Saturday, March 24, 2012

DIMANA SILAPNYA..CUBA FIKIR2KAN...HINGGA DISAMUN DAN DIROGOL

Rentung lepas selamat keluarga

Oleh Anja Asmara
am@hmetro.com.my

TINGGAL ABU...orang ramai berkerumun melihat sembilan deretan rumah kedai yang hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.
TINGGAL ABU...orang ramai berkerumun melihat sembilan deretan rumah kedai yang hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.
ANGKAT...anggota unit forensik membawa kotak mengandungi rangka dua mangsa.
ANGKAT...anggota unit forensik membawa kotak mengandungi rangka dua mangsa.
PONTIAN: “Dia yang kejutkan saya dan beritahu rumah kami terbakar, tapi entah macam mana dia yang gagal selamatkan diri,” kata Selamat Kosnan, 51, ayah kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Pekan Ayer Baloi, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu yang keseluruhannya memusnahkan sembilan rumah kedai dua tingkat separuh papan, dua beradik terbabit ialah anak keenam daripada tujuh beradik, Khusnul Khotimah, 13, dan adik bongsunya, Rohman, 12.
Selamat berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Hasniah Abd Hussin, 50, dan enam daripada tujuh anaknya tidur di bahagian atas rumah kedai papan.

“Saya terjaga daripada tidur apabila arwah Khotimah mengejutkan saya dan memberitahu asap tebal di tingkat bawah kedai. Mungkin dia anggota keluarga kami yang pertama menyedari kebakaran berlaku.


“Sebaik dikejutkan arwah, saya terus kejutkan semua anak dan isteri sebelum kami nekad turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri biarpun terpaksa meredah api dan asap,” katanya.

Mahu bersama selamanya

Oleh Gaddafi Musli, Yusmizal Dolah Aling dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my

MERIAH...Amir bersama ibunya, Faridah  di kediaman baru mereka sambil ditemani jiran tetangga dan Jamhuri (kanan), semalam.
MERIAH...Amir bersama ibunya, Faridah di kediaman baru mereka sambil ditemani jiran tetangga dan Jamhuri (kanan), semalam.
KUALA SELANGOR: “Lebih daripada suka, suasana di sini sama seperti di kampung, ada pokok-pokok. Yang penting saya mahu bersama Amir ke mana saja dia pergi. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya,” kata Faridah Maulud, 66 ketika melangkah masuk ke rumah barunya di Kampung Assam Jawa di sini, semalam.
Menurutnya, suasana di kawasan berkenaan saling tidak tumpah dengan kampung halamannya di Pengerang, Johor menyebabkan dia begitu gembira dapat menjalani kehidupan baru di kampung itu selepas anak tunggalnya ditawarkan berkerja di kilang berdekatan.
Katanya, tidak ada perkara lain yang lebih menggembirakan hatinya apabila dapat bersama semula sebagai sebuah keluarga selepas tinggal di Pusat Sehenti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Buloh sejak 9 Mac lalu.

“Saya juga terharu dengan sambutan penduduk kampung yang menerima kehadiran kami dua beranak sebagai sebahagian daripada kejiranan di sini. Saya harap Amir akan bekerja dengan baik, terima kasih kepada Datuk Sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.


Warga emas yang menjadi perhatian masyarakat negara ini apabila ditinggalkan anaknya, Amir Mohd Omar, 27 di sebuah hotel bajet di Kampung Baru di sini 3 Mac lalu kini boleh menghela nafas lega selepas seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman menawarkan kerja dan sebuah rumah di Kuala Selangor bagi membantu mereka

Teksi jahanam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.
Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment