Sunday, February 12, 2012

BERHATI2LAH..AIR NI NAMPAK TENANG SERTA CANTIK...MENGHIBURKAN...SENTIASALAH MOHON PERLINDUNGAN ALLAH...ALLAH LAH SEBAIK2 PERLINDUNG

‘Along anak aku...’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

PILU...Kalsom Daud tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah cucunya, Muhammad Hasryzam (gambar kecil).
PILU...Kalsom Daud tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah cucunya, Muhammad Hasryzam (gambar kecil).
KUANTAN: “Along anak aku....” Itu rintihan seorang ibu, Norsaharlizam Osman, 32, sebelum rebah selepas melihat mayat anak sulungnya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, diusung pasukan penyelamat dalam tragedi tiga sekeluarga lemas ketika mandi di Pantai Kampung Cherating, dekat sini, kelmarin.
Mayat Muhammad Hasryzam yang dipanggil Along oleh Norsaharlizam ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 3.10 petang semalam.

Kelmarin, mayat bapa tirinya, Lans Koperal Mohd Asri Kamis, 28, yang bertugas di Balai Mentakab, ditemui terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi mereka berkelah pada jam 6.50 petang.

Seorang lagi anak Norsaharlizam, Muhammad Hairulnizam Hasri, 14, yang juga adik Along belum ditemui sehingga jam 9 malam tadi.


Sebelum kejadian, keluarga berkenaan yang terdiri daripada enam orang termasuk dua lagi anak perempuan Norsaharlizam tiba di pantai berkenaan dari Kuala Krau, Temerloh, jam 4.15 petang kelmarin untuk berkelah.


Ibu redah asap tebal

Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my

HANGUS...dua rumah terbakar menyebabkan kerugian lebih RM200,000, kelmarin.
HANGUS...dua rumah terbakar menyebabkan kerugian lebih RM200,000, kelmarin.
KUANTAN: “Dalam keadaan kelam-kabut dan asap tebal, saya terpaksa menahan nafas sambil meraba-raba mencari dua anak yang ketika itu terperangkap dalam rumah.
“Walaupun bahaya, saya beranikan diri masuk ke dalam rumah demi nyawa anak yang ketika itu hampir lemas kerana menghidu asap,” kata Sarina Mohd Saim, 22, mangsa kebakaran di Kampung Teluk Mahang Dua, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, sebuah rumah batu dan papan dihuni lima keluarga membabitkan 25 penghuni musnah dalam masa tidak sampai 15 minit. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas rumah papan menyebabkan semua mangsa tinggal sehelai sepinggang dan kerugian dianggarkan lebih RM200,000. Sarina berkata, ketika kejadian, dia dan beberapa penghuni lain berehat di luar rumah sebelum melihat asap dari rumah papan yang terletak bersebelahan.
Katanya, dalam keadaan kelam-kabut itu, dia hanya ingatkan dua anaknya berusia setahun tujuh bulan dan empat tahun yang ketika itu berada dalam rumah.

“Walaupun demam, saya tetap kuatkan semangat untuk masuk ke dalam rumah meredah asap menyelamatkan dua anak saya walaupun tindakan itu membahayakan diri.

“Saya bersyukur semuanya selamat walaupun kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan kini terpaksa menumpang di Dewan Mat Kilau,” katanya.

Bagi Mamat Kadir, 47, kejadian begitu pantas menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya hanya mampu melihat api menjulang tinggi.

Katanya, dia yang baru pulang dari kerja cuba sedaya upaya memadam api, tetapi gagal berikutan angin kuat.
Menurutnya, api bermula dari rumah papan sebelum pantas merebak ke rumahnya yang dibina tahun lalu dan kebakaran itu menyebabkan dia kerugian lebih RM180,000.

“Walaupun kami sekeluarga hilang semua harta benda, saya tetap bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Kejadian ini menjadi sejarah hitam dalam keluarga kami terutama selepas kehilangan bapa mentua dua minggu lalu, kini kami tinggal sehelai sepinggang selepas tempat berteduh musnah dijilat api,” katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, dua jentera bersama 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Taman Tas terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Angin kencang menyebabkan api cepat merebak, kami masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian,” katanya. Tinjauan mendapati semua 25 mangsa daripada dua keluarga itu kini menumpang di Dewan Mat Kilau. Mereka menerima bantuan bencana alam berupa keperluan harian dan wang tunai RM2,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah.

Menjejak mayat lemas

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

PAKAR...Mohd Nazri (kanan) dan Mohd Nawang  di Air Terjun Belukar Bukit, Ajil, Hulu Terengganu.
PAKAR...Mohd Nazri (kanan) dan Mohd Nawang di Air Terjun Belukar Bukit, Ajil, Hulu Terengganu.
KUALA BERANG: Kepakaran menyelam dua pemuda dari Kampung Belukar Bukit, Ajil, di sini, menyebabkan mereka terkenal sebagai ‘penjejak mayat’ dan khidmat mereka kerap ditagih membantu pihak berkuasa mencari mangsa lemas di Air Terjun Belukar Bukit, di sini.
Kebiasaannya, Mohd Nazri Mat Sharif, 31, dan Mohd Nawang Osman, 30, hanya berbekalkan cermin mata menyelam dan tidak menggunakan alat bantuan pernafasan ketika memberikan khidmat mereka.
Bagaimanapun, mereka mampu menyelam enam hingga lapan minit ketika menjalankan misi mencari mayat mangsa lemas di dasar sungai.

Mohd Nazri berkata, dia pandai berenang sejak berusia lima tahun dan dilatih penduduk yang lebih berusia mengenai teknik menyelam dengan betul selain mempelajari teknik mengesan mayat di dasar sungai.


“Kami diajar dan dilatih menjadi penyelamat serta penjejak mayat di Air Terjun Belukar Bukit membantu pengunjung yang ditimpa masalah di situ.

Terkapai-kapai minta tolong

JOHOR BAHRU: “Saya hanya mampu melihat Asyraff menggapai-gapai tangannya sambil meminta tolong sebelum dia tenggelam dihanyutkan arus deras.
“Saya kehilangan rakan baik yang saya anggap seperti abang kandung dalam tempoh 20 minit saja,” kata Mohd Syafiq Rahim, 19, ketika menceritakan detik rakan karibnya, Mohamad Asyraff Amir Khan, 22, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, lemas di saliran berhampiran sebuah stesen jana kuasa elektrik di Pasir Gudang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, dua sahabat berkenaan sudah siap memasang jaring untuk menangkap ikan di saliran berkenaan sebelum aliran air tiba-tiba bertukar deras.

Kedua-duanya kemudiannya dihanyutkan arus, namun Syafiq berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

Bagaimanapun, Asyraff gagal menyelamatkan diri kerana dia tidak tahu berenang. Jenazahnya berjaya ditemui pada jam 7.20 malam semalam, selepas terapung kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

“Asyraff tidak pandai berenang dan saya cuba membantunya tetapi gagal kerana arus deras. Saya terpaksa berenang ke tebing sebelum melihatnya tenggelam timbul lantas hilang dibawa arus.


“Ada orang di sekitar tebing tetapi mereka juga tidak berani membantu kerana arus deras,” katanya.

Mengimbau kejadian, Syafiq berkata, mereka tiba di saliran berkenaan pada jam 6.10 dan terus memasang jaring.

Katanya, kira-kira 20 minit kemudian, mereka siap memasang jaring dan sedang cuba ke tebing apabila arus deras tiba-tiba melanda.

“Saya kemudiannya ke rumah Asyraff di Jalan Tasik, Bandar Seri Alam untuk memaklumkan kejadian kepada keluarganya.

“Walaupun sedih, saya bersyukur kerana jenazah Asyraff akhirnya berjaya ditemui,” katanya.

Sementara itu, kakak mangsa, Rozanah, 28, berkata, dia sekeluarga seolah-olah tidak percaya Asyraff sudah tiada lagi.

“Sebelum itu, ibu ada memaklumkan Asyraff menonton televisyen bersamanya sebelum keluar rumah pada jam 4 petang.

“Kurang tiga jam kemudian, Syafiq datang ke rumah dan memaklumkan kejadian. Ibu masih terkejut dengan perkara itu,” katanya enggan mengulas lanjut kerana terlalu sedih.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Hamid Suari berkata, seramai 27 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

No comments:

Post a Comment