Wednesday, August 4, 2010

IKUT HUKUM ALLAH ..JIKA SABIT SALAH..MAKA HENDAKLAH DIROTAN 100 KALI.....

Ibu bomoh rayu tarik laporan

NUSAJAYA – Ibu kepada bomoh muda juga suspek kepada kejadian cabul gadis 17 tahun seperti yang disiarkan Sinar Harian semalam merayu kepada keluarga mangsa supaya laporan polis berhubung kes itu ditarik balik.

Ibu mangsa, 53, mendakwa beliau menerima panggilan wanita itu kelmarin sejurus gadis berkenaan pulang ke rumah selepas ‘dilarikan’ suspek berusia 27 tahun itu untuk memohon maaf di atas perbuatan anak lelakinya itu.

“Kami sekeluarga sudah membuat keputusan muktamad tidak akan lembut hati meskipun dia (ibu suspek) menangis dan meminta simpati kepada saya agar dapat menyelesaikan perkara ini tanpa membabitkan pihak polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ibu suspek khuatir anaknya itu akan ditangkap polis dan disabitkan kesalahan sehingga dipenjarakan dengan alasan suspek dikatakan masih lagi dalam pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di ibu negara.

“Perbuatan anaknya itu tidak boleh dimaafkan, wanita itu hanya pentingkan nasib anaknya tanpa memikirkan perasaan anak kami yang masih trauma dicabul suspek sehingga hari ini (semalam) selain keluarga kami turut tertekan,” katanya.

Katanya, ibu suspek juga menangis kerana tidak sanggup untuk menanggung malu sekiranya anak lelakinya itu didakwa atas kesalahan mencabul gadis bawah umur kerana suaminya itu bergelar ustaz dan disegani masyarakat.

“Sepatutnya, sebagai anak seorang ustaz, sudah tentu suspek dididik dengan ilmu agama yang cukup bukannya mengambil kesempatan masalah dihadapi orang lain untuk memuaskan nafsunya,” katanya.

Katanya, ayah suspek adalah pengamal perubatan tradisional terkenal di Johor Bahru malah seorang doktor mengesyorkan anak lelakinya (abang mangsa) berjumpa ustaz bagi mengubati penyakit yang dihidapi isterinya itu.

“Saya difahamkan suspek mengaku wakil ayahnya yang tidak dapat menjalankan perubatan kerana ada urusan lain dan mahu seorang gadis jadi perantara bagi proses itu,” katanya.

Berhubung dengan kejadian itu, sebanyak tiga laporan polis dibuat secara berasingan di Balai Polis Gelang Patah dan Anjung Nusajaya.




Bayi lelaki ditemui dalam kotak di tepi kereta

05/08/2010 9:04am

SABAK BERNAM 5 Ogos – Seorang lelaki bersama rakan wanitanya terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di dalam kotak di tepi keretanya di Sungai Besar di sini malam tadi.
Pasangan itu bagaimanapun membuat laporan penemuan bayi tersebut di Balai Polis Bangi dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, bayi berusia kira-kira seminggu yang ditemui pada pukul 9 malam itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan setelah keterangan pengadu diperolehi memandangkan pengadu membuat laporan di luar kawasan. - Utusan

No comments:

Post a Comment