Friday, December 2, 2011

JANGAN ORANG TERGELAK SENDIRI...SENYUM KAMBING...DAN APA TAH LAGI...ATAS KENYATAAN KITA...YANG BAHAYA ....ORANG BERDOA UNTUK KITA....DOA ORANG DIZALIMI MAKBUL...SENDIRI MAU INGAT...KUASA DITANGAN ALLAH BUKAN KITA...ALLAH NAK LUPUSKAN KITA MUDAH...IAITU DIMATIKAN KITA...ADA SAPE2 MAMPU MENOLAK KEKUASAAN ALLAH NI...

Anak rompak rumah ibu sendiri

BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bukan sahaja tergamak merompak rumah ibunya sendiri malah menjadi dalang utama dalam jenayah tersebut awal bulan lalu.
Remaja tidak bersekolah itu yang dikatakan telah lari dari rumah ibunya di Taman Tanjung Indah di sini telah mengajak tiga rakannya untuk merompak rumah ibunya itu yang merupakan pekerja kilang dan ibu tunggal.
Dua daripada rakannya itu merupakan remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun manakala seorang lagi berusia 42 tahun ya

Tiada unsur pecah amanah

KERATAN Kosmo! 19 November 2011.


KUALA LUMPUR - Tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil pihaknya memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.
"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhan kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.
"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra di sini semalam.
ng bekerja sebagai pemandu bas kilang.


Pengkhianat penghancur bangsa


NAJIB berucap dengan cukup bersemangat di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang Melayu supaya sedar tentang bahaya pengkhianat bangsa yang boleh meruntuhkan kuasa Melayu di negara ini sehingga menghakis hak dan agenda orang Melayu, syiar Islam dan kemuliaan Raja-Raja.
Dengan cakap-cakap mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menjadi buah mulut ahli-ahli UMNO dan rakyat, Presiden UMNO itu meminta orang Melayu dan ahli-ahli UMNO bersedia untuk bertempur bagi memastikan Melayu tidak hilang kuasa.
Beliau yang tidak menyatakan bila PRU-13 akan diadakan menegaskan kepada orang Melayu: "Palulah genderang perang, palulah tabuh-tabuhan dan tiuplah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba."
Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam, Perdana Menteri mengaitkan politik masa kini Malaysia dengan sejarah keruntuhan empayar Melaka 500 tahun lalu yang menunjukkan orang Melayu hilang kuasa bukan kerana kemiskinan atau kefakiran.
"Ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan," kata Najib.


Najib dapat 4A, 1F


NAJIB (kanan) dan Muhyiddin geli hati dengan celoteh Mohd. Salleh ketika membahaskan usul ucapan Presiden di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Penilaian wakil dari Kota Belud, Sabah yang memberikan markah 4A, 1F kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mencuit hati perwakilan ketika perbahasan usul ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini semalam.
Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said secara berseloroh berkata, dia mahu membuat penilaian tersebut setelah diberi peluang sebanyak dua kali untuk bercakap pada perhimpunan itu.
"Jadi jangan marah sebab ada A dan F saya akan berikan. Pertama, gaya kepimpinan Datuk Seri saya beri A sebab Datuk Seri menjuarai dan mendampingi rakyat, berinteraksi langsung dengan anak muda dengan Twitter.
"Tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin malah Obama (Presiden Amerika Syarikat) pun tidak pernah memanggil rakan-rakan Twitter ke majlis high tea," katanya.


Ibu terlepas hukuman mati


MARSUZANA (kanan) dilepaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang ibu yang dituduh membunuh bayinya yang berusia enam bulan dengan menghempaskan mangsa ke lantai pada Disember 2010 dilepaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam kerana didapati mengalami penyakit mental semasa kejadian.
Bagaimanapun, Hakim Azman Abdullah mengarahkan tertuduh, Marsuzana Che Muda, 32, ditahan sementara waktu di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan.
“Berdasarkan peruntukan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah, kematian bayi malang itu disebabkan oleh tertuduh namun mahkamah melepaskan tertuduh daripada hukuman atas alasan tertuduh mempunyai penyakit mental semasa kejadian,” kata beliau.


Pasangan samun


KERATAN Kosmo! semalam.


SHAH ALAM – Seorang pencuri kereta yang ditahan selepas ditembak di Jalan Kepayang, Klang kelmarin disyaki bersekongkol dengan kekasihnya untuk melakukan jenayah itu.
Rahsia tersebut terbongkar apabila polis menahan wanita berusia 18 tahun tersebut selepas menyerbu sebuah hotel bajet di Kapar, Klang iaitu satu jam selepas teman lelakinya diberkas pada pukul 7.15 pagi.
Dalam serbuan itu, polis menemui jaket, sarung tangan, komputer riba, telefon bimbit dan kunci yang kesemuanya disyaki barang samun.

JANGAN KITA TERJERAT PERANGKAP2 YANG DIATUR DAN DIRANCANG OLEH SYAITAN..KAUM HAWA ADA BATAS2 DITENTUKAN OLEH ISLAM...MUSUH ISLAM MEMANG NAK JAHANAMKAN ISLAM...TANYA AHLI2 AGAMA YANG MURSYID...LARANGAN2 DAN BATAS2 TERSEBUT....

Wanita dominasi debat UiTM


SEBAHAGIAN pendebat dari Falkulti Pendidikan UITM Shah Alam yang menyertai Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah didominasi bilangan peserta daripada golongan wanita berbanding lelaki.
Setakat semalam, bilangan peserta debat yang diadakan di Anjung Sri Budiman UiTM itu telah melibatkan seramai 1,063 orang dan daripada jumlah itu, seramai 656 orang adalah pendebat wanita.
Dalam tempoh yang sama, hanya seramai 407 peserta lelaki terlibat.
Rata-rata peserta itu terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah dan maktab perguruan dari seluruh negara.

Thursday, December 1, 2011

JADI BERITA@PERISTIWA JADI IKTIBAR@PENGAJARAN...BILA PENCURI TIDAK DIHUKUM CARA KEHENDAK ALLAH...MAKA TELAH BANYAK MEMERBAHAYAKAN ORANG LAIN@ORANG AWAM...

Pendera Nirmala macam ‘zombie’

PUTRAJAYA: Suri rumah, Yim Pek Ha yang disabit kesalahan kerana menyebabkan kecederaan teruk terhadap pembantu rumahnya rakyat Indonesia, dimasukkan ke wad psikiatri Pusat Pakar Universiti Malaya (PPUM) akibat kemurungan, Mahkamah Rayuan diberitahu di sini, semalam.
Peguamnya, Datuk Jagjit Singh mengemukakan sepucuk surat daripada Prof Madya dan konsultan psikiatri hospital itu Dr Subash Kumar Pillai, menyatakan ibu empat anak itu mengalami kemurungan teruk dan beliau kini merawatnya.

Dalam surat itu, konsultan berkenaan menyatakan kini, Yim, 43, merasakan ‘fikirannya sangat terganggu dan kemurungan’ dan mengalami ‘niat untuk membunuh diri’.
Konsultan itu berkata, sungguhpun Yim agak stabil, keadaannya bertambah teruk sejak beberapa minggu lalu.

Surat berkenaan menyatakan Yim dimasukkan ke hospital itu kelmarin.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Azhar Ma’ah dan Datuk Clement Allan Skinner membenarkan permohonan peguamnya untuk menangguhkan perbicaraan rayuan beliau itu serta rayuan balas pendakwaan terhadap hukumannya tempoh dipenjarakan.

Sulong menetapkan 5 Mac depan bagi tarikh akhir perbicaraan.

Sementara itu, panel menolak permohonan pendakwaan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Yim.
Timbalan Pendakwa Raya, Abazafree Mohd Abas membuat permohonan itu selepas membantah penangguhan itu atas alasan ini bukan pertama kali permohonan untuk menangguhkan atas sebab dia mengalami kemurungan.

Beliau berkata, tidak ada ketentuan dalam rayuan itu kerana ada kemungkinan Yim tidak menghadiri perbicaraan akan datang.

Jagjit kemudian memberitahu mahkamah kali terakhir beliau melihat Yim, beliau dalam keadaan ‘zombie’ selepas makan ubat.

“Ia persepsinya (Yim) bahawa dia tidak bersalah,” kata Jagjit sambil menambah hukuman penjara terhadapnya menyebabkan dia kemurungan.

Yim menghadapi empat pertuduhan menyebabkan kecederaan teruk terhadap pembantu rumahnya, Nirmala Bonat di apartmennya di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

Selepas perbicaraan, dia didapati bersalah dan dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas tiga kesalahan menyebabkan cedera teruk terhadap Nirmala menggunakan seterika panas dan air panas, tetapi dibebaskan atas empat pertuduhan yang menyebabkan kecederaan kepada pembantu rumah itu dengan cawan logam.

Dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hukuman penjaranya dikurangkan kepada 12 tahun.

Mahkamah Tinggi mengekalkan sabit kesalahannya untuk pertuduhan pertama dan kedua, tetapi membebaskannya atas pertuduhan ketiga. Mahkamah Tinggi juga menolak dan membebaskan pertuduhan keempatnya kerana mematahkan hidung pembantu rumah itu dengan cawan keluli oleh Mahkamah Sesyen. — Bernama


Abang parah tahan peragut

KUALA LUMPUR: Niat murni dua beradik menahan seorang lelaki dipercayai peragut membawa padah apabila seorang daripada mereka parah ditikam suspek yang bersenjatakan pisau selepas bergelut dalam kejadian di Kampung Wira Jaya, Wangsa Maju, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun dan adiknya berusia 26 tahun dilaporkan berniaga di kedai mereka di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, mereka terkejut apabila mendengar jeritan kuat orang meminta tolong berhampiran kedainya.
“Dua beradik itu bergegas keluar sebelum melihat seorang lelaki memakai topi keledar berlari ke arah mereka dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik suspek melintas hadapan mereka, dua beradik terbabit memeluk untuk menahannya,” katanya.

Sumber berkata, belum sempat si adik memberikan bantuan kepada abangnya yang bergelut dengan penjenayah itu, suspek mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa.

“Akibat tikaman itu, mangsa rebah manakala suspek melarikan diri meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, si adik kemudian bergegas membawa abangnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), untuk rawatan.
Selepas abangnya dirawat, mangsa membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan sebelum kes dirujukkan ke Balai Polis Wangsa Maju, di sini.


Pencuri kereta cuba langgar polis ditembak



KLANG: Seorang suspek kes curi kereta cedera terkena tembakan di paha kiri ketika cuba melanggar polis dalam usahanya melarikan diri dengan membawa kereta curi selepas menyamun di dua tempat berasingan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, suspek berusia 23 tahun tewas selepas cuba melanggar anggota keselamatan itu di Jalan Kepayang, di sini.

Sebelum itu, suspek dikejar anggota polis Petaling Jaya kerana dipercayai terbabit dalam kejadian samun kenderaan di Sungai Buloh, kelmarin, namun dapat melepaskan diri.
Suspek menggunakan Toyota Vios kelabu dipercayai dicuri di Puchong turut menyamun kedai telefon prabayar di Bukit Raja Klang jam 12.30 malam semalam menyebabkan mangsa kerugian RM4,000 wang tunai, kad prabayar bernilai RM680 serta Toyota Camry.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis menemui kereta Toyota Vios kelabu di hadapan sebuah hotel di bandar Klang yang disyaki kereta curi.

“Polis mengikut suspek hingga ke Jalan Kepayang, Klang sebelum mengarahkan berhenti namun dia tidak mengendahkan arahan itu.

“Dalam cubaan melarikan diri, suspek yang panik memecut sebelum terlanggar tiga kereta diparkir tepi jalan.

“Suspek turut cuba melanggar anggota polis sehingga polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan untuk mempertahankan diri,” katanya.
Satu daripada tiga das tembakan itu kena di tayar kereta suspek menyebabkan suspek gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

Menurutnya, suspek turut cedera di paha kiri akibat tembakan itu sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan.

Polis yang memeriksa kereta Toyota Vios kelabu berkenaan menemui kayu besbol dan sebilah parang dipercayai dijadikan senjata serta alat-alat penagihan dadah.

Mohamad Shukor berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menyewa bilik selama tiga hari di sebuah hotel bajet di Batu Lima Jalan Kapar, di sini, sebelum serbuan menemui kad prabayar bernilai RM680 yang disamun, malam semalam.


Mekanik dera anak didenda RM7,500



MELAKA: Mahkamah Sesyen di sini, semalam mendenda seorang mekanik RM7,500 selepas dia mengaku bersalah mendera anak kandungnya yang berusia 10 tahun pada April tahun lalu.
Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap How Huan Teng, 40, selepas menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa. Mengikut pertuduhan, How didakwa mendera anak lelakinya, How Han Ting secara fizikal di sebuah rumah di Taman Jaya Machap Umboo, Alor Gajah jam 12.30 awal pagi pada 25 April tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh diwakili peguam Lawrence Tan.


Gelisah tanam janin



SEBERANG JAYA: “Saya curiga dengan kelibat seorang lelaki mengorek tanah, manakala seorang wanita pula yang berada berdekatan kelihatan gelisah sambil memerhati kawasan sekeliling.
“Ketika itu saya hanya memerhati gerak-geri mereka dari jauh sebelum mengejutkan suami yang sedang tidur,” kata seorang wanita yang menemui janin yang ditanam berhampiran kawasan tebing sungai di Lorong Tenggiri 10, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, dia ternampak kelibat pasangan terbabit yang ke kawasan itu dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 3 petang.
Katanya, pada mulanya dia tidak mengesyaki sesuatu tetapi apabila melihat lelaki mengorek tanah dengan menggunakan penyodok seperti dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan mula mencurigai sesuatu.

“Gerak-geri lelaki berkenaan dan wanita yang berbaju kurung itu sungguh mencurigakan menyebabkan saya mula berasa ada sesuatu yang buruk dilakukan mereka itu.

“Saya dapat lihat pasangan berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an berada di kawasan itu dalam tempoh kira-kira 20 minit sebelum beredar dengan menaiki motosikal,” katanya.

Menurutnya, perasaan ingin tahu menyebabkan dia dengan ditemani suami pergi ke tempat tanah dikorek itu.

Katanya, dia kemudiannya mendapati terdapat kesan timbus dan ada dua batang kayu dipacakkan di tanah itu.
“Suami saya mengorek tanah berkenaan dan terkejut apabila menemui janin cukup sifat tertanam di situ. “Menggeletar kami berdua dan tidak menyangka melihat janin yang ditanam oleh pasangan terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya terus menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai penemuan janin terbabit.

Katanya, dia dan suaminya terus menjaga janin itu agar tidak dimakan oleh kucing dan anjing yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan sementara menunggu ketibaan anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan awal mendapati janin dipercayai berusia dalam lima bulan.


Ditarik masuk lombong

Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my

IPOH: “Saya berasa badan arwah seperti ‘ditarik’ sesuatu dari bawah ketika saya pegang tangan untuk menariknya keluar dari dalam air,” kata Mohammad Azizi Mohd Anuar, 20.
Azizi rakan kepada Muhd Shahrin Mohd Hashim, 17, yang tidak sempat menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berjalan kini selepas ditemui lemas jam 2 pagi semalam apabila sampan kecil dinaikinya tenggelam akibat bocor.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa mandi bersama Mohammad Azizi dan dua lagi rakan mereka di sebuah lombong betul-betul di hadapan rumah mangsa di Jalan Kedidi, ampung Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua, Manjoi, dekat sini.

Mayat mangsa tersangkut di pukat ikan digunakan penduduk kampung yang meneruskan usaha mencari menggunakan dua bot selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan sepasukan anggota bomba dihentikan jam 10 malam kelmarin.


Mohammad Azizi berkata, insiden ‘tarik-menarik’ itu menyebabkan dia menggigil ketakutan setiap kali teringatkannya.


Identiti mayat tempat wuduk belum dikenal pasti

KULIM: Polis belum mengenal pasti identiti seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an yang ditemui mati di tempat mengambil wuduk wanita di tapak projek Masjid Taman Kenari, di sini, pada Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat mengalami kecederaan di kepala serta leher.

Katanya, polis sudah mengambil cap jari lelaki terbabit untuk dihantar kepada Jabatan Imigresen di Putrajaya bagi mencari pengenalan dirinya.
“Pada masa sama, polis belum membuat sebarang tangkapan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ketua Bahagian siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan C Tharmalingam di talian 04-4906222,” katanya.

Harian Metro baru-baru ini melaporkan seorang penyelia projek pembinaan terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki di kawasan wuduk perempuan di masjid berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian muka.

Wednesday, November 30, 2011

PERANGLAH..PERANG JANGAN LANGGAR HUKUM2 SYARAK..TERIMA PADAH DIAKHIRAT KELAK...DAH BESAR...DAH BEKERJA...DAH BERISTERI@BERSUAMI...IBUBAPA TAK PENTING LAGI...TAK PE ...ALLAH AKAN BALAS...LAIN KALI MUNGKIN...INSYAALLAH GILIRANNYA...ANAKNYA PULA YANG BUAT UNTUKNYA...BARU PADAN MUKA...

Sayap UMNO palu gendang perang


ANGGOTA perwakilan Pemuda UMNO mengangkat tangan tanda menyokong ucapan ketua mereka di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin sayap UMNO semalam mula menggerakkan ahli-ahli untuk memalu gendang perang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan masing-masing berjanji memastikan kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu.
Kesemua pemimpin sayap Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO menegaskan keyakinan itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ahli-ahli Pemuda kini sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar termasuk menjadi calon boleh menang dalam PRU-13.


Usah leka, jangan berpeluk tubuh


GELAGAT sebahagian daripada perwakilan Wanita UMNO ketika mendengar ucapan Shahrizat di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu 1.3 juta ahlinya melipatgandakan usaha untuk memantapkan jentera parti dalam memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurut beliau, sekarang bukan masanya untuk mereka leka dan berpeluk tubuh serta berasa selesa dengan apa yang telah dilaksanakan dan dicapai sebaliknya terus berusaha menyelami hati dan mengatasi masalah rakyat.
"Kita perlu tangani kesengsaraan rakyat dan kesakitan rakyat perlu dirawati agar rakyat terus menikmati kemakmuran negara yang sejati," katanya.


Panggilan 'Patma'




SHAH ALAM - Sebuah telefon pintar Blackberry Bold putih yang dianalisis dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain tahun lalu telah merekodkan dua transaksi panggilan daripada penama 'Patma' pada 30 Ogos 2010.
Menurut Juruanalisa Kanan Seksyen Jenayah Bukit Aman, Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Zulkifly Mohd. Isa, 31, transaksi itu merekodkan satu panggilan tidak dijawab daripada nombor 016-2045518 atas nama 'Patma' pada pukul 4.22 petang.
"Pada pukul 6 petang hari yang sama pula, nombor tersebut membuat panggilan sekali lagi yang kali ini dijawab oleh pemilik Blackberry tersebut," katanya semasa soal utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusof

Serangan ala mafia dekat tokong


ANGGOTA polis menunjukkan sesuatu pada mayat Chung Kok yang ditemui mati ditetak empat lelaki dalam kejadian berdekatan sebuah tokong di Kampung Besar, Berapit, Bukit Mertajam kelmarin.


BUKIT MERTAJAM – Empat samseng bertopeng yang menggunakan senjata tajam bertindak menetak hingga mati seorang buruh menyebabkan sebahagian otak mangsa bersepai manakala kedua-dua tangannya hampir putus dalam serangan ala mafia berhampiran sebuah tokong kelmarin.
Kejadian pukul 11.50 malam di Kampung Besar, Berapit di sini itu berlaku ketika Tan Chung Kok, 30-an, dari Taman Serumpun sedang menonton televisyen bersama dua lagi rakannya di tokong tersebut.
Difahamkan, sebaik masuk, suspek mengarahkan dua rakan mangsa supaya meninggalkan tempat itu sebelum menyerang Chung Kok.
di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.


Wanita hilang ditemui mati


Polis memeriksa mayat Hong Nai yang ditemui oleh seorang nelayan di celah sangkar ikan di Batu Maung, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Misteri kehilangan seorang wanita sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan terapung dan perutnya telah kembung di celah-celah sangkar ikan di Batu Maung dekat sini kelmarin.
Mayat Lim Hong Nai, 48, dari Sungai Petani, Kedah yang menetap di Sungai Nibong dekat sini ditemui pada pukul 4 petang oleh Khoo Sian Aun, 44. Ketika itu nelayan tersebut sedang bersiap pulang ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kira-kira satu kilometer dari sangkar ikan terbabit.


Masjid disimbah cat


SIMBAHAN cat pada dinding Masjid Pokok Asam yang dipercayai dilakukan oleh pekerja kontrak di Batang Tiga, Melaka semalam.


MELAKA - Gara-gara tidak dibayar gaji, Masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Batang Tiga di sini disimbah cat merah dipercayai dilakukan oleh pekerja kontraktor yang melakukan kerja-kerja membaik pulih dan naik taraf masjid berkenaan.
Selain disimbah cat, beberapa bahagian dinding berkenaan turut ditulis ayat jelaskan gaji kami menggunakan cat merah.
Bekas Pengerusi masjid berkenaan, Mohd. Zan Mohd. Amin, 68, berkata, dia mengetahui perbuatan biadab itu setelah dihubungi penyelia projek berkenaan kira-kira pukul 10 pagi semalam.
"Sebelum ini, subkontraktor projek ini pernah memberitahu saya bahawa dia mengalami masalah kewangan sehingga sukar membayar gaji pekerja ekoran masih belum menerima bayaran daripada kerajaan negeri.
"Mungkin disebabkan tak dapat gaji, ada pekerja yang tak puas hati dan melakukan perbuatan sebegini," dakwanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.


'Datanglah jenguk, emak sakit'


NORMAZIAN menunjukkan gambar salah seorang anaknya, Shakina di rumahnya di pekan Baling semalam.


BALING – Seorang ibu tunggal, Normazian Abdul Rahman, 47, yang menghidap penyakit buah pinggang merayu enam orang anaknya yang mengikut bekas suaminya 10 tahun lalu datang menjenguknya bagi menghilangkan rindu yang ditanggung.
Normazian berkata, dia kini kerap dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang dihidapi dan amat mengharapkan kehadiran anak-anaknya, Izuan Shuib, 30; Sakina, 25; Shakira, 26; Shahidatul, 22; Mohd. Idham, 19 dan Intan Shuhada, 20.
Katanya, dia tidak tahu apa salahnya sehingga anak-anak menyisihkannya seolah-olah dia bukan ibu mereka.
“Saya yang melahir dan membesarkan mereka sehingga berjaya dalam hidup masing-masing.
“Saya bukan mengharapkan wang daripada anak-anak tetapi hanyalah kasih sayang kerana sebagai ibu, kasih saya tidak akan pernah luntur,” katanya ketika ditemui di Hospital Baling di sini semalam.
Menurutnya, hatinya paling sedih setiap kali tiba bulan Ramadan dan sambutan hari raya kerana

BERTAUBATLAH...TU RAKAMAN GAMBAR....AKHIRAT TENGOK VIDEO TERANG LAGI JELAS...AWAS PEMBUAT2 DOSA...PEMBUAT MUNGKAR....ALLAH MAHA MELIHAT...INGATLAH SAPE KITA DISISI ALLAH...

‘Saya dah nak kahwin’

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.


Angkara Mat Gian

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

CEMAS...10 rumah terbakar dalam kejadian dipercayai berpunca tindakan Mat Gian.
CEMAS...10 rumah terbakar dalam kejadian dipercayai berpunca tindakan Mat Gian.
KUALA LUMPUR: Angkara Mat Gian, 10 rumah terbakar dalam kejadian di Tingkat 4, Blok 4, Flat Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Cheras di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, 50 penghuni hilang tempat tinggal dan kini ditempatkan di empat dewan orang ramai di sekitar kawasan perumahan itu.

Penduduk yang dikenali sebagai Goh, 40-an, berkata, ketika kejadian, dia menonton televisyen di rumahnya sebelum mendengar jeritan jiran.
Katanya, ketika hendak keluar dari rumah, mereka ternampak kelibat beberapa Mat Gian berlari keluar dari sebuah rumah kosong di tingkat berkenaan.

“Akibat tindakan mereka, kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa, P Shalini, 17, yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini kehilangan segala dokumen peribadi dan bahan rujukan.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang mengulang kaji pelajaran untuk dua lagi peperiksaan bakal didudukinya hari ini dan 13 Disember. “Kami sekeluarga bukan sahaja hilang tempat tinggal tetapi segala dokumen penting termasuk slip peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.45 malam dan lima jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam namun 10 rumah di Tingkat 4 gagal diselamatkan dan hangus.

Katanya, struktur bangunan berusia lebih 40 tahun itu menyebabkan api marak dengan cepat.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan dipercayai berpunca dari sebuah rumah kosong dipercayai digunakan Mat Gian sebagai markas mereka melepas gian.


Muka ditoreh dengan pisau

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Angkara cemburu, seorang lelaki berusia 30-an parah selepas mukanya ditoreh dengan pisau manakala mata kanannya dikhuatiri buta selepas dipijak dengan kasut but dan dipukul sekumpulan lapan lelaki selepas ‘diculik’ dari tempat kerjanya di Jalan Hang Kasturi di sini, kelmarin.
Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana mangsa disyaki menghubungi teman wanita seorang daripada suspek dipercayai untuk memikatnya.
Selepas diseksa dengan kejam, seorang daripada suspek menghubungi majikan mangsa berusia lewat 30-an dan mengarahkan lelaki terbabit mengambil mangsa di belakang sebuah bangunan di Brickfields di sini.

Akibat perbuatan kejam kumpulan itu, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 50 jahitan di muka dan mata kanannya dikhuatiri buta.


Menurut sumber, kejadian bermula jam 10 malam apabila kumpulan terbabit yang menaiki lima motosikal ke tempat kerja mangsa dan memintanya keluar.

ILMU DIBAWA MATI...HARTA JADI REBUTAN...ZAMAN ORANG TAK PENDULI...ZINA DAN ROGOL..CURI ..TIPU DLL....MEREKA TAK TAKUT NERAKA ALLAH LAGI...

Allah beri peringatan



KUALA LUMPUR: “Kemungkinan ia petunjuk dan peringatan Allah kepada mereka supaya tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu serta tanda Allah masih sayangkan mereka, maka segeralah bertaubat,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.
Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai tiga lelaki yang tidak nampak pintu keluar dari kawasan makam ulama terkenal Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, Terengganu ketika melakukan upacara pemujaan nombor ekor.

Imam Masjid Pulau Manis, Kori Endut yang menemui tiga lelaki berkenaan berkata, mereka yang terbabit berusia 40-an lengkap berserban dan berjubah bagi mengaburi mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.
Noh berkata, perbuatan memuja kubur sesiapa saja termasuk ulama sekali pun boleh membawa hukum syirik dan terkeluar dari Islam.

“Mereka yang terbabit dalam perbuatan syirik ini jika ditakdirkan mati, mereka mati sebagai kafir,” katanya.


Bapa kerah dua anak jadi penjenayah



KUCHING: Seorang bapa sanggup mengarahkan dua anak lelakinya berusia 17 dan 22 tahun melakukan kegiatan pecah rumah sebelum tiga beranak itu dicekup polis, petang kelmarin.
Kegiatan bapa durjana berusia 48 tahun yang turut bersubahat dengan teman wanitanya berusia 29 tahun itu dihidu selepas polis menahan dua anak lelaki suspek serta seorang rakannya di sebuah rumah di Tabuan Hulu dekat sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, kegiatan jenayah itu dirancang rapi dengan menyasarkan beberapa rumah di sekitar bandar raya ini.
Dua anak suspek memecah masuk dan melarikan beberapa barangan berharga sebelum menjadikan sebuah bilik disewa teman wanita seorang daripada lelaki terbabit di Batu Tiga di sini, sebagai stor penyimpanan barangan curi.

Namun, selepas beberapa bulan bermaharajalela, bapa durjana terbabit dicekup sehari selepas kedua-dua anak lelakinya ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Rock, Batu 2 1/2, kira-kira jam 4.45 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, kedua-dua anak lelaki itu ditahan bersama seorang lagi rakan mereka berusia 22 tahun.

Beliau berkata, penahanan lelaki itu turut membawa kepada penemuan beberapa barangan elektronik serta barangan lain dipercayai dicuri.

“Selepas disoal siasat sebaik ditahan jam 6 petang hari sama, suspek membawa polis ke tempat barangan disimpan iaitu di sebuah bilik sewa milik teman wanitanya.
“Setiba di sana, suspek menunjukkan seorang wanita dipercayai kekasih bapanya dan menetap bersama di bilik berkenaan. Selepas ditanya, wanita terbabit menyerahkan kunci bilik dan menunjukkan tempat barang disembunyikan iaitu dalam almari.

“Semua suspek dipercayai terbabit dalam enam kes pecah rumah yang dilaporkan di sekitar bandar raya ini, antaranya di Taman Shun Tak, Polarwood Estate, Taman Nam Hoi, Tabuan Heights, Taman Victiry dan Jalan Tun Jugah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, semalam.

Mun berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beberapa barangan elektronik termasuk alat pemain cakera padat vodeo digital (DVD), komputer mini, televisyen plasma dan pembesar suara.

“Turut ditemui lima anting-anting, jam tangan berjenama termasuk Rolex dan komputer riba, namun nilai rampasan keseluruhan masih dalam siasatan.

“Dua anak lelaki serta seorang rakan mereka direman tujuh hari manakala bapa terbabit bersama teman wanitanya direman tiga hari bermula semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan.

“Susulan penahanan semua suspek, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mun berkata, orang ramai yang kehilangan barangan berharga diminta menghubungi IPD Kuching atau tampil ke Balai Simpang Tiga atau menghubungi Asisten Superintendan Abdul Rahim Abdullah Rahman di talian 013-8000777.


‘Suami saya bukan VVIP’

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya,” kata penyanyi, Syella mengenai kontroversi lelaki dinikahinya baru-baru ini.
Pada masa sama, Syella atau nama sebenarnya Nur Shid’la Ahmad Kamarudin meminta kehidupannya tidak diganggu dan dia juga tidak bercadang memberitahu siapa suaminya.

“Biarlah ia menjadi rahsia,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Syella berkata, dia pelik mengapa orang ramai sibuk memperkatakan mengenai perkahwinannya yang dikatakan memakan belanja RM15 juta sedangkan dia tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

“Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. “Apapun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera,” katanya.

Menurut Syella, sebenarnya dia tidak berminat memberi komen mengenai perkahwinannya dan siapa suaminya.

“Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. “Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri. “Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka,” katanya. Syella juga berharap orang ramai tidak mempersoalkan cara dia berpakaian dan masih dianggap seksi, di sebalik statusnya yang kini bergelar isteri orang.

“Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. “Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami,” katanya yang memberitahu akan mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami pada Februari ini.
“Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini,” katanya.

Rebut kereta pusaka

Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Gara-gara kereta pusaka, seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang sebelum mencalarkan Proton Wira berkenaan, selain mengugut untuk mencederakan abangnya dalam kejadian di Kampung Banggol, kelmarin.
Sebelum kejadian, suspek berusia 37 tahun yang juga adik bongsu dalam keluarga terbabit, berang dengan abang ketiganya yang berterusan menggunakan Proton Wira peninggalan arwah abang sulung mereka.

Suspek dikatakan enggan membenarkan abang ketiganya itu menggunakan lagi kereta berkenaan selepas kematian abang sulung mereka beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun abang ketiganya yang berusia 40-an itu tidak mengendahkannya, sebaliknya terus menggunakan kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, hilang sabar selepas amaran diberikannya tidak diendah, suspek yang bersenjatakan sebilah parang, memasuki halaman rumah abang ketiganya itu jam 5 petang kelmarin. “Suspek mengamuk sebelum menoreh serta mencalarkan kereta, selain mengugut mencederakan abang ketiganya itu jika dia terus menggunakan kereta berkenaan,” katanya, semalam.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, mangsa menghubungi abang keduanya berusia 53 tahun yang menetap di Kampung Banggol Tok Jiring menerusi telefon untuk memaklumkan apa yang berlaku.

Zamri berkata, abang kedua itu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke rumah mangsa berusia 40-an itu.

Katanya, polis bagaimanapun berjaya memujuk suspek, juga seorang penganggur yang pada mulanya agresif sebelum berubah fikiran dan menyerah diri kepada pihak polis.


Maut sebelum jumpa rakan



BENTONG: Seorang remaja yang dalam perjalanan mahu bertemu rakan karib maut akibat terperosok di bawah kereta yang bertembung dengan motosikal ditunggangnya di Kilometer 9.8, Jalan Bentong-Raub, berhampiran dengan Kilang Lee Rubber, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa, Bakri Bah Hit, 17, dari Pos Titon, Kuala Lipis maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata mangsa yang menunggang motosikal Yamah LC dalam perjalanan menghala ke Raub dari Bentong.
Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta.

Katanya, akibat pertembungan itu, mangsa tercampak dan terjatuh di permukaan jalan sebelum terperosok bawah kereta berkenaan.

“Anggota Jabatan Bomb dan Penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.


Curi lagi satu BMW

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

HULU SELANGOR: Dua lelaki dipercayai Geng BMW masih bebas manakala empat rakannya ditahan polis selepas mencuri dua kereta BMW dalam dua kejadian berasingan, pagi dan petang kelmarin.
Dalam kejadian pertama, empat geng berkenaan termasuk seorang wanita melarikan sebuah kereta BMW 5 series di Jalan KIP 1, Desajaya, Kepong kira-kira jam 9.30 pagi bersama-sama seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang ditinggalkan bapanya dalam kereta itu sementara dia turun untuk membeli makanan di tempat kejadian.

Terkejut dengan kehadiran kanak-kanak berkenaan, mereka cuba bersembunyi di sebuah hotel di Sri Damansara, tetapi ditahan polis kira-kira jam 2 petang sebaik usaha mengesan kanak-kanak itu dibuat bapanya yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy berkata, difahamkan, dua lagi geng itu tidak mengetahui rakannya sudah ditahan kemudian mencuri sebuah kereta BMW milik seorang pekebun sayur berusia 67 tahun di Batu 30, Batang Kali, di sini kira-kira jam 7.15 malam.

Berikutan kejadian itu, mangsa kerugian lebih RM250,000.

“Sebelum kejadian, mangsa meletakkan kenderaannya di hadapan sebuah kedai perabot yang sudah tidak beroperasi di Batu 30, Batang Kali.

“Bagaimanapun, sebaik mahu masuk semula ke dalam kenderaannya, mangsa secara tiba-tiba dihampiri dua lelaki bersenjatakan parang. Kedua-dua suspek mengacukan parang ke arah leher dan badan serta meminta mangsa menyerahkan kunci,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, mangsa yang ketakutan menyerahkan kunci sebelum suspek melarikan kenderaan itu.
“Suspek kemudian membuat laporan sebelum sepasukan polis menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mangsa mendakwa tidak dapat mengecam suspek. Namun, kedua-dua suspek itu menaiki sebuah kenderaan mewah jenis BMW berwarna hitam ketika menyamun mangsa,” katanya.

Norel berkata, suspek dipercayai melarikan kedua-dua kereta itu menuju ke arah Tanjung Malim dan pemeriksaan pada rakaman litar tertutup (CCTV) di tiga plaza tol berhampiran dilakukan.

Difahamkan, siasatan lanjut mendapati dua suspek terbabit adalah rakan kepada empat suspek termasuk seorang wanita masing-masing berusia antara 20 hingga 34 tahun, yang ditahan kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Menurutnya, polis kini sedang giat mengesan kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menempuh detik hitam hampir lima jam apabila ‘diculik’ secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang melarikan kenderaan mewah jenis BMW milik bapanya.

Dalam kejadian di Jalan KIP 1, Desajaya, di sini kira-kira jam 9.30 pagi itu, kanak-kanak malang terbabit ditinggalkan bapanya berusia 37 tahun dalam kenderaan di bahu jalan seketika kerana mahu membeli makanan di sebuah restoran di kawasan berhampiran.

Usaha hampir lima jam itu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan mangsa sedang disembunyikan di sebuah hotel di Sri Damansara.

Sepasukan polis dari Balai Polis Sri Damansara yang dimaklumkan bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan empat suspek.


Tujuh iPad dilarikan ‘majikan’



KUALA LUMPUR: Malang bertimpa buat seorang remaja yang baru seminggu bekerja apabila bukan saja kerugian hampir RM15,000, malah dituduh bersubahat dengan seorang lelaki tidak dikenali yang menyamar sebagai majikannya dalam satu kejadian pada 22 November lalu.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Lee, 18, baru bekerja di sebuah kedai menjual barangan komputer di sebuah pusat beli-belah di Bandar Sunway, di sini, apabila dia dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai majikannya bernama Khoo.

Menurut Lee, dalam perbualan terbabit, dia disuruh menguruskan penjualan tujuh iPad dan sebuah iPod kepada seorang pelanggan tetap dikenali sebagai Yap.
“Saya hanya menurut arahan diberikan memandangkan belum pernah berjumpa dengan majikan sebelum ini dan tidak mengesyaki sebarang masalah akan timbul.

“Beberapa ketika kemudian, seorang lelaki berusia 40-an datang ke kedai mengatakan dia pekerja Yap yang akan membawa barangan yang ditempah itu ke kereta majikannya sebelum Yap tiba bagi menjelaskan bil barangan itu.

“Hampir setengah jam menunggu, saya berasa curiga dan cuba menghubungi Yap sekali lagi namun talian dimatikan dan dia tidak muncul untuk membuat pembayaran setelah semua barangan berkenaan diambil pekerjanya,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di Wisma MCA.

Lee berkata, selepas hampir sejam menunggu, kelibat Yap masih belum kelihatan lalu dia menghubungi majikannya bertanyakan berkaitan arahan yang diberikan namun Khoo memberitahu tidak pernah membuat sebarang panggilan kepadanya.

“Saya mula mengesyaki ditipu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sunway dan malang apabila saya kemudian dituduh bersubahat sedangkan saya hanya menurut arahan yang diberikan memandangkan baru seminggu bekerja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya akan cuba membantu menyiasat jika terdapat unsur sindiket penipuan memandangkan sudah beberapa aduan berkaitan kes sama diterima.

“Kami khuatir jika perkara ini tidak dibendung, ramai lagi individu tidak bersalah akan menjadi mangsa keadaan seperti kes ini,” katanya.


Diberkas bersama pistol, 10 peluru



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 44 tahun diberkas polis selepas pemeriksaan menemui sepucuk pistol dan 10 butir peluru dalam satu operasi di Taman Miharja, Cheras, di sini, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil pemeriksaan mendapati pistol itu jenis auto buatan Republik Czech .

“Dalam operasi jam 10 malam itu, polis turut menemui satu kelopak berisi 10 butir peluru hidup 9mm bersama pistol itu.
“Polis menahan lelaki itu yang dipercayai terbabit dalam kes samun kereta mewah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. Ku berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Civic yang disyaki menggunakan nombor kenderaan palsu.


Gadis arah noda

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Remaja perempuan samseng. Itu ungkapan sesuai buat seorang remaja apabila sanggup memukul rakan sendiri dengan topi keledar sebelum mengarahkan dua rakan lelakinya merogol gadis terbabit sambil diperhatikannya dalam kejadian di sebuah hutan di tepi lebuh raya berhampiran Kundang, di sini, Ahad lalu.
Perbuatan itu dilakukan selepas cemburu melihat teman lelakinya cuba menggoda mangsa hingga hubungan cinta mereka terputus.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa cedera di kepala selepas dipukul dengan topi keledar.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Nora, 16, berkata, dia tidak menyangka rakannya yang berusia 14 tahun sanggup mengarahkan dua rakan lelaki merogolnya disebabkan cemburu buta.

Katanya, sebelum kejadian, kira-kira jam 2.30 petang, gadis terbabit mengajaknya keluar makan bersama enam lelaki berusia 20-an di sebuah kedai makan di Kundang.

“Saya mengikut mereka kerana mengenali rakan saya itu yang sungguh baik dan tidak pernah menyakitkan hatinya. Saya menaiki motosikal bersama seorang daripada kumpulan lelaki itu menuju ke sebuah kedai makan berdekatan rumah.

“Selepas dua jam, saya mengajak mereka pulang kerana bimbang dimarahi ibu tetapi disekat rakan saya itu dengan memberi alasan mahu mengambil seorang lagi rakan di Kundang,” katanya semalam.

Nora berkata, dia berasa pelik apabila dia dibawa ke sebuah hutan.
“Rakan saya itu memberi alasan membawa saya ke hutan akibat sakit hati dan mahu membalas dendam serta mendakwa saya merampas teman lelakinya.

“Sebaik turun dari motosikal, dia memukul kepala saya hingga menyebabkan kecederaan selain merasa pening sebelum memaksa saya membuka baju sekiranya tidak mahu dicederakan dengan lebih teruk,” katanya.

Katanya, memikirkan keselamatan diri, dia terpaksa mengikut arahan dan dirogol dua lelaki yang disaksikan rakan perempuannya itu.

Menurutnya, selepas dirogol, dia kemudian dihantar pulang sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, kelmarin bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa.

Tuesday, November 29, 2011

BILA HUKUM ALLAH DINAFI...IA AKAN BERTAMBAH GAWAT SERTA SUBUR...CUBA PERHATIKAN BERITA2..TIADA TANDA2 BERKURANG...PERJUANGAN JADI SIA2 JIKA KITA MEMBELAKANG QURAN DAN HADIS SERTA SUNNAH..MAKA IKUTILAH AGAR TIDAK TERSASAR...JIKA APA KITA BUAT LUAR PADA KEBIASAN..DIBIMBANGI MAKHLUK HALUS@JIN KUASAI KITA...BERTAUBAT DAN BERTAKWALAH..

‘Toyol’ curi komputer riba

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.
Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.


Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.


Hanya Umno jadi jawapan

Oleh Nasharuddin Muhammad, Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Muhd Izawan Baharin, Maiamalina Mohamed Amin, Helmy Abd Rahman, Abdullah Wahab, Shanty Nur Shaffizan Shafee, Muhammad Apendy Issahak, Shuhada Mansor, Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor, Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my

MESRA...Muhyiddin bersalaman dengan barisan Exco Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sebelum menyampaikan ucapan perasmian, semalam.
MESRA...Muhyiddin bersalaman dengan barisan Exco Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sebelum menyampaikan ucapan perasmian, semalam.
KUALA LUMPUR: Hanya Umno menjadi jawapan kepada pelbagai persoalan yang meresahkan orang Melayu berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat parti itu selama ini.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mutakhir ini, orang Melayu semakin resah kerana tercari-cari jawapan kepada persoalan masa depan mereka di tanah air sendiri membabitkan isu peluang pendidikan dan ekonomi, kuasa politik Melayu atau kedudukan Islam.

Menurutnya, jawapan kepada persoalan itu sudah ada kerana sebagai ahli dan pemimpin Umno, parti itu memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa serta negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan.
“Hakikatnya, Umno sudah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008, kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu. “Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui Umno tanpa rasa apologetik menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang bertanggungjawab memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. “Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif,” katanya ketika merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Terkini, kata Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik merangkumi pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera, pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian serta penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. “Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin Umno tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan mendapatkan biasiswa dan bantuan lain pendidikan daripada kerajaan,” katanya. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno akan terus membela hak anak Melayu dan Bumiputera mendapatkan segala bantuan pendidikan untuk mereka yang layak tetapi pada masa sama Umno tidak menafikan hak anak kaum lain mendapat kemudahan sama selaras dengan prinsip al-‘adl wal ihsan ditekankan Islam.

“Umno juga akan terus mempertahankan institusi agama daripada terus dipersenda dan diperleceh, kedudukan raja sebagai ketua agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguat kuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. “Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi, kerajaan komited membantu sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik, ini adalah keikhlasan Umno memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita,” katanya.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Muhyiddin berkata, calon adalah senjata parti untuk menang, justeru beliau meminta semua pihak memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan menentukannya kerana yang penting individu itu berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. “Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa presiden. Pendekatan berani beliau memperkenalkan transformasi politik dalam menunjangi perubahan perlu disambut segenap lapisan ahli Umno. “Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabotaj.

“Jangan ‘cah keting’. Jangan ‘peteh’ sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. “Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti,” katanya.
Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi, Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan kerana Umno bukan malaikat tetapi langkah perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan terus dilakukan. “Dalam perjuangan ini, Umno tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji Umno dalam mempertahankan survival umat Melayu, ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. “Beri tumpuan kepada masalah rakyat, rasai denyut nadi mereka, dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka, kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab, lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang Umno dengan membantu rakyat,” katanya.


17 tahun makan bedak, sabun

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak  tujuh bulan  lalu.
PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.
ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali.
ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali.
KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

INI BUMI ALLAH..BILA PULA BUMI SENDIRI NI...KITA KE YANG BUAT...'MESTI' NI ALLAH BOLEH SEBUT@UCAPKAN...JANGAN MENDAHULUI TAKDIR...JANGAN AMBIK KUASA ALLAH SWT...SENDIRI KENA FAHAMLAH...

Sarjan dibuang kerja menang kes

Mohamad Solleh berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan semalam sambil ditemani anaknya.


KUANTAN - Seorang Detektif Sarjan yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bentong, Pahang menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan tindakan buang kerja terhadapnya pada 19 Ogos 2009 sebagai tidak sah.
Mohamad Solleh Mat Isa, 40, didakwa mencemar nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam melalui perbuatannya yang didakwa berkawan dengan penjenayah semasa berkhidmat di Balai Polis Bentong.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamar hakim berkata, tuduhan pendakwaan yang dibuat terhadap Mohamad Solleh disifatkan sebagai cacat atau tidak lengkap kerana dalam kertas pertuduhan tidak dinyatakan tarikh Mohamad Solleh melakukan kesalahan itu.
"Alasan tersebut nyata tidak setimpal dengan tindakan dibuang kerja yang dikenakan terhadap Mohamad Solleh.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan tindakan dibuang kerja itu tidak sah dan dia boleh bekerja semula termasuk menerima semua tunggakan gaji sepanjang tempoh itu," kata beliau.


UMNO mesti menang pilihan raya


NAJIB melambai ke arah perwakilan sebelum menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatkan seluruh peringkat kepimpinan dan ahli parti UMNO supaya tidak sesekali mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dianggap paling getir dalam sejarah parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil) berkata, Najib dalam Taklimat Presiden secara tertutup semalam menyeru seluruh kepimpinan parti agar bekerja lebih kuat dengan semangat luar biasa bagi memastikan UMNO mencapai kemenangan selesa pada PRU akan datang.
Beliau menegaskan, Najib yang juga Perdana Menteri menekankan agar rasa kasih sayang dalam kalangan pemimpin dan ahli dipererat supaya tidak timbul lagi masalah sabotaj dan tikam belakang semasa pilihan raya.
"Presiden mengingatkan bahawa cabaran PRU-13 kali ini cukup luar biasa dan mahu perpaduan diberi keutamaan.
"Beliau juga memberi penekanan tentang penyelesaian masalah dalaman jika masih ada, walaupun ia bukan masalah terbesar.
"Para perwakilan juga diingatkan agar memberi tumpuan kepada pilihan raya dan bukan pemilihan parti agar sebarang usaha mensabotaj dapat diketepikan, sekali gus hanya fokus kepada agenda parti," katanya.


Kekalkan kuasa di bumi sendiri


MUHYIDDIN berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC malam tadi.


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO agar berjuang mempertahankan parti itu dengan memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sekali gus mengekalkan kuasa di bumi sendiri.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan tiga pergerakan tersebut semalam mahu seluruh kekuatan Wanita sebagai srikandi, Pemuda selaku panglima perang dan Puteri UMNO sebagai permata digerakkan untuk menghadapi situasi kritikal tersebut.
"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas daripada genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.
"PRU-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita atau akan terlepas ke tangan orang lain?" katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.


Tergesa-gesa campak mayat


MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui selepas dibunuh dan dicampak di Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi, Baling semalam.


BALING – Laluan Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi di sini yang agak sunyi dikatakan menjadi tempat kegemaran penjenayah untuk membuang mayat. Dalam satu kes terbaharu, polis semalam menemui mayat seorang lagi mangsa pembunuhan di situ.
Penemuan mayat lelaki pada pukul 12.30 tengah hari itu menjadikannya tiga kes setakat ini. Kali pertama, polis menemui mayat seorang lelaki tempatan dua tahun lalu sebelum mayat lelaki Pakistan dijumpai Oktober lepas kira-kira dua kilometer dari lokasi mayat ketiga ditemui.
Difahamkan, mayat lelaki tanpa identiti itu hendak dicampak dari sebuah kereta ke dalam gaung tetapi tersangkut di tepi pembahagi jalan kerana suspek dikatakan agak tergesa-gesa ketika hendak membuang mayat itu.
Perbuatan itu dilihat oleh pemandu lain yang kemudian menghubungi polis.
“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan identiti mangsa serta mencari suspek-suspek yang terlibat,” kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan yang enggan mengulas lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.


Penyamun kereta BMW direman


Dua daripada lima suspek kes samun kereta mewah direman di Mahkamah Majistret Selayang semalam.


KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk seorang wanita yang diberkas berhubung kes samun kereta mewah jenis BMW bersama seorang budak lelaki di Taman Perindustrian Kepong kelmarin, direman empat hari bermula semalam.
Perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek yang berusia 21 hingga 34 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Selayang dekat sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan mengesahkan tahanan reman kelima-lima suspek itu sehingga 2 Disember ini.