Sunday, December 12, 2010

SEDARLAH BAIK SAPE PUN...SEMUA YANG TERLIBAT...SEBENARNYA KITA DAH KAYA...BERPELAJARAN TINGGI...CANTIK...LUPA SYARIAT DAN HUKUM...ADA SETENGAH EGO TAK TENTU PASAL....DUNIA NI LUAS....AKHIRNYA KEEGOAN MAKAN DIRI....ZINA BERTAMBAH...CERAI BERTAMBAH....EGO2 PUN KITA MATI....EGO YANG PALING TERUK EGO PADA PENCIPTA....BAGAIMANA EGONYA...LANGGAR PERATURAN ALLAH...TAK MAHU LAKSANA HUKUM ALLAH...MUSIBAH TANGGUNG SENDIRI.....PKZ KENA BERI BANTUAN...ITU HAK MEREKA...ITU WANG PEMBAYAR ZAKAT....BUKAN DATANG DARI DANA SENDIRI....SALAH TADBIR...DIKIRA TAK AMANAH...MASUK NERAKA......JANGAN MENYUSAH2 CARA2 PEMBAHAGIAN....SEBAB ITU BUKAN WANG KITA....

15,000 banjiri 'Tunggang, Jangan Tunggang Langgang'



GEORGETOWN: Hujan lebat serta guruh pagi semalam tidak menghalang lebih 15,000 pengunjung membanjiri Karnival Ride It Right 2010 atau ‘Tunggang, Jangan Tunggang Langgang’ di Padang Kota Lama, dekat sini.
Pengunjung yang rata-rata generasi muda yang berminat dalam sukan bermotor, khususnya golongan mat rempit, tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk perlumbaan motor, pertandingan motosikal cantik, ‘street soccer’, pertandingan tarian hip hop dan pertandingan bola keranjang.

Media Prima Berhad dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) adalah media rasmi bagi karnival yang dianjurkan bersama Eramasters dan UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras gejala mat rempit.

Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd, Mohd Ruslan Abdul Ghani, berkata objektif utama Pennzoil adalah mendekatkan golongan mat rempit yang kini dikenali sebagai remaja dua roda ke arah jalan betul.

 Menurutnya, kempen berkenaan bertujuan menangani masalah yang membelenggu golongan mat rempit dengan menganjurkan pelbagai program untuk mereka



Kos kahwin, berbulan madu murah



KUALA LUMPUR: “Tidak perlu berbelanja besar, sebaliknya kos RM14,200 sudah cukup untuk ke Maghribi dan berkahwin dengan gadis di sana,” kata Mohd Fairudz.
Menurutnya, kos itu adalah nilai keseluruhan termasuk tambang kapal terbang pergi dan balik, majlis kahwin dan bulan madu.

“Saya bukan ejen mencari jodoh, sebaliknya hanya membantu secara percuma kerana saya kerap ke Maghribi. Selain pulang ke kampung isteri, saya bukan hanya membantu mencari jodoh untuk penduduk negara ini, malah saya juga menjadi pemandu pelancong bebas untuk sesiapa yang mahu berkunjung ke negara itu.
“Tidak kisah sama ada mahu melancong atau membuka perniagaan, saya sedia membantu,” katanya.

Beliau berkata, khusus untuk yang mahu mencari jodoh, sebelum ke Maghribi perlu mendapatkan persetujuan keluarga bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Katanya, pada masa sama berikan pemahaman kepada mereka mengenai kelebihan berkahwin dengan gadis berkenaan supaya tiada salah sangka.


“Saya akan bantu memperkenalkan calon sesuai dijadikan isteri di kalangan adik-beradik, saudara mara atau rakan isteri saya. Selepas itu bolehlah bertukar-tukar gambar.

“Kemudian boleh ‘chat’ (berbual) menerusi webcam dan terus bersedia datang dalam masa 40 hari. Jika nak datang terus boleh juga, tetapi seelok-eloknya buat pilihan terbaik dan kenal dulu pasangan serta keluarganya.
“Segala-galanya saya akan bantu seperti buat pasport dan kebenaran berkahwin,” katanya.

Menurutnya, apapun semuanya bergantung kepada keluarga calon gadis Maghribi itu.

“Ibu bapa mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mereka akan melihat perwatakan kita, kesungguhan, kejujuran dan kemampuan kita.

“Jika niat kita ikhlas, insya-Allah semuanya menjadi kenyataan,” katanya.



Hati puas jodoh setia



KUALA LUMPUR: Bagi lelaki dikenali sebagai Amin, 35, yang baru tujuh bulan berkahwin dengan gadis Maghribi menerusi bantuan Mohd Fairudz, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan gadis negara berkenaan.
“Sebelum ini saya dua kali tidak jadi kahwin dengan tunang saya. Selepas membaca hidup Mohd Fairudz dan berkenalan dengannya, saya cuba ikut jejak langkahnya.

“Syukur... semua berjalan lancar. Tiada budaya ‘dating’ tanpa muhrim dan mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan apa yang saya mahu (berkahwin),” katanya.
Menurut Amin, dia pada mulanya bimbang tidak diterima ibu bapa isterinya tetapi selepas menunjukkan kesungguhan dan kemampuan untuk menjaga anak mereka, dia diterima sebagai menantu.

“Seperti diberitahu Mohd Fairudz, gadis Maghribi di kawasan pinggir bandar taat kepada perintah ibu bapa. Apabila saya berkenan dengan seorang gadis yang diperkenalkan Mohd Fairudz, saya jumpa orang tuanya.

“Saya menunjukkan kesungguhan dan kemampuan untuk menjadikan anak mereka sebagai isteri, dan mereka setuju,” katanya
Amin berkata, untuk menjaga isterinya juga mudah kerana mereka taat kepada suami dan tidak ligat kerana mereka bukan jenis sosial.

“Isteri saya gembira berada di Malaysia. Serba serbi ada menyebabkan dia selesa. Tinggal lagi saya perlu menjaganya dengan baik,” katanya.
Bagi seorang lagi lelaki yang turut mengahwini gadis Maghribi dengan bantuan Mohd Fairudz, dia sememangnya mengimpikan perkahwinan campur.

Mahu dikenali sebagai Rahmat, 30, dia baru lima bulan bergelar suami kepada seorang gadis negara itu.

“Memanglah (gadis Maghribi) sedap mata memandang, tetapi saya memang bercita-cita mahu kahwin dengan orang luar. Memanglah perkahwinan saya umpama kahwin zaman dulu — bercinta selepas kahwin — tetapi ia pengalaman yang sangat menyeronokkan.

“Memandangkan gadis Maghribi sangat setia dan taat kepada suami, tiada masalah untuk saya hidup bersamanya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang wanita Maghribi yang bergelar isteri kepada penduduk negara ini mengakui tertarik dengan jejaka Malaysia selepas melihat kehidupan berumah tangga Mohd Fairudz dan isterinya.

“Ikutkan, memang susah untuk orang Arab kahwin dengan orang luar, tetapi selepas melihat kehidupan berumah tangga rakan saya dengan jejaka Malaysia, saya tertarik kerana mereka (jejaka Malaysia) baik.

“Alhamdulillah, saya mendapat jodoh orang Malaysia dengan bantuan Mohd Fairudz. Selepas lapan bulan kahwin saya tiada masalah dengan suami... makanan sangat bagus, sedap dan banyak pilihan di Malaysia,” katanya.

Beliau mengakui disebabkan pegangan agama yang masih kuat di kalangan ibu, ayah dan keluarganya di Maghribi, segala urusan untuk berumah tangga dan menjadi isteri terbaik untuk suami mudah dilaksanakan.

“Kami tiada budaya ‘dating’ dan sangat patuh dengan ibu bapa. Apa disuruh oleh ibu dan ayah, itu yang kami buat.

“Perkahwinan saya dengan orang Malaysia juga atas persetujuan mereka dan saya yakin beroleh bahagia kerana ibu dan ayah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya.

“Suami pula cukup serba serbi dan mampu menjaga saya dengan baik,” katanya



Gadis tempatan terancam



KUALA LUMPUR: ‘Trend’ memilih jodoh di kalangan gadis dari negara luar, termasuk Maghribi, bakal menimbulkan ‘ancaman’ baru kepada gadis tempatan yang kini semakin ramai sukar bertemu jodoh.
Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultantsy, Hushim Salleh berkata, jika lelaki di negara ini, terutama yang tergolong dalam kategori ‘berkualiti’, memilih jodoh gadis dari negara luar, tempiasnya pasti terkena kepada gadis tempatan.

“Realitinya, hari ini semakin ramai wanita negara ini yang semakin lanjut usianya belum berkahwin gara-gara sukar mendapat pilihan lelaki yang serasi dan bersesuaian dengan mereka.
“Pada masa sama, faktor lain seperti belanja hantaran dan kahwin semakin tinggi turut menjadi penghalang kepada ikatan perkahwinan.

“Justeru, sampai masanya masalah seperti itu dikaji dengan mendalam dan dicari jalan penyelesaiannya. Saya bercakap berdasarkan fakta kerana saya berdepan banyak aduan masalah sukar bertemu jodoh kerana hantaran dan belanja kahwin semakin tinggi,” katanya.

Hushim yang juga terkenal sebagai kaunselor perkahwinan turut mengakui, kekangan seperti hantaran dan belanja kahwin yang semakin tinggi menjadi antara punca rumah tangga dibina hancur di pertengahan jalan



PPZ tunai kewajipan



SUBANG JAYA: “Kadangkala terpaksa pakai selipar pergi sekolah sebab kasut tak sempat kering. Akhir tahun, baru dapat bayar yuran sekolah manakala buku tak cukup.
“Apapun, saya faham kesusahan keluarga. Saya bersyukur menerima bantuan ini. Kalau hendak beli sendiri, memang tidak mampu,” kata Ahmad Azwan Ahmad Zulkifli, 12.

Dia antara 45 anak yatim Persatuan Penyayang Nur Iman (PPNI) dan 31 anak yatim/miskin Teratak Nur Insan (Nuri), Setapak, yang dibawa warga Pusat Pungutan Zakat (PPZ) membeli- belah pakaian sekolah di Mydin Subang, semalam.
Jelas anak keempat daripada tujuh beradik itu, ini kali kedua dia bersama abang dan adiknya sejak menghuni Nuri dua tahun lalu, menerima bantuan keperluan sekolah daripada PPZ.

Penghuni Nuri, Nur Amirah Arman, 14, yang menetap di pusat jagaan itu bersama tiga adiknya sejak awal tahun ini gembira dapat membeli persiapan sekolah.

Anak sulung enam beradik yang kematian bapa lima tahun lalu berkata, bantuan itu menaikkan semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh



“Saya pernah merasai keperitan ditanggung ibu bapa apabila dihalau kerana tidak mampu menjelaskan sewa rumah hingga terpaksa merempat di masjid dan makan nasi yang hampir basi dengan marjerin.

“Keutamaan saya sekarang ialah belajar dengan tekun dan menjadi orang berjaya untuk membantu ibu,” katanya. Ibunya yang tidak bekerja menerima bantuan bulanan daripada Baitul Mal.
Program PPZ itu sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya membantu meringankan beban. Dana bagi aktiviti itu daripada tabung CSR PPZ.

Ketua Unit Kanan Unit Komunikasi Korporatnya, Nor Mukshar Harun berkata, tabung hasil sumbangan orang ramai itu yang dilancar Ramadan lalu, berjaya mengumpul RM95,000.

No comments:

Post a Comment