Monday, August 2, 2010

BILA PERKARA2 BEGINI NAK SELESAI...BERBALIKLAH PADA AJARAN ALLAH YANG BERPANDU QURAN DAN HADIS...TAK KAN KITA MENERUSKAN CARA BARAT DAN PENJAJAH YANG MEMANG LARI DARI AJARAN ISLAM....KERANA ISLAM MUSUHNYA

Anak muram rupanya dicabul



2010/08/02

AMPANG: Hairan melihat anaknya sentiasa muram dan enggan ke sekolah membuatkan hati seorang ibu tertanya-tanya sebelum dia terkejut apabila mengetahui kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa cabul pemandu van sekolah.
‘Rahsia’ terbabit terbongkar kelmarin apabila ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu bertanyakan anaknya mengapa dia sering muram dan berat hati setiap kali hari persekolahan tiba.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, kanak-kanak terbabit yang bersekolah di sebuah tabika di Ampang menjadi mangsa cabul apabila kemaluannya diraba pemandu van hujung Jun lalu.

“Bagaimanapun, mangsa takut menceritakan kejadian berkenaan dan memendam rasa sebelum ibunya bertanyakan kepadanya.

“Selepas hampir sebulan, kanak-kanak berkenaan menceritakan dia takut ke sekolah kerana pemandu van meraba kemaluannya,” katanya.

Menurut Abd Jalil, ibu kanak-kanak berkenaan terkejut apabila mendengar cerita itu sebelum dia membuat laporan polis, Sabtu lalu.

“Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, susulan laporan ibu mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu van sekolah terbabit bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu yang berusia 20-an ditahan kira-kira jam 2 petang semalam di rumahnya di kawasan Ampang dan kami akan mendapatkan perintah untuk menahan reman.

“Ketika ditahan lelaki terbabit tidak melawan dan memberikan kerjasama dan polis turut merampas van yang digunakannya,” katanya



Rakam aksi lucah

Oleh Mohamad Hussin

2010/08/02

SUNGAI PETANI: Belumpun reda rakaman aksi panas penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel bersama pasangannya, kini digemparkan pula dengan rakaman klip video sepasang ‘kekasih’ dipercayai warga Indonesia yang bekerja di negara ini sedang melakukan hubungan seks dikesan tersebar luas di daerah ini, dengan menjadikan sebuah rumah sewa di Taman Ria Jaya, di sini, sebagai markas pelacuran.
Difahamkan, wanita berusia 20-an itu berasal dari Medan, manakala pasangannya berusia 30-an dari Lombok tanpa rasa malu merakam perbuatan mereka menggunakan kamera telefon bimbit.
Klip video yang memaparkan pelbagai aksi selama lapan minit 45 saat itu menunjukkan pasangan itu melakukan hubungan di atas lantai sebuah bilik dengan wanita itu seolah-olah dalam keadaan rela aksi lucahnya dirakam.

Wanita itu bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di kawasan berhampiran manakala teman lelakinya bekerja sebagai buruh binaan sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa tahun lalu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Bakar, 45, berkata dia menerima rakaman klip video itu dua minggu lalu daripada seorang lelaki yang juga berasal dari Lombok.

“Saya memang kenal dengannya kerana kebetulan rumah saya dengan rumah lelaki itu tidak berapa jauh.

“Apabila melihat rakaman itu, saya terkejut kerana mengenali wanita itu kerana dia menyewa berhampiran dengan rumah saya. Kawan-kawan wanita itu memanggilnya dengan panggilan Wendy atau Shely manakala lelaki itu dikenali sebagai Kawok,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Bakar yang juga pesara kerajaan berkata, beliau tidak tahu tujuan sebenar rakaman aksi lucah itu sama ada untuk koleksi peribadi sebelum disebarkan pihak tertentu atau sebagai ‘promosi diri’ masing-masing.

“Berdasarkan rakaman menunjukkan wanita itu seolah-olah dalam keadaan rela aksi lucahnya dirakam dan seperti sengaja berlakon di depan kamera.

“Lebih terkejut apabila saya diberitahu ada warga emas tempatan yang ingin mengambil wanita ini sebagai isteri keduanya.

“Setakat ini, belum ada pihak membuat laporan polis berhubung penyebaran aksi lucah itu,” katanya

Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan hingga kini belum ada laporan dibuat berhubung penyebaran klip video lucah berkenaan


Motor nahas rupa-rupanya dicuri



2010/08/02

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang lelaki menolak motosikalnya secara tergesa-gesa walaupun mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan bukan saja menimbulkan rasa curiga anggota polis, malah membongkar kegiatannya mencuri motosikal.
Difahamkan dalam keadaan cemas itu, tanpa menghiraukan kecederaan dialami, lelaki berusia 20-an itu terus menolak motosikal yang rosak teruk itu untuk meloloskan diri, namun dia ditahan beberapa meter dari lokasi kemalangan.
Rahsia tergesa-gesa melarikan diri walaupun dalam kesakitan terbongkar apabila pemeriksaan mendapati motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa rupa-rupanya dicuri.

Malah, dalam keadaan kelam-kabut itu suspek yang cedera pada kedua belah lengan dan beberapa bahagian badan lain cuba menghidupkan motosikalnya bagi mengelak ditahan anggota polis terbabit. Terdahulu sebelum kejadian di Jalan Persisir Perling berhampiran laluan bertingkat di sini, suspek terbabit dengan kemalangan dengan seorang lagi penunggang motosikal menyebabkan motosikalnya rosak teruk jam 11.30 malam kelmarin.

Pemeriksaan mendapati, suspek cedera ringan akibat terseret pada jalan raya manakala seorang lagi penunggang motosikal hanya mengalami luka pada anggota badan.

Sepasukan anggota polis menjalankan rondaan berhenti membantu mangsa kemalangan dan mereka mula hairan dengan gelagat suspek yang enggan menerima bantuan dihulurkan, sebaliknya bertindak cuba melarikan diri.

Suspek mendakwa motosikal terbabit bukan miliknya dan dipinjam daripada rakan dengan alasan mempunyai urusan di pusat bandar. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner, Ruslan Hassan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian serta kejayaan pihaknya menahan lelaki terbabit.

“Hasil semakan rekod pendaftaran kenderaan dilakukan, mendapati motosikal terbabit dilaporkan hilang pada pertengahan bulan lalu di kawasan Ayer Baloi, Pontian,” katanya



NEGARA


Sembilan tukang urut warga asing dicekup



Sebahagian daripada sembilan tukang urut warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dicekup dalam serbuan di Seremban semalam.



SEREMBAN - Tindakan sembilan wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan dalam serbuan di sebuah premis urut tradisional di Taman Dato' Raja Hanifah, Jalan Rasah di sini kelmarin.
Serbuan pukul 3.10 petang oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri itu dilakukan selepas pihak berkuasa itu menjalankan siasatan dan risikan beberapa minggu lalu.
Dalam serbuan itu, polis menahan lapan wanita Thailand dan seorang warga China berusia di antara 29 dan 42 tahun.
Ketua operasi, Cif Inspektor Raidah Abiddin memberitahu, polis turut memberkas seorang pengurus premis berusia 25 tahun.
"Siasatan awal mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan yang sah. Walaupun kesemua gadis yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan tetapi mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat urut," katanya di sini semalam



BUKTI MEREKA BENCIKAN ISLAM SERTA AJARAN QURAN



Gereja rancang 'Hari Bakar al-Quran'

NEW YORK - Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.

Promosi upacara itu turut dimuat turun ke dalam laman sosial Facebook dan menjemput penganut Kristian untuk bersama-sama memperingati mangsa yang terkorban dalam kejadian 11 September lalu.

Paderi Terry Jones menulis sebuah buku bertajuk :Islam is of the Devil: yang memburuk-burukkan agama Islam dan turut disiarkan di dalam laman sosial Youtube.

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengumumkan, kempen itu akan memberikan 100,000 salinan al-Quran kepada seluruh penduduk dan pemimpin kebangsaan negara itu.

CAIR juga meminta penganut agama Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjang Ramadhan bermula pada bulan ini.

Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) mendesak gereja itu untuk membatalkan upacara tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua agama tersebut.

NAE turut meminta penganutnya untuk mempercayai dan menghormati serta tidak merendahkan martabat penganut agama lain.

No comments:

Post a Comment