Monday, March 12, 2012

BILA ALLAH KATA 'JADI' MAKA JADI LAH..

3 kedai rebah

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

RUNTUH...kedai yang runtuh dalam kejadian hakisan tanah.
RUNTUH...kedai yang runtuh dalam kejadian hakisan tanah.
CARI...pemilik kedai mencari barangan yang hanyut.
CARI...pemilik kedai mencari barangan yang hanyut.
KLANG: “Saya baru saja masuk kedai dan sedang tunggu air teh yang dipesan tiba-tiba dengar bunyi rebak sebelum disusuli anjung hadapan senget.
“Saya dan lapan lagi pelanggan lain kemudian terus keluar melarikan diri sebelum melihat kedai itu dan beberapa lagi kedai lain tenggelam sedikit demi sedikit,” kata Kamaruddin Hanim, 31, nelayan Kampung Teluk Gong, di sini.

Dalam kejadian petang semalam, tiga kedai makan, empat stor penyimpanan barangan nelayan, sebuah kedai menjual peralatan nelayan dan sembilan bot nelayan tenggelam dihanyutkan air pasang, di Jeti Kampung Nelayan Telok Gong.
Menceritakan kembali kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu, Kamaruddin berkata, dia lega dapat menyelamatkan diri walaupun masih terketar-ketar.

“Petang-petang jika tak turun ke laut atau baru balik menangkap ikan memang saya dan kawan-kawan minum di kedai di jeti.

“Semalam (kelmarin) memang sudah ada rebak sikit tetapi tak sangka kali ini tenggelam membabitkan kedai serta stor nelayan,” katanya.

Seorang pemilik kedai makan tenggelam itu, Rahimah Sameon, 60, berkata kejadian itu dianggapnya dugaan baginya yang dijadualkan ke tanah suci Makkah menunaikan umrah hari ini.

“Apapun, saya tetap akan pergi umrah esok (hari ini). Ini saya anggap sebagai dugaan Tuhan untuk hamba-Nya.
“Saya bersyukur tidak ada sesiapa pun yang cedera dan tiada berlaku kemalangan jiwa dalam kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.16 petang sebelum tujuh jentera bomba bergegas dan tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sebaik tiba, pihak kami dapati beberapa kedai sudah tenggelam secara perlahan-lahan di muara itu.

“Secara keseluruhan setakat ini tiga kedai makan, empat stor penyimpanan barangan nelayan, satu kedai menjual peralatan nelayan dan sembilan bot nelayan tenggelam dan dihanyutkan.

“Kejadian dipercayai berlaku disebabkan arus air pasang menyebabkan hakisan di tebing tempat premis itu didirikan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Mati peluk cucu

Oleh Yahya Awang
am@hmetro.com.my

PARIT BUNTAR : Seorang datuk dan cucunya mati berpelukan di bahagian tempat duduk belakang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki, dirempuh dari belakang oleh sebuah MPV lain dalam kemalangan di kilometer 181.5 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, MPV dinaiki mangsa dipercayai berhenti di lorong kecemasan kerana pemandunya dikatakan mahu membuat panggilan telefon.

Mangsa Tang Ah Tee, 65, dan cucunya Tan Tei Yee, 13, yang duduk di belakang Toyota Estima itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kemalangan itu itu turut menyebabkan 10 lagi cedera, termasuk pemandu dan penumpang Toyota Alphard.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata pemandu MPV itu, Tan Bee Ling, 39, memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon apabila dirempuh sebuah MPV Toyota Alphard dari belakang.

“Kedua-dua MPV berkenaan datang dari arah Selatan dan akibat kemalangan itu, Toyota Alphard serta Toyota Estima melintang di tengah jalan akibat rempuhan kuat itu,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian Toyota Estima berkenaan dinaiki satu keluarga dalam perjalanan dari Pontian, Johor, dipercayai mahu bercuti ke Pulau Pinang manakala Toyota Alphard dari Kuala Lumpur.

“Penumpang Toyota Alphard, Wan Azizah Husin, 62, dipercayai duduk di sebelah pemandu parah di kaki dan dihantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Pemandunya, Mohsin Amran, 34, isterinya, Wan Fatah Ileyah Ramli, 32 serta tiga anaknya, Nur Isa Wafa, 7, Nur Basira Wafa, 5, dan Mohd Evan Mizari, setahun, cedera ringan,” katanya.
Menurut Fauzi, Tan Ling bersama empat penumpangnya iaitu Tan Bok Tack, 31, Tan Yeok Leng, 30, Tan Foh Siong, 36 dan Tan Bee Ling, 39, hanya cedera ringan dan dimasukkan ke HPB untuk rawatan.

Mayat ditemui di Sungai Kinta



BATU GAJAH : “Dia sangat manja dengan saya dan rapat dengan adiknya,” kata Mazlinah Rintan, 30, ibu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang mayatnya ditemui di Sungai Kinta di sini, kelmarin, 40 kilometer dari tempat dia terjatuh ke dalam longkang di kuarters Kem Syed Putra, Jalan Tambun, Ipoh, Rabu lalu.
Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya itu dihanyutkan ke sungai ketika bermain berhampiran longkang berkenaan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku,” kata Mazlinah ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Batu Gajah (HBG). Lebih menyedihkan apabila adiknya, Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, sering bertanya di mana abangnya.
Mazlinah terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat anaknya itu untuk belajar ilmu mempertahankan diri di sekolah. “Sebelum kejadian, dia memaklumkan hasratnya menyertai kelab tae kwondo di sekolah, tetapi saya minta dia tangguhkan dulu,” kata Mazlinah sebak. Sementara itu, Kapten Mohamad Anas Emran dari Kem Syed Putra yang menyelaras operasi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam pada jam 11.30 pagi.

Menurut Anas, seorang penduduk kampung memaklumkan mengenai mayat budak lelaki terapung berhampiran pokok di tebing kiri Sungai Kinta antara sempadan Malim Nawar dan Tanjung Tualang. Mayat Yushahiriezal dimandi dan dikapankan di HBG sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun.

Suspek kes cabul parah

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

NILAI: Tiga anggota polis dan seorang suspek kes cabul, cedera apabila kenderaan dinaiki ketika dalam perjalanan ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, bertembung sebuah kereta di simpang Jalan Labu-Gadong, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, kereta Proton Waja dinaiki Koperal Razali Nasir, Koperal Hisham Abd Wahab dan Koperal Hasley Shah Yop berusia 30 hingga 50-an, dalam perjalanan membawa lelaki warga Pakistan berusia 32 tahun yang dipindahkan dari Nilai ke Seremban untuk siasatan.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Mitsubishi Lancer dipandu Pengurus Teknologi Maklumat, Zainuddin Salleh, 38, hilang kawalan dipercayai akibat jalan berpasir lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung kereta dinaiki anggota polis berkenaan.
Saksi kejadian, Nurul Hidayah Ismail, 25, berkata dia terkejut melihat kereta Mitsubishi itu berpusing beberapa kali sebelum pemandunya merangkak keluar dan terbaring atas rumput.

Hidayah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat pembinaan berkata, dia tambah terkejut melihat tiga anggota polis dan seorang lelaki asing tersepit di tempat duduk lalu menghubungi talian kecemasan.

“Pada waktu itu semua mangsa tersepit menyebabkan saya takut untuk turun dari kereta, tetapi terus menghubungi talian 999. “Ini pertama kali saya menyaksikan kemalangan ngeri di depan mata dan ia amat menakutkan,” katanya di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata semua anggota polis dan warga asing itu masih dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) manakala Zainuddin hanya cedera ringan.

“Keadaan warga asing itu parah dengan pendarahan di kepala dan kaki manakala tiga anggota polis dilaporkan stabil,” katanya.
Menurut beliau, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Mohd Najib Zamuri di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

‘Apa dosa saya’

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Apa salah dan dosa saya, hanya disebabkan mengusulkan permintaan cermin kereta gelap kepada menteri, saya menerima banyak ugutan termasuklah mahu dirompak dan dibunuh.
“Saya bimbang keselamatan diri dan isteri yang kini mengandung lima bulan,” kata pelakon dan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32.

Itu nasib diterima Zed Zaidi selepas dia yang mewakili Seniman mengusulkan tiga permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Festival Barisan Nasional (BN) Youth Music 2011 di The Curve, Petaling Jaya, 4 Mac lalu.

Ketiga-tiga usul dipohon adalah peruntukan kuota Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perlindungan insurans dan penggunaan cermin kereta gelap untuk artis namun bagi kes cermin kereta, Zed Zaidi menerima tamparan hebat sejurus dikritik, dimaki hamun selain menerima ugutan rompak dan bunuh oleh pihak tidak berpuas hati dengannya.


“Saya menerima banyak ugutan di facebook, twitter, blog, forum Internet, e-mel, panggilan dan mesej yang mahu membunuh dan merompak saya.

Hidup mewah jual AP haram

KAJANG: Selama tiga tahun dia hidup mewah dan mampu membeli beberapa aset seperti rumah, tanah, kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit kerana kelicikannya menjual permit import kenderaan (AP) haram.
Tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah yang terjadi kepada Sarimah, 35, seorang penolong pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan.

Dia ditugaskan mengeluarkan AP kepada pemohon yang memohon lesen itu, namun menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan tanpa mendapat kelulusan ketua pengarah (KP). Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, akibat tamak, dia sanggup mengetepikan pahala dan dosa serta tidak rasa bersalah mengeluarkan AP tanpa kelulusan KPnya terlebih dulu seperti ditetapkan prosedur undang-undang.
“Pada mulanya saya sekadar mencuba nasib. Tidak sangka berjaya dan berlarutan hingga tiga tahun. Biasalah manusia lepas berjaya sekali pasti mahu buat berkali-kali hingga seronok apatah lagi mendapat pulangan lumayan.

“Bayangkan saja satu AP yang dilepaskan boleh mendapat kira-kira RM20,000. Sebagai manusia biasa yang jarang mendapat wang sebegitu banyak pasti ia perkara menyeronokkan,” katanya yang mendapat notis pemecatan serta-merta selepas kes itu.

Menurut Sarimah, bermula 2001 hingga 2004, hasil penjualan AP haram itu membolehkannya hidup mewah, malah berjaya membeli beberapa aset seperti rumah, tanah, kereta mewah yang menjangkau ratusan ribu ringgit.

Meskipun suami mengetahui tabiat buruknya, tiada langsung kata nasihat atau teguran yang menyuruhnya memberhentikan segera malah memberi galakan meneruskan misi itu biarpun tahu ia salah.

Pun begitu, benarlah kata pepatah bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Selepas beberapa tahun, Sarimah ditukarkan ke jabatan berbeza dan tempatnya digantikan pekerja jabatan lain.
“Waktu itulah semuanya terbongkar yang membawa kepada pemeriksaan dan penyiasatan dilakukan dengan lebih terperinci.

“Sistem komputer yang tidak ketat antara punca utama membolehkan saya mengesan nama syarikat yang tidak mendapat kelulusan memohon AP yang kemudian membuatkan saya menawarkan perkhidmatan secara rahsia dan sulit kepada mereka,” katanya.

Selepas soal siasat dilakukan ternyata Sarimah orang bertanggungjawab atas lesen AP yang dikeluarkan secara sembunyi. Akibatnya, mahkamah menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan 417 kanun sama kerana mengeluarkan AP tanpa kebenaran (pemalsuan bagi tujuan penipuan).

Selepas enam bulan menjadi penghuni penjara, Sarimah insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan keji itu lagi. Dia sedar hidupnya tidak tenteram dan setiap produk yang dibeli menggunakan wang haram itu tidak berkat.

“Saya menyesal kerana terlalu mengikut kehendak hati. Sebagai balasan saya juga kehilangan punca rezeki dan tidak dapat berjumpa anak dalam tempoh agak lama. Suami ada datang sebulan sekali namun saya tidak membenarkan dia membawa anak sulung kerana tidak mahu dia melihat keadaan saya di sini.

“Ada kala anak sulung bertanya di mana ibu, saya menyuruh suami menjawab ibu bekerja. Saya terlalu rindu permata hati namun harus bersabar sehingga dibebaskan Julai ini dan berharap dapat meraikan lebaran bersama mereka.

“Mujur suami sering memberi semangat dan inspirasi yang sedikit sebanyak meniupkan kekuatan buat saya. Saya bersyukur diberi peluang merasai pengalaman cukup berharga ini. Semoga ia memberi pengajaran kepada masyarakat di luar supaya tidak melakukan perkara salah,” katanya yang merancang membuka perniagaan sendiri kelak.

Sunday, March 11, 2012

IA PATUT DIREJAM SEBAB IA DUDA...MAKNANYA DAH BERKAHWIN...

Penjenayah seks dijel 16 tahun


DI bangunan asrama pekerja di Lembah Sireh, Kota Bharu, Amran ditahan ketika cuba merogol seorang jurujual sebuah pasar raya.


KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.
Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.

Sebelum ini, tertuduh yang juga seorang duda telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima tuduhan rogol membabitkan mangsa-mangsa lain. Kes-kes itu kini dalam proses perbicaraan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya.
Dalam kes rogol keenam yang dikenakan terhadap Amran semalam, lelaki yang pernah berkahwin dua kali itu mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 18 April tahun lalu.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di sebuah asrama pekerja di Jalan Kuala Krai dekat sini.
Atas tuduhan itu, Amran dari Bachok dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pasar raya di sini terjaga daripada tidur selepas dia terdengar bunyi orang menggeledah di bawah katil di bilik asramanya.
Mangsa kemudian melihat tertuduh berada di sebelah katilnya sambil memegang sebilah pisau dan mengacu pisau tersebut ke leher mangsa sambil menyuruh mangsa diam.

Sekat lolipop pendafluor masuk

S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.
"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak.

Dicekup main judi sabung ayam


SEBAHAGIAN daripada kaki judi yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan sabung ayam di Seksyen 17, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Polis menumpaskan kegiatan judi sabung ayam dengan nilai pertaruhan kira-kira RM30,000 apabila menahan 29 lelaki warga asing termasuk empat rakyat tempatan di belakang sebuah kuil di Seksyen 17 di sini semalam.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd. Karim berkata, dalam serbuan tersebut, seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun turut ditahan kerana menjual barangan makanan kepada kaki judi.
Katanya, kesemua lelaki yang ditahan berumur di antara 20 hingga 50 tahun merupakan pekerja kilang dan buruh di kawasan tersebut.
“Serbuan dilakukan selepas intipan selama seminggu di kawasan yang terletak bersebelahan landasan kereta api dan ditumbuhi semak itu.
“Semasa ditahan, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tragedi bercuti dua keluarga


ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan yang remuk dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua terkorban di Parit Buntar, Perak semalam.


PARIT BUNTAR - Hasrat dua keluarga untuk pergi bercuti berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut, seorang parah manakala sembilan lagi cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 181.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Alor Pongsu dekat sini semalam.
Kemalangan pukul 7.10 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki tujuh sekeluarga yang berhenti di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon, dirempuh oleh MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki enam sekeluarga.
Ekoran itu, Tang Ah Tee, 65, dan cucunya, Tan Tei Yee, 13, yang menaiki Estima maut di tempat kejadian manakala Wan Azizah Husin, 62, yang menaiki Alphard parah.
Mereka yang cedera pula ialah pemandu Estima, Tan Bee Liang, 39; penumpang, Tan Pok Teck, 32; Tan Yoke Meng, 31; Tan Poh Siong, 36, dan Tan Bee Ling, 39.

MOHSEN dan anaknya, Mohamad Ivan Mizari masih trauma dengan kejadian itu.


Turut cedera, pemandu Alphard, Mohsen Amdan, 34, isterinya, Wan Fatahiyyah Reamli, 32, dan tiga anak mereka, Nurisha Tasha Wafa, 7, Nur Basira Wafa, 5 dan Mohd. Ivan Mizari, setahun.

Meninggal selepas nikmati teh tarik


ANGGOTA polis memeriksa Rahman yang mati akibat serangan jantung selepas minum teh tarik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pencuci bas menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia kelihatan seperti sedang tidur berbantalkan lengan di atas meja makan selepas menghabiskan segelas teh tarik di sebuah warung dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini semalam.
Rahman Ibrahim, 74, dari Melaka tetapi hidup sebatang kara di kawasan Bukit Bintang di sini sejak 10 tahun lalu, ditemui telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung oleh pekerja warung berkenaan pada pukul 12 tengah malam.
Pekerja yang enggan dikenali itu memberitahu, sebelum meninggal dunia, dia nampak Rahman yang telah selesai minum mengurut-urut dadanya sebelum meletak kepala di atas lengan seperti orang sedang tidur.

Restoran Sekinchan tarik 1,000 pemilih baharu


PETUGAS SPR membuat semakan pendaftaran pengundi kepada penduduk pada Kenduri Jom Daftar Undi di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Tanjung Karang semalam.


TANJUNG KARANG - Setelah dua hari Kenduri Jom Daftar Undi diadakan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (RSIB) cawangan Sekinchan di sini, 1,000 pemilih baharu berjaya didaftarkan.
Sebelum ini, program yang sama di cawangan restoran Setiawangsa, Kuala Lumpur berjaya menarik 8,000 penduduk untuk mendaftar sebagai pengundi.
Pengarah Urusan RSIB, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, restoran di Pusat Perniagaan Sekinchan itu tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai sejak pukul 11 pagi hingga ditutup pada pukul 6 petang semalam.
"Saya harap inisiatif ini membuka mata orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi dan dapat dicontohi pihak korporat lain untuk melakukan perkara yang sama," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Hotel bajet tawar pelacur Sabah diserbu


BEBERAPA wanita disyaki pelacur yang ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Pahat kelmarin.


BATU PAHAT - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila didapati menyediakan perkhidmatan pelacur muda dipercayai dari Sabah.
Wanita muda berusia 20-an yang mempunyai paras rupa menarik, pandai melayan pelanggan itu menawarkan khidmat seks serendah RM40.
Kegiatan itu dibongkar dalam operasi bersepadu anggota dari Pejabat Agama Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian kelmarin.
Dalam serbuan itu, seramai tujuh pelacur sedang menunggu dan melayan pelanggan ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, lima daripada pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka berasal dari Sabah.
"Pada mulanya mereka tidak mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral itu tetapi pemeriksaan lanjut menjumpai kondom di dalam laci bilik menyebabkan mereka akhirnya mengaku.
"Seorang lelaki warga Indonesia yang beragama Islam turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel dan dua remaja lelaki tempatan yang menganggur diberi kaunseling kerana disyaki cuba mendapatkan khidmat pelacuran di situ," katanya di lokasi operasi di sini semalam.

Belia 'emo' dibunuh kejam di Iraq


GAMBAR yang dirakam pada Rabu lepas menunjukkan dua lelaki 'emo' Iraq di Baghdad menghembuskan asap sisha bagi menyembunyikan identiti mereka.


BAGHDAD - Golongan belia yang digelar 'emo' dibunuh dengan kejam dan secara meluas di Iraq ekoran mereka dituduh mengamalkan hubungan sejenis.
Senarai nama belia yang dikaitkan dengan gaya hidup gay itu dikeluarkan oleh militia-militia tempatan yang kemudian memburu dan membunuh mereka.
Setakat ini, pasukan keselamatan negara Asia Barat itu gagal menghentikan perbuatan kejam itu daripada terus berleluasa.
Malah, beberapa pegawai dan pertubuhan hak asasi memberitahu, sejak enam minggu lalu seramai 58 orang yang mengamalkan homoseks atau dituduh sebagai gay dibunuh di Iraq.
Beberapa orang pegawai keselamatan memberitahu, di bandar Sadr sahaja, seramai 16 orang telah dibunuh.
Sembilan daripada mereka dipukul dengan objek tumpul hingga mati, manakala tujuh lagi ditembak.
Sumber sama berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Beberapa saksi pula menyatakan, sebahagian mangsa dihentak di kepala sampai mati menggunakan blok simen oleh anggota-anggota militia Iraq.
Satu senarai yang diagihkan oleh anggota-anggota militia di bandar Sadr, kawasan penduduk Syiah di sini baru-baru ini, mendedahkan nama atau nama samaran 33 orang yang didakwa sebagai emo beserta alamat mereka.
Senarai berkenaan mengandungi amaran yang bermaksud: "Kami memberi amaran sekeras-kerasnya kepada setiap pengamal homoseks lelaki dan wanita (lesbian). Jika anda tidak menghentikan perbuatan kotor ini dalam tempoh empat hari maka hukuman Tuhan akan menimpa anda di tangan pejuang Mujahidin."
Semua nama yang terkandung dalam senarai tersebut ialah lelaki kecuali seorang wanita.
Di Barat, 'Emo' adalah singkatan untuk emosional. Terma tersebut dikaitkan dengan remaja atau belia yang mendengar muzik alternatif, berpakaian hitam dan memiliki gaya rambut radikal.
Golongan emo tidak semestinya gay. Tetapi di Iraq, mereka sinonim dengan hubungan sejenis.
Seperti di negara-negara Islam lain, amalan homoseks dikecam di Iraq. Mereka yang dianggap gay menjadi sasaran diserang atau dibunuh, manakala pelakunya kerap kali terlepas daripada hukuman. - Agensi

DUNIA AKHIR ZAMAN...BENARLAH KATA HADIS RASULLULLAH SAW...BANYAKNYA PEMBUNUHAN...MAKA BERTAQWALAH...MOHONLAH PERLINDUNGAN ALLAH SWT

Pesara, pensyarah ditemui mati

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong.
Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong.
Anggota polis melakukan siasat ditempat kejadian.
Anggota polis melakukan siasat ditempat kejadian.
PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.
Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.


“Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.

“Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

“Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.

Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

“Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah,” katanya.

Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.

‘Kami ada bukti’

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia.
BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia.
KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.
Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.
Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.


“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.

Kelar leher suami lumpuh

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TERBUNUH...mangsa yang meninggal dunia terbaring di atas katil dengan berlumuran darah.
TERBUNUH...mangsa yang meninggal dunia terbaring di atas katil dengan berlumuran darah.
TELUK INTAN: Seorang warga emas dipercayai mengelar leher suaminya yang lumpuh hingga mati menggunakan sebilah pisau lipat sebelum dia menikam lehernya sendiri dengan gunting dalam cubaannya membunuh diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi di Taman Eastern Garden, di sini, lelaki berkenaan yang diserang penyakit angin ahmar sejak Oktober tahun lalu, dikatakan tidur bersama isterinya itu di bilik tidur utama.
Kejadian disedari menantu lelaki pasangan itu, Soo Kam Hon, 46, yang tinggal bersama mereka yang curiga apabila kedua-dua mentuanya tidak kelihatan sehingga jam 8.30 pagi sedangkan kebiasaannya mereka bangun seawal jam 7 pagi.

Menurut Soo, yang risau dengan keganjilan mentuanya, membuka pintu bilik yang tidak di kunci dan terkejut apabila menemui bapa mentuanya, Khoo Ching Kiong, 74, terbaring berlumuran darah di atas katil dengan kesan kecederaan pada leher.


Ibu mentuanya Chiang Mooi Chai, 71, terbaring tidak sedarkan diri dengan kecederaan pada lehernya.

KEMALANGAN2 NGERI SERING BERLAKU...PATUHI UNDANG2...TIDAK GOPOH GAPAH...GOPAH GAPAH PERBUATAN SYAITAN....

Kepala hancur tembus besi
HAMIZAH BASIR
11 Mac 2012
Kemalangan
SEREMBAN – Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.

“Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam.

Menurutnya, rakan mangsa yang parah di kepala di hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan wanita terbabit.

“Sejurus tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

“Bagaimanapun, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bangi terpaksa ambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong pe­ngadang besi berkenaan untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kemalangan.

Saksi kejadian diminta hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Najib Zamuri di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran.
Pemandu maut, rakan cedera
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Kemalangan
ROMPIN- Seorang lelaki maut, manakala rakannya pula mengalami cedera parah apabila kereta Proton Saga yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 14 Jalan Bahau-Rompin, di sini, lewat petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa, M Preboo, 28 bersama rakannya, M Sivabalan, 21, hilang kawalan sebelum kenderaan masuk ke laluan berten­tangan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika itu kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pekan Bahau.

“Kereta mangsa bertembung dengan kereta jenis Toyota Unser yang dinaiki pasangan suami isteri berumur lingkungan 50-an di laluan bertentangan.

“Pasangan berkenaan cuba mengelak daripada dirempuh kereta mangsa bagaimanapun gagal lalu terbabas di bahu kiri jalan,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Mohd Sabri berkata, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Rakannya pula, kini dirawat di Hospital Jempol. Manakala pasangan suami isteri terbabit hanya terkejut tetapi tidak mengalami cedera parah.

“Mayat mangsa kemu­dian­nya dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya tengah hari semalam,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa yang berasal dari Taman Melor, Rompin, meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia 4 tahun.
Remaja terdedah risiko jenayah menerusi Internet
Wartawan Sinar Harian
10 Mac 2012
SEREMBAN - Keghairahan generasi muda terhadap penggunaan Internet membuat mereka tidak menyedari risiko dan ancaman diterima setiap hari.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, risiko dan ancaman berkenaan adalah seperti buli siber, pengintip siber, pencuri identiti, pornografi kanak-kanak dan belaian siber.

“Internet adalah suatu keperluan seharian dengan lebih banyak capaian dilakukan oleh generasi muda.

“Justeru penting bagi ibu bapa mencipta satu persekitaran perkomputeran selamat bagi kegunaan anak-anak,” katanya ketika merasmikan Program DiGi CyberSAFE di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Hal Ehwal Korporat DiGi, Zaiton Idrus.

Seramai kira-kira 500 pelajar dari 30 sekolah serta kira-kira 100 ibu bapa dan guru di seluruh negeri menyertai bengkel berkenaan.

Selain itu, Mohammad Najeeb berkata, sektor awam dan swasta perlu berganding bahu untuk melindungi kepentingan anak-anak muda ketika ini.
Hilang tayar, rim depan rumah
Wartawan Sinar Harian
10 Mac 2012
tayar rim hilang
ALOR GAJAH - Seorang bapa menyangka motosikal anaknya yang diletakkan di luar rumah tetapi hilang kedua-dua tayar serta rim, sedang diperbaiki.

Namun, akhirnya dia menyedari motosikal jenis Yamaha LC135 itu sebenarnya jadi mangsa pencuri tayar dan rim motosikal.

Kejadian berlaku di Taman Pisang Emas Jaya, Gadek, dekat sini, awal pagi kelmarin apabila Azhar Abd Aziz, 43, mendapati motosikal milik anak sulungnya, Saiful Azan, 17, itu diletakkan atas batu-bata, sementara kedua-dua tayar dan rim hilang.

Kejadian disedari kira-kira 7 pagi ketika Azhar mahu keluar pergi ke tempat kerja, bagaimanapun menyangkakan tayar hadapan motosikal itu rosak serta ditanggalkan anaknya untuk diperbaiki.

“Sebaik terpandang motosikal itu, saya tanya kepada anak saya, tetapi anak saya menafikan dia membaiki motosikalnya itu.

“Ketika itu baru saya sedar tayar dan rim motosikal anak saya sudah dikebas pencuri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Azhar berkata, pencuri berkenaan dipercayai melakukan kegiatannya sekitar 1 dan 2 pagi kerana dia dan isteri, Eda Murni Mochtar, 40, terdengar bunyi sesuatu dari luar rumah pada waktu itu.

“Ketika itu, saya dan isteri tidur bersama tiga anak saya di ruang tamu. Isteri saya terjaga dalam keadaan mamai selepas terdengar bunyi di luar, namun hanya menyangkakan kucing,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa kesan minyak hitam yang terdapat pada dinding luar rumahnya.

“Malah, terdapat kesan minyak pada tembok rumah dipercayai kesan seseorang memanjat,” katanya.

Menurutnya, motosikal berkenaan digunakan anaknya untuk pergi ke sekolah setiap hari.
Penduduk resah bau busuk
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Busuk
TANJUNG IPOH – Rata-rata penduduk di Taman Pemarak resah apabila terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk yang berpunca dari tong sampah berhampiran.
Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan tong sampah itu sudah bocor dan usang menyebabkan kawasan sekitar kotor.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Taman Pemarak, Zainudin Adam berkata, keadaan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Menurutnya, masalah itu boleh menimbulkan kurang selesa dalam kalangan penduduk terutama pelawat yang keluar masuk ke taman itu.

“Dahulu sampah tidak banyak tetapi akibat penambahan penduduk, taman ini perlu mempunyai tong sampah yang besar dan baru untuk keselesaan­ penduduk,” katanya.

Zainudin berkata, tong sampah itu perlu diganti baru supaya sampah tidak lagi bertaburan.

“Masalah ini sudah dimaklumkan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) melalui surat bertarikh 8 Disember 2011. Kemudian, saya menerima maklum balas daripada pihak mereka pada 13 Disember lalu.

“Surat itu menyatakan pihak Majlis sudah mengarahkan SWM Kuala Pilah menggantikan tong sampah tersebut dan perkhidmatan kutipan sampah serta pembersihan awam diambil alih Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA),” katanya.

Katanya, sekiranya tanggungjawab tersebut digalas PPSPPA, diharap masalah ini akan diselesaikan sebaik mungkin.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Saya hanya harapkan pihak berkaitan dapat menjalankan tugas dengan baik dan menerima rungutan penduduk kampung secara rasional.

“Aduan saya berasas kerana tong sampah ini sememangnya perlu diganti baru supaya tidak berlaku lambakan sampah selain bau kurang menyenangkan,” katanya.
Cemas lori terbakar
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Lori
PERAI – Tindakan pantas seorang pemandu lori kontena yang memberhentikan kenderaan di tepi jalan menyelamatkan nyawanya, selepas lori itu tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian berhampiran Bulatan Perusahaan Perai, kira-kira jam 2.45 petang kelmarin.
Zainol Omar, 43, berkata, dia terlebih dahulu mendengar bunyi pelik ketika memandu lori berkenaan.

Menurutnya, tidak sedap hati dengan bunyi itu, dia kemudiannya memberhentikan kenderaan ketika menghampiri bulatan dan belum pun sempat mematikan enjin, lorinya itu sudah terbakar.

“Saya dalam perjalanan pulang ke depot kontena syarikat selepas menghantar barangan alat ganti kenderaan di sebuah kilang di Kulim, Kedah.

“Saya kemudiannya melompat keluar dari lori bagi menyelamatkan diri kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Lima minit kemudian, kepala lori terbakar. 

“Mujur sempat keluar, jika tidak tak tahu apa yang akan jadi,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Mohd Asri Abdul Wahab, berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan. 

Menurutnya, masa selama 10 minit diambil untuk memadam kebakaran dari terus merebak ke bahagian lain kenderaan.

Begitupun katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Tumpas ditangan mangsa sendiri
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Tumpas ditangan mangsa sendiri
BATU PAHAT – Aktif mencuri dan licik melepaskan diri bersama habuan. Namun, selicik mana sekalipun, ianya pasti akan terbongkar jua akhirnya.

Itu yang berlaku kepada Geng Warek yang bergiat aktif mencuri kenderaan, akhirnya tersungkur juga di tangan mangsanya sendiri.

Kejadian bermula apabila ketua kumpulan terbabit yang mengumpil dan melarikan motosikal jenis Honda EX5 di kawasan parkir di premis snuker, Ayer Hitam, pada jam 1.40 pagi, 26 Februari lalu, disedari mangsa melalui tayangan kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa yang juga pekerja premis snuker bersama rakan dan pelanggan kemudiannya bertindak mengejar suspek terbabit dengan menaiki kereta.

Kira-kira 10 minit kemudian, suspek berkenaan berjaya ditangkap di Kilometer 77.2, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Machap dan Ayer Hitam menghala ke selatan.

Mereka kemudiannya menghubungi polis dan hasil pemeriksaan, polis menemui allen key yang diasah tajam, spanar, pemutar skru dan pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad berkata, dengan penahanan suspek itu, ia seterusnya membantu polis dengan menahan lima lagi Geng Warek di lokasi berlainan iaitu di Rengit, Benut, Simpang Renggam dan Kota Tinggi.

Katanya, enam suspek itu berusia antara 25 hingga 46 tahun didapati aktif melakukan jenayah curi kenderaan terutamanya motosikal dan lori di sekitar Ayer Hitam, Kulai dan Simpang Renggam sejak Ogos tahun lalu.

“Polis turut merampas empat lori jenis Ford dan Super Delta Daihatsu dengan nombor pendaftaran palsu atau nombor casis diganggu; dua kepala lori jenis Ford dan Daihatsu; enjin lori dan peralatan mencuri kenderaan.

“Kami yakin, sekurang-kurangnya tujuh kes kecurian kenderaan dapat diselesaikan menerusi kejayaan menumpaskan Geng Warek dan suspek masih ditahan di Kluang berhubung kes curi kenderaan di Simpang Renggam," katanya kepada Sinar Harian.

Din berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabit kesalahan.
Mayat anak ditemui
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Mayat anak ditemui
BATU GAJAH - “Saya terkilan kerana hajat anak saya untuk menyertai kelab taekwondo di sekolahnya tidak kesampaian,” luah Mazlinah Rintan, 30, ibu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang ditemui lemas di Sungai Kinta di sini, semalam.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya hilang empat hari lalu dipercayai tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di kuarters Kem Syed Putra, Jalan Tambun, di Ipoh, 45 kilometer dari tempat dia ditemui.

Lebih memilukan, adik bongsu mangsa, Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, masih tertanya-tanya ke mana abangnya pergi kerana mereka sangat rapat sejak dari kecil.

Ibunya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Batu Gajah (HBG) berkata, walaupun terkejut, dia reda dan menerima kehendak Ilahi dengan hati terbuka.

Menyentuh tentang hajat si anak sebelum ini, bukan niatnya tidak membenarkan Yushahiriezal menyertai kelab tersebut tetapi atas faktor kewangan perkara itu terpaksa diketepikan terlebih dahulu.

“Setiap hari saya berdoa agar dia (Yushahiriezal) ditemui dalam keadaan selamat, tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya. Namun saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan dan jasadnya telah ditemui walaupun terpaksa menunggu selama empat hari dengan penuh debaran,” ujarnya dengan air mata tak putus-putus.

Ketika melakukan pengecaman mayat Mazlinah akui tidak percaya tubuh kaku kanak-kanak yang ditemui itu adalah anak lelaki tunggalnya.

“Selepas melihat baju kelabu yang masih berada di tubuhnya, saya yakin mayat kanak-kanak itu memang anak saya,” katanya dengan nada sebak.


Orang awam beri maklumat

KUMPULAN tentera yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Kapten Mohamad Anas Emran mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam kira-kira jam 11.30 pagi.

Mohamad Anas berkata, seramai 10 anggota tentera terbabit dalam operasi itu yang bermula sejak pagi semalam.

Katanya, seorang lelaki yang merupakan penduduk setempat ternampak mayat seorang budak lelaki dalam keadaan separuh bogel terapung berhampiran dahan pokok di tebing sebelah kiri Sungai Kinta yang terletak di antara sempadan Malim Nawar dan Tanjung Tualang.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, saya bersama dua anggota lain menaiki bot yang dikemudi orang awam terbabit untuk ke lokasi berkenaan.

“Kami segera mengangkat mayat itu dan menghantarnya ke Balai Polis Tanjung Tualang untuk membuat laporan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik HBG,” katanya.

Mayat Yushahiriezal ditemui dalam keadaan menyayat hati akibat berendam empat hari di dalam air.

“Tubuh mangsa kelihatan kembung selain muka dan bahagian tubuhnya mula membengkak mungkin disebabkan arus deras selain berlanggar dengan batu yang berada di dalam sungai,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kakak sulung mangsa, Yusmieyirah Jidun, 14, dan bapa mereka Jidun Muktar, 33, turut berada di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Malah, Jidun turut memandikan dan mengapankan jenazah anak lelakinya itu sebelum dibawa pulang ke Kem Syed Putra untuk disembahyangkan di sana.

Jenazah Yushahiriezal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, malam semalam.
Ah long cuba taktik baru
Nik Amirulmu’Min Nik Min
11 Mac 2012
Ah long
KUANTAN - Pemberi pinjaman wang haram (ah long) tidak pernah kering idea memikirkan taktik terbaru untuk meneruskan kegiatan haram mereka walaupun pelbagai usaha termasuk tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan pihak berkuasa termasuk polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi membendung aktiviti itu di sini.
Selepas iklan secara terbuka mereka digempur pihak berkuasa, sindiket itu kini lebih cermat mengedar risalah dan iklan pinjaman wang itu untuk terus memerangkap mangsa.

Mereka kini menggunakan surat yang lengkap dengan alamat syarikat tertentu untuk mengedar iklan perkhidmatan melalui pos.

Sindiket juga dipercayai menawarkan pinjaman mudah dengan menyasarkan golongan peniaga dan pemilik syarikat sebagai sasaran.

Seorang pengurus sebuah syarikat di Jalan Beserah di sini yang mahu dikenali sebagai Shima, 36 berkata, dia menerima sepucuk surat berisi iklan pinjaman wang mudah yang dialamatkan ke pejabatnya itu beberapa hari lalu.

Menurutnya, surat bersampul putih itu sama dengan surat-surat lain yang diterima pejabatnya bagaimanapun atas nama ‘pengurus’ dan bukan namanya.

“Saya dapati kandungan surat itu adalah iklan pinjaman wang mudah yang dihantar seorang agen lengkap dengan nombor telefon untuk dihubungi.

“Saya terus asingkan surat ‘sampah’ itu bagaimanapun tiba-tiba terdetik untuk mencuba menghubungi nombor yang tertera bagi mengetahui secara lebih lanjut muslihat mereka,” katanya.

Shima berkata, seperti kandungan iklan yang tertera, lelaki yang menjawab panggilan memberitahu syarikatnya sedia untuk membantu pemilik syarikat dan peniaga dengan menawarkan pinjaman mudah bagi membesarkan peniagaan masing-masing.

“Lelaki itu memberitahu mereka dari syarikat perunding kewangan namun turut menyediakan perkhidmatan pinjaman wang atau modal kepada peniaga yang berminat untuk membuka atau membesarkan perniagaan.

“Pada masa yang sama, saya diberitahu, syarikat itu telah berjaya membantu ramai peniaga dan pengusaha syarikat mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang,” katanya.

Dia berkata, antara tawaran yang dijanjikan termasuk, kadar faedah yang rendah dan boleh dirundingkan, mudah, kelulusan segera, tidak memerlukan banyak dokumen, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan banyak faedah lain yang akan dinikmati peminjam.

“Saya cuba mendapatkan alamat syarikat tersebut tetapi lelaki itu mengelak namun mendakwa perkhidmatan yang disediakan itu sah dan berlesen.

“Saya agak curiga memandangkan iklan dalam bahasa Inggeris dan Cina itu hanya dicetak atas kertas A4 tanpa sebarang nama atau nombor pendaftaran syarikat,” katanya.

Menurutnya, dia terpanggil untuk berkongsi isu itu kerana percaya ramai lagi yang turut menerima iklan tersebut.

“Tawaran pinjaman yang disediakan amat menarik dan boleh memperdaya peminjam terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan yang sah,” katanya.
Pekerja teknikal mati ditikam
AHMAD ISMADI ISMAIL
11 Mac 2012
juruteknik_mati
AMPANG - Seorang pekerja teknikal ditemui mati dengan satu kesan tikaman pada badannya, dipercayai dibunuh selepas bertengkar dengan rakan sekerjanya di sebuah pusat siber di Jalan Bunga Tanjong 10, petang ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat mangsa yang berusia 20-an itu ditemui oleh rakannya dalam keadaan berlumuran darah di lantai premis berkenaan.
Katanya, mangsa bergaduh dengan suspek, yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an pada jam 5 petang.
"Polis yang menerima  maklumat bergegas ke tempat kejadian dan  menemui sebilah pisau dapur di dada mangsa, dipercayai digunakan untuk membunuh," katanya.
Beliau berkata, polis telah memeriksa kamera litar tertutup di premis berkenaan untuk mengenal pasti suspek.
"Ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada di premis berkenaan. Mayat dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat," katanya.
Isteri kelar suami, bunuh diri
SITI KHAIRULNISAH
11 Mac 2012
TELUK INTAN - Seorang isteri tergamak mengelar leher suaminya yang terlantar sakit akibat angin ahmar sebelum bertindak membunuh diri, di rumahnya di Taman Easter Garden di sini, awal pagi ini.
 
AKAN MENYUSUL
Polis gempur judi ayam, 29 ditahan
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
11 Mac 2012
SHAH ALAM - Polis menahan 29 lelaki warga asing dan tempatan ketika sedang leka melaga  ayam di belakang sebuah kuil Hindu di Seksyen 17 di sini, hari ini.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Supritendan Izwan Abd Karim berkata, polis berjaya menahan kesemua daripada mereka walaupun sebahagian daripada mereka cuba meloloskan diri.

Katanya, turut ditahan semasa serbuan ialah seorang wanita warga asing yang menjual minuman kepada pelanggan.

"Serbuan dilakukan selepas intipan dilakukan yang mendapati mereka sering berkumpul dan mengadakan perlawanan pada hujung minggu,” katanya.

"Kita percaya, mereka meletakkan wang pertarungan sehingga RM1,000 setiap kali perlawanan," katanya kepada Sinar Harian.
Dua terbunuh, 10 cedera dalam kemalangan

11 Mac 2012
IPOH - Dua terbunuh, manakala sepuluh cedera apabila dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan di Km 181. 5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Parit Buntar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, dua penumpang dalam kenderaan yang sama, yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan, mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Sepuluh lagi penumpung kedua-dua buah kenderaan termasuk seorang pemandu salah sebuah kenderaan itu cedera dan dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.10 pagi apabila kereta jenis Toyota Estima yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.

Katanya identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang masih dirawat masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat. - Bernama
Buang bayi dalam baldi
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui mati dalam sebuah baldi di sebuah rumah di Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang ahli keluarga suspek yang dipercayai sengaja membuang bayi tersebut.

“Polis sudah menahan suspek wanita berusia 22 tahun itu yang masih belum berkahwin. Rahsia wanita itu terbongkar apabila dia mengadu pada abang kandungnya bahawa dia sakit perut, pada Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam

Menurutnya, abang kepada suspek itu yang tidak mengesyaki adiknya hamil, kemudian telah membawa suspek ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau tetapi suspek dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati suspek baru sahaja melahirkan anak dan abang suspek terus membuat laporan polis berhubung kejadian itu, semalam,” katanya.

Ku Yaacob berkata, suspek yang masih dirawat di HSB dibawa ke rumahnya semalam untuk menunjukkan lokasi di mana dia membuang bayi berkenaan.

“Mengikut keterangan suspek, dia buang bayi itu dalam baldi di rumahnya. Dia kemudian tutup baldi itu dengan menggunakan kain. Malangnya, sebaik sahaja dijumpai pihak polis, bayi itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan menahan wanita itu untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Nur Diana belum diberitahu kematian ibu bapa, abang

10 Mac 2012
kereta kemalangan
KUANTAN - Keluarga kepada kanak-kanak yang kematian ibu, bapa dan abang dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Gambang awal pagi semalam, akan memberitahu perkara tersebut kepadanya selepas dia benar-benar pulih.
Nur Diana Norazam, 12, turut cedera dalam kemalangan itu dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu tengah hari tadi.
"Mungkin kami akan terus membawanya menziarahi pusara ibu bapa dan abangnya sebelum menceritakan hal yang sebenar kepadanya nanti. Apapun bergantung pada tahap kesihatannya," kata ibu saudaranya, Nordinal Ibrahim.
Dalam kejadian 1.30 pagi itu, bapanya Norazman Ibrahim, 43, ibunya Norhayati Ibrahim, 42, serta abangnya Akif Iskandar, 17, maut selepas kereta yang mereka naiki dipercayai terbabas sebelum melanggar belakang sebuah lori membawa bijih besi.
Mereka dikebumikan di Kuala Berang pada 10.30 malam tadi.
Nordinal, 49, berkata anak saudaranya itu asyik bertanyakan ibu bapanya selepas sedarkan diri di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
"Saya terpaksa menipu Nur Diana yang keluarganya yang lain sedang dirawat di hospital juga. Doktor yang merawatnya menasihatkan kami agar tidak memaklumkan berita kematian keluarganya kerana bimbang dengan keadaannya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, Nur Diana dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu supaya lebih mudah untuk menjaganya kerana keluarganya yang lain termasuk datuk dan neneknya juga menetap di sana.
Warga China maut kepala ditembusi besi penghadang lebuh raya

10 Mac 2012
nahas lebuh raya
NILAI - Seorang wanita dipercayai warga China maut dalam kemalangan di Km 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan berhampiran Pajam semalam.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaikinya hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Menurut jurucakap polis, kereta tersebut dipandu rakan lelaki mangsa yang dkenali sebagai Thai Yin Sei, 25, yang mengalami kecederaan parah di kepala.

"Mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Kajang menghala ke Seremban sebelum kereta mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas serta merempuh penghadang di sebelah kiri lebuh raya.

"Akibat rempuhan kuat, penghadang besi jalan menembusi cermin depan kereta sebelah penumpang hingga ke belakang kereta dan wanita tersebut mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hancur ditembusi penghadang besi itu," katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat wanita tersebut yang tersepit di tempat duduk.

"Semasa kami tiba, rakan lelaki mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk rawatan, sementara mangsa yang berjaya dikeluarkan tidak lama selepas itu turut dihantar ke hospital yang sama," katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Yusoff Awang mengesahkan laporan kemalangan berkenaan yang kesnya disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Wanita nekad terjun pangsapuri
Wartawan Sinar Harian
10 Mac 2012
Wanita nekad terjun pangsapuri
KUALA LUMPUR - Tertekan dengan penderi­taan penyakit barah yang dialami, seorang wanita terjun dari tingkat sembilan pang­sapuri di Jalan Metro Perdana 1, Kepong di sini, awal pagi semalam.

Mayat mangsa ditemui pengawal keselamatan di pekarangan pangsapuri itu jam 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa dikatakan tertekan dengan penyakit kronik dialami sejak enam bulan lalu, sebelum me­ngambil keputusan terjun dari pangsapuri terbabit.

“Wanita berusia 34 tahun itu adalah ibu kepada dua anak,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Doktor tunjuk hebat Ferrari di YouTube bawa padah
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Ferrari
TOKYO - Gara-gara hendak menunjukkan 'kehebatan dan keindahan' Ferrari berharga sekitar RM800,000, seorang doktor Jepun berhadapan dengan kontroversi apabila rakaman dia memandu laju kereta mewah itu, yang dimuatkan di YouTube, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan.

Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj).

Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis.

Laporan media memetik dia sebagai berkata, dia hanya mahu orang ramai mengetahui keindahan sebuah Ferrari.

Klip video enam minit dengan tajuk "Ferrari 458 Italia Drive in Japan 2011" dirakamkan menggunakan kamera yang dipasang di belakang kereta.

Rakaman pada pagi 24 April 2011 menunjukkan kereta itu meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah dan kemudian menggunakan lebuh raya dan melalui jalan tepi pantai.

Laporan BBC menyebut seramai 84 memberi isyarat tidak menyukai klip itu berbanding hanya 19 orang menerimanya dengan baik.

Menurut laporan itu yang memetik AFP, pihak polis memulakan siasatan sebaik mendapat aduan orang ramai pada Mei lalu.

Pemandu yang telah dikenal pasti itu boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda sekitar RM3,600 jika sabit kesalahan.

AJAL MEMANG TIDAK DIKETAHUI...OLEH ITU TAQWA LAH KEPADA ALLAH...KITA DIJADIKAN UNTUK BERIBADAH BUKAN DIJADIKAN UNTUK MAIN2 TANPA TUJUAN

Perangai hantu

Oleh HADZLAN HASSAN, KASDI ALI, NURUL HUSNA MAHMUD dan JUNAIDI LADJANA
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sungguh membimbangkan apabila penagihan syabu bukan saja menular di kalangan pelajar seawal usia 13 tahun, malah ada budak semuda 10 tahun dijadikan ‘keldai dadah’ oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa.
Selain menjejaskan pembelajaran dan memudaratkan kesihatan mental serta fizikal, penyalahgunaan syabu yang juga dikenali sebagai ‘ice’ dan ‘batu’ di kalangan pelajar boleh menjerumuskan mereka ke kancah jenayah.
Buktinya, ada yang ‘berperangai hantu’ apabila berani mencabul rakan sekelas, bergaduh dengan guru dan mencuri duit ibu bapa.

Bagi pengedar cilik pula, kemiskinan hidup menjadi alasan mereka mudah terjebak dengan pujuk rayu sindiket dadah biarpun upah diterima tidak seberapa.


Berikut pengakuan beberapa pelajar dan individu yang sukar melupakan ketagihan selepas terjerat dengan bahan terlarang itu sejak di bangku sekolah, selain kisah keberanian pengedar kanak-kanak di Sabah demi sesuap nasi.




Sempat ajar mengucap

Laporan dan foto MOHD NOR ASRI YAACOB
metahad@hmetro.com.my

REMUK... kereta dinaiki mangsa bertembung dengan Toyota Harrier di simpang tiga, Kampung Chekok, Jalan Panji, semalam.
REMUK... kereta dinaiki mangsa bertembung dengan Toyota Harrier di simpang tiga, Kampung Chekok, Jalan Panji, semalam.
KOTA BHARU: Pilu hati seorang ibu apabila melihat anak lelaki sulungnya tersepit di dalam kereta dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di simpang tiga Kampung Chekok, Jalan Panji, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi, Wan Ruzaiaziree Wan Sazuki, 23, yang juga mekanik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Wira dipandu rakannya dikenali sebagai Manan, 23, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier.

Rakan mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Pemandu Toyota Harrier hanya cedera ringan.

Ibu mangsa, Wan Jah Wan Hassan, 48, berkata, dia yang tidur di rumahnya di Taman Sri Setia, Padang Tembak, dekat sini, dikejutkan oleh ketukan pintu rakan anaknya yang datang memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan, satu kilometer dari rumahnya.

Katanya, dia bersama suami, Wan Sazuki Wan Yusof, 45, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati anaknya dalam keadaan separuh sedar dan tersepit di bahagian depan kereta yang remuk.

“Saya menunggu anggota bomba mengeluarkan anak saya yang tersepit dan selepas dikeluarkan, saya menghampirinya yang kelihatan semakin lemah malah sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dunia.

“Sebelum kejadian, anak saya keluar rumah membaiki kereta jam 1 pagi dan selepas selesai melakukan kerja, dia bersama rakan pergi ke rumah datuknya di Kampung Pantai Cahaya Bulan untuk mengambil alat ganti kenderaan, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, dia terbabit kemalangan,” katanya.
Menurut Wan Jah, sebelum kejadian, anaknya tidak menunjukkan perubahan dan sentiasa ceria.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku kerana ia ketentuan Allah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Mati main bola

Laporan dan foto KAMAL MAJID
am@hmetro.com.my

PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli.
PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli.
JELI: “Arwah sempat memberitahu jika dia mati, dia tidak bimbang kerana rumah yang kami diami sekeluarga siap sepenuhnya. Tak sangka, kata-katanya menjadi kenyataan,” kata Zalini Abd Rahim, 37, isteri kepada Mohd Suhaimi Mat Nor, 43, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain bola sepak di padang Kampung Seberang Jeli, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, Mohd Suhaimi yang menyertai Kejohanan Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pada minit ketiga separuh masa kedua perlawanan.

Mohd Suhaimi yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Gemang, di sini, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jeli dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang, jam 9 malam kelmarin.
Menurut Zalini, suaminya kelihatan bersemangat ketika keluar rumah pada jam 9 pagi.

“Arwah sebelum ini sihat saja. Banyak kejohanan bola sepak yang disertainya, termasuk di Sabah dan Johor.

“Namun, pada jam 1.15 tengah hari saya menerima panggilan daripada rakan sekerja arwah yang memaklumkan kematiannya. Saya seperti hendak pitam ketika mendengar berita itu, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Saksi kejadian yang juga pengadil perlawanan, Roslan Nordin, 46, berkata, sebaik perlawanan dimulakan, Mohd Suhaimi kelihatan cergas dan tiada perubahan berlaku pada dirinya.

“Bagaimanapun, pada minit ketiga separuh masa kedua, Mohd Suhaimi tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Saya memberhentikan perlawanan dan penganjur membawanya ke Hospital Jeli, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan, Sheik Azhar Sheik Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kematian Mohd Suhaimi diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Naik pangkat

Oleh SALMAN HAMAT
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Kira-kira 480,000 guru di seluruh negara bakal menerima satu lagi berita gembira apabila kerajaan bersetuju menggunakan kaedah ‘time based’ untuk kenaikan pangkat golongan berkenaan dan ia bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Ia satu lagi perkembangan positif untuk menghargai jasa guru selepas kerajaan bersetuju membuat pelarasan gaji sebanyak tujuh hingga 13 peratus serta elaun saraan hidup (Cola) berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat kerana guru adalah kakitangan kerajaan paling ramai di negara ini.
“Persetujuan ini juga sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menunaikan janji kepada penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan bajet 2012, Oktober tahun lalu.

“Kami akan dapatkan perincian butiran perkara ini daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan jika tiada halangan, ia akan diumumkan secepat mungkin.

“Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) turut menyambut baik perkara ini. Kami harap pelarasan gaji untuk guru dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perasmian program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita Umno Malaysia di Kem Bina Negara, Gunung Pulai, Kulaijaya, di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, dengan pelbagai manfaat diperoleh guru, golongan berkenaan diharapkan dapat terus meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan untuk mendidik anak bangsa serta kepada negara.

BILA KECUAIAN SERING BERLAKU...KANAK2 PERLU PERMERHATIAN YANG LEBIH...TAWAKAL SETELAH PENJAGAAN YANG RAPI...

Budak tujuh tahun hilang

WAN nor azma dan anaknya Wan Khadijah sedih melihat gambar Wan Hazim.


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri kini tidak keruan apabila anak lelaki kesayangan mereka yang berusia tujuh tahun didapati hilang dipercayai selepas keluar dari rumah mereka di Jalan PJS 10/1, Subang Indah di sini petang kelmarin.
Wan Hazim Wan Khaidir dilihat kali terakhir oleh ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, sedang mencuci tangan di sinki dapur rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
Menurut Wan Nor Azma, pada waktu tersebut dia singgah di rumahnya itu bagi menghantar anak sulungnya yang baru pulang dari sekolah.
Wanita tersebut bagaimanapun tidak berjumpa dengan anak kedua daripada tiga beradik itu sebaliknya hanya melihat budak itu dari dalam kereta sahaja.
“Saya hanya menyedari Hazim hilang pada pukul 6 petang selepas balik dari tempat kerja.
“Bila saya bertanya kepada pembantu rumah warga Indonesia, dia memberitahu anak saya tiada dan menyangka saya membawa Hazim keluar semasa pulang pada tengah hari tersebut,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini semalam.
Ibu lega anak ditemui semula
AHMAD ISMADI ISMAIL
11 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Umi!... jeritan pertama yang membuat Wan Nor Azma Wan Yusof sebak dan mengalir air mata apabila anaknya Wan Hazim Mohd Khadhir yang dilaporkan hilang memeluknya ketika ditemui semula kelmarin.

Aksi dramatik itu berlaku apabila Wan Nor Azma mengambil semula anaknya di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras, semalam.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1 Subang Indah Jumaat lalu ditemui semula oleh seorang lelaki dalam keadaan yang terpinga-pinga dan sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya, jam 2 pagi pada hari yang sama.

Wan Nor Azma ketika ditemui berkata, keluarganya bersyukur kerana anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

“Ketika saya mengambil Hazim di pusat perlindungan itu, dia sedang leka bermain dan melukis watak adiwira kegemaraannya Ultraman, dia tidak menangis malah gembira bertemu semula dengan saya,” katanya.

Wan Nor Azma, 33, berkata, risalah yang diedarkan di kawasan perumahan termasuk Balai Polis Subang Jaya membantu mengesan anaknya apabila pihak polis menyedari gambar risalah itu menyamai gambar yang berada dalam simpanan mereka.

“Saya menerima panggilan daripada polis malam kelmarin mengarahkan saya datang ke balai polis berkenaan untuk membuat pengecaman gambar. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Mohd Khadhir Hassan berkata, beliau berterima kasih kepada lelaki yang menjumpai dan menghantar anaknya itu ke balai polis berkenaan, kemudian Hazim dihantar rumah perlindungan JKM.

“Saya berhasrat untuk berjumpa dengan lelaki itu untuk berterima kasih. Kini kami sekeluarga boleh tidur dengan lena, Hazim anak yang manja dan selalu tidur dengan saya,” katanya.

Bapa kandung ditahan bantu siasatan


keratan Kosmo! 6 mac 2012


PASIR GUDANG - Seorang lelaki yang ditahan polis di Seri Alam di sini Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang merupakan bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, mendakwa, dia mengetahui mengenai penahanan bekas suaminya itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada hari yang sama.
"Kami berpisah secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun.
"Dia seorang bapa yang baik dan sering menghubungi kami, terutamanya Dirang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Malek Noor nikah pakar kanak-kanak esok


Aizzul A. Majid MALEK NOR dengan bakal isterinya, Wan Asma di Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU – Seorang pakar kanak-kanak di Hospital Pakar Perdana di sini tidak menduga sama sekali yang beliau akan menjadi suri kepada bekas jaguh bina badan terkenal, Datuk Malek Noor.
Sambil menyifatkan jodoh tersebut sebagai ketentuan Tuhan, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, berkata, mereka akan bernikah di penthouse milik beliau di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada 12 Mac.
“Saya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan beliau memandangkan tempoh perkenalan kami begitu singkat,’’ katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di KTC semalam.

2,000 Melayu tiada pengenalan

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa lebih 2,000 orang berketurunan Melayu di negara ini kini berdepan dengan nasib yang tidak menentu berikutan kegagalan mereka untuk memiliki dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran dan MyKad yang sah.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, masalah tersebut berlaku disebabkan mereka dilahirkan sebagai anak luar nikah manakala sebahagian lagi disebabkan ibu bapa mereka yang bernikah di Thailand enggan mendaftarkan kelahiran.
Beliau berkata, terdapat juga ibu bapa yang telah disenaraihitamkan oleh bank, bertindak sengaja tidak mendaftarkan anak mereka untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak bank.
“Kita pasti angka 2,000 itu sememangnya wujud dan ada pihak lain mendakwa angka sebenar mungkin jauh besar sehingga mencecah ratusan ribu orang.
“Akibatnya mereka kini menjadi orang yang tidak dikenali atau dengan kata-kata lain menjadi pelarian di tanah air sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bahawa pihaknya menerima 8,500 permohonan daripada masyarakat berketurunan India yang mahu mendapatkan dokumen pengenalan diri.
Daripada jumlah itu, kerajaan telah meluluskan 5,500 permohonan manakala kira-kira 3,000 lagi ditahan untuk siasatan lanjut kerana masalah dokumentasi tidak lengkap.
Nadzim menjelaskan, sehingga kini PPIM sudah menerima kira-kira 200 aduan daripada masyarakat berketurunan Melayu berusia dalam lingkungan 25 tahun ke atas yang sedang berdepan dengan masalah berkenaan.
Katanya, terdapat kes turut melibatkan perkahwinan wanita tempatan dengan warga asing terutama Indonesia apabila anak yang dilahirkan di negara ini diserahkan kepada orang lain untuk dipelihara.
Beliau menjelaskan, senario itu amat membimbangkan kerana golongan itu merupakan aset kepada negara dan masalah mereka tidak boleh terus dibiarkan berlarutan tanpa apa-apa penyelesaian.
“Agensi kerajaan yang berkaitan perlu membantu dan memberi perhatian dalam menyelesaikan apa juga masalah yang dialami oleh golongan seperti ini,” katanya.
Nadzim berkata, agensi yang berkaitan juga disaran memberi dokumen pengenalan diri sementara kerana ada sesetengah kes memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan.

Bahaya minyak kitar semula


TIONG LAI (kiri) bertanya sesuatu kepada seorang peserta pertandingan memasak di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pengusaha makanan terutama restoran makanan segera perlu menyediakan laporan secara berkala berhubung pengurusan minyak masak terpakai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut perlu bagi membendung tindakan segelintir pihak yang didakwa membeli minyak masak itu dan menjualnya semula.
“Kita sedang kaji cadangan ini supaya kementerian dapat memantau tindakan pengusaha terhadap minyak masak terpakai mereka.
“Minyak masak kitar semula boleh memudaratkan pengguna kerana ia gagal menghasilkan suhu yang cukup untuk memasak dan jika dibuang menyebabkan pencemaran,” katanya selepas merasmikan pertandingan memasak anjuran Eu Yan Sang Sdn. Bhd. di sini semalam.

Pecah tembelang kahwin dua kerana Facebook

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Tembelang seorang lelaki beristeri dua di AS pecah selepas kedua-dua isterinya menjadi kenalan di laman perkongsian sosial Facebook.
Undang-undang AS melarang lelaki memiliki lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama.
Susulan pembongkaran tersebut, seorang pegawai pemulihan akhlak, Alan L. O'Neill didakwa kerana mengamalkan bigami atau beristeri dua.
Menurut kertas pertuduhan yang difailkan Khamis lalu, O'Neill mengahwini seorang wanita pada 2001, berpindah pada 2009 dan menukar namanya sebelum berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertamanya.
Isteri tua pertama kali menyedari O'Neill berkahwin lain apabila dia menjadi kenalan madunya melalui pautan "Orang yang mungkin anda kenali" di Facebook.
"Isteri pertama kemudian melihat laman Facebook isteri kedua dan melihat suaminya bersama kek perkahwinan," kata pendakwa raya daerah Pierce County, Mark Lindquist kepada agensi berita Associated Press (AP)
Isteri pertama kemudian berkunjung ke apartmen madunya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada mereka sudah bercerai tetapi dia menjawab: "Tidak, kita masih suami isteri.,"
O'Neill, 41, sebelum ini menggunakan nama Alan Fulk. Dia yang dihadapkan ke mahkamah Khamis lepas boleh dipenjara lima tahun jika didapati bersalah. - Agensi