Thursday, August 19, 2010

KASIH YANG ALLAH KURNIANKAN...MASIH SAYANG WALAUPUN TELAH DIHAMPAKAN....SEPATUT MEREKA YANG TERLIBAT SEDAR DAN INSAF

NEGARA


Mangsa simbah asid rindu ayah



FATIMAH (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada Che Ku Zaimah dan anaknya yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – “Lin rindu ayah.” Itulah luahan Lin atau Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, yang menjadi mangsa simbah asid akibat perbuatan ayahnya sendiri.
Walaupun ramai menganggap selepas kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu Ahad lalu, Lin akan membenci ayahnya namun ia tidak berlaku malah Lin yang melecur di bahagian muka dan badan sentiasa merindui ayahnya dan begitu sedih selepas mengetahui lelaki itu telah ditahan polis.
Ibunya yang turut cedera dalam insiden tersebut, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, berkata, Lin paling rapat dengan ayahnya sebelum kejadian dan pada hari pertama dan kedua selepas kejadian, Lin menangis bila nama ayahnya disebut.
“Semalam (kelmarin), bila dia baca surat khabar tentang berita penahanan ayahnya, dia beritahu dia mula rindu (pada ayahnya),” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Ketua Wanita UMNO negeri, Fatimah Hamat dan Skuad Sayang Wanita UMNO di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.
Pada kejadian 15 Ogos lalu, Che Ku Zaimah melecur di bahagian muka dan tangan selepas terkena asid yang dibawa seorang suspek.
Turut melecur ialah dua orang anak mangsa iaitu Lin dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibu mentua suspek, Minah Omar, 56.



NEGARA


Wook tak mahu lagi jadi janda



WOOK tetap setia dengan suaminya, Mohd. Nor (gambar kecil).



HULU TERENGGANU – Warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundur akan setia menunggu suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, sehingga dia betul-betul insaf dan meninggalkan ketagihan dadah kerana tidak mahu menjadi janda untuk kali ke-23.
Namun, dalam tegas dia menyatakan, ini adalah kali terakhir dia mengeluarkan simpanannya untuk menjamin suaminya dan jika Mohd. Nor ditahan lagi selepas ini, lelaki itu terpaksa meringkuk di penjara.
“Tok tetap akan tunggu dia sebab tak nak jadi janda lagi,” kata Wook mengulas tindakannya mengeluarkan simpanan sebanyak RM2,000 untuk membebaskan Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan dipercayai terlibat dengan dadah pada 9 Ogos lalu.
Sebelum ini, Mohd. Nor pernah ditahan selama setahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi dan Besut sebelum dibebaskan 15 Julai lalu.
Menurut Wook yang ditemui di rumah adiknya di Taman Perumahan Tok Randok, Ajil dekat sini, dia memang kesal dengan tindakan suaminya itu yang disifatkan masih tidak insaf kerana masih terjebak dengan dadah.
Bagaimanapun, katanya, dia juga tidak mahu ada perkahwinan lain lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment