Monday, November 21, 2011

JADI TERKENAL MAKHLUK DILANGIT LEBIH BERUNTUNG...SENTIASA DALAM RAHMAT...DARIPADA DIKASIHI DAN DIMINAT OLEH PEMINAT....HARTA YANG BANYAK SUSAH DIDUNIA DAN SUSAH DIAKHIRAT KERANA HISAB...DUNIA JADI REBUTAN...

Salim Parlan akhirnya mengaku berkhalwat



GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu.
Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam.

Salim yang memakai baju putih dan berseluar hitam dilihat hanya menunduk dan sedikit gelisah, manakala Nur Diayana pula menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan di kandang tertuduh.
Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.



Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan.

Pada 15 September lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan.
Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah.



Remaja mati terduduk



KUALA LUMPUR: Mayat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan duduk atas kerusi dengan kesan tikaman di dada dan kecederaan serius di kepala di sebuah taman permainan di Jalan Gajus, Pudu, di sini dipercayai selepas dibelasah sekumpulan tiga hingga empat lelaki warga Myanmar, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dipukul kumpulan terbabit dipercayai selepas masing-masing mabuk.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas seorang saksi kejadian berusia 30-an yang menyaksikan kejadian berkenaan menghubungi polis.
Sebuah ambulans dan pegawai perubatan turut dihantar ke lokasi kejadian namun mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu gagal diselamatkan.

Bapa Sofea kena cekup

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

MELAKA: Polis kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.
Lelaki berusia 23 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu diberkas kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin di rumahnya di Bukit Indah, Johor hasil maklumat disalurkan isterinya yang dikesan anggota polis Cawangan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R Gunarajan berkata, menerusi laporan penemuan kanak-kanak berkenaan disiarkan akhbar ini pada 11 November lalu, seorang wanita datang ke IPK.

Katanya, wanita terbabit memaklumkan dia mengenali ibu bapa mangsa kerana pernah mengasuh kanak-kanak itu yang dipanggil Sofea atau nama sebenarnya Anna Hii sebelum ini.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota polis D11 melakukan siasatan dan mengesan ibu mangsa yang kemudiannya dipanggil ke IPK.

6 dikurung diselamat



SERDANG: Tiga lelaki dan tiga wanita dikurung di sebuah pangsapuri di Taman Kinrara, Puchong, dekat sini, sebelum dijual kepada sindiket tertentu untuk tujuan buruh kasar dan pelacuran.
Bagaimanapun, semua mereka yang juga warga China berusia 20-an diselamatkan sepasukan polis selepas kejadian itu dimaklumkan seorang lelaki berusia 30-an yang juga penduduk di kawasan berkenaan, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Menurut sumber, polis yang menerima maklumat itu bergegas ke pangsapuri berkenaan untuk pemeriksaan lanjut dengan dibantu pengawal keselamatan serta penduduk yang membuat laporan berhubung kejadian itu.
“Sebaik tiba di tingkat 10 pangsapuri itu, polis mendapati pintu jeriji dikunci sebelum dipecahkan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui enam individu warga China berusia 20-an dan dipercayai diseludup masuk ke negara ini untuk dijadikan buruh kasar dan pelacur,” katanya.

Sumber berkata, ketika serbuan berkenaan, hanya mereka sahaja berada di dalam rumah itu, dan sindiket yang membawa masuk mereka dipercayai sudah melarikan diri.

“Keenam-enam mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Puchong untuk tindakan lanjut,” katanya.


Dituduh nikah lebih seorang

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan bigami iaitu berkahwin lebih daripada satu.
Tertuduh S Retnanathan, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didapati berkahwin kali kedua dengan R Gowri, 33, walaupun mengetahui perkahwinannya dengan isteri pertama A Jeyanthi, 42, pensyarah, masih sah.

Tertuduh didakwa sengaja menyembunyikan perkahwinan pertamanya bagi membolehkan dia berkahwin kali kedua dengan Gowri.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di alamat bernombor 3, Jalan PU10/6B, Taman Puchong Utama, di sini, antara 15 Jun tahun lalu dan 22 Mei lalu.

Rozita ngeri diugut peminat



KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan dan penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab antara selebriti wanita pernah berhadapan gangguan peminat fanatik hingga mengancam keselamatan dan ketenteraman kehidupan peribadi mereka.
Pengalaman berkenaan walaupun dianggap sebagai asam garam apabila bergelar artis tetapi adakalanya menakutkan.

Rozita berkata, selain mengetuk pintu rumah dia turut diugut peminat fanatik yang mahu memberikan gambar dan nombor telefonnya kepada bomoh supaya dia menjadi angau.

“Kejadian itu berlaku hanya kerana saya tidak mahu membalas setiap panggilannya,” katanya.


Menurut Rozita, tidak cukup dengan itu, peminat fanatiknya turut mengirimkan bunga, kain dan keropok lekor kepada pengawal keselamatan di apartmen kediaman sebelum diberikan kepadanya.

Kes 11 anak tuntut harta sepencarian dibicara 2012

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menetapkan 24 September tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes 11 anak kepada seorang jutawan syarikat bas ekspres terkemuka yang menuntut daripada bapa mereka harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik arwah ibu mereka.
Hakim Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya meminta plaintif menyiapkan semua dokumen berkaitan tuntutan itu dalam tempoh tiga bulan sebelum prosiding perbicaraan diadakan pada tarikh berkenaan.

Pada prosiding sebutan semula kes itu semalam, dua daripada 11 anak jutawan itu, Khalilullah Che Ibrahim, 31, dan Khairul Anam, 28, hadir dengan diwakili Rosniza Mohamed.
Akhbar sebelum ini melaporkan, seramai 11 anak kepada pemilik syarikat bas Ekspres Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail, 56, menuntut daripada bapa mereka harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik ibu mereka, Paizah Mohd Yusoff yang meninggal dunia pada 2008.

Semua plaintif memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 2 Oktober lalu. Selain Khalilullah dan Khairul Anam, plaintif lain ialah Tamtini, 30; Amalina, 29; Khairul Azhan, 28; Khairul Anam; Khairul Adnin, 24; Salsabila, 20; Siti Nahwan, 18; Muhammad Atifuddeen, 16; Muhammad Amar, 11 dan Nurul Aufa, 13.

Semua plaintif menuntut harta sepencarian arwah ibu mereka bermula dari tarikh perkahwinan arwah dengan Che Ibrahim pada 22 Februari 1979 sehingga ibu mereka meninggal dunia pada 24 September 2008.

Rosniza berkata, tarikh semalam ditetapkan untuk sebutan semula kes berhubung tuntutan dikemukakan anak guamnya terhadap bapa mereka berhubung harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik arwah ibu mereka.

“Kes ini hanya untuk sebutan sebab sebelum ini anak kepada defendan (Che Ibrahim) tidak menggunakan khidmat peguam. Jadi, plaintif memfailkan kes ini (tuntutan) tanpa menggunakan nasihat peguam secukupnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment