Monday, May 7, 2012

WANITA KERJA HUKUMNYA HARUS SAJA...KECUALI TIADA TEMPAT BERGANTUNG...JANDA ATAU WANITA TIADA HARTA PENINGGALAN KELUARGA ....HARAM BERKERJA TEMPAT YANG TERDEDAH MAKSIAT....BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN SECARA BEBAS...SERTA TEMPAT KERJA MEMPUNYAI UNSUR MAKSIAT ATAU UNSUR HARAM...ADA BAIK WANITA ADA SUAMI ...DAN MAMPU ...TIDAK BEKERJA...KERANA MENGELAKKAN FITNAH...

Ramai wanita bakal bekerja

KERAJAAN yakin pelaksanaan gaji minimum dapat mengimbangi jumlah pekerja tempatan dengan pekerja asing di hotel dan restoran. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan kadar gaji minimum bagi sektor swasta mampu menarik pekerja tempatan terutama wanita untuk bekerja di subsektor perkhidmatan hotel dan restoran, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan yakin usaha itu juga dapat mengimbangi jumlah pekerja tempatan dengan pekerja asing di subsektor tersebut.
Berdasarkan Laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2009, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di hotel dan restoran di seluruh negara ialah 150,043 orang dan daripada jumlah itu 75,483 daripadanya ialah lelaki dan 74,560 merupakan pekerja wanita.
"Pekerja asing di subsektor ini pula ialah 25,287 orang dengan 18,511 orang merupakan pekerja lelaki manakala 6,776 lagi pekerja wanita," katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal.

Dibelasah angkara curi wang masjid


Lelaki yang mencuri wang tabung Masjid Hadhari di Jerteh kelmarin terbaring selepas dibelasah oleh orang ramai.


BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.
Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.
Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.
Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.
“Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri,” kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.

Penjenayah Geng Tikus tumpas


ZAINUDDIN menunjukkan empat buah kereta yang dirampas daripada penjenayah Geng Tikus pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sindiket samun, pecah rumah dan curi kenderaan yang menggelarkan diri mereka Geng Tikus tumpas apabila lima anggotanya termasuk seorang wanita diberkas di Taman Sentosa di sini Selasa lalu.
Kumpulan penjenayah itu menggelarkan diri mereka Geng Tikus selepas anggotanya meletakkan gelaran tikus di hujung nama masing-masing.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 4.45 petang membabitkan dua lelaki tempatan yang dipercayai baru melakukan samun di sebuah rumah di Jalan Kasa, Taman Sentosa.
Menurut beliau, susulan tangkapan kedua-dua suspek itu, polis kemudian menahan dua lagi lelaki dan seorang wanita yang dipercayai daripada anggota penjenayah Geng Tikus tidak jauh daripada tangkapan pertama.
"Kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kes-kes jenayah sejak awal 2011 dan mereka menggunakan taktik bergerak secara berkumpulan semasa melakukan samun atau pecah rumah.
"Penjenayah itu yang turut melarikan kereta mangsa akan meleraikan kenderaan tersebut bagi menjual komponennya," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini semalam.

Markas maksiat warga Afrika diserbu


PUSAT hiburan di Giza Damansara, Kota Damansara yang menjadi tumpuan warga Afrika berpesta minum minuman keras diserbu semalam.


PETALING JAYA - Keseronokan lebih 30 warga Afrika berpesta minuman keras bersama pasangan masing-masing terhenti apabila sebuah pusat hiburan yang disyaki menjadi sarang maksiat warga asing di Giza Damansara, Kota Damansara itu diserbu pihak berkuasa semalam.
Serbuan pada pukul 4.30 pagi itu menjadi kecoh apabila anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor dan polis daripada Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dimaki-hamun warga asing itu yang enggan menunjukkan dokumen mereka untuk diperiksa.
"Terdapat dalam kalangan warga asing itu terutamanya wanita bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka cuba diperiksa.
"Malah seorang daripada wanita warga asing itu turut berpura-pura pengsan untuk melepaskan diri daripada diperiksa," kata Pegawai Penguat Kuasa Imigresen, Osman Montil ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.

Remaja maut dirempuh kereta


KELUARGA Mohd. Faris Poh ditenangkan oleh orang ramai selepas remaja itu maut setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Padang Temu, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang ibu tidak menyangka anak lelakinya yang tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila motosikal ditunggangi anaknya itu dirempuh sebuah kereta dan bas di Jalan Padang Temu, di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.55 pagi itu, mangsa, Mohd. Faris Poh Muhammad Fauzi Poh, 15, (gambar) ketika itu baru keluar dari sebuah kedai makan di kiri jalan tersebut.
Jurucakap polis memberitahu, sebaik sahaja mangsa keluar ke jalan raya dari arah lampu isyarat Alai menghala ke arah lampu isyarat Padang Temu, tiba-tiba dia dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah sama.
“Akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pula sebuah bas yang datang dari arah bertentangan.
“Ekoran kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala,” kata jurucakap polis itu.

Juruteknik ditipu hutang kad kredit RM70,000


WAI FONG menunjukkan laporan polis mengenai terdapat pihak tertentu menggunakan kad pengenalannya untuk memohon kad kredit di Wisma Gerakan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik elektronik dari Kepong di sini mendakwa ada pihak tertentu menyalahgunakan kad pengenalannya apabila dia diminta untuk menjelaskan hutang kad kredit kira-kira RM70,000.
Mangsa, Loke Wai Fong, 52, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada syarikat pemungut hutang yang dilantik oleh sebuah institusi kewangan untuk menjelaskan hutangnya pada 23 April tahun lalu.
“Saya memaklumkan bahawa saya tidak pernah memohon dan memiliki sebarang kad kredit daripada institusi berkenaan serta berhutang RM70,000.
“Saya sebelum ini tidak pernah kehilangan kad pengenalan namun pernah tinggalkan kad pengenalan itu untuk mendapatkan pas kerja di tempat-tempat tertentu untuk memperbaiki kerosakan elektronik,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di sini

Orang ramai, penumpang gempar


LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu gempar apabila kepulan asap keluar dari bangunan lapangan terbang itu kelmarin.


KOTA BHARU – Keadaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini gempar apabila kepulan asap keluar daripada pendingin hawa yang terletak di tingkat satu berhampiran sebuah restoran makanan segera petang kelmarin.
Kejadian yang berlaku pada pukul 6.27 petang itu dikatakan berpunca daripada suis kawalan pendingin hawa yang disambar petir.
Menurut Pengurus Malaysia Airport Berhad (MAB) Pengkalan Chepa, Jefri Ramli, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dan penumpang diarah mengosongkan bangunan lapangan terbang tersebut.
Katanya, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan pihak keselamatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui punca kejadian.
“Sebagai langkah berjaga-jaga kami mengarahkan orang ramai mengosongkan bangunan lapangan terbang itu selama 30 minit.
“Operasi lapangan terbang itu berjalan seperti biasa selepas itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment