Thursday, May 5, 2011

SEMUANYA DALAM KETENTUAN ALLAH SWT....JANGAN KITA BERLAGAK SOMBONG....LUPA ALLAH DAN LAWAN ALLAH.....NERAKA TEMPATNYA...NI PULAK JADI PENTINGKAN PERNIAGAAN DAN WANG TIADA KEBAJIKAN DAN BUDI BICARA...HARTA TAK BOLEH BAWA MATI..SERTA KUASA DAN PANGKAT...KECUALI AMALAN...BAIK AMALAN BAIK ATAU AMALAN JAHAT....

Maghrib berdarah

Oleh Asmizan Mohd Samiran, Siti Fatimah Hassan dan Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

NGERI...mayat Wee ditutup dengan surat khabar selepas dibawa keluar dari kenderaan yang remuk.
NGERI...mayat Wee ditutup dengan surat khabar selepas dibawa keluar dari kenderaan yang remuk.
PASIR MAS: Suasana di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, To’ Uban di sini gempar dengan tragedi ‘Maghrib berdarah’ apabila mayat bergelimpangan di atas jalan raya dalam nahas membabitkan enam kenderaan dan mengorbankan empat orang, termasuk dua sepupu, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam ketika azan Maghrib sedang dilaungkan itu, mayat tiga mangsa bergelimpangan di atas jalan raya manakala seorang lagi maut selepas tersepit dalam keretanya.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada sebuah motosikal Honda Wave dinaiki dua beranak, Ariff Che Mohd Zain, 35, dan anaknya, Aliff Azhan, 12, yang ditunggang melawan arus bertembung dengan motosikal Yamaha RXZ ditunggang dua sepupu, Chik Shamsuddin Mat Ghapar, 16, dan Muhammad Faizal Fakruddin, 16.
Akibat perlanggaran itu, semua mangsa tercampak ke atas jalan sebelum dua lori dari arah sama dikatakan tidak sempat mengelak lalu menggilis tiga daripada mereka iaitu Ariff, Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal menyebabkan mereka terbunuh serta-merta.

Aliff Azhan yang tercampak jauh dari jalan raya, terselamat, tetapi cedera parah. Pemandu kedua-dua lori itu pula memecut kenderaan mereka meninggalkan tempat kejadian dan sehingga malam tadi, masih belum membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kemalangan itu tidak berakhir di situ kerana tidak lama kemudian sebuah kereta Volvo dipandu Huzaiudi Zainal Abidin, 36, dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung kereta Proton Iswara dari arah bertentangan ketika cuba mengelak daripada melanggar mangsa di tempat kejadian.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Iswara, Wee Thai Kit, 40, tersepit dalam keretanya dan mati di tempat kejadian.

“Kemalangan itu menyebabkan empat maut di tempat kejadian manakala dua lagi iaitu Aliff Azhan dan Huzaiudi cedera parah.
“Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai kemalangan ini,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Mohd Hafizzul Akmal Mohd Yusof, 24, antara penduduk tempatan yang terawal tiba di tempat kejadian menyifatkan kemalangan yang dilihatnya itu paling ngeri.

“Kebetulan saya dalam perjalanan ke Kota Bharu menggunakan laluan itu. Berderau darah melihat tiga mayat bergelimpangan di atas jalan dengan seorang daripadanya melekat pada motosikal. Selepas itu saya melihat satu lagi mayat tersepit dalam kereta Proton Iswara.

“Sebelum ini, kerap juga saya melihat kemalangan tetapi kemalangan ini paling ngeri. Saya tidak mampu menunggu lama dan segera beredar kerana tidak tahan melihat keadaan mayat dan darah di merata tempat,” katanya.


Dijemput ajal pada waktu Maghrib



ORANG ramai melihat keadaan kereta Proton Saga yang remuk setelah bertembung dengan kereta Volvo dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah kelmarin.



PASIR MAS - Empat maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tragis melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7.20 malam itu menyebabkan dua remaja berusia 16 tahun, Chik Shamsuddin Mat Ghapar dari Kuala Krai dan sepupunya, Muhammad Faizal Fakruddin dari Kampung Kubang Chenok mati di tempat kejadian. Ketika kejadian, mereka menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tidak mempunyai lesen.
Turut terkorban ialah seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda Wave, Ariff Che Mohd. Zain, 35, dari Kampung Chabang Empat Chetok serta seorang pemandu kereta, Wee Thai Kit, 40, dari Chabang Empat, Cherang, Kota Bharu.
Seorang lagi pemandu kereta, Hazayudi Mohd. Zainal Abidin, 36, parah manakala anak Ariff, Mohd. Alif Azham, 12, cedera ringan akibat tercampak ke bahu jalan. Mereka kini dirawat di Hospital Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung dengan motosikal yang dinaiki Ariff serta anaknya.
Katanya, ketika itu, motosikal remaja berkenaan ditunggang dengan melawan arus.
"Ekoran pertembungan itu, kesemua mangsa kecuali Mohd. Alif tercampak ke atas jalan lalu digilis oleh dua buah lori. Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah yang sama cuba mengelak mangsa-mangsa sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu Thai Kit.
"Kesemua mangsa mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Hazayudi patah jari kelengkeng tangan kanan. Mohd. Arif pula cedera ringan," katanya.
Tambahnya, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang Muhammad Faizal, Muhammad Khairul, 18, memberitahu, dia tidak menyangka kemalangan yang dilihatnya itu rupa-rupanya melibatkan adiknya sendiri.
"Saya terkejut apabila mendapati adik saya sendiri terlibat dalam kemalangan itu. Ketika kejadian, dia bersama sepupunya hendak pergi membeli nasi," ceritanya yang memberitahu mangsa merupakan anak ketiga daripada enam beradik.


‘Arwah berubah jadi panas baran’



PASIR MAS: “Arwah berubah sikap menjadi panas baran tanpa sebab sehingga meminta saya membencinya. Memang sedih apabila dia kata begitu, namun saya hanya mendiamkan diri.
“Tidak sangka itu petanda saya akan kehilangannya,” kata Rosliza Che Ramli, 32, isteri kepada Ariff Che Mohd Zain, 35, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, To’ Uban di sini, malam kelmarin.

Selain Ariff, mangsa lain yang maut ialah Muhammad Faizal Fakruddin,16, Chik Shamsuddin Mat Ghapar, 16, dan Wee Thai Kit, 40, Rosliza berkata sebelum kejadian, dia sempat membeli keperluan dapur bersama suaminya di kedai berhampiran rumah mereka di Cabang Tiga, Chekok di sini, sebelum suaminya sekali lagi keluar untuk mengambil anak sulung mereka, Aliff Azhan, 12, di rumah ibunya di Kampung Semubal.
Menurutnya, berikutan tayar kereta dan motosikalnya pancit, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori pasir itu meminjam motosikal adiknya.

“Kami berdua bekerja, jadi anak ditinggalkan di rumah ibu saya. Ketika itu, hanya Aliff berada di rumah. Selepas selesai membeli barang dapur, dia (suami) berbasikal ke rumah ibunya untuk meminjam motosikal adiknya sebelum mengambil Aliff,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Rosliza, suaminya keluar dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak lama kemudian dia dikejutkan dengan panggilan daripada adiknya, Che Mohd Fazri, 27, memaklumkan kemalangan yang menimpa suami dan anaknya.

“Jantung saya berdebar-debar menjawab panggilan sebelum bergegas ke Hospital Pasir Mas (HPM),” katanya.

Menurutnya, suaminya juga sentiasa berpesan kepada anak-anaknya supaya menjaga diri apabila dia sudah tiada.
“Pada saya pun, dia cakap perkara sama. Dia suruh saya bawa anak-anak tinggal dengan ibu apabila dia sudah tiada. Dengan anak-anak, dia memang tegas kerana mahu mendisiplinkan mereka namun arwah bapa penyayang,” katanya.

Rosliza berkata Aliff yang cedera di muka sudah dibenar keluar dari hospital tetapi asyik menangis kerana teringatkan bapanya.

Allahyarham meninggalkan lima anak berusia antara tiga hingga 12 hingga dengan empat daripadanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Cabang Tiga, Chekok.

Jenazah Ariff dikebumikan di Tanah Perkuburan Cabang Empat di sini, tengah hari semalam.

Dalam pada itu, Muhammad Fakhrul Fakruddin, 18, abang kepada Muhammad Faizal berkata, adiknya bersikap pelik apabila memintanya memasak burger istimewa untuknya.

“Beberapa jam sebelum meninggal dunia, adik saya beria-ia meminta saya memasak burger untuknya padahal sebelum ini tidak pernah dia berbuat demikian.

“Sebelum ini memang dia memasak sendiri jika mahu makan burger di gerai milik bapa saudara kami di Cabang To’ Ubani,” katanya.

Menurutnya, adiknya sering bersama sepupunya itu menunggang motosikal jika mahu ke mana-mana dan petang kelmarin, Muhammad Faizal memberitahu mahu ke To’ Uban untuk tidur di rumah emak saudaranya bersama Chik Shamsuddin,” kata ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Pasir Mas (HPM) di sini, malam kelmarin.

‘Saya bukan penjenayah’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

KESAL...Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.
KESAL...Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.
KUANTAN: “Saya bukannya penjenayah. Kenapa mereka (pengurusan hospital) mengarahkan tiga pengawal keselamatan berkawal di pintu bilik saya, malah tidak memberi makanan kepada saya,” kata Hasim Halid, 59, yang mendakwa dilarang keluar dari wad sebuah hospital swasta di sini dengan alasan dia gagal menjelaskan baki bil perubatan.
Dia yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Jalan Beserah di sini, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 26 April lalu akibat serangan strok dan pulih selepas menerima rawatan.
“Saya sepatutnya sudah boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), tetapi dilarang kerana hospital menuntut baki bil rawatan. Sepanjang ditahan di wad (kelmarin), saya tidak diberi rawatan dan makanan dari jam 9 pagi hingga hampir jam 11 malam.

“Malah, mereka bertindak keterlaluan dengan menghantar tiga pengawal keselamatan berjaga di pintu wad saya. Mereka melayan saya seperti orang salah,” katanya di sini, semalam.


Hasim berkata, dia hanya dibenarkan keluar selepas polis dihubunginya datang ke hospital berkenaan.

Doa temu jodoh

Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my

MESRA...Sultan Kelantan bersalaman dengan wartawan yang menghadiri sidang media, semalam.
MESRA...Sultan Kelantan bersalaman dengan wartawan yang menghadiri sidang media, semalam.
KOTA BHARU: “Saya kini berdoa, insya-Allah Tuhan akan makbul,” titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika menjawab soalan bila baginda akan memiliki permaisuri, sekali gus membayangkan Kelantan bakal mempunyai Raja Perempuan.
Baginda bertitah demikian pada sidang media khas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, petang kelmarin, yang pertama kali diadakan sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Sidang media itu memberi peluang kepada wartawan bertanyakan pelbagai soalan termasuk mengenai Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.

Baginda bertitah, dengan berkat doa rakyat dan pembesar negeri, persoalan berkenaan boleh menjadi kenyataan.


“Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk (pembesar negeri), insya-Allah berjaya, (memiliki permaisuri),” titahnya sambil tersenyum.


No comments:

Post a Comment