Tuesday, December 20, 2011

BILA BANJIR TAK MENGENAL TEMPAT...NI KUASA ALLAH...JANGAN BUAT MAKSIAT DAN DERHAKA PADA ALLAH...PATUT USAHA KERAJAAN ACHEH JADI IKUTAN...TSUNAMI MENGHASILKAN HIKMAH@KESAN YANG BAIK...BERUSAHA TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH...TAHNIAH..BAGI PENGUSAHA FILEM JANGAN LANGGAR BATAS2 HUKUM...AKAN CELAKALAH KITA DIAKHIRAT

Terlepas tali gantung


SHAHRAEL AMIR



IPOH – Kegagalan pihak pendakwaan mengesahkan sehelai jaket yang mempunyai kesan darah mangsa sebagai milik seorang penganggur menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan lelaki itu daripada tuduhan membunuh dua beranak serta amah mereka dua tahun lalu.
Shahrael Amir Suhaimi, 29, dari Pengkalan di sini sebelum ini berhadapan tiga pertuduhan iaitu membunuh warga Indonesia, Dani Miasih, 21; pengusaha salon, Wah Yah Matzi, 42, dan anaknya, Mohd. Ermin Danish Jafri, 5, di antara pukul 2.30 petang dan 3 petang di rumah 67, Laluan Seni Pinji 4, Taman Pinji Seni dekat sini pada 20 Mei 2009.



Cerita seram dapat sambutan

KUALA LUMPUR - Dewan Negara diberitahu bahawa filem berunsur seram lebih mendapat sambutan penonton tempatan di pawagam berbanding filem genre lain.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz (gambar) berkata, melalui rekod Skim Syarat Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), filem bertemakan seram telah mencatat jumlah kutipan yang agak tinggi.
"Sebagai contoh, sepanjang tahun ini, filem Hantu Bonceng telah berjaya meraih RM8.5 juta, filem Khurafat pula mencatat kutipan RM8.08 juta dan Karak RM4.2 juta," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Ahamat@Ahamad Yusop mengenai lambakan filem berunsurkan tahyul dan mistik pada sidang Dewan Negara di sini semalam.
Maglin berkata, melalui kajian cita rasa dan kehendak yang dijalankan kebanyakan pembikin filem tempatan, mereka mendapati selera penonton adalah lebih cenderung kepada filem bertemakan seram.
"Oleh sebab itu, ramai penerbit mengambil keputusan untuk menerbitkan filem seram berbanding tema lain," katanya.


Parah dibelasah pesakit mental



PENDUDUK melihat Hasipah yang cedera selepas menjadi mangsa amuk seorang lelaki pesakit mental di Teluk Intan, Perak semalam.



TELUK INTAN - Tindakan seorang pesakit mental yang sering mengamuk dan membahayakan nyawa penduduk memaksa seorang ibu merayu supaya pihak berkuasa mengurung anak lelakinya itu agar dapat dirawat sekali gus mengelakkan orang lain tercedera atau dibunuh.
Dalam kes terbaharu di Kampung Tersusun Alor Bakong, Langkap di sini pukul 4.30 petang semalam, lelaki berkenaan, Zali Abdullah, 32, telah menyerang dan memukul seorang warga emas, Hasipah Ngah Kassim, 81, hingga menyebabkan wanita itu cedera di kepala, leher, tangan dan dada.


Banjir di Johor makin buruk



SEORANG penduduk menunjukkan kebun getah yang ditenggelami banjir di Kampung Usaha Jaya, Labis, Johor semalam.



JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 3,265 orang setakat pukul 8 malam tadi.
Menurut Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, di Kluang empat lagi pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, Dewan Parit Haji Hassan, Balai Raya Kampung Bentong dan Sekolah Agama Kampung Tengah 1.
Ia sekali gus menjadikan 16 pusat pemindahan banjir telah dibuka di daerah itu setakat ini.
Jumlah mangsa di daerah itu turut meningkat daripada 754 kepada 1,039 mangsa.
Pusat pemindahan lain di Kluang ialah Balai Raya Kampung Kolam Air, Balai Raya Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Balai Raya Kampung Punchor dan Balai Raya Taman Puteri.
Pusat pemindah lain ialah Balai Aktiviti Kampung Contoh, Balai Raya Kampung Batu 4 Paloh, Balai Raya Kampung Muhibbah, Balai Aktiviti Kampung Melayu Mardi, SK Sri Kencana, Simpang Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan SJK (C) Ping Min.


Dua pemuda punk cuba lari



SEORANG peminat muzik punk turun dari sebuah trak untuk bersolat di sebuah pusat latihan polis di Seulawah, Aceh Besar, Aceh pada Sabtu lalu.



SEULAWAH, Indonesia - Dua daripada 65 peminat muzik punk termasuk lima wanita yang sedang menjalani proses pemulihan akhlak di sebuah pusat tahanan polis di sini, Aceh hampir berjaya melepaskan diri sebelum mereka dibebaskan pada Jumaat ini.
Dua pemuda terbabit berpura-pura mahu ke bilik air sebelum mereka melarikan diri ke bandar Banda Aceh yang terletak 50 kilometer dari lokasi mereka ditahan.
Kedua-duanya dipercayai berbuat demikian kerana benci berada di pusat berkenaan.
Polis menemui mereka merayau-rayau di jalanan sembilan jam selepas melarikan diri dan membawa mereka pulang sejurus selepas tengah malam.
"Mereka menyatakan rindu pada ibu bapa mereka tetapi jelas, mereka menipu," kata ketua polis tempatan, Kolonel Armensyah Thay.
"Mereka tidak pulang ke rumah. Mereka selama ini hidup di jalanan," tambahnya.
Semua 65 belia punk itu akan dibebaskan pada Jumaat ini selepas menjalani proses pemulihan selama 10 hari.
Sepanjang tempoh tersebut, mereka diajar ilmu agama dan akhlak selain melakukan kawat tentera bertujuan untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin.
Bagaimanapun, seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Yudi, 19, menyatakan, kem akhlak tersebut tidak berjaya.
Dia meronta dengan kuat apabila beberapa anggota polis cuba mencukur rambutnya.
Apabila kepalanya dibotakkan, Yudi mula menitiskan air mata.
"Ia merupakan satu seksaan buat saya. Saya tidak sabar untuk keluar" katanya.
"Mereka tidak boleh mengubah diri saya. Saya sayang punk. Saya tidak merasa bersalah tentang gaya hidup saya. Kenapa saya perlu rasa bersalah? Tiada apa yang salah tentangnya." tambah remaja berkenaan.
Teman wanitanya, Intan Natalia, 20 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.
Rambut perang Intan dipotong pendek dan diwarnakan hitam dengan dia dipaksa memakai tudung.
"Mereka boleh berkata apa saja yang mereka mahu tetapi saya suka dengan cara hidup punk. Ia sesuai dengan diri saya," katanya.
Semua 65 belia punk itu dibawa ke pusat tahanan polis berkenaan pada minggu lalu selepas polis menyerbu satu konsert di Aceh.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam.
Belia itu ditangkap pada konsert muzik punk pada 10 Disember lalu dan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.
Mereka dibawa ke pusat latihan polis pada 13 Disember lalu bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis. - Agensi


Kilat kasut dapat RM476.52 sehari di Washington



GUSTAVO CARPIO mengilat kasut di Washington D.C pada 13 Disember lalu.



WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.
Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.
Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.
Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but.
"Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - AFP

No comments:

Post a Comment