Sunday, November 7, 2010

MAHA KUASANYA ALLAH...SENTIASALAH MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH....JADIKAN KEJADIAN2 NI SEBAGAI IKTIBAR

NEGARA


Balik dalam trauma


PELAJAR Malaysia menaiki pesawat Hercules C-130 TUDM di Solo, Indonesia semalam untuk pulang ke tanah air.



SUBANG – Kumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Yogyakarta, Indonesia selamat tiba di tanah air malam tadi dengan membawa pelbagai kenangan pahit bencana letusan Gunung Merapi.
Ramai di antara mereka menyifatkan pengalaman itu sebagai detik paling mencemaskan dalam hidup mereka.
Kata pelajar jurusan pergigian Universitas Gadjah Mada, Muna Nadyah Ahmad, 24, penangan debu panas serta bunyi letusan yang kuat dari gunung itu menjadi punca mereka hidup sengsara.
“Hidup macam dalam neraka, saya lega bukan sahaja selamat pulang tetapi juga sebab Malaysia tidak ada gunung berapi,’’ katanya ketika ditemui bersama 129 lagi pelajar yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan TUDM Subang pukul 7.55 malam tadi

NEGARA


PM keluar hospital


NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersalam dengan kakitangan dan jururawat selepas dibenarkan keluar di Hospital Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas.
"Beliau memberikan respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataan di sini.
Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.
Mohd. Ismail berkata, cacar air pulih dengan baik dan doktor menasihatkan beliau agar berehat di kediamannya

NEGARA


15 jam tunggu bantuan di laut


PETUGAS hospital memberikan rawatan kepada mangsa-mangsa bot karam yang diselamatkan di Pengkalan Marin Wilayah 3, Setiu semalam.



KEMAMAN - Umpama mati hidup semula.
Itu yang dirasai 16 mangsa termasuk seorang daripadanya merupakan seorang kanak-kanak berusia empat tahun dan seorang wanita hamil empat bulan apabila mereka diselamatkan selepas 15 jam terapung di laut.
Kejadian berlaku pada pukul 7 malam selepas bot jenis katamaran yang ketika itu membawa 15 pelancong dan seorang jurumudi dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Dungun selepas melakukan aktiviti selam skuba di Pulau Tenggol tiba-tiba bocor.
Kebocoran itu dikesan di belakang bot dekat enjin menyebabkan bot tersebut dimasuki air sebelum ia tenggelam.
Cerita jurumudi bot terbabit, Zul Fadhly Yahya, 29, kerosakan pada botnya mula dirasai apabila ia bergerak perlahan secara tiba-tiba ketika perjalanannya pada jarak 8 batu nautika dari Jeti Kuala Dungun.
"Apabila toleh ke belakang saya nampak enjin bot hampir tenggelam dan air mula memasuki badan bot," ceritanya yang memberitahu dia segera berpatah balik ke Pulau Tenggol.
Namun ketika berpatah balik, bot itu semakin perlahan dan air semakin banyak masuk.
"Waktu itu bot sudah senget jadi saya risau jika 15 penumpang yang saya bawa itu tidak terjun, mereka akan tenggelam bersama bot," katanya ketika ditemui di Jeti Marin Wilayah Timur di sini semalam.
Oleh itu, semua penumpang yang memakai jaket keselamatan diarahkan terjun ke dalam laut hanya beberapa saat sebelum bot tenggelam.
"Di dalam laut yang gelap kami formasi dalam bentuk bulatan dan saling membantu satu sama lain," katanya.
Sebelum terjun dari bot, menurut Zul Fadhly, dia sempat memaklumkan kejadian itu kepada seorang rakannya di resort tempat dia bekerja dan meminta bantuan


NEGARA


Minum air hujan ketika terapung


noraini sosilawati diberi rawatan awal sebaik tiba di Pangkalan Marin Wilayah 3 dekat Kemaman semalam.



KEMAMAN - Walaupun nyaris maut selepas terapung di tengah laut selama 15 jam, namun satu-satunya mangsa kanak-kanak dalam kejadian itu Mohd. Daniel Aiman Mohd. Zulkifli, 4, tidak serik untuk pergi ke pulau lagi.
Malah menurut kanak-kanak itu, impiannya untuk mengikut hobi ayahnya menjadi penyelam skuba tidak pernah padam ekoran insiden yang juga nyaris mengorbankan ibunya, Noraini Sosilawati Saregar Sofian, 30, dan ayahnya, Mohd. Zulkifli Mat Daud, 33.
Menurut kanak-kanak itu, dia ada bertanya ayahnya kenapa mereka terjun laut dan diberitahu ayahnya bahawa mereka hendak pergi selam skuba.
Namun katanya, dia hairan apabila mereka terlalu lama berendam dalam air manakala bot yang dinaiki pula sudah tidak kelihatan lagi.
"Bila malam saya mengantuk dan hendak tidur tetapi mama kejut tidak bagi saya tidur," ceritanya lagi yang terpaksa menepis banyak obor-obor yang menghurung mereka sepanjang terapung dalam laut


NEGARA


Tragedi empat mati rentung


KEADAAN kereta yang terperosok bawah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Kuantan kelmarin.



MUADZAM SHAH - Empat sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan mati rentung apabila kereta Proton Persona dinaiki mereka terbakar selepas berlanggar dengan sebuah lori treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di sini malam kelmarin.
Mangsa yang maut ialah pesara Jabatan Kerja Raya, Md. Sharif Nani, 61; isteri, Marinah Kambas, 60; dan Patimah Ramli, 46, yang juga adik ipar Md. Sharif. Patimah merupakan bekas wartawan Berita Harian.
Anak saudara Md. Sharif yang memandu kereta Proton Persona, Rosli Mat Isa, 28, seorang pekerja kilang turut maut di tempat kejadian.
Kesemua mereka berasal dari Taman Ayer Keroh, Melaka.
Bagaimanapun, dalam tragedi pada pukul 10.30 malam itu, pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anak Rosli, Rozlan, 18, hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, semasa kejadian kereta Proton Persona dinaiki empat mangsa itu dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas mengikuti rombongan pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.
"Ketika kejadian hujan lebat dan kereta Proton Persona itu menuruni bukit.
"Kereta terbabit dipercayai memotong sebuah lori diekorinya sebelum ia hilang kawalan," katanya ketika dihubungi semalam


NEGARA


Dua beranak rentung berpelukan


LENNY MARIAYANA dan anaknya, Nor Sabihah Qasreena yang rentung dalam kebakaran semalam.


BATU PAHAT - Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun ditemui rentung dalam keadaan berpelukan setelah rumah mereka di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini hangus dijilat api awal pagi semalam.
Mangsa, Lenny Mariayana Daud, 29, ditemui dalam posisi sujud sambil memeluk anaknya, Nor Sabihah Qasreena Mohd. Nizam dipercayai bertujuan melindungi kanak-kanak itu dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tersebut.
Mangsa yang merancang untuk berkahwin hujung tahun ini dan anaknya ditemui bersebelahan katil di dalam bilik tidur mereka.
Ketika kejadian di rumah separuh batu dan papan itu, terdapat sembilan ahli keluarga termasuk tiga kanak-kanak namun semua yang lain selamat.
Adik bongsu kepada mangsa, Seri Rusidah Daud, 25, yang baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu turut berada di dalam rumah itu bersama suaminya, Asaari Mohd. Muji, 26.
"Keluarga kami baru sahaja bergembira dengan perkahwinan saya namun tak sangka pula kami terpaksa menghadapi kesedihan atas pemergian kakak dan anaknya," katanya ketika ditemui semalam


NEGARA


Suami mahu keadilan buat isteri


SABARUDDIN menunjukkan keputusan siasatan kes seorang remaja yang hanya didenda RM300 selepas didakwa menyebabkan kematian isterinya dalam kemalangan dua tahun lalu di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Seorang lelaki kesal kerana seorang penunggang motosikal yang didakwa menyebabkan kematian isterinya dalam satu kemalangan dua tahun lalu hanya didenda RM300.
Sabaruddin Basiri, 39, berkata, dia hanya ingin menuntut keadilan selepas isterinya, Zaleha Ahmad maut akibat kecuaian remaja bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu tersebut.
Ujarnya, pihak polis yang menyiasat kes itu pernah memaklumkannya bahawa siasatan sudah selesai namun Timbalan Pendakwa Raya memutuskan remaja tersebut tidak didakwa di mahkamah.
"Saya bukan mahu mempertikaikan undang-undang. Saya cuma mahu pembelaan ke atas kematian isteri saya. Sepatutnya remaja itu dikenakan tindakan sewajarnya bukan hanya saman RM300," katanya di sini semalam


NEGARA


Keputusan cerai Sultan Ismail tangguh


Elia Suhana


KOTA BHARU – Plaintif Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman yang memfailkan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Elia Suhana Ahmad, 31, membuat laporan polis malam kelmarin berhubung penangguhan keputusan cerai oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang didakwa sepatutnya diputuskan semalam.
Nik Rorhana, 60, mendakwa penangguhan keputusan cerai itu dicurigai mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa dan campur tangan pihak tertentu dalam urusan keputusan mahkamah tersebut berkaitan kes yang difailkan

No comments:

Post a Comment