Ramai amah lari pada Ramadan
2010/08/07
Seorang pegawai kebajikan kedutaan negara Asia di Saudi berkata, selain beban kerja, pihaknya juga mendapati keadaan itu berlaku kerana pembantu rumah diarah berjaga hingga lewat malam untuk menyediakan sahur. Menurutnya, alasan lain seperti gaji yang tidak dibayar dan penderaan memburukkan lagi penderitaan yang dihadapi pembantu rumah itu.
“Ramadan adalah musim ramai pembantu rumah tidak lagi dapat menanggung beban kerja yang terlalu banyak, di samping masalah lain. Ini yang menyebabkan mereka melarikan diri dari majikan masing-masing,” kata pegawai itu.
Sehubungan itu, pegawai kebajikan kedutaan Filipina dan pejabat konsulnya di Jeddah sudah mengadakan persiapan untuk menyediakan bantuan kepada pembantu rumah yang melarikan diri menjelang Ramadan.
“Setiap hari kami akan menerima laporan mengenai pembantu rumah melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan kami,” kata seorang pegawai kebajikan di kedutaan Filipina.
Bagaimanapun katanya, mereka yang melarikan diri itu membabitkan semua pembantu rumah warga asing, termasuk Indonesia dan Sri Lanka.
Katanya, pusat sosial kedutaan Filipina di Riyadh yang sudah sesak, akan ditambah untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan dan keperluan peribadi pada Ramadan ini. - Agensi
No comments:
Post a Comment