk membeli filem dari Indonesia kerana tertarik pada gambar dipaparkan pada kulit album DVD.

“Mereka (pengeluar filem) mengeksploitasi pelakon wanita dengan kebanyakannya berani beraksi ranjang atau menunjukkan aset tubuh untuk menarik perhatian penonton,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan filem semi porno ini tidak dibenarkan memasuki pawagam Malaysia, namun sindiket mendapatkan bekalan sebelum membuat salinan di negara ini.
“Ia amat menguntungkan dan setakat ini saya menjual 50 DVD filem Indonesia dalam seminggu,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem terkenal, Ahmad Idham menyifatkan filem negara jiran itu wajar diklasifikasikan sebagai filem semi pornografi.

Menurutnya, dia kecewa dengan lambakan filem dan drama terutama dari negara jiran Indonesia yang memasuki pasaran tanah air sewenang-wenangnya.

“Kebanjiran pelbagai filem lucah atau hantu seksi dari Indonesia dalam DVD cetak rompak sejak beberapa bulan kebelakangan ini bukan sesuatu mengejutkan.

“Senario itu sudah lama berlaku di Malaysia cuma yang membezakan genre filem berkenaan,” katanya.

Menurut Ahmad Idham, ketika ini genre seram hangat dan kesempatan itu diambil pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan membawa secara haram filem genre serupa dari negara luar, terutama Indonesia.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa supaya lebih tegas kerana ia memberi kesan negatif daripada banyak aspek.

“Ia boleh menyebabkan masalah sosial.

“Filem itu pula dijual secara terbuka termasuk kepada kanak-kanak. Ia turut menjejaskan pendapatan pembikin filem dan drama tanah air kerana kami tidak boleh menghasilkan karya tidak bermoral berkenaan disebabkan banyak faktor termasuk daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF),” katanya.

Enam sekawan hadapi tuduhan membunuh



KLANG: Enam sekawan termasuk tiga remaja di bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dalam kejadian di pusat komersial di sini, dua minggu lalu.
Peniaga, Mohd Ezuwan Azmasah, 23; mekanik, Mazly Sulaiman, 23; penghantar surat, Abdul Rahman Abdul Latiff, 21, dan tiga remaja berusia antara 17 dan 18 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azlinda Mohd Sharif.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa terbabit dalam perhimpunan haram dan dengan niat bersama membunuh R Sasikumar, 21, antara jam 2.30 dan 3 pagi pada 18 September lalu di kawasan Kompleks Pandamaran, di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azilah Mat.

Azlinda menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

No comments:

Post a Comment