FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa
04/03/2010
Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.
Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.
77 Comments leave one →
Dapat di fahami disini bahawa segala perbuata atau tindakan yang menuju atau mengarah kepada kemungkaran atau membuka pintu pintunya adalah terlarang sama sekali. Maka, Dengan menunjukkan atau mempamerkan gambar (mahupun menutup aurat) – baik laki laki mahupun perempuan – adalah tidak wajar dan membuka ruang bagi laki laki untuk melihat perempuan dan perempuan melihat laki laki.
Wallahu a’lam.
bergantung kepada tujuan..
ade kah tujuan kite letak gambar tuu nak beri keinsafan kepada org??
atau cume nak memperaga kan diri kite??
kite boley je nak kate yg kite x bg org tgk..
tp ade kah org boley utk x tgk..
pikir2 kan..
cadangan..
yahudi mengambil kesempatan utk melebarkan empayar yahudi nyee dgn benda2 nii..
soo..ape kate kite lak mengambil kesempatan terhadap yahudi..
dgn care kite gune kan fb nii sebagai medan sebar dakwah..
medan perbincagan isu..medan bersoal jawab agama..
dan byk lg..
x ke begituu ustaz??
Diharap tuan aiman dapat memberi sedikit huraian atau contoh agar dapat difahami. Maaf kerana tidak dapat memahaminya.
Bukankah dengan mempamirkan atau memaparkan gambar kepada awam bererti kita merelakan dan meredhai gambar tersebut untuk dilihat oleh semua tanpa ada batas? Jika tidak mahu gambar dilihat maka simpanlah ia dan tidak diletakkan di dalam akaun facebook. Wallahu a’lam.
Berkenaan cadangan menggunakan facebook untuk da’wah dan perbincangan isu agama memang sangat disokong.
mungkin apa yang dimaksudkan oleh aiman ialah men”tag” gambar2 yang bukannya berupa figura manusia atau yang sepertinya tetapi poster-poster yang menampalkan kalimat suci, gambar-gambar wallpaper yang mengandungi mesej kebaikan dan seumpamanya.
tetapi apa yang diperbincangkan dalam konteks penulisan di atas ialah men”tag” gambar-gambar manusia. tidakkah begitu?
http://leokid.wordpress.com/2010/02/26/sesungguhnya-kamera-itu-juga-bermata/
Sungguh, dunia internet ini tanpa batasan. Yang mana menjadikannya sebagai “dunia” yang cukup berbahaya. Semoga Allah melindungi kita dan para muslimah kita.
Wallahua’lam. Salam ziarah dari Nizhny Novgorod.
Ya, hal ini pernah terjadi pada seorang muslimah yang ditag oleh ahli keluarganya. Hasilnya, gambar beliau telah dilihat tanpa menutup aurat oleh komuniti di Facebook.
Saya berhasrat ingin menulis hal ini, tapi tertangguh. Alhamdulillah, tulisan ustadz lebih komprehensif dan saya akan kongsikan dengan yg lain, insyaALLAH.
http://www.muzir.wordpress.com
soalan:
apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat…. ::?
asif
syukran kathiran
jawapan:
Bismillahi wal hamdulillah
Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan.
Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.
Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya.
Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut…..Allahu A’alam..
WA
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?sid=124354bcb3519c9c0e2ce4bf11db775e&lastaction=login&f=102&t=37643
Tidak ada halangan untuk dikongsi di laman lain, demi sebaran dakwah dan ilmu.
Sekian
ustat nak tanye,,
kalo letak gamba walaupun ada muka je tu memg salah,,
camne kalau grup2 nasyid perempuan,,
apa hukum dy,,
walaupun dyorg sebarkan dakwah tp dyorg akn disolek cantik pada muke n myb akan menarik pandangan org trutame lelaki,,
adakah suara perempuan itu aurat?
time kaseh ustat,,
sy budk skolah je,,
Perbuatan kumpulan-kumpulan nasyid wanita yang memperagakan wajah mereka yang di khalayaklelaki, dan memperdengarkan alunan suara merdu mereka di khalayak lelaki, adalah termasuk perkara dilarang dalam agama.
Banyak nas yang memerintahkan supaya lelaki menundukkan sebahagian pandangan, dan melarang wanita memerdukan suara di hadapan lelaki. Walaubagaimana pun, suara wanita bukan aurat menurut pandangan yang sahih.
Wallahu A’lam.
sy nk tanya ustaz, kalau kita main kuiz2 yg ada dlm fb hanya skdr niat suka2 dan mmg lansung tidak mmpercayainya…adkh ia jg trmasuk dlm dosa?
Tentang main kuiz ramalan samada secara percaya atau main-main, telah saya tulis di artikel ini: http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/
Sekian.
sy dalam kekeliruan…
terima kasih diatas penjelasan ustaz..
saya mohon mengambil isi artikel ini
utk dikongsi bersama-sama rakan saya..
ye..saya jga sedar akan masalah ini…
memang sukar dibendung krn perkara ini sangat berleluasa dlm fb..
masing-masing pengguna ada kebebasan sendri utk melakukn apa shj..
ksedaran yg lahir dari hati sememangnya akn m’bendung mslh ini..
syukran ustaz :)
Tidak ada halangan untuk dikongsi di laman lain, demi sebaran dakwah dan ilmu.
Sekian.
saya tertarik ngan soalan yang menanyakan tentang kumpulan nasyid wanita….
maksud ustaz, terlarang bagi kumpulan nasyid wanita muncul di dalam television? walaupun ada pandangan yang sahih menyatakan suara itu bukan aurat tetapi wajahnya tetap ditontonkan di khalayak ramai. kerana di Malaysia mahupun di Indonesia, banyak juga kumpulan nasyid wanita.
-sekadar meminta penjelasan-
Ya, maksud saya berkaitan dengan alunan nasyid kumpulan wanita. Walaupun suara bukan aurat, tetapi syarak melarang melembutkan suara di hadapan lelaki ajnabi. Lihat ayat 32 surah al-Ahzab, dan tafsiran ulama tentangnya.
Wallahu A’lam
izinkn sy utk b`tya pd ustaz..sy ckp jelas dgn penerangan ustaz ttg wanita yg meletkkn gmbr dlm fb tapi macamana dgn lelaki yg meletakkan gmbr dlm fb dengan berbagai posing yg hnya untk comment??adakah blh seseorg lelaki itu meletakkan gmbr hya utk dikenali oleh kwn2 yg lme??
-mnta pnjlsn-
-Wallahu A’lam- tidak salah lelaki meletakkan gambarnya yang sesuai untuk tatapan umum, supaya dikenali oleh rakan-rakannya.
mcm mne kalau ade org laen tag gmbo2 kt mse kcik,,xbtudung pulak 2..ape hukumnya? boleh ke..ble sy tgur,,katenye xpe..mse kcik2..watpe nk mlu..????tlg.trima kasih.
saya nk tya. dosa atau tidak sekiranya seseorang itu mletakkan gambarnya swaktu kanak2(blum akil baligh) yang tidak menutup aurat?
cnthnya gambar2 nya sewaktu di sekolah rendah yang tidak memaskai tudung.
adakah itu dianggap berdosa?
sekiaan, terima kasih
Alhamdulillah, suatu peringatan yg cukup jelas dgn bahasa yg lembut tetapi tegas…
Mohon dikongsikan post ini…
Jazakallahu khaiyr, moga terus diberi kekuatan utk terus saling ingat-mengingati.
Ameen.
Tidak ada halangan untuk dikongsikan artikel ini. Sekian
setahu saya..gamba kita ketika kecil..
yg BELUM AKIL BALIGH xpe diletakkan dlm fb atau sebagainye..
mohon betulkan jika saya salah
syukran..
Saya diminta oleh peserta program serta kawan-kawan untuk membuka akaun Facebook, untuk tujuan ‘keep in touch’. Setelah lama jugak, akhirnya saya buka akaun, terdahulu berdoa agar saya dilindungi dalam menggunakan FB.
Tidak sampai 3 bulan, saya sudah menyesal membuka akaun Facebook, kerana:
1) komen saya di salah anggap oleh orang yang saya tidak kenali/tidak mengenali saya
2) saya terpaksa melihat/membaca komen,tindakan rakan FB saya yang tidak sesuai (sebagai seorang muslim) dan saya sebagai kawan, terpaksa pula menegur tindakan/komen mereka dan ini menimbulkan syak wasangka/hasad
3) saya menerima permintaan ‘add to friends’ dari lelaki yang saya tidak kenali, setelah mereka melihat gambar profile saya (saya terus tukar ke gambar bunga selepas itu)
Hati, jiwa dan minda saya mendesak saya membuat keputusan menutup akaun Facebook seminggu yang lepas. Alhamdulillah, ia adalah keputusan yang terbaik kerana sejak itu, hidup saya kembali tenang dan jelas (tiada kerisauan tentang hasad, menyinggung perasaan etc)
Bagi rakan-rakan yang lain pula, mereka dibekalkan email saya jadi mereka tidak perlu risau untuk ‘keep in touch’ dengan saya di masa akan datang.
kdg2 keliru jgak.
tp mmg btul ape yg dbncngkan diatas.
rse menyesal pon ade
tp kdg2 ssah jgak nak membuang perasaan x nak dah fcebook tu..
sedihnye..
cmne ni…
Berkenaan dengan gambar sewaktu kecil atau sebelum akil baligh, perlu diingatkan di sini, sebelum meletakkan gambar tersebut, apakah di sana ada sebarang manfaat kepada diri dan kepada agama kita atas perbuatan tersebut, yakni dengan meletakkan gambar sewaktu kecil itu, apakah akan lebih mendekatkan diri dengan Allah, atau mendatangkan apa apa kebaikan bagi kita di dunia atau hanya sekadar suka suka? Kadang kala perkara yang pada mulanya sedikit dan kecil, lama kelamaan menyebabkan kita terjerumus lebih dalam. Janganlah kita melakukan sesuatu yang sia sia dan tiada manfaat.
“sesungguhnya yang halal itu jelas dan sesungguhnya yang haram itu jelas dan diantara keduanya adalah perkara yang samar samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barang siapa menjaga dirinya dari yang samar itu bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa terjerumus dalam wilayah samar samar maka dia telah terjerumus ke dalam wilayah yang haram……..” hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim. (matan hadith ini diambil awalnya sahaja, boleh rujuk kepada kitab hadith 40 oleh imam Al Nawawi, hadith ke enam).
Setiap perkara di ukur pada niatnya. Tujuan meletak gambar agar diketahui siapa kita adalah kurang relaven, kerana andai benar untuk sahabat (sama jantina) mengetahui siapa kita, cukup sekadar menghantar gambar yang sopan melalui email (jika benar benar perlu). Adapun dengan menayangkan gambar kepada awam adalah tidak wajar. Jika benar ingin berkongsi kenangan dan gambar bersama rakan, cukup sekadar menghantar melalui email.
Apa apa juga yang kita guna, baik facebook baik selainnya, hendaklah digunakan atas kadar yang tidak melanggar syariat dan bersederhana. Elakkanlah dari membuka jalan kepada kemungkaran kerana Islam tidak sekadar melarang kemungkaran, Islam juga melarang jalan kearah kemungkaran tersebut. Sebagai contoh yang mudah, kita lihat hukum berkenaan zina, Allah menyatakan “janganlah kamu mendekati zina” (al Isra’: 32), bukan sekadar jangan lakukan, malah apa sahaja yang menuju kearah tersebut, baik berpacaran, berdua duaan, dan sebagainya adalah haram.
Sungguh jika ditanya berkenaan sesuatu secara umum tanpa pengkhususan, maka tidaklah dapat diberi sebarang jawapan yang khusus melainkan yang umum. Kita lebih mengetahui niat dan perbuatan kita, maka nilailah ia sewajarnya. Ukurlah segala perbuatan dengan kayu ukur yang benar, bukan sekadar mengikut kehendak hati dan ber ala kadar. Segala perbuatan kita samada akan menjadi hujjah keatas kita, atau menjadi hujjah bagi kita di akhirat kelak.
Wallahu a’lam. Sebarang kelemahan diatas komen ini harap dapat di tegur dan di perbetulkan.
Assalamualaikum buat semua insan2 yg x jemu2 dalam mencari RedhaNya..InsyaAllah..ana telah membaca semua comment sahabat2..Alhamdulillah,semuanya sedar akan permasalahan yg berlaku kini dari FB dan merupakan salah satu daripada agenda Yahudi..Alhamdulillah,kalian adalah insan yg sedar,maka tanggungjawab dlm amar ma’ruf,nahi mungkar telah diletakkan diatas bahu kalian,gunakan Fb sbg medan da’wah dan utk mendekati mad’u,bukan dgn menolak terus,bgaimana pula dgn nasib shbat2 kita yg masih x faham,jgn jadikan diri kita sbg org yg berada didalam agenda Yahudi,dan kita perlu sedar agenda mereka adalah untuk melalaikan,melekakan dan pelbagai lg rencana jahat terhadap umat Islam..jgn biarkan saudara seislam kita terus terleka dgn agenda mrk,maka disinilah peranan kita..Gunakan platform yg disediakan oleh Yahudi ini utk menjatuhkan mereka juga..maaf,ini hanya dari sudut pandangan ana kerana dgn Fb ini juga ana dpt menjejaki sahabat lama ana yg telah lama terputus hubungan dan pelbagai ragam manusia..gunakan peluang ini untuk mendekati mereka,sebarkan keindahan Islam,beri kefahaman kpd mereka,langsaikan hutang2 kita pd sahabat2 lama yg dulu kita jarang untuk memberi nasihat,tazkirah kerana kelak kita akan dipersoalkan semula..Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah dunia dan teguh dalam mghadapi cabaran dan ujian dariNya..Waallahualam..maaf,andai ada sbrg kekhilafan..
http://www.raymond.cc/blog/archives/2010/04/27/protect-facebook-private-photos-and-albums-from-being-viewed-by-anyone-using-javascript-hack/
Teruja saya menyuarakan pandangan setelah membaca permasalahan yg di lontarkan dan jawapan para ustaz2 yang tak jemu2 menerangkan walau soalan yg sama berulangkali.
Duhai saudaraku segala nya mudah saja. Berbalik kepangkal, ketampok asal…. Rujuk kembali hukum yang nyata yg telah ditetapkan oleh Allah Subhanahuwataala, yg telah disampaikan oleh para nabi dan Rasul. Semak kembali…yg mana wajib, yang mana harus yg mana haram.Jangan sesekali kita mengubah hukum Allah kerana nak mensesuaikan dengan kehendak kita. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih. Jangan lah sesekali kita meringankan/mengubah hanya kerana ingin memenuhi kehendak nafsu kita walau apa jua alasan. Haram tetap haram. Jangan lah sesekali diubah melainkan akan memudaratkan. Terlalu banyak kaedah dan ruang untuk kita berdakwah. Insyallah usaha murni allah sj yg mengetahui dan membalasnya. Insyallah.Wallahualam.
http://orwellsdreams.wordpress.com/2010/04/28/facebook-ceo-mark-zuckerberg-doesn%E2%80%99t-believe-in-privacy/
Salam Ustaz,
Saya ada kemushkilan.
Apa hukumnya jikalau penjual kedai buku menjual buku-buku/majalah/surat khabar yang mengandungi gambar-gambar yang mendedahkan aurat? Adakah penjual tersebut membantu dalam perkara maksiat?
Adakah haram jikalau saya upload gambar-gambar majlis di dalam blog (mengandungi pendedahan aurat, seperti wanita tidak memakai tudung) untuk memberi gambaran ketika majlis itu? Niat saya bukan untuk menunjukkan aurat tersebut tetapi pada zaman kini, ramai wanita tidak memakai tudung. +_+
Saya harap ustaz mempunyai lapand untuk menjawab persoalan ini. =D
Berkenaan menjual bahan-bahan bacaan yang mengandungu unsur-unsur haram, boleh kita bahagikan kepada dua:
1) bahan-bahan bacaan yang kebanyakannya isi kandungannya adalah maksiat, contohnya majalah hiburan yang memperagakan artis-artis dengan pakaian seksi, buku-buku lucah, dan seumpamanya.
Hukumnya membeli, menjual, menyebarkannya adalah haram. Kerana termasuk dalam amalan tolong menolong dalam maksiat.
2) bahan bacaan seperti surat khabar, majalah-majalah kekeluargaan, majalah pendidikan, kemasyarakatan, dan lain-lain yang memberi faedah. Tetapi tidak terlepas dari gambar-gambar yang membuka aurat.
Hukum membeli, menjual, dan menyebarkannya adalah boleh. Kerana hukum asal jual beli adalah halal. Dan unsur-unsur pendedahan aurat dalam bahan bacaan tersebut dimaafkan, kerana meraikan kaedah umum balwa. Kerana pada zaman sekarang, tidak mungkin kita mampu melepaskan diri dari unsur2 itu dalam kehidupan. Kecuali orang yang dijaga oleh Allah Taala. Mudah2an Allah mengampunkan kita semua…
Wallahu A’lam
Adapun soalan kedua berkenaan upload gambar mendedahkan aurat hingga dapat ditatap oleh umum, maka ia adalah satu bentuk saham dalam menyebarkan kemungkaran. Walaupun niat saudara bukan untuk menunjukkan aurat, niat yang betul tidak boleh menghalalkan perbuatan yang salah.
Wallahu A’lam.
Pun begitu, jika ada orang masukkan gambar kita, dan tagkan kita dalam gambar itu, dan gambar itu tidak sesuai untuk tatapan umum, kalau kita boleh minta tuan punya gambar itu deletekan gambar itu, itu yang terbaik.
Atau sekurang-kurangnya kita remove kan tag kita pada gambar tersebut, bagi mengurangkan tahap penyebaran gambar itu. Itu sahaja yang kita mampu.
baru2 ni saya ada upload gambar2 saya masa pegi umrah kat facebook. jd salah ke kalau saya upload gambar2 tu walaupun menutup aurat?
seperti kata saudara Yasir “Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.”
Bagi saya, kaum wanita tidak elok meng upload gambarnya ke laman-laman web sosial untuk tatapan umum tanpa mengira lelaki atau perempuan. Memang boleh menimbulkan fitnah.
Wallahu A’lam,