Wednesday, March 30, 2011

IKAN BILIS DAN KEMBONG DITANGKAP..BAGAIMANA PULAK IKAN JERUNG DAN IKAN PAUS..NAGA LAGILAH MEMANG TAK BOLEH TANGKAP...SEBAB LAGI GANAS DAN KUAT.....

Jenayah gelap pasangan Kastam

PUTRAJAYA - Sepasang suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan rasuah.
Pasangan itu ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas diketuai SPRM ekoran serbuan pasukan itu ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak kelmarin.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kedua-dua pegawai itu ditangkap bagi membantu siasatan berhubung penglibatan jenayah yang membabitkan mereka.
"Ratusan ribu ringgit wang ditemui di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Pasangan suami isteri tersebut dipercayai berusia lingkungan 50an.
Difahamkan, suspek lelaki tersebut melibatkan seorang pegawai Kastam berpangkat Datuk.


Gadis bertudung cari kerja untuk mencuri

SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.
Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.
Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.
Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini.


Ribut landa Kedah, Perlis, P. Pinang



MOHAMAD ZAMBRI menunjukkan rumahnya yang rosak teruk akibat ribut di Kampung Tok Keling, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Lebih 300 buah rumah rosak akibat ribut yang melanda Kedah, Perlis dan Pulau Pinang petang kelmarin.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Di Baling, selain rumah rosak akibat ribut, lebih 1,300 penduduk daripada 305 keluarga terpaksa dipindahkan ke 14 pusat pemindahan setelah rumah mereka dinaiki air akibat limpahan Sungai Kupang.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memberitahu, kampung terlibat adalah Belakang Panggung, Pekan Khamis, Landak Hilir, Belakang Sekolah, Banggol Lahar, Cenerai dan Pekan Kupang.
Ribut yang berlaku selama dua jam mulai pukul 6 petang itu menyebabkan 212 buah rumah di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pendang serta 27 buah sekolah mengalami kerosakan.


234 keluarga empat daerah dipindah



BEBERAPA kenderaan melalui kawasan yang dinaiki air akibat banjir di Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU - Mangsa banjir kilat di empat daerah di negeri ini ekoran hujan lebat sejak kelmarin meningkat kepada 893 orang daripada 234 keluarga melibatkan 13 pusat pemindahan sehingga petang semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, daerah Kemaman paling teruk terjejas dengan melibatkan 409 mangsa daripada 120 keluarga yang dipindahkan di tiga pusat pemindahan.
"Sebanyak 117 mangsa daripada 33 keluarga (di Kemaman) dipindahkan ke Dewan Sivik Kampung Labohan, 285 mangsa daripada 85 keluarga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemasik dan tujuh mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Ranggon," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Premis di ibu kota tidak selamat



WAN MOHD. NOR (kiri) bermesra dengan sebahagian peserta Seminar Pencegahan Keselamatan Kebakaran di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Banyak bangunan di ibu kota mempunyai sistem pencegahan kebakaran yang mengikut standard antarabangsa, namun malangnya ia tidak diselenggara dengan baik.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, pada tahun 2010 sebanyak 2,048 Notis Penghapusan Bahaya Kebakaran telah dikeluarkan kepada pemilik premis-premis di Kuala Lumpur kerana gagal memastikan bangunan mereka dalam keadaan selamat.
“Pada tahun 2009 pula, kita telah mengeluarkan notis yang sama iaitu sebanyak 3,200 dan kebanyakan daripada masalah yang dikenal pasti ialah tiada jalan keluar kecemasan yang mencukupi dan penggunaan bahan binaan dalaman yang tidak mengikut piawaian.
“Selain itu, kita dapati ada pemilik premis tidak memasang peralatan keselamatan kebakaran yang berpatutan mengikut undang-undang, tidak melakukan penyelenggaraan termasuk menghalang jalan keluar kerana laluan digunakan sebagai setor,” ujarnya selepas merasmikan Seminar Pencegahan Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

No comments:

Post a Comment