Monday, November 8, 2010

BAKAL SUAMI SOROK...LANTAKLAH...MAKSIAT DAN MUNGKAR TAK SOROK DAN TAK RASA BERSALAH....PELIK MANUSIA SEKARANG...

ARTIS MACAM TERKECUALI DARI DOSA..TAK PENDULI HUKUM HAKAM...KEMUDIAN DIPUJA DAN DISANJUNG...MALAH DITIRU....APA KOMEN MUFTI DAN ILMUAN ISLAM...ADAKAH MEMILIH BISU DAN TAK TEGUR ARTIS2 INI.......

HIBURAN


Tarikh kahwin 11.11.11





PUAS dipujuk, dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Utuh. Ezlynn masih tidak mahu mendedahkan siapa calon suami yang bakal dikahwini tahun hadapan.
“Calon suami saya, biarlah saya rahsiakan dulu, belum waktunya saya mendedahkan secara terperinci mengenai dirinya,” tutur Ezlynn lembut.
Sebelum ini, Ezlynn pernah mengeluarkan kenyataan mengenai jejaka berusia 30-an yang juga seorang ahli perniagaan adalah ‘teman’ yang cukup rapat dengannya.
Cuma Ezlynn menegaskan, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang kenamaan atau yang berharta tetapi cukup sekadar tidak mengongkongnya daripada melakukan aktiviti seni serta tidak cemburu buta. “Selain itu, saya juga inginkan seorang suami yang beriman supaya dapat memimpin diri ini kelak dalam soal agama,” tuturnya.
Dalam pada itu, Ezlynn mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup memandangkan hatinya pernah parah terluka suatu masa dahulu.
“Sememangnya putus cinta sesuatu yang sangat menyedihkan, sebab itu apabila kembali bercinta, saya cukup hati-hati, bimbang saya terluka lagi,” ujarnya.




SELEPAS muncul dengan single, Tic Tac Toe, Ezlynn bakal menampilkan single terbarunya yang berjudul Dusta.


Tatkala berbicara pula mengenai perancangan untuk berkahwin, gadis bersuara serak-serak basah itu bagaimanapun mengesahkan sememangnya benar sama sekali dia ingin menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan.
“Saya memang merancang ingin berkahwin apabila umur saya mencapai 30. Saya belum bersedia mendedahkan bakal suami kepada umum. Bila tiba masa akan diberitahu,” kata Ezlynn, 29, ketika ditemui pada majlis pelancaran Peek-A-Boo Restyled Party, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengikut perancangannya, Ezlynn bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan November 2011 setelah membuat perbincangan serius bersama ibunya.
Jika pada tahun ini, ramai yang merancang untuk berkahwin pada ‘tarikh keramat’ 10.10.10, pada tahun depan juga muncul satu tarikh keramat iaitu 11.11.11 dan khabarnya Ezlynn telah memilih tarikh tersebut untuk melangsungkan perkahwinan,
Apabila diajukan soalan mengenai tarikh bertuah 11 November, 2011 yang dipilih ibunya untuk dirinya bergelar isteri, sambil mengukir senyuman di wajah, Ezlynn menyatakan jikalau tiada aral yang melintang pastinya tarikh tersebut dipilih.
“Sememangnya tarikh tersebut agak menarik dan mudah untuk diingat. Ibu pun sudah memilihnya, justeru andai tiada sebarang halangan, insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut,” ungkapnya.
Bunting pelamin
Setiap wanita yang berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan sepanjang hayat begitu juga dengan penyanyi kelahiran Ulu Kinta, Perak ini.




FIGURA ini bertegas tidak akan bersara daripada karier seninya selepas bergelar isteri nanti.


Sehubungan itu, Ezlynn mengakui fobia dengan isu kahwin cerai di kalangan masyarakat kini, khususnya artis.
“Saya mengakui agak bimbang kerana baginya penceraian akan hancurkan setiap impian yang dibina, katanya lagi.
Jelas Ezlynn lagi, dia tidak akan berhenti menjadi penghibur walaupun telah bergelar isteri. Walaupun menjadi ibu, Ezlynn tidak akan berhenti untuk terus menjalankan aktiviti sebagai seorang insan yang bergelar artis.
“Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi ibu dan saya lebih gembira jika ditakdirkan bunting pelamin,” jawab Ezlynn sambil ketawa besar.
Bercerita pula tentang karier, Ezlynn memberitahu dia sedang menunggu filem terbaru lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam pada Februari depan.
Filem aksi komedi arahan Dharma Harun Al-Rashid yang berjudul Adik Manja Return juga menampilkan pelakon jelita Rozita Che Wan, Kenchana Dewi, Scha Al-Yahya, Faezah Elai, Jihan Raja Lawak dan Fida.
“Adik Manja Return diberi suntikan zaman kini dan masih lagi mengekalkan jalan cerita Adik Manja. Filem itu mengisahkan tentang kenakalan pelajar perempuan di kolej swasta,” ujarnya.

EZLYNN bersama dua rakan selebriti, Xenia (tengah) dan Juliana Evans.



Selain itu, Ezlynn juga terlibat dengan beberapa lakonan drama bersiri dan antaranya ialah Suara Hati yang sedang ditayangkan di saluran Astro Prima, yang mana Ezlynn berlakon di samping Zamarul Hisham dan Intan Sarafina



HIBURAN


Minissha Lamba mahu lelaki kacak


MINISSHA bikin 'drama' di pentas peragaan.



PADA acara Minggu Fesyen di Dubai baru-baru ini aktres Minissha Lamba telah meminta pihak penganjur menyediakan seorang model lelaki kacak yang berdada bidang untuk memegang kain sarinya yang meleret.
Sangkaan pihak penganjur itu hanyalah satu jenaka. Bagaimanapun ia adalah satu permintaan yang serius daripada Minissha.
Aktres itu yang berada di Dubai sempena dijadualkan memperagakan pakaian rekaan pereka fesyen Zaeem Jamal. Dia diberitahu, dia harus menggayakan sari.
Ketika dalam proses mencuba sari, dia menyedari leretan sari yang bakal digayakannya itu begitu panjang dan meminta disediakan seorang model lelaki kacak untuk berjalan di belakangnya sambil memegang sari, jika tidak dia tidak akan berjalan di pentas peragaan.
Satu sumber berkata: "Minissha mahukan seorang lelaki kacak dan berdada bidang untuk memegang leretan sari yang digayakannya. Pada mulanya semua orang ingat dia hanya berlawak, rupa-rupanya dia serius. Pihak penganjur setuju mengikut kehendaknya apabila dia mengugut tidak mahu beraksi di pentas peragaan jika tiada model lelaki itu disediakan untuknya.
"Dia kata model itu haruslah tinggi dan kacak serta memberitahu secara terperinci mengenai butiran model yang dimahukan."
Permintaan itu membuatkan semua kru pertunjukan fesyen itu kelam-kabut kerana bukan mudah untuk menempah model lelaki pada saat akhir pada minggu fesyen yang kebanyakan model telah ditempah.
Pihak penganjur berhubung dengan agensi modeling tempatan dan mereka menghantar model lelaki yang menepati permintaan Minissha. Selepas melihat model itu, barulah Minissha setuju untuk memperagakan pakaian pereka fesyen tersebut.
"Ya, saya minta model lelaki untuk pegang leretan kain sari saya. Saya tidak lihat itu satu kesalahan yang besar. Kain sari itu direka sedemikian rupa tidak mungkin untuk saya berpusing sambil memegang kain sari yang meleret.
"Jadi, saya minta lelaki yang boleh berjalan bersama saya di atas pentas. Saya mempunyai masa yang cukup seronok ketika minggu fesyen berlangsung tetapi tidak pihak penganjur," ujarnya



Berlakon filem jadikan Eina matang

Oleh Elrafaei Sapi

MENYERLAH...mahu terus menyanyi

dan mempunyai album debut.
MENYERLAH...mahu terus menyanyi dan mempunyai album debut.
TERJUN ke layar perak menjadi idaman ramai pelakon. Bagi pelakon baru, peluang ini umpama bonus yang sukar dilepaskan begitu saja.
Bakat baru, Nur Eina Azman berasa bertuah apabila meraih peluang membintangi filem, Ratu arahan Prof Madya A Razak Mohaideen.

Katanya, pengalaman pertama kali berlakon filem cukup mencabar mental dan fizikal. Menariknya, menerusi genre saspens ini, dia menempuh pelbagai cabaran getir hingga berlaku pengalaman hitam yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat.
  
  • Foto BERBAKAT...Eina mengasah bakat lakon menerusi drama dan filem.
"Dalam filem ini, saya membawakan watak utama sebagai Melisa yang baik hati, penyayang dan mengambil berat terhadap rakannya walaupun tahu ada tidak menyukainya.

"Namun, dia tegas dalam membuat keputusan. Plot bermula apabila lapan peserta pertandingan ratu cantik iaitu Pesona Ratu dibawa belayar ke satu pulau.

"Satu kejadian buruk berlaku mengakibatkan mereka tersadai di kawasan sunyi itu selama seminggu. Lalu, kehidupan baru mereka bermula hingga ada terpaksa menempuh pengalaman yang menakutkan," katanya


Gadis sunti berusia 15 tahun ini menyatakan status pelakon Ratu bukan alasan untuk terlalu menjaga penampilan diri. Malah, ketika penggambaran dalam hutan yang mengambil lokasi di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor, penghujung tahun lalu, dia terpaksa menjadi comot dan cedera ketika berlakon.

"Kami perlu menggambarkan keadaan menjadi tertekan dan perlu mencari makanan sendiri untuk terus hidup. Berbanding luka kecil yang saya alami, pengalaman paling tidak dapat dilupakan ketika berada di lokasi Gua Tempurung, Perak


"Suatu hari ketika habis penggambaran, kami dibawa berjalan dalam gua itu. Ketika berada di dalam, saya terpandang seorang perempuan yang duduk di satu penjuru.

"Secara spontan saya menegur kehadiran wanita misteri itu. Mulanya, tiada siapa yang bercerita pada saya apa yang berlaku pada masa itu.

"Hingga keluar dari tempat itu, baru rakan yang lain memberitahu saya sebenarnya dirasuk. Ada kesan lebam pada kaki dan ketika melalui satu jambatan di situ, saya seolah-olah mahu terjun kerana mengikut sesuatu.

"Ketika itu, saya juga menangis dengan keadaan mata terbuka. Apabila saya keluar dari situ, saya dibawa bertemu seorang bomoh.

"Bomoh itu berkata, memang saya dirasuk dan menjerit lebih tiga jam. Ia berpunca selepas saya tegur wanita yang menjadi penunggu gua itu.

"Memang ada perasaan serik selepas melalui peristiwa hitam itu. Seboleh-bolehnya selepas ini, jika ada penggambaran di kawasan seperti itu saya cuba elakkan," katanya.

Mengenai lakonan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya, Selangor ini pernah terbabit membintangi beberapa drama sebelum ini bermula 5 Jingga diikuti Anoreksia, Calon Isteri dan Selendang. Mengembang bakat, dia juga mencuba nasib sebagai pengacara menerusi program Muzik Aktif untuk RTM.

"Selepas Ratu, saya juga diberi kepercayaan berlakon filem seram, Ada Sesuatu Yang Tertinggal, dijayakan bersama Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
"Dalam filem kedua ini, saya memainkan watak antagonis sebagai Bella yang meminati seorang lelaki, tetapi membenci Mona yang menarik perhatian ramai.

"Berbeza dengan drama, pengalaman berlakon filem lebih membuatkan saya menjadi matang. Menerusi Ratu, saya banyak menimba tunjuk ajar daripada pelakon lain yang lebih dewasa.

"Pengarah banyak mengajar dan menegur lakonan saya termasuk Fouziah Ghous dan Eizlan Yusof yang sudi berkongsi pengalaman berlakon.

"Apapun, pengalaman selama 25 hari di sekitar lokasi Lembah Klang, Pulau Langkawi dan Gua Tempurung banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya mendalami lakonan.

"Berlakon ketika masih bersekolah tidak memberi masalah besar. Saya dibenarkan berlakon selepas jam 2 petang, tetapi paling lambat jam 1 pagi saya mesti pulang.

"Di sekolah saya masih dapat memberikan perhatian terhadap pelajaran. Mami (Amy Roshaida Abdul Rafar) dan daddy (Azman Abdullah) banyak menyokong kerjaya seni saya.

"Sebolehnya mami mahu saya lebih fokus pada nyanyian kerana masa berlakon lebih panjang. Saya pernah merancang bekerjasama dengan komposer Adnan Abu Hassan, tetapi projek itu tergendala.

"Fokus saya ketika ini masih mahu teruskan bidang lakonan dan nyanyian. Jika ada peluang, saya teringin bekerjasama dengan penyanyi Anang dan membawa watak lebih mencabar," katanya.

Eina yang pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak usia 11 tahun termasuk program Oh La La (TV9) tahun lalu, tidak mahu bergantung pada ibu saudara, Juliza Adlizan untuk berjaya sebagai penyanyi.

Katanya, dia mahu menimba pengalaman baru dengan guru berbeza. Malah, dia mahu terus berlatih vokal dan merancang menghasilkan album sulung selepas tamat belajar.

"Ketika ini, saya bebas terima apa saja tawaran dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak. Sebelum ini, ada tawaran lain mahu mengambil saya berlakon, tetapi ia terlepas begitu saja.

"Untuk lakonan, saya berharap kehadiran saya diterima positif penonton dan Ratu membuka pintu untuk saya kembangkan bakat di layar perak.

"Walaupun ada yang beranggapan fizikal saya memberi kelebihan, saya berasakan ia perlu diseimbang dengan bakat untuk berjaya," katanya.



>PROFIL
NAMA: Nur Eina Azman
TARIKH LAHIR: 13 Mac 1995
USIA: 15 tahun
ASAL: Temerloh, Pahang
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pengacara
FILEM: Ratu dan Ada Sesuatu Yang Tertinggal
DRAMA: 5 Jingga (8TV), Annoreksia, Calon Isteri dan Selendang.
PROGRAM: Muzik Aktif (RTM)
IDOLA: Erra Fazira, Aaron Aziz, Syamsul Yusof dan Yusry KRU

No comments:

Post a Comment