Saturday, December 18, 2010

TAKDIR SESEORANG..SAMA TAKDIR PERTAMA ATAU TAKDIR KETIGA...KITA BERUSAHA MAKA DENGAN IZIN ALLAH JADILAH TAKDIR....

Angelina, Pitt pilih Hindu



HUBUNGAN TANPA KAHWIN...Angelina dan Pitt hidup bersama tanpa sebarang ikatan sejak lima tahun lalu.
HUBUNGAN TANPA KAHWIN...Angelina dan Pitt hidup bersama tanpa sebarang ikatan sejak lima tahun lalu.
HOLLYWOOD: Pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie yang sudah hidup bersama sejak lima tahun lalu dikhabarkan akan merasmikan hubungan mereka dengan perkahwinan.
Menurut akhbar, Pitt dan Angelina yang membesarkan enam anak bersama merancang untuk bernikah pada hari Valentine tahun depan mengikut upacara Hindu di sebuah kawasan pemulihan rohaniah di pedalaman India. Angelina, 35, dan Pitt, 46, dikatakan akan berkahwin di Adhyatm Vigyan Satsang Kendra, di Jophur, baratlaut India. Kedua-dua bintang itu adalah murid kepada seorang guru di tempat itu iaitu Siddh Guru Ramlal Siyag dan sudah bertahun-tahun mempelajari amalan yoga daripada guru terbabit.

Sementara itu, Angelina dikhabarkan membelanjakan RM1.2 juta untuk membeli cincin hadiah ulang tahun Pitt yang ke-47, baru-baru ini, sebagaimana dipetik daripada majalah. - Agensi



Pelajar 14 tahun jadi ibu bapa paling muda di Britain



LONDON: Sepasang pelajar sekolah berusia 14 tahun secara rasmi menjadi ibu bapa termuda di Britain, lapor media semalam.
April Webster melahirkan bayi lelaki, Jamie, selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, Nathan Fishbourne tahun lalu.

Pasangan dari Caerphilly, Wales selatan itu menyedari mereka bakal menjadi ibu bapa sehari sebelum April menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14, awal tahun ini.
Kata April, kelahiran Jamie bukanlah dirancang, tetapi itu tidak bermakna dia enggan membesarkan anaknya sebaik mungkin.

“Saya akan berikan perhatian yang terbaik kepada Jamie,” katanya.

Jamie dilahirkan melalui pembedahan di hospital pada 15 November lalu dengan berat 3.7 kilogram.


April dan Fishbourne mula berpacaran sejak September tahun lalu.

Apabila mendapat tahu April hamil, mereka mendakwa ‘terlalu malu’ untuk memberitahu atau mendapatkan nasihat daripada keluarga masing-masing.

Ketika ini Jamie ditempatkan di ruang tamu rumah ibu bapa April dan remaja itu bersiap-siap untuk meneruskan persekolahan tidak lama lagi.

Fishbourne pula berharap dapat bersama Jami setiap hujung minggu tetapi urusan penjagaan bayi itu masih belum diputuskan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada April dan Fishbourne akhirnya akan tinggal bersama-sama kerana ketika ini mereka dikatakan berada di peringkat ‘bertenang’. - Agensi



Selera luar biasa Harry



HUBUNGAN SULIT... Catherine mendakwa kelu selepas dicium Harry.
HUBUNGAN SULIT... Catherine mendakwa kelu selepas dicium Harry.
LONDON: Pendedahan seorang pengasuh budak mengenai hubungan Putera Harry dengan janda 13 tahun lebih tua daripadanya beberapa tahun lalu meletakkan keluarga diraja Britain itu di bawah perhatian ramai sekali lagi.
Dikhabarkan, Harry, 26, menghantar pemandu dan limosin eksklusif menjemput Catherine Davies untuk bertemu di tempat sulit.

Pengasuh itu, Monica Herrero, 24, berkata Harry menjalin hubungan dengan Catherine empat tahun lalu.
Katanya, Catherine - berusia 34 tahun ketika itu - bertemu Harry beberapa kali dan dia bertugas menjaga dua anak wanita terbabit. “Pada satu ketika, mereka bertemu dua kali seminggu,” katanya.

Kata Monica, walaupun Catherine majikannya, wanita itu selalu bercerita mengenai pengalamannya bersama Harry selepas sesuatu pertemuan.

Malah, katanya, Catherine juga sering menunjukkan mesej pesanan ringkas dihantar Harry kepadanya.

“Pada satu ketika, Catherine mengaku Harry menciumnya dalam bilik mandi,” katanya.

Walaupun ketika berpacaran dengan Harry status Catherine adalah janda, dia kemudian berkahwin tetapi bercerai semula selepas muncul dalam siri realiti televisyen, Real Housewives of DC.

Catherine juga pernah menceritakan secara terbuka hubungannya dengan Harry.

Kata Catherine, anak raja itu memeluknya dengan erat dan menciumnya.

“Lidah saya kelu selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Istana Buckingham menafikan berita berkenaan dan menegaskan Harry tidak mempunyai pemandu peribadi yang boleh diarah pergi ke mana saja.

“Sebaliknya, Harry dibantu pemandu rasmi dan pengawal peribadi yang mengiringinya ke sesuatu tempat,” katanya kenyataan itu. - Agensi



Nafsu pelik suami

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

pix_middle
KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.
Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.
Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.

Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.

Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.

“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.

“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya.

Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.

“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.

Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.

Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.

“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.

“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.

“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.

Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.

Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.

“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.

“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.

Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.

Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.

“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.

“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.

“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.



SMS akhir

Oleh IBRAHIM ISA
ibrahim@hmetro.com.my

BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam yang ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin, dikatakan sempat menghantar SMS nyawanya terancam kepada seorang rakan ketika kejadian, Rabu lalu.
Malangnya, mangsa, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra Tongkang Pechah, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, gagal memberi lokasi menyebabkan rakannya itu tak dapat memberikan bantuan dan mendiamkan diri.
Nenek mangsa, Mailiah Idris, 62, berkata perkara itu dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila dia mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang.

“Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang


“Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah

“Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokannya,” katanya.

Menurutnya, selain membuat laporan polis bapa arwah menghubungi beberapa rakan dan salah seorang daripada mereka memberitahu, arwah sempat menghantar SMS mengatakan dia akan dibunuh.

Bagaimanapun, katanya, rakannya itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana arwah tidak sempat memberitahu lokasi dia berada.

“Kami hanya tahu arwah berada di kebun sejauh kira-kira 100 meter dari rumah apabila sepasukan polis datang ke kawasan itu jam 5 petang kelmarin,” katanya.

Mak cik mangsa, Arina Syairah Muhammad Fauzi, 18, berkata dia bermimpi arwah bergelut dengan lelaki selama tiga malam berturut-turut, sebelum diberitahu arwah ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kebun kelapa sawit.

Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa Jumaat lalu sebelum pergi ke Kuala Lumpur bersama rakan sekolah.

Menurutnya, bermula Ahad hingga Selasa, dia bermimpi arwah yang memakai kemeja-t berwarna merah jambu, bergelut dengan lelaki menyebabkannya bimbang dan menghubungi arwah pada Selasa lalu.

“Kali terakhir kami berbual, saya dapati dia ceria seperti biasa menyebabkan saya tidak menyangkakan apa-apa kejadian buruk akan berlaku terhadapnya.

“Bagaimanapun, saya diberitahu dia hilang sejak Rabu lalu seolah-olah mengiyakan mimpi buruk yang saya alami itu, sebelum ditemui meninggal dunia Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, mereka yang rapat sejak kecil tidak menyangka kejadian itu akan berlaku terhadap mangsa dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memberkas penjenayah terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, bapa mangsa membuat laporan polis kehilangan anak perempuan berusia 14 tahun Khamis lalu dan sepasukan polis menyiasat aduan berkenaan.

“Bagaimanapun, tengah hari kelmarin suspek berusia 15 tahun datang ke balai polis membuat laporan mengatakan dia melihat satu pembunuhan dilakukan seorang rakannya, di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, menyebabkan kami menahan suspek kedua berusia 16 tahun itu.

“Namun, hasil siasatan mendapati suspek pertama turut terbabit sebelum kami dibawa ke lokasi pembunuhan dan menemui mangsa pada kira-kira jam 5 petang kelmarin,” katanya




Rungkai misteri

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my

HANIS... lebih popular kerana blog.
HANIS... lebih popular kerana blog. 
 
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.
Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).

Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan

No comments:

Post a Comment