Sunday, November 7, 2010

MANUSIA MEMIKIRKAN DUNIA SEMATA2...AKHIRAT DAN HARI PEMBALASAN TIADA DALAM KOTAK PEMIKIRAN MANUSIA...INGAT KEMAHSYURAN ...DUIT SERTA KUASA

DUNIA


Bush dedah dia pernah bertanya kehidupan seks seorang wanita


George W. Bush


LOS ANGELES - Bekas Perdana Menteri Amerika Syarikat (AS) yang membuat keputusan melancarkan perang Iraq pada 2003, George W. Bush mengakui dia sedang mabuk semasa bertanya kepada seorang wanita mengenai kehidupan seksnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Bush mendedahkan dia membuat pertanyaan itu di depan isteri dan ibu serta bapanya.
Menurut Bush, dia yang berhenti meminum minuman keras pada 1986 berkata, soalan itu ditujukan kepada seorang rakan wanita ibu bapanya semasa satu majlis makan malam.
Sikap Bush itu menyebabkan suasana majlis itu senyap seketika.
Beliau membuat pendedahan itu semasa ditemu ramah dalam program televisyen, The Today Show.
"Saya mabuk di meja makan malam di rumah ibu dan bapa di Maine," katanya kepada hos program itu, Matt Lauer.
Dia muncul dalam program itu selepas bersara sebagai Presiden pada 2009 setelah berkhidmat selama dua penggal.
"Adik lelaki dan perempuan saya berada di sana, isteri saya, Laura turut berada di sana.
"Saya duduk di sebelah seorang wanita yang cantik, rakan ibu dan bapa saya. Dan saya menyatakan kepadanya (rakan wanita ibu dan bapanya) dengan kuat, apakah kehidupan seks selepas berumur 50 tahun?" kata Bush.
Wanita itu yang namanya tidak didedahkan menganggapnya ia sebagai gurauan, katanya.
Rakaman temu ramah akan disiarkan hari ini.
Menurut Bush, minatnya terhadap minuman keras tidak berlaku semasa dia menjadi Presiden AS.
"Tetapi, semasa saya ke White House, saya tidak pernah minum minuman keras bagi tempoh yang lama.
"Saya tidak pernah minum minuman alkohol sejak itu. Apabila saya pergi ke gereja, jika terdapat wain dalam perhimpunan masyarakat, saya tidak akan menyentuh wain," katanya.
Menurut Bush, dia tidak lagi minum minuman keras demi keluarganya. - Agensi


DUNIA


Gambar separuh bogel Alba tersebar di Internet


Jessica Alba


LOS ANGELES - Beberapa gambar separuh bogel pelakon terkenal, Jessica Alba yang sedang hamil tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu mungkin dirakamkan pada 2008 sebelum dia melahirkan anak perempuannya, Honor Marie Warren.
Pelakon filem Machete itu tidak pernah berbogel dalam filem-filem lakonannya.
Dia turut mempunyai pendirian tegas untuk tidak berbogel di dalam filem.
Gambar itu yang menunjukkan perut dan sebahagian payu daranya kini menjadi amat popular di Internet.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada gambar itu dibocorkan pihak tertentu di Internet. - Agensi









DUNIA


Lelaki terbang guna sut bersayap


YVES ROSSY terbang dengan sut sayap berenjin.


BERCHER, Switzerland - Seorang juruterbang dan pencipta, Yves Rossy berumur 51 tahun terbang dengan menggunakan sut jet buatan sendiri pada Jumaat lalu dekat Tasik Geneva di sini.
Dia terbang dari platform sebuah belon udara panas pada ketinggian 2,400 meter dan melakukan beberapa aksi di udara sebelum selamat mendarat dengan menggunakan payung terjun.
Rossy menganggap penerbangan itu sebagai sangat hebat walaupun dia mengakui mengalami sedikit masalah apabila enjinnya mula dihidupkan.
Dia mencipta enjin baru sut yang bersayap itu dengan sebuah syarikat Switzerland, RUAG. - Agensi











DUNIA


Wanita berkahwin dengan diri sendiri


CHEN WEI-Yi (kiri) memotong kek bersama ibunya pada majlis perkahwinannya di Taipei, Taiwan kelmarin.


TAIPEI - Seorang pekerja pejabat berusia 30 tahun, Chen Wei-yi berkahwin dengan dirinya sendiri pada satu majlis di sebuah hotel di sini kelmarin yang dihadiri 30 saudara dan rakannya.
"Berkahwin dengan diri saya adalah satu cara untuk menunjukkan bahawa saya berasa yakin dan ceria serta saya menerima siapa diri saya yang sebenarnya," kata Wei-yi.
"Saya mesti menyintai diri saya sebelum saya menyintai orang lain. Saya mesti berkahwin dengan diri saya sebelum berkahwin dengan seseorang yang istimewa," tambahnya.
Pihak berkuasa Taiwan menyatakan ramai wanita kini memilih untuk berkahwin pada usia tua atau terus membujang.
Sikap wanita itu menjadi punca utama kadar kelahiran bayi di Taiwan sebagai antara yang terendah di dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment