Sunday, November 20, 2011

BERDUA LELAKI PEREMPUAN BUKAN MUHRAM JELAS HARAM....ROMEN DAN ZINA SEKARANG BIASA...ROGOL PUN ORANG TAK TAKUT...HUKUM ISLAM TAK DE DIKUATKUASAKAN...TAK DIREJAM SAMPAI MATI DAN TAK DIROTAN SERATUS KALI....PIHAK PALING BERKUASA TAK SUNGGUH2 UNTUK LAKSANAKAN...MACAM TAKUT MANUSIA...DAN MACAM NAK MENEMPAH NERAKA ALLAH...

‘Penunggu’ rumah Tania

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

TANIA...bincang dengan ahli keluarga lelaki terbabit.
TANIA...bincang dengan ahli keluarga lelaki terbabit.
KUALA LUMPUR: “Dia (suspek) akan tunggu di hadapan rumah saya empat hingga lima kali setiap hari, tak kira siang atau malam,” kata pelakon dan model, Tania Nadira Hudson, 26, yang juga adik pelakon popular, Natasha Hudson.
Dia mengakui, tindakan lelaki berusia 20-an itu menimbulkan perasaan takut.
Bimbangkan keselamatan diri, Tania membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Peminat fanatik itu mula ‘mengganggu’ kehidupan Tania sejak tiga minggu lalu selepas terserempak di sebuah bengkel kereta.

“Dia beritahu dia peminat dan sentiasa mengikuti perkembangan saya melalui laman sosial dan saya melayaninya sebagai peminat sama seperti orang lain. Namun, selepas itu dia muncul di hadapan rumah saya.
“Pada hari pertama, dia membawa buah-buahan dan memberikannya kepada saya. Terkejut dan hiba juga pada mulanya apabila dia menghargai saya sehingga sanggup datang ke rumah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

‘Nak relaks sekejap’

Oleh Hamzah Osman
am@hmetro.com.my

PILU...jenazah Abu Huzaifah dituntut ahli keluarganya di bilik mayat Hospital Langkawi, semalam.
PILU...jenazah Abu Huzaifah dituntut ahli keluarganya di bilik mayat Hospital Langkawi, semalam.
TINGGAL KENANGAN...Abu Huzaifah bersama ‘Brumby’.
TINGGAL KENANGAN...Abu Huzaifah bersama ‘Brumby’.
LANGKAWI: “Abu Huzaifah sentiasa berlatih bersama kuda kesayangannya, ‘Brumby’ pada setiap petang, tetapi selepas ini sudah pasti ia (Brumby) akan berasa sunyi kerana arwah sudah pergi buat selama-lamanya.”
Begitu kata Muhammad Hamzah Abdullah, 52, apabila anaknya, Abu Huzaifah, 17, ditemui lemas selepas bot dinaikinya bersama tujuh penumpang lain pecah dan karam selepas terlanggar batu kira-kira 100 meter dari Telaga Habour Park, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 7.30 malam ketika mangsa dan enam rakannya bersama seorang pemandu, menaiki bot untuk bersiar-siar sekitar Pantai Kok dan Chenang, sekitar jam 5 petang.
Abu Huzaifah, atlet sukan kuda lasak negara adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, di sini yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Muhammad Hamzah berkata, kali terakhir dia bertemu arwah jam 12 tengah hari kelmarin ketika mereka menghadiri kenduri kahwin di kampung berkenaan.

Katanya, sejurus pulang dari rumah kenduri, Abu Huzaifah meminta kebenaran menaiki bot bersama rakan-rakan sekolahnya bagi meredakan tekanan selepas mentelaah pelajaran untuk persiapan menghadapi SPM.

“Bagaimanapun, jam 7.30 malam (kelmarin) saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan anak saya dipercayai lemas selepas bot dinaiki mereka pecah dan karam berhampiran rumah api di THP.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati Abu Huzaifah sudah tidak bernafas. Malah, saya lihat darah keluar dari hidungnya, selain ada kesan luka di kepala,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat, Hospital Langkawi, di sini.
Muhammad Hamzah berkata, arwah Abu Huzaifah dan kembarnya, Abu Ubaidah serta adik mereka, Mohamad Ziyad, 16, adalah atlet sukan kuda lasak negara dan sering menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sejak beberapa bulan lalu, arwah berlatih bersama ‘Brumby’ pada setiap petang untuk persiapan ke Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang dan kejohanan antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Selain itu, arwah teruja dan tidak sabar untuk menyertai Kejohanan Lumba Kuda Lasak di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Kuala Terengganu pada hujung Disember ini,” katanya.


Tragedi bercuti

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

MATI...dua wanita yang maut dalam kemalangan terbabit, semalam.
MATI...dua wanita yang maut dalam kemalangan terbabit, semalam.
pix_topright
KUALA LUMPUR: Perjalanan pulang ke utara selepas bercuti di Melaka bersama rakan membawa malang buat dua wanita warga Thailand yang maut dalam kemalangan di Kilometer 416.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berdekatan Lembah Beringin, dekat sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan, Ng Chin Thai, 38, bersama enam wanita warga Thailand dalam perjalanan pulang dari Melaka ke utara.

Sumber berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan berkenaan yang dipandu laju cuba mengelak sebuah motosikal ditunggang Eyu Seng Chong , 33.
Bagaimanapun, ia terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.

Katanya, selepas itu, kenderaan berkenaan masuk ke laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam cerun bukit kira-kira 150 meter.

Ketika itu, dua penumpang kenderaan terbabit, Kanchana Wisaiphrm, 26 dan Shuhisa, 22 tercampak dari kenderaan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat lagi mangsa yang dikenali sebagai Suphannch Nianthaisy, 30, patah kaki kirinya, Sakauyapaumanel,29, Ratu Pharkun,38, dan Kunyanut Sitthisme, 23, bersama pemandu kenderaan itu parah dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan.

“Mayat dua wanita itu pula dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, penunggang motosikal berkenaan cedera ringan selepas motosikalnya terbabas ke tepi jalan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Bekas ustazah, peniaga dicekup khalwat



MELAKA: Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.
Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam.
Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.

Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.

“Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.

“Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.

“Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka,” katanya.


Janda angau rugi RM41,000

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Angau cinta dengan lelaki Mat Salih, seorang janda berusia 38 tahun sanggup menyerahkan wang berjumlah RM41,000 secara berperingkat kepada kekasihnya yang didakwa berada di Sabah sejak 7 November lalu.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia berkenalan dengan lelaki yang dikenali sebagai Cole mendakwa berasal dari Amerika Selatan melalui laman sosial pada 17 Oktober lalu sebelum hubungan mereka menjadi mesra dan membuahkan bibit cinta.

Menurutnya, kekasihnya itu yang juga berusia 38 tahun turut berniat untuk memeluk Islam dan berjanji berkahwin dengannya.

Katanya, kekasihnya itu menyatakan hasrat ingin datang ke Malaysia melalui satu panggilan telefon menggunakan nombor talian tempatan pada 7 November lalu bagi menyelesaikan satu urusan tuntutan cek mendiang bapanya dengan syarikat penggali minyak terkemuka di Labuan, sebelum berjumpa dengan keluarganya bagi tujuan melamarnya.


“Tiga hari kemudian, kekasih saya itu meminta tolong untuk membayar AS$15,000 (RM45,000) kepada peguam keluarganya yang bernama Lee untuk membayar cukai kerajaan bagi urusan menuntut cek bayaran itu.


2 suspek kes samun, bakar rumah ditahan



KAJANG: Dua suspek kes samun dan bakar sebuah rumah di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih ditahan polis kelmarin hasil maklumat orang awam.
Kedua-dua lelaki warga tempatan terbabit yang berusia 27 dan 35 ditahan kira-kira jam 11 pagi di kediaman mereka di kawasan sama bersama barangan curi termasuk sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai milik mangsa, Md Nasir Ahmad, 60.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, penahanan mereka bersama rampasan barangan curi itu menyelesaikan kes berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal, suspek berusia 27 tahun mempunyai tiga kesalahan lampau dalam kes pecah rumah dan dadah serta hasil pemeriksaan ujian air kencing, kedua-dua suspek positif dadah.

“Suspek juga adalah orang yang dikehendaki polis atas kesalahan pecah rumah dan mereka ditahan reman bermula hari ini (semalam) hingga Khamis bagi membantu siasatan.

“Mangsa juga sudah dipanggil untuk mengecam barangan samun terutamanya CCTV bagi mengenal pasti sama ada ia miliknya,” katanya ketika melawat kediaman Md Nasir yang dipecah masuk dan dibakar suspek, semalam.

Ab Rashid berkata, hasil siasatan, mangsa juga membuat empat kali laporan berkaitan kejadian rumahnya dipecah masuk sejak 2002 dan bukan lapan sekali dilaporkan akhbar.

“Kes sama yang berlaku selebihnya tiada rekod laporan dibuat. Kita memandang serius kes ini dan kerjasama polis dan masyarakat amat diperlukan dalam menangani kejadian seperti ini.
“Penduduk taman dicadang mewujudkan skim kejiranan dengan 10 ahli untuk setiap kelompok yang akan saling bantu membantu jika jiran mereka mengalami masalah seperti kes pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata, setiap daripada mereka perlu mempunyai nombor telefon jirannya bagi memudahkan mereka bertindak menghubungi jiran jika ada masalah berlaku.


‘Syukur kematian terbela’



ALOR SETAR: “Saya amat bersyukur kerana kematian Suhana akhirnya mendapat pembelaan apabila pembunuhnya menerima hukuman setimpal.”
Begitu kata Zaharah Idrus, 60, selepas Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita yang juga penjaga stor selepas didapati bersalah membunuh anak perempuannya, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim, dalam penghakimannya berkata, tertuduh, Ooi Ai Peng, 34, didapati bersalah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


‘Kau carilah lelaki lain’

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Kali terakhir saya berjumpa arwah jam 4 petang semalam (kelmarin) dan dia sempat berpesan supaya menjaga diri dan meminta menyampaikan pesan kepada ayahnya bahawa dia minta maaf,” ka ta Nurul Alis Izal.
Nurul Alis, 14, teman rapat Mohd Syukur Ridzuan, 16, yang maut selepas motosikal ditunggangi bersama rakannya, Izzul Naim Syaiful Izuan, 15, dirempuh sebuah kereta di Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.10 malam kelmarin.

Berikutan itu, Mohd Syukur terpelanting di tengah jalan dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala, manakala rakannya yang cedera di kepala dan badan kini dirawat di sebuah hospital swasta, di sini.

Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Syed Al-Bukhary, Jalan Stadium itu dalam perjalanan pulang ke rumah bersama rakannya selepas bertemu rakan mereka.


Menurut Nurul Alis, dalam tempoh seminggu ini, Mohd Syukur kerap bergaduh dengannya dan mereka berjumpa kali terakhir petang kelmarin sekadar untuk berbual, tetapi arwah banyak mendiamkan diri.


‘Air penghawa dingin’



GEORGETOWN: Sepasang kekasih memberi alasan tidak masuk akal dengan mendakwa tompokan air mani di katil kesan air alat penghawa dingin ketika mereka ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel di Lebuh Chulia, disini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 12.15 tengah malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu, wanita berusia 18 tahun itu tidak sempat memakai pakaian dan hanya berselimut untuk menutup tubuhnya.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya membuat pemeriksaan melalui buku pendaftaran sebelum ke bilik disewa pasangan kekasih itu.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki.

Katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati seorang lelaki hanya berseluar panjang tanpa memakai baju mengaku duduk bersama rakannya.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui seorang wanita berada atas katil dalam keadaan berselimut dan pemeriksaan mendapati dia di dalam keadaan berbogel.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui kesan tompokan air di atas katil dipercayai air mani namun ketika disoal mereka memberi alasan air dari alat penghawa dingin,” katanya.

Khairul Azman berkata, lelaki terbabit berusia 20 tahun dan dia memberi alasan mahu menumpang tidur di situ.
Beliau berkata, kedua-duanya ditahan dan dibawa ke JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Laksana larangan berdua

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selamatkan generasi akan datang kerana mereka adalah gambaran masyarakat pada masa depan dan sebarang tindakan pada hari ini bakal memberi kesan kepada hidup mereka secara keseluruhannya. Begitu pendapat pendakwah dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud al Hafiz.
Beliau mengulas laporan Metro Ahad, semalam mengenai kegiatan budak pantai di Pulau Tioman yang mempunyai hubungan intim dengan pelancong asing sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif sekali gus menjejaskan industri pelancongan negara.

Menyifatkan ia sebagai gejala baru yang perlu ditangani dengan segera, beliau berkata, sudah sampai masanya pihak berwajib khususnya agensi berkaitan memainkan peranan dan mengambil langkah agresif membendung kegiatan itu sebelum menular.
“Kita tidak mahu ia akan merosakkan masa depan mereka. Memang seronok jika dapat buat maksiat tanpa sekatan dan ini yang perlu kita beri perhatian, dalam usia muda, mereka lebih mudah hanyut dipengaruhi budaya luar,” katanya. Hassan berkata, dalam konteks negara Islam di Malaysia, tidak sepatutnya kegiatan terbabit dibiarkan berterusan dan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat yang tidak dapat menerima pergaulan bebas apatah lagi ia membabitkan pelancong asing.

Dalam hal ini, katanya, pihak berwajib sepatutnya mencontohi Qatar dan Arab Saudi yang melarang rakyatnya duduk berdua-duaan di tempat terbuka seperti pantai yang menjadi tumpuan pelancong.

“Kita tidak boleh berlembut lagi kerana ia akan menjadi barah yang membawa penyakit serius dalam masyarakat jika tidak ditangani. Umpama tegak rumah kerana sendi, kegiatan ini akan merosakkan akidah remaja dan meruntuh institusi masyarakat jika tidak dijaga,” katanya. Laporan Metro Ahad itu antara antara lain turut menyebut, budak pantai berkenaan menggunakan ‘kelebihan’ mereka yang mampu berkomunikasi dengan pelancong, selain berperwatakan unik menyebabkan menjadi perhatian sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan menggesa pengusaha di pulau pelancongan itu memantau pekerja mereka supaya tidak terbabit dengan kegiatan tidak bermoral berkenaan bagi memastikan imej negara sebagai destinasi pilihan tidak terjejas.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Mona Fairuz Nordin berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan gejala terbabit tidak memberi kesan negatif kepada industri pelancongan kerana pulau berkenaan tersenarai antara destinasi tumpuan pelancong.

No comments:

Post a Comment