Sunday, September 7, 2014

APA JADI ARTIS2 YANG DAH MENINGGAL DUNIA...BAGAIMANA MEREKA DIALAM BARZAH....ORANG RAMAI MENONTON FILEM2...MENDENGAR NYAYIAN DLL...LEBIH2 YANG ADA UNSUR2 MAKSIAT.. APA KOMEN MUFTI2....

‘Raja ganja’ tumpas

Oleh Mohd Azim Fitri Abd Aziz dan Nabihah Nazam
Kuala Lumpur: Seorang pengedar dadah digelar ‘raja ganja’ akhirnya tumpas selepas polis berjaya menahan suspek dalam operasi khas dijalankan di Kampung Baru, semalam.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan suspek berusia 54 tahun. Ketika diberkas, suspek sedang membungkus beberapa ketulan ganja mampat di sebuah rumah teres dipercayai mahu diserahkan kepada pembeli.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, hasil serbuan itu polis merampas ganja seberat 60 kilogram dianggarkan mencecah nilai RM500,000.
FotoWAN Abdullah (kanan) menunjukkan ganja yang dirampas.

“Polis menjalankan risikan sejak dua minggu lalu terhadap aktiviti suspek yang dipercayai turut menjual ganja kepada golongan belia tempatan.

Anugerah 110 tahun

Oleh Nazdy Harun
Kuala Berang: “Boleh dikatakan setiap malam saya meminum air suam bagi mengekalkan kesihatan selain banyak menjadikan sayur sebagai hidangan bersama nasi,” kata Idris Hassan yang berusia 110 tahun.
Idris dari Kampung Tapah, dekat sini berkata, selain amalan berkenaan dia juga tidak mengamalkan meminum minuman berais dan petua itu diamalkannya sejak remaja sehingga kini.Katanya, dia tidak mengamalkan sebarang pantang dalam pemakanan dan biasanya memasak sayur bersama air selain memakan ulam-ulaman yang mudah diperoleh di kampung.

“Biasanya antara jam 11 malam hingga 2 pagi saya pasti bangun meminum air suam walaupun sekali berikutan menjadi kebiasaan sejak sekian lama.
FotoIDRIS dan isterinya Halimah bermesra dengan cucu mereka.
FotoIDRIS menunjukkan kad pengenalan yang tertera tarikh lahirnya.

“Saya meminum minuman yang dicampur gula serta susu, namun ia dalam keadaan terkawal dan biasanya sekali dalam sehari,” katanya.

Nyawa dibayar nyawa

Oleh Sarah Zulkifli
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan selepas didapati bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, Julai tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 45 tahun selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.Koong yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang ketika mendengar keputusan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta, Tokong Cina Kuan Yin, No 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi, dekat sini, jam 1.30 tengah hari hingga 2 petang, 29 Julai 2013.
FotoKOONG diiringi anggota polis diperkarangan mahkamah. FOTO Sarah Zulkifli

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun selepas mendapati Koong didapati bersalah atas tuduhan cuba membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap isteri Hussain, Cheong Mei Kuen di tempat dan masa yang sama.

Habuan 9 janda

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal.”
Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam. Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.

“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi.
FotoANTARA wanita yang didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO.

Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla Azua Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38; Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan Rosnita Mawardi, 35.

Rakan diperkosa depan mata

Oleh Abd Rahman Adam
Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya,” kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap. Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu.

Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.
FotoYULIDA menunjukkan tempat kejadian.

“Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya.

‘Sarang seks siber’

Rasanya tidak salah untuk ibu bapa bersikap sedikit cerewet apabila memilih pusat jagaan harian. Selepas beberapa laporan kematian bayi tersedak susu, ada pula ibu yang membuat intipan cara moden dan terkejut apabila mendapati pengasuh memukul anak mereka.
Itu mungkin kes terpencil, tetapi tidak salah untuk kita lebih berhati-hati. Kita tidak mahu anak kecil ini ‘diperdagangkan’ secara sulit seperti yang berlaku di sebuah kampung pedalaman di Filipina. Ketika kanak-kanak kecil di sebuah pusat jagaan harian leka bermain, tiga kanak-kanak di rumah sebelah dipaksa menjadi pelakon untuk melakukan aksi seks yang ditayangkan secara langsung melalui Internet dan dapat disaksikan di seluruh dunia.

Aksi menjijikkan yang berlaku di rumah banglo itu turut diulang berkali-kali secara rahsia di kebanyakan rumah di Ibabao, kampung terpencil di Pulau Cebu di mana pornografi Internet kanak-kanak sudah memasuki 5,000 rumah penduduk dan dianggap aktiviti lebih menguntungkan berbanding menangkap ikan atau bekerja di kilang.
FotoKANAK-KANAK daripada keluarga miskin sering jadi mangsa penderaan seks siber.
FotoWANITA di Ibabao mula bimbangkan keselamatan anak mereka.

“Pada mulanya saya amat terkejut, tidak percaya perkara ini berlaku di bandar saya,” kata Datuk Bandar, Adelino Sitoy, sejurus selepas polis mengumumkan mereka berjaya menjejaki rantaian pedofilia (keinginan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak atau ada kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak) yang ditayangkan secara langsung. Paling mengejutkan, Ibabao menjadi penyumbang atau sumber pornografi kanak-kanak.

Ketika kampung terpencil itu mendapat perhatian, pihak berkuasa dan badan yang memperjuangkan hak kanak-kanak berkata, industri lucah itu berjangkit dan merebak dengan pantas di kebanyakan kawasan di Filipina khususnya membabitkan keluarga miskin apabila ribuan kanak-kanak sudah menjadi mangsa penderaan seksual.

Sekali imbas, Ibabao adalah kampung nelayan yang terletak 550 kilometer di selatan Manila. Penduduknya amat akrab kerana kebanyakannya ada pertalian persaudaraan atau mempunyai hubungan baik sejak dulu lagi dengan jiran. Mereka juga dilihat sering ke gereja.

Namun polis dan pihak berkuasa berkata, di dalam rumah separa kayu yang kecil, ramai ibu bapa mengarahkan anak mereka melakukan aksi seks di depan kamera web yang disambungkan ke Internet dan dijual kepada kaki pedofilia luar negara. Ada juga kanak-kanak yang diperdaya masuk ke rumah jiran dan akhirnya dipaksa melakukan aksi lucah itu, kata mereka.

Sitoy berkata, ada banyak faktor yang membuatkan perdagangan seks secara dalam talian itu berkembang dengan pesat antaranya kanak-kanak dikurung secara rahsia di rumah, kedudukan Ibabao yang terpencil dan sikap tidak peduli ketua kampung, apatah lagi jika mereka mempunyai saudara-mara yang terbabit dalam jenayah berkenaan.

Pemburuan besar-besaran hanya dilakukan apabila sesetengah daripada rakaman video itu sampai ke rumah warga Britain yang sememangnya terkenal sebagai kaki pedofilia. Pada Mac lalu, lelaki ini dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Sejurus selepas itu, polis Filipina mengadakan serbuan di Ibabao dan kawasan berhampiran dengan bantuan pihak berkuasa Britain, Australia dan Amerika Syarikat. Dalam satu serbuan pada September tahun lalu, polis dan pekerja sosial memasuki rumah banglo di sebelah pusat jagaan harian berkenaan dan menahan sepasang suami isteri serta menyelamatkan tiga anak mereka yang berumur tiga, sembilan dan 11 tahun. Dua hari kemudian, 13 lagi kanak-kanak diselamatkan daripada beberapa rumah lain.

Penduduk Ibabao kini amat curiga dengan kemasukan orang luar, tetapi ada yang bersetuju untuk membuka mulut dengan syarat identiti mereka dirahsiakan.

Mereka memberitahu ‘sarang seks siber’ masih terus beroperasi di kampung itu, tetapi tiada penduduk yang melaporkannya atas faktor keselamatan. Selain itu, budaya penduduk Filipina yang tidak suka menjaga tepi kain orang turut membantu jenayah itu terus dilakukan.

Seorang suri rumah, Jennifer Canete, 38, yang bersedia bercakap mengenai jenayah itu secara terbuka mengesahkan ramai penduduk yang terbabit dan dia bimbangkan keselamatan empat anaknya yang masih kecil, takut mereka juga menjadi mangsa. Ini kerana dia menghantar salah seorang anaknya di pusat jagaan bersebelahan banglo sarang seks siber itu.

“Kami berasa amat marah apabila mengetahui perkara ini. Macam mana mereka boleh lakukan jenayah di sebelah pusat jagaan harian? Kini kami mula bimbang, kami tidak tahu apa akan jadi pada anak-anak kami apabila mereka pergi ke sekolah kerana di sini ramai orang yang terbabit dalam jenayah ini,” katanya.

Pihak berkuasa juga tidak pasti bila perdagangan seks kanak-kanak itu memasuki Ibabao. Namun menurut pekerja sosial, seorang wanita Filipina yang dipercayai menganggotai kumpulan penjenayah datang ke kampung berkenaan beberapa tahun lalu dan memperkenalkan skim cepat kaya kepada penduduk di situ.

Wanita itu juga mengajar penduduk cara mencari pelanggan daripada laman sembang pornografi dan menerima bayaran melalui pemindahan wang antarabangsa, kata salah seorang pekerja sosial yang meminta identitinya dirahsiakan demi keselamatannya.

Sesetengah operator memujuk kawan anak mereka untuk datang ke rumah dan menjadikan kanak-kanak ini sebagai mangsa. Mangsa diugut supaya menutup mulut jika tidak mahu ibu bapa mereka dicederakan.

Seorang ibu berkata, jirannya pernah mengajaknya untuk turut serta dalam jenayah berkenaan dan menawarkan RM320 untuk satu sesi - jumlah yang amat lumayan bagi penduduk yang kebanyakannya mempunyai pendapatan kira-kira RM22 sehari. Jirannya memujuk dengan mengatakan mereka tidak perlu mengadakan sebarang sentuhan fizikal.

“Saya berasa amat marah. Sejak dulu kami diajar untuk melindungi dan me-nyayangi anak kami. Kami memang bukan orang kaya, tetapi kami juga bukanlah terlalu miskin atau terdesak. Ini perbuatan terkutuk,” katanya.

Bagaimanapun, seperti penduduk lain yang bimbangkan keselamatan mereka, dia juga tidak membuat laporan polis. Namun dia cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada mereka yang diketahui terbabit dalam jenayah itu bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ketika mengumumkan kehancuran rangkaian pedofilia, Agensi Jenayah Nasional Britain berkata, 11 orang sudah ditangkap di Filipina pada pertengahan Januari lalu dan 18 lagi tangkapan dibuat di negara lain di seluruh dunia manakala 733 suspek masih ditahan untuk siasatan.

Andrey Sawchenko, Ketua Misi Keamanan Filipina (IJM) yang membantu dalam penangkapan berkenaan berkata, 39 kanak-kanak diselamatkan di Ibabao dan kawasan lain di negara itu.

Tetapi dia percaya, masalah sebenar jauh lebih besar dan serius. Masih ramai penjenayah yang bebas dan aktif menjalankan perdagangan seks siber membabitkan kanak-kanak. Agensi Jenayah Nasional Britain juga menyifatkan penderaan seksual kanak-kanak secara dalam talian itu sebagai ‘ancaman yang semakin membimbangkan.’

Dalam satu kenyataannya berbunyi: kedaifan hidup, kewujudan perkhidmatan Internet yang semakin pantas dan adanya pelanggan kaya dari luar negara mendorong kumpulan penjenayah mengeksploitasi kanak-kanak demi mengaut keuntungan.

Kumpulan pejuang hak kanak-kanak Belanda, Terre des Hommes menganggarkan di Filipina saja ‘berpuluh-puluh ribu’ kanak-kanak dianiaya dalam industri seks siber ini. Tahun lalu kumpulan ini mencipta kanak-kanak perempuan warga Filipina berumur 10 tahun secara maya dan dia ‘dihantar’ ke laman sembang bagi menarik minat kaki pedofilia.

Dalam tempoh 10 minggu, 20,000 orang daripada 71 negara cuba berkenalan dengan gadis maya ini dan memintanya melakukan aksi atau persembahan seks. Maklumat kaki pedofilia itu dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mungkin jenayah seperti ini tidak berlaku di negara kita, tetapi tidak rugi jika ibu bapa meluangkan lebih masa dan memantau pergerakan anak-anak kita demi keselamatan mereka.

Waris Saloma terasa pedih

Oleh Nurul Huda Kosnon
Kuala Lumpur: Waris kepada Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma kesal dengan filem biopik Saloma yang memberikan gambaran negatif dan tidak tepat di mana ia dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada generasi akan datang.
Perkara itu didedahkan Arzanee Armalie, 37, cucu kepada biduanita berkenaan atau nama sebenarnya Salmah Ismail apabila ada segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh peribadi keluarganya dan dianggap untuk kepentingan sendiri. “Filem itu juga seolah-olah memperbodohkan keturunan nenek (Saloma), termasuk bapa (Armalie Arman Ramli ) apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah.

“Gambaran yang dipaparkan rata-ratanya berunsur negatif dan tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.
FotoPOSTER filem biopik Saloma yang kini ditayangkan di Astro.

Katanya, dia tertekan dengan perkara itu dan tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan khalayak memandangkan imej keluarganya tercalar berikutan tayangan filem terbabit.

“Perkara yang paling dikhuatiri apabila masyarakat memandang buruk terhadap generasi Allahyarham Puan Sri Saloma akan datang termasuk anak-anak saya, ” katanya.

2 comments:

  1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
    KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU NUNUNG, KAMI TINGGAL DI BRUNEI-PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA KY DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    SPORTS,TOTO 6D , 213359
    SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,KELUARAN NOMOR TOGEL 4D,5D,6D,7D, ,AKI DARMO …
    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL, 6,5 ,2015…
    ….
    SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

    ATAU, KUNGJUNGGI SITUS BLOG AKI DISINI… >>>>KLIK DISINI<<<< TRIMAKASIH

    DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …

    Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO …di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D
    angka GHOIB; laos
    angka ritual gaib kuda lari
    Togel thailand
    Togel taiwan
    Togel sydney

    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO …..
    Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>




    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr.wb,
    saya IBU DEWI ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada AKI KORO atas bantuan AKI.
    Kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan AKI KORO pula yang telah memberikan
    angka ritual kepada saya yaitu 4 angka dan alhamdulillah itu benar2 terbukti tembus . sekali lagi makasih ya AKI karna
    waktu itu saya cuma bermodalkan uang instalasi 500 ribu dan akhirnya saya menang. Berkat angka GAIB hasil ritual AKI KORO
    saya sudah bisa buka usaha kecil_cecilan yaitu BENKEL MOTOR / MOBIL dan TOKO SEMBAKO kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari
    sebelumnya, bagi anda yg ingin seperti saya bisa merubah hidup Anda selama ini jadi lebih baik melalui jalan TOGEL silahkan HUB / SMS AKI KORO di nomor (((085 "> 222"> 846 "> 347))) ATAU KLIK (#RAMALAN TOGEL JITU#) Anda akan mendapatkan Ramalan angka" super jitu "apabila anda sudah terlebih dahulu: mengirimkan SMS Nama, alamat, pekerjaan, no HP yang bisa dihubungi, serta sudah mengirim mahar untuk pembelian alat ritual sesuai kesepakatan.
    Adapun Sedikit Pengganti biaya ritual untuk mendapatkan angka Ghoib Dari AKI Yang Anda Harus Kirim Terlebih Dahulu ..
    Pembayaran biaya ritual untuk mendapatkan angka ramalan bisa di tanyakan langsung Dengan AKI KORO untuk Konsultasi lebih lanjut .
    ramalan AKI memang memiliki ramalan GAIB "yang dijamin 100% tembus atau silahkan Anda buktikan sendiri ... !!

    ReplyDelete