Tuesday, November 8, 2011

BILA TELAH DITAKDIRKAN...ADA HIKMAHNYA...

Lelaki maut terjun pangsapuri

GEORGE TOWN - Gara-gara diganggu suara misteri dari bahagian luar rumah yang baru didiami sejak beberapa bulan lalu, seorang lelaki menemui ajal selepas terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Air Itam di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa Khoo Kim Bee, 38, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.
Difahamkan, mangsa yang baru setahun mendirikan rumah tangga telah berpindah dari Batu Lanchang ke rumah ibunya di Air Itam tiga hari lalu berikutan masalah gangguan misteri yang dialaminya.

600 rumah dilanda banjir kilat


SEORANG penduduk, Jefri menimba air yang masuk ke dalam rumahnya akibat banjir kilat di Taman Desarena II, Kuala Kedah semalam.


ALOR SETAR – Lebih 600 buah rumah di tiga taman di Kuala Kedah di sini dilanda banjir kilat dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang tidak sempurna dan hujan berterusan sejak malam kelmarin.
Ia melibatkan Perumahan Awam Kuala Kedah, Taman Sri Putra dan Taman Desarena II berikutan hujan sekejap-sekejap antara pukul 11.30 malam kelmarin hingga tengah hari semalam.
Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan perparitan sempurna berikutan pembinaan dua buah taman perumahan baharu di situ sejak tiga tahun lalu.
Seorang penduduk, Ismail Shaari, 46, mendakwa, banjir kilat sering melanda kawasan itu kira-kira tiga tahun lalu, malah bertambah buruk sejak awal tahun ini berikutan kerja-kerja menambak tanah bagi kawasan perumahan baharu iaitu Taman Desarena Indah.
“Pemaju tidak membina sistem saliran sempurna menyebabkan air dari kawasan perumahan itu melimpah ke Taman Desarena II,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang penduduk di Taman Perumahan Awam Kuala Kedah, Ibrahim Osman, 77, pula memberitahu, air mulai naik kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin sebelum surut kira-kira pukul 3 pagi semalam

Pecah masuk gedung waktu solat raya


ANGGOTA polis memeriksa pintu kaca sebuah gedung beli-belah barangan elektrik dan perabot yang dipecah masuk di Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Ketika umat Islam yang lain menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha pagi kelmarin, tiga lelaki mengambil kesempatan itu melakukan kegiatan jenayah dengan memecah masuk sebuah gedung barangan elektronik dan perabot terbesar di Jalan Sultan Ibrahim di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kumpulan berkenaan telah memecahkan sebelah pintu cermin bahagian depan gedung tersebut yang ditutup operasinya sempena Aidiladha dengan menggunakan kapak kecil.
Menurut Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menunjukkan kehadiran tiga lelaki masuk ke dalam gedung berkenaan.
“Ketika orang Islam yang lain pergi menunai solat raya, mereka pula pergi pecah masuk kedai. Tindakan mereka yang memecahkan cermin pintu depan itu menggunakan kapak sehingga kaca pecah berderai memang berbahaya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Idris berkata, pihak polis juga berdepan kesulitan untuk mengenal pasti suspek kerana tidak mendapat kerjasama daripada seorang saksi.

Taman permainan jadi kolam


SAGADEVAN (tengah) dan Sok Kee (kanan) menunjukkan kawasan takungan air di kawasan taman permainan kanak-kanak di Pulau Pinang semalam.


PERAI – Sekali pandang, taman permainan kanak-kanak di Taman Kimsar di sini kelihatan terjaga rapi, cantik dan banyak peralatan dan kemudahan telah disediakan.
Malangnya, ia tidak digunakan sepenuhnya oleh penduduk gara-gara tapak kawasan permainan itu yang ditakungi air menyebabkan ia tidak dapat digunakan untuk beriadah sejak tahun lepas.
Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Kimsar, V. Sagadevan berkata, taman permainan kanak-kanak itu dibina 15 tahun lalu dengan tujuan untuk dijadikan kawasan riadah bagi kanak-kanak.
“Tapi pada tahun lalu, ia tidak boleh digunakan lagi hanya kerana terdapat air yang bertakung di seluruh kawasan itu sehingga ia kelihatan seolah-olah sebuah kolam yang cetek.
“Perkara ini terjadi disebabkan oleh kontraktor pembinaan longkang yang dilantik MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) telah melonggokkan tanah yang dikorek di tepi kawasan taman permainan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment