Gagasan Anak Muda desak tutup rumah urut
2010/08/07
TUTUP...sekumpulan ahli Gagasan Anak Muda mengadakan bantahan di hadapan Masjid Negeri selepas solat Jumaat, semalam.
“Kami mahu bulan Ramadan yang mulia ini bukan saja disambut oleh orang Islam tetapi turut dihormati oleh semua bangsa di Malaysia,” katanya.
Mohd Razzdee berkata, sesetengah pusat urut dan hiburan bukan saja menawarkan khidmat seks dan menggalakkan maksiat tetapi turut melindungi pekerja asing yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial. - Bernama
HASIL ZINA DAN PERGAULAN BEBAS
Polis siasat bayi ditemui dalam kotak
2010/08/07
Bagaimanapun, siasatan polis tidak menolak bayi yang ditemui itu bukan dibuang seperti laporan awal berikutan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan apa-apa pergerakan mencurigakan di depan kedai itu pada malam kejadian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi termasuk seorang penuntut dan rakan wanitanya yang dikatakan menemui bayi berkenaan.
“Kami sudah menerima laporan yang seorang bayi dijumpai dan kami menyiasat,” katanya di sini, semalam.
Beliau ditanya perkembangan siasatan penemuan bayi yang masih mempunyai tali pusat di Sungai Besar, kira-kira jam 9 malam Rabu lalu. Berdasarkan laporan awal, penuntut yang menemui bayi berkenaan membawa bayi itu ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, sebelum ibu saudaranya membuat laporan polis.
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk rawatan susulan. Bayi lelaki berkenaan sihat dan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ditanya berhubung kes salah guna kepala surat dan cop rasmi pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu, Khalid berkata, ia masih dalam siasatan dan belum selesai
No comments:
Post a Comment