Wednesday, November 10, 2010

TUTUP IKUT KAEDAH ISLAM..SUARA WANITA JUGA AURAT PERLU DIJAGA...ADAKAH ARTIS ADA KEKEBALAN DARI DOSA....TENGOK CARA IA BERGAMBAR...BERGAUL DAN AURATNYA YANG TAK DIJAGA ....

ADAKAH MEREKA TAK TAHU DOSA DAN PAHALA.......

Acha Tidak Kekok Bertemu Irwansyah
Sering berlakon bersama buat Acha dan Irwansyah tidak canggung walaupun sudah berpisah.
BEKAS pasangan kekasih Acha Septriasa dan Irwansyah akan beraksi dalam sebuah filem cinta berjudul Love Story yang bakal ditayangkan tahun hadapan.
“Filem ini adalah versi filem Heart tapi telah diperbaharui agar ia bersesuaian untuk tahun 2011. Kepada mereka yang tidak berpeluang menonton versi lalu bolehlah menonton filem ini tahun hadapan,” ujar Acha.
Acha ditemui ketika tayangan perdana filem Heart 2 Heart bersama kekasih barunya, manakala Irwansyah turut hadir bersama pasangannya, Zaskia Sungkar.
“Kami berterima kasih dengan filem Heart yang menaikkan nama kami berdua. Walaupun kami sudah berpisah tapi kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Menurut Acha, dia tidak kekok lagi untuk berlakon dengan Irwansyah walaupun mereka bukan pasangan kekasih lagi kerana kedua-dua mereka sudah boleh menerima hakikat perpisahan itu.
Malah Acha juga sering kali meminta pendapat Irwansyah mengenai sesuatu babak yang bakal mereka lakonkan bersama.
“Saya sering bertemu dia dan berlakon bersama, jadi kami sudah jadi seperti rakan dan tiada lagi perasaan sakit hati seperti awal-awal dahulu,” katanya


Wajah Baru MyTV3
MyTV3 kini berwajah baru
PETALING JAYA: MyTV3 kini berwajah baru dengan kelahiran program 30 minit yang telah bersiaran pada 7 November 2010, pukul 6 petang.
Lebih padat dengan perisian program-program baru, MyTV3 juga mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahlinya di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini.
Pelancaran wajah baru MyTV3 telah diadakan di gerai MyTV3 bersempena dengan Karnival Jom Heboh di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang minggu lalu.
Ahli-ahli MyTV3 dijemput untuk meraikannya bersama krew MyTV3, MyTV3 Roverz dan juga artis-artis jemputan seperti Intan Ladyana, Erry Putra, Comel Hotel Mania dan Munir.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Sri Farid Ridzuan, MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3.
“Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
"Mereka bukan sahaja berpeluang menghadiri acara berprestij stesen itu, malah mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran. Ini merupakan satu inisiatif ideal dan bermakna kepada para penonton setia kami khususnya ahli-ahli MyTV3.”
“Sepanjang penubuhannya, kami amat berbesar hati kerana MyTV3 masih terus menerima jumlah pendaftaran ahli baru yang membanggakan di gerai MyTV3 menerusi Karnival Jom Heboh, aktiviti bersama kolej dan universiti serta pendaftaran SMS.
"Dengan pembaharuan yang dilakukan selepas menukar konsep siaran dari kapsul 5 minit, sehari dua kali kepada siaran program penuh selama 30 minit, kami berharap dapat memberi manfaat maksimum kepada ahli-ahli MyTV3 di seluruh Malaysia,” ujarnya.
Program ini dihoskan oleh personaliti yang tidak asing lagi, Aidid Marcello. Ia memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi empat segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyDAY dan MyZONE.
Sejak memulakan operasinya secara tidak rasmi di Karnival Sure Heboh (kini dikenali sebagai Jom Heboh) pada tahun 2004, sesi pendaftaran dan pengambilan ahli-ahli baru MyTV3 rancak dijalankan selama 7 tahun. Sehingga kini, MyTV3 masih berdiri kukuh dengan jumlah keahlian hampir 1 juta orang


Hasrat Ramlah Ram Bertudung Sudah Lama Dipendam

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.
Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.
Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. dan Ketentuan.
Kata Ramlah, ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.
“Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.
“Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini,” katanya.
Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.
“Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.
“Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini,” katanya.
Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.
“Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini,” katanya.
Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.
“Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.
“Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.


Persaingan Sengit Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

PETALING JAYA: Separuh akhir Muzik Muzik 25 peringkat pertama, Isnin lalu menyaksikan enam buah lagu mendapat makrah tertinggi yang memberi peluang mara ke Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25).
Lagu tersebut ialah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Sejujur Hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal Tahir).
Semua lagu yang dipertandingkan pada malam separuh akhir itu telah memberi saingan sengit dari segi vokal dan kekuatan lagu masing-masing.
Keputusan 12 buah lagu layak ke AJL25 akan ditentukan pada pusingan ketiga, pada 22 November ini.
Antara 12 buah lagu yang bersaing iaitu Gerak Hati (Azlan & The Typewriter), Inikah Cinta (Akim), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Cinta (Mohd), Noktah Cinta (Hafiz), Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Anna Raffali), Nadiku (Sabhi Sadhi), Cinta Sempurna (Yuna), Oh Juwita (Nubhan), Sejujur Hatimu (Adibah Noor) dan Hanyut (Faizal Tahir).
Antara komen artis yang bertanding pada malam itu ialah:
Ana Raffali
"Jika tidak terpilih sekalipun saya berbangga dapat berkongsi pentas separuh akhir ini bersama artis-artis yang jauh lebih berpengalaman daripada saya. Ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai artis ke anugerah yang berprestij ini," ujarnya.
Shahir AF8
"Sebagai pendatang baru dan kali pertama ke pertandingan ini sudah tentu saya berdebar dan gugup. Saya rasa sangat kerdil di atas pentas berbanding dengan penyanyi yang sudah mempunyai nama kukuh seperti Faizal Tahir," kata Shahir.
Azlan & The Type Writer
"Semua yang bertanding mempunyai kelebihan sendiri. Pertandingan ini tidak menilai suara atau penyanyi tapi lagu. Saya pasti semua lagu ada kelebihan sendiri yang mampu memikat hati para juri," ujar Azlan.
Adibah Noor
"Biarpun saya anatara yang paling senior tapi sebenarnya saya juga masih baru. Bagi saya industri muzik kita semakin berkembang. Ramai anak muda yang berbakat mula muncul ke dunia mainstream. Malah masyarakat juga sudah mula menerima mereka sebagai sebahagian dari muzik Malaysia," kata Adibah.
Separuh akhir ini akan mempertandingkan 30 buah lagu untuk tiga pusingan. Kini tinggal dua pusingan lagi iaitu pada 15 November dan 22 November yang akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 10 hingga 11.30 malam
Enam Bakat Muda Akan Beraksi Di Pentas 'Kamilah Bintang'

Dari kiri atas: Aiman, Dayang, Qistina, Faisal, Farhan dan Wani. Foto TheStar oleh LOW LAY PHON.
KUALA LUMPUR: Sempena musim cuti persekolahan yang akan bermula 20 November ini, Astro Ceria akan menyiarkan program pertandingan nyanyian kanak-kanak, Kamilah Bintang.Ia akan disiarkan pada 19 November ini pada pukul 5.30 petang, menerusi saluran 611.
Menariknya, hanya enam peserta muda yang dipilih untuk menyertai program tersebut dan tiada undian daripada penonton dibuat. Sebaliknya ia diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Adibah Noor, Shafizawati Sharif dan Aznil Nawawi.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, Kamilah Bintang juga tidak akan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut sehinggalah ke peringkat akhir.
"Program ini memberi peluang kepada peserta-peserta muda untuk mengasah bakat mereka yang sedia ada sempena musim cuti sekolah. Sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti yang boleh dilakukan
"Kamilah Bintang akan mengajar para peserta mengenai teknik-teknik nyanyian. Beberapa penyanyi profesional seperti Hujan, Farah Ashikin, Stacy, Amy Search dan Aizat akan menjadi artis yang akan memberi tunjuk ajar kepada mereka dan akan dilatih selama lima minggu.
"Peserta diberi “kuasa bintang” untuk memperbaiki persembahan mereka pada konsert mingguan.
"Kuasa Bintang ibaratnya seperti talian hayat. Jika mana-mana peserta mendapat markah terendah, mereka boleh memilih sama ada mahu kelas tambahan vokal, mendapatkan khidmat penyanyi latar atau peralatan pentas," katanya pada pelancaran program Kamilah Bintang di Fullhouse Cafe, Isnin.
Beritahu juri Shafizawati atau lebih dikenali sebagai cikgu Shafi, dia berpuas hati dengan peserta-peserta yang dipilih kerana mereka memiliki bakat nyanyian yang hebat.
"Cuma mereka perlu diajar pendidikan muzik dan bagaimana cara untuk menghasilkan ton vokal yang bagus," katanya.
Enam bintang muda yang terpilih terdiri daripada Dayang (Dayang Nazillah Awang Astillah), 14, Wani (Syazwani Sapari), 10, Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz), 14, Faisal (Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim), 13, Farhan (Muhammad Fathullah farhan Muhammad Rosdi), 12, dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad),13.
Juara Kamilah Bintang akan menerima hadiah pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia sekeluarga, komputer riba VAIO, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.
Bagi naib juara pula akan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Taman tema Hong Kong bersama keluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.
Manakala tempat ketiga akan membawa hadiah pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura sekeluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle

HIBURAN


Henry, Daphne temui jiwa sebenar





SENANG dan lancar berbicara dengan dua figura ini. Tanpa perlu banyak disoal, tutur kata mereka laju berjalan ditambah dengan keselesaan yang mereka tebarkan. Itu pesona yang terpahat pada diri Daphne Iking dan Henry Golding, dua individu yang sudah sebati dengan kotak kaca televisyen.
Kembara perjalanan mereka dalam melakari himpunan portfolio mereka bukan sehari dua. Bukan mudah untuk membina nama selesa seperti sekarang. Hasil segala usaha dan kerja keras yang jitu, nah hari ini mereka disenaraikan dalam kategori Personaliti TV Kegemaran dalam sebuah acara anugerah urban - Anugerah Shout! yang bakal berlangsung 20 November ini. Anugerah yang diilhamkan oleh 8TV yang memasuki musim kedua itu masih mengekalkan lokasi sama iaitu di Stadium Putra, Bukit Jalil dan bakal bersiaran secara langsung pada pukul 8.30 malam di 8TV.
Santai berbicara tentang tugasan mereka sebagai pengendali program, kedua hos terkenal ini sempat berbicara perkembangan terkini dan evolusi diri yang sedang dilakar perlahan-lahan dalam diri mereka.
Daphne kembara kerohanian
Lucu kata Daphne Eleanor Iking apabila usai dirinya dianugerahkan Pelakon Wanita Harapan di FFM23 lalu, perspektif sesetengah orang terhadap dirinya sedikit berubah. "Ada yang sudah menyangka saya sudah menaikkan harga, walhal perkara itu tidak terbit langsung dalam pemikiran," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah filem etnik berlandaskan suku kaun Kadazan tahun hadapan.

DAPHNE bakal mengembara ke India untuk mencari keseimbangan diri. Kata si cantik manis ini juga, hatinya kini sedang mengenali seseorang dan berharap segalanya berjalan lancar.


Pelakon filem Belukar berusia 31 tahun ini kemudian membuka cerita, mahu membawa diri dan perasaan jauh ke negara India. Terinpirasi keras dengan buku tulisan Elizabeth Gilbert yang bertajuk Eat, Pray, Love, Daphne memanjangkan langkahnya ke India. "Satu kembara kerohanian di samping menziarahi teman saya yang bakal mengadakan resepsi perkahwinannya di sana,"ujarnya yang bakal bercuti pada 11 Disember kelak dan mahu menikmati indah dan spiritulism negara India.
Sebelum sibuk dengan agenda kerohaniannya, ibu kepada Isobel Daniella, 3 tahun, ini terlebih dahulu akan terlibat dengan Anugerah Shout! dan membawa tugasan sebagai pembaca nominasi. Dia yang merupakan bunga di antara kumbang yang tercalon dalam kategori Personaliti TV Paling Digemari berasa berbesar hati dibariskan dengan Ally Iskandar, Aznil Haji Nawawi, Henry Golding dan Zizan Raja Lawak.
"Mereka yang berada dalam kategori yang sama dengan saya merupakan raja segala raja bagi program televisyen. Itu yang membuatkan saya berbesar hati dan teruja," ujarnya yang dicalonkan melalui program The Breakfast Show.
"Saya juruskan soalan kepada kriteria personaliti TV di mata Daphne yang sudah lama bergelumang dalam persekitaran itu. Dia menjawab lancar, seakan menonton dirinya di kaca TV.
"Seorang personaliti TV itu perlu ada attitud yang betul. Tidak diva dan juga tidak sombong. Dia harus mencari program yang sesuai dengan karakter dirinya. Saya lihat, Aznil dan Ally serta diri saya, kami mempunyai pengetahuan dan latar belakang berasaskan jurnalism. Ini menyenangkan kerja kami sebagai hos program kerana sudah tahu banyak aspek seperti kamera, edit dan belakang tabir.
"Seorang personaliti TV juga sepatutnya tidak terlalu lantang dengan vokal yang kuat. Mungkin kerana saya diajar dalam cara sedikit konservatif tetapi bagi saya, hos juga tidak sepatutnya mempunyai pergerakan tanda dagang yang kelak akan menghalangnya daripada mengambil program lain," ujar Daphne yang kagum dengan pesona yang melekat pada diri Henry, Aznil dan Ally.

HENRY GOLDING mengamalkan pengambilan multivitamin untuk mengekalkan staminanya sebagai hos pengembaraan.


Selesai dengan penggambaran bersama Mejar Dr. Faiz Khaled melalui program Idea: Malaysian Inventors' Challenge, Daphne tidak berhenti-henti mengucapkan rasa syukur kerana arus rezekinya masih bertali. Walau dihimpit pelbagai kontroversi, dia tenang dan tahu ada hikmah yang bakal menjengah diri. Tidak segan-segan juga dia mengaku sedang mengenali seseorang dan senyuman di wajahnya tidak menipu apatah lagi sinar matanya.
"Saya melalui evolusi diri. Dulu saya terlalu mempedulikan pandangan dan hati ramai pihak. Tetapi saya sedar bahawa bukan semua hati boleh disenangkan. Dulu saya asyik membela diri saya dan di penghujung hari, orang masih menyalahkan saya dalam banyak hal. Kini saya lebih relaks. Saya percaya bermula dengan niat yang baik, kita bakal didatangi dengan perkara-perkara yang berunsur kebaikan juga akhirnya," ujar Daphne melemparkan aura positif di seluruh persekitarannya.
Lima peratus Henry Golding
"Sedap dan cantik," ujar Henry diselangi ketawa besar. Itu merupakan dua perkataan bahasa Melayu yang lancar di bibirnya. Jujurnya dia baru menguasai bahasa tersebut dalam lingkungan lima peratus dalam durasi masa dua tahun menetap di Malaysia. Bukan tidak mahu atau enggan mencuba tetapi mindanya agak lambat untuk mencerna patah perkataan bahasa itu. Tetapi untuk ditanyakan dalam bahasa kebangsaan tersebut, dia selesa.
"Menjadi masalah juga sewaktu saya mengendalikan program 8TV iaitu Welcome To The Rail World. Saya perlu berkomunikasi dengan orang-orang di desa tetapi saya banyak dibantu oleh krew produksi dan saya mencuba serta belajar," ujarnya yang teruja dengan kecantikan semula jadi Malaysia terutamanya di sebelah utara. Dia juga menamakan kampungnya, Sarawak mempunyai tempat yang istimewa di hatinya.

KATA Daphne, seseorang personaliti TV tidak boleh sombong atau bersikap diva. Menurut Henry pula, bertemu dengan tapak dan jurusan yang dekat dengan jiwa akan menyerlahkan lagi kredibiliti seorang pengacara.



Jejaka berusia 23 tahun ini mengaku, dia kurang selesa membawakan sesuatu berbaur sukan. Bukan jiwa, kata Henry lalu pengalaman bersama program Football Crazy di saluran sukan antarabangsa ESPN tahun lalu disimpan sebagai salah satu portfolio berharga. Kini lelaki kacukan Inggeris (bapa) dan Iban (ibu) menjumpai jiwa dan semangat sebenar yang terletak di aliran penjelajahan.
"Saya bertemu jurusan saya yang sebenar. Program berunsur pengembaraan (travel) adalah jiwa sebenar. Malah ia juga adalah tapak transformasi dalam diri saya. Saya rasa dekat dengan program-program tersebut dan yang penting selesa mengendalikannya," luah Henry yang bakal terlibat dengan sebuah lagi program pengembaraan Eropah di bawah payung Bernama.
Bukan hanya dinominasikan dalam kategori Personaliti TV tetapi si jejaka yang dicalonkan melalui program The Quickie ini juga terpilih dalam senarai Anugerah Lelaki Panas (Hot).
"Bunyinya sedikit kontroversi, bukan? Saya berasa sedikit malu kerana lain orang berbeza pandangan dan cita rasa. Mungkin daya tarikan saya mengatasi rupa paras saya, mungkin? Tetapi jujur saya katakan bahawa ia merupakan satu pujian besar untuk saya apabila disenaraikan.
"Jujurnya saya lebih selesa di kategori yang satu lagi. Ia mempamerkan kerja keras kami sebagai hos TV selama ini dan dihargai. Semua yang disenaraikan merupakan nama-nama besar dalam lapangan masing-masing. Saya berbesar hati," senyum Henry pemegang status kerjaya model, pengacara dan jurucakap jenama Canon ini


Belum fikir lagi soal kahwin

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
pix_middle
KEGAGALAN Fazura dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) menerusi filem Pisau Cukur mengundang perbualan ramai. Semua berasakan dia layak dimasukkan dalam kategori itu, malangnya pihak penilai dikatakan terlepas pandang dan hanya mencalonkannya dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan.
Gelaran itu pun agak sukar diraihnya apabila tewas di tangan Norliana Shamsudin yang dilihat begitu menyerlah menerusi filem Adnan Sempit. Agak menghairankan apabila Fazura sendiri tidak langsung memberikan komen seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku di sekelilingnya. Namun, boleh dibuat kesimpulan dia seakan-akan kecewa dengan apa yang terjadi.

Bagaimanapun, masih ada peluang buat Fazura membersihkan calar pada wajahnya menerusi Anugerah Skrin 2010 TV3 yang bakal berlangsung pada penghujung Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kali ini banyak pihak berasakan panel juri tidak terkhilaf lagi menilai siapa yang layak dicalonkan mengikut kategori yang sesuai.
  
Foto


    Itulah juga harapan pelakon cantik ini. Ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Bujang Terlajak arahan Profesor A Razak Mohaideen, pelakon ini meletakkan harapan Anugerah Skrin tidak mengulangi 'bencana' yang berlaku pada FFM23.

    "Saya lihat Anugerah Skrin adalah anugerah yang menarik dan begitu berprestij serta harap janganlah jadi seperti FFM23. Bukan apa, selepas FFM23, orang risau bagaimana keadaan industri filem kita kerana terlalu banyak kekalutan dan pertanyaan berhubung penganjuran dan pencalonan setiap kategori.

    "Saya harap sangat Anugerah Skrin membuka mata untuk menghargai karyawan seni iaitu pelakon dan penggiat seni mengikut landasan yang betul. Mereka perlu dihargai dan diberikan pengiktirafan kerana hanya orang seni yang tahu bagaimana susahnya bekerja dalam bidang ini," katanya sebelum sesi penggambaran bermula

    Meskipun raut wajahnya tenang, terselit nada kekecewaan dalam patah perkataan Fazura apabila mengakui selepas FFM23 dia tidak berharap sangat dicalonkan dalam mana-mana anugerah atau meraih kemenangan. Cukuplah dia memberikan lakonan terbaik yang diingati peminat.

    "Yang penting peminat tahu bagaimana lakonan saya. Lakonan saya kini hanya untuk peminat, bukannya kerana untuk bertanding. Hendak bercakap banyak pun saya malas kerana nanti orang kata saya macam-macam pula sedangkan perasaan kecewa saya orang tak tahu. Sebenarnya bukan mudah menjadi anak seni kerana terlalu banyak pengorbanan perlu dibuat

    "Apapun saya percaya barisan juri untuk Anugerah Skrin lebih baik menilai dan jujur dalam kerja mereka. Jika saya dicalonkan untuk kategori yang sepatutnya, saya akan bersyukur. Ini perkara biasa kerana setiap artis dan pelakon rasa dihargai apabila dicalonkan mengikut kategori yang betul dan meraih kemenangan.
    "Orang pergi pada majlis anugerah untuk melihat mereka yang terbaik. Barulah timbul perasaan seronok. Saya kena percaya pada rezeki dan jika ada (rezeki) pada Anugerah Skrin, saya akan bersyukur dengan kurniaan ini," katanya yang mengakui tidak mengambil tahu langsung dan tidak membabitkan diri dengan program FFM23.

    Bercerita mengenai kerjayanya, Fazura mengakui kelibatnya jarang kelihatan dalam lakonan kerana berehat selama setahun. Dalam tempoh itu dia sibuk dengan tugasan sebagai duta untuk produk wangian Avon, Nutox Skincare dan Hair Extension jenama Hair Dreams. Filem Bujang Terlajak boleh diibaratkan kemunculan semulanya dalam seni.

    "Ini ialah filem ke-10 lakonan saya dan ketiga dalam genre komedi. Saya melakonkan watak Puteri yang digilai tiga ahli silap mata profesional, Saiful, Nabil dan Johan. Saya terbabit dalam sekitar 15 babak. Sebelum ini profesor (A Razak) ada tawarkan saya berlakon filem 4 Madu tapi saya tolak kerana jadual terlalu padat. Memang tiada rezeki untuk bersama dia.

    "Namun tawaran kali ini saya tak dapat tolak lagi kerana saya pun tidak mahu buat benda sama. Bila dia tawarkan saja, saya terus berikan persetujuan kerana rasa rindu hendak berlakon. Saya juga hendak rasa pengalaman berlakon di bawah arahan profesor (A Razak) kerana kita perlu mempelbagaikan pengalaman dalam lakonan.

    "Saya tahu ramai hairan kenapa tiba-tiba saya berlakon dengannya kerana sebelum ini saya pernah berlakon filem di bawah pengarah yang agak moden iaitu Bernard Chauly, tapi saya ada sebab tersendiri berbuat demikian. Setiap orang ada cara berbeza dan itulah keistimewaan mereka.
    "Lagipun walaupun orang kata macam-macam mengenai filemnya, tapi filemnya tetap boleh diterima penonton.

    "Selepas enam hari penggambaran saya rasa keseronokan berlakon kerana ia berbeza daripada filem lakonan saya sebelum ini. Ia bukanlah komedi slapstik. Mulanya saya takut juga kerana banyak komedi, tapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dengan semua pelakon. Filem ini menampilkan komedi ringan dan sesuai ditonton untuk mengurangkan tekanan," katanya yang berhasrat kembali aktif berlakon drama Januari tahun depan.

    Alang-alang sudah berjumpa, Fazura turut dijolok mengenai persoalan hubungannya dengan seorang kerabat diraja seperti yang dihebohkan sebelum ini. Namun ringkas saja jawapan yang diberikan iaitu 'no komen'. Katanya, dia sangat rimas untuk bercakap mengenai perkara itu dan enggan membuka mulut. Bagaimanapun, dia sudi berkongsi pandangannya mengenai perkahwinan.

    "Saya enggan fikirkan lagi soal kahwin kerana mahu berjaya dalam hidup terlebih dulu. Semua orang hendak berkahwin dan harapkan jodoh yang terbaik dalam hidup, begitulah juga dengan saya. Jikalau tergesa-gesa hendak kahwin tapi rumah tangga tak kekal pun tiada guna juga. Kalau boleh saya hanya ingin berkahwin sekali dan kekal buat selamanya.

    "Saya juga tak fikir umur akan jadi isu saya perlu cepat kahwin. Lainlah kalau umur saya sudah mencecah 35 tahun, kenalah fikir untuk cepat kahwin kerana sukar nak melahirkan anak nanti. Soal jodoh ditentukan Allah dan saya akan terima dengan hati terbuka siapa jodoh saya nanti. Sudah semestinya saya harapkan jodoh yang baik dan kekal selama-lamanya.

    Sebelum mengakhiri perbualan, Fazura turut menitipkan pesan buat peminatnya. Katanya jangan terkeliru dengan kewujudan laman sosial popular Facebook (fb) individu yang menyamar menggunakan nama dan wajahnya. Jelasnya dia hanya mempunyai laman web peminat (fansite) bukannya yang berbentuk peribadi.



    >PROFIL
    NAMA: Nur Fazura Sharifuddin
    TARIKH LAHIR: 27 September 1983
    USIA: 27 tahun
    KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
    PROGRAM TV: Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc
    FILEM: Bicara Hati, Qaisy & Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta!, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak
    DRAMA: Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua dan Ezora
    PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17)
    DUTA: Olay, Avon, Nutox Skincare dan Hair Extension Hair Dreams

    1 comment:

    1. artis... huhuhu... dunia artis penuh glamour.... idaman remaja sekarg ni.. :(

      ReplyDelete