Sunday, May 8, 2011

TENGOK PENAMPILAN MEREKA...AURAT DAN HUKUM ALLAH..TAK DIJAGA....AKHIRZAMAN ARTIS2 SANJUNG....

Zed-Nelly Bulan Madu Di Dublin, Ireland

Zed dan Nelly ketika upacara memotong kek di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto DARRAN TAN
KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan pelakon Zed Zaidi dan Nelly Natalia berlangsung dengan penuh protokol apabila 20 pengawal mengawal ketat setiap upacara melibatkan pengantin.
Keadaan tersebut menyebabkan pengamal media sukar merakamkan gambar mempelai sehingga timbulnya banyak rungutan di kalangan mereka.
Pengawal mengawal ketat sepanjang majlis berlangsung.
Majlis berkonsepkan moden dan tradisional itu berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, di sini, malam Sabtu. Ia dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly).
Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah.
Bagaimanapun, Zed menjelaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada pengantin dan melancarkan perjalanan majlis.
Upacara persandingan di atas pelamin.
“Dua puluh pengawal yang bertugas ditaja oleh Epanco bermula dari majlis pernikahan hingga majlis resepsi pada malam ini. Tugas mereka adalah untuk memberikan laluan kepada kami dan melancarkan majlis.
“Tetapi dalam masa yang sama, saya turut risau dengan perjalanan majlis ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama ramai pihak dan seperti biasa mungkin ada sedikit kesilapan,” kata Zed dalam satu sidang media ditemani isterinya.
Selepas seminggu bergelar suami, Zed akui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memikirkan untuk bekerja lebih kuat.
Ibu Zed menepung tawar mempelai.
“Kalau dulu, saya hidup seorang diri tetapi apabila sudah berkahwin, saya rasa lain. Kami masih cuba menyesuaikan diri masing-masing dan saya juga belum sempat merasai masakan ‘air tangan’ isteri.
“Tentang bulan madu, kami memilih untuk ke Dublin, Ireland sekaligus melawat adik perempuan saya, Rozleen yang bekerja di sana. Lagipun, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan saya. Kami belum tahu bila akan ke sana kerana saya bukan jenis suka merancang,” ujar Zed lagi yang menggayakan sut hitam.
Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya pada masa akan datang.
Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.
Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Zed menganggarkan keseluruhan kos perkahwinannya melibatkan lebih RM100,000 termasuk belanja hantaran.


Hadiah Artis Sempena Hari Ibu


PETALING JAYA: Ungkapan kasih ibu membawa ke syurga sudah terbiasa kita dengar. Ada juga menambah, tidak cium bau syurga jika menderhaka kepada ibu.
Sempena hari ibu yang jatuh pada 8 Mei, mStar Online ingin berkongsi idea menarik artis tentang hadiah istimewa untuk ibu masing-masing.
Bil Azali.
Bil Azali (Pilih Kasih 2)
Nama ibu: Azizah Ahmad
“Kek black forest sebab kek menjadi simbolik kepada pelbagai jenis perayaan.”
Wardina Safiyyah
Nama ibu: Asmah Abdul Ghani
“Sebab ummi (ibu) jauh di Australia, saya hanya memberikan ucapan melalui telefon dan mendoakan kesejahteraan ummi. Saya juga memegang nasihatnya supaya tidak melupakan al-Quran melakukan ibadat-ibadat sunat. Kata ummi, kalau saya lakukan, itulah hadiah cukup bermakna buat dirinya.
“Saya tahu ummi saya tidak mengharapkan hadiah tetapi hanya inginkan anak-anaknya menjadi Muslim yang baik yang takutkan Allah.”
Zain Saidin
Nama ibu: Siti Aishah Abdullah atau Gloria Carol Mann
“Saya sedang menjalani penggambaran di Perlis sehingga 12 Mei ini. Apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti, saya bercadang membawa ibu makan berdua-duaan di restoran pilihannya.”
Zizan Nin.
Zizan Nin
Nama ibu mertua: Fatimah Md Shah
“Saya belikan minyak wangi dan bawa keluar makan malam.”
Jojo Struys
Nama ibu: Irene Struys
“Saya akan habiskan masa dan melakukan aktiviti bersama-samanya seperti makan tengah hari dan berbual pasti menarik kerana kita tidak boleh ‘membeli’ masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengannya. Lagipun dia tinggal berjauhan dari saya iaitu di Singapura dan Johor Baru.”
Sharnaaz Ahmad
Nama ibu: Marina Puteh
“Mama saya suka gajet, jadi saya bercadang untuk membeli gajet seperti BlackBerry atau iPad sebagai hadiah hari ibu. Lebih-lebih lagi hari jadi mama juga jatuh pada bulan ini iaitu 16 Mei.”
Amar Baharin.
Amar Baharin (Kau dan Aku)
"Saya akan belikan hadiah kek dan beg tangan."


Gelaran 'Hot Mama' Untuk 10 Selebriti Dunia
Angelina Jolie.
TIDAK semua wanita yang berfikir dua kali untuk mempunyai anak kerana bimbang kehilangan bentuk badan yang seksi.
Mempunyai anak tak bererti seorang ibu mengenepikan penampilannya. Walaupun mereka seorang selebriti dunia, mereka juga harus mengurus anak-anaknya. Seperti yang dipetik dari Zimbio, Jumaat, gelaran 'hot mama' diberikan kepada 10 selebriti pilihan.
1. Heidi Klum
Setiap wanita yang menjadi model 'Victoria's Secret' tentunya tidak perlu ragukeseksiannya. Salah satunya Heidi Klum. Supermodel 36 tahun itu kini telah dikurniakan empat orang anak, namun tubuhnya masih cantik dan menarik.
2. Angelina Jolie
Aktres 34 tahun ini selalu kelihatan seksi walau mempunyai anak yang cukup ramai iaitu tiga orang anak angkay dan tiga lagi anak kandungnya hasil hubungan dengan pelakon Brad Pitt. Selain mengurus anak-anaknya, dia juga selalu tampil di aktiviti kebajikan.
3. Gwen Stefani
Salah seorang ibu tercantik saat ini tentu sekali layak diberikan kepada Gwen Stefani. Dia kelihatan selalu berpenampilan cantik di setiap acara yang dihadirinya. Gwen mempunyai band rock, berkahwin dengan bintang rock dan melahirkan dua anak comel.
4. Halle Berry
Setelah ditempatkan ke dalam 50 Most Beautiful People, Halle pastinya secara automatik tersenarai sebagai hot mama. Pada usia yang sudah mencecah 40 tahun, dia tetap kelihatan sempurna. Tidak keterlaluan jika menganggap Halle sebagai ibu yang seksi. Pada 2003, dia juga menjadi wanita paling seksi menurut FHM.
5. Jessica Alba
Untuk pertama kalinya pada 2001 Jessica Alba tersenarai antara 100 wanita paling seksi di majalah Maxim. Pada 2006, wajahnya menjadi penghias kulit depan majalah Playboy, dan beberapa tahun kemudian dia mempunyai anak. Bagaimanapun, tiada sedikit pun perubahan pada diri wanita itu kerana dia kelihatan sama seperti pertama kali muncul sebagai wanita seksi.
6. Reese Witherspoon
Ibu kepada dua anak iaitu Ava dan Deacon, Reese Witherspoon ini telah empat kali tersenarai antara 100 orang paling cantik di majalah People. Tentu tidak ada yang meragui keseksiannya. Wajarlah dia menyandang gelaran Hot Mama. Selain sibuk dengan karier, dia tidak lupa mengurus kedua anaknya. Malah, Reese yang baru saja berkahwin dengan Jim Toth mengaku ingin menambah anak lagi.
7. Jennifer Lopez
Bertubuh cantik, itulah yang ada pada diri Jennifer Lopez. Walau sudah dikurniakan dua anak kembar, penyanyi lagu 'Jenny From The Bronx' itu masih kelihatan seksi. Selain sibuk, dia juga mengaku bayi-bayinya masih menjadi keutamaannya.
8. Kate Hudson
Kate Hudson dikurniakan seorang putera bernama Ryder dari perkahwinannya dengan Chris Robinson, pada tujuh tahun lalu. Kini, artis berumur 31 tahun itu sedang mengandung anak keduanya. Namun, anugerah sebagai wanitaseksi masih tidak hilang dari bintang Bride War itu.
9. Victoria Beckham
Walaupun telah dikurniakan tiga anak lelaki, ia tidak membuat aura seksi Victoria Beckham pudar. Setelah berkahwin dengan pemain bola sepak, David Beckham pada Julai 1999, dia masih seperti dulu. Tentunya tidak keterlaluan jika menggelarkan anggota Spice Girls itu sebagai hot mama. Kini, Victoria juga sedang hamil anak keempatnya. Dia dijangka akan bersalin pada hujung tahun ini.
10. Christina Aguilera
Tentunya gelaran hot mama tidak perlu diragukan lagi bagi penyanyi lagu Beautiful itu. Bahkan, dia pernah mengatakan bahawa penampilan adalah segalanya, walaupun sudah dikurniakan seorang anak.


Apa kes Ramona?


RAMONA ZAMZAM


SIAPA Ramona Zamzam? Sebenarnya itu yang bermain di kepala orang veteran macam Diva apabila ada wartawan yang mengomel tentang si Ramona. Rupa-rupanya dia bintang baharu yang dicungkil oleh sebuah majalah tempatan.
Maka, Diva pun barulah jenguk-jenguk rupa paras Ramona yang dikatakan boleh jual itu. Elok budaknya, manis! Tapi yang tak manisnya bila banyak pula cerita sensasi. Diva fikir, bila cerita sensasi mengatasi bakat, itu perkara biasa dalam industri ini. Pucuk muda begitulah!
Tapi, selepas ada keluar artikel menyelar sikap Ramona yang dilabel sombong dalam satu ruangan pojok sebuah surat khabar mingguan, Ramona ada inisiatif nak betulkan keadaan. Sanggup dan rajin dia menghubungi wartawan berkenaan untuk buat kenyataan.
Diva fikir, apabila dia hubungi wartawan untuk beri kenyataan, maknanya dia bersungguh-sungguh mahu betulkan keadaan.
Kata Ramona, sebagai orang baharu dia tak perasan dan kurang pertimbangan barangkali bahawa tutur katanya menyinggung perasaan pihak lain. Dia juga tidak berniat nak menyombong diri, jauh sekali tunjuk lagak.
Diva fikir juga, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, tapi memandangkan Ramona minta diberikan peluang, apa kata, kita bagi. Lepas ni kalau dia buat perangai lagi, ‘kita bakor, kita bakor’.

Yasmin Hani rancang nikah


YASMIN HANI


SEJAK kebelakangan ini Diva asyik tersenyum memandang kad jemputan sana sini. Baik yang bertunang mahupun berkahwin. Ramai betul artis kita yang bertemu jodoh dan menamatkan zaman bujang masing-masing.
Dalam pada itu, Diva dapat bisik-bisik cerita panas daripada teman seangkatan. Katanya, pelakon manis, Yasmin Hani sedang merancang untuk membuat persiapan perkahwinan.
Kalau dilihat dalam keluarga Celepets, cuma Hani yang diam kalau bab cerita berkeluarga. Almaklum yang lain sudah berkeluarga dan beranak-pinak.
Diva ucapkan tahniah buat Hani kalau benar dia sedang membuat persiapan. Diva gemar melihat lakonannya yang semakin bagus di kaca televisyen.
Diva dapat merasakan lelaki yang sudah bertakhta di hati Hani tapi Diva nak dengar sendiri daripada mulutnya. Kalau ditilik memang sepadan, sama putih sama segak.


Skandal kereta Awal, Scha


AWAL (kanan) dan Scha.


PENGACARA Awal Ashaari dan Scha Alyahya minggu lepas tersedak sebaik membaca gosip sentap Diva minggu lepas. Pasangan kekasih itu sebelum ini didakwa memberi dan menerima sebuah kereta mewah tetapi mereka menafikan sensasi itu. Awal beria-ria menafikan gosip itu di Facebook dan portal hiburan Internet. Begitu juga si Awan Dania, dia meluahkan perasaan menerusi Twitter sambil menyindir Diva supaya selidik dahulu sebelum bercakap.
Elok juga Diva kemukakan hasil forensik plat WSC4. Setahu Diva, nombor plat cantik kereta baru Scha sekarang rupa-rupanya dibeli sebelum ini bersama teman tapi mesranya suatu ketika dahulu iaitu si ‘Abang F’. Itu belum masuk bab tak bayar saman trafik yang melambatkan proses jual beli.
Letihlah bercakap hal artis yang sedang hangat bercinta nih, usik sikit melenting bukan main lagi. Masa tengah baik, ada yang sampai buka akaun bersama bahkan beli rumah letak nama bersama.
Bila dah berantakan, barulah semua terbongkar. Teguran ini tak ditujukan pada sesiapa tau. Diva sekadar menyampaikan, ada banyak lagi maklumat, tapi Diva fikirkan juga privasi kalian.




LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5.  Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10.  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.


ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
 
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".

H.R. Muslim

Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
 
 
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
 
 
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment