Tuesday, March 6, 2012

DULU DIPERTAHANKAN...MENDEBIK DADA..KECAM ORANG...SEKARANG AKUR....BUANG BIAR BETUL BUANG...JIKA TAK BAHAYA...BUAT APA HANTAR NEGARA ORANG...BUANG AJE DINEGARA SENDIRI..AKAL BODOH PUN BOLEH FIKIR...MENGAKU RASUL SENANG HUKUM...INI TAK MENGAKU...TAPI TINDAK TANDUK SEAKAN2 RASUL...SEBAB KETENTUAN DARINYA...WALAUPUN AGAMA JELAS MELARANGNYA...

Tiga maut kereta bertembung lori


KERETA Proton Saga BLM remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi, Johor, kelmarin hingga mengakibatkan tiga penumpangnya maut.


KOTA TINGGI – Keterujaan seorang wanita untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya pada 14 Mac ini berkecai apabila lelaki tersebut bersama ibu dan kakaknya maut dalam kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli barang keperluan majlis itu di ibu negara kelmarin.
Kemalangan pukul 2.40 petang di Kilometer 28.5, Jalan Kulai-Kota Tinggi itu mengakibatkan Muhammad Hazwan Ahmad, 25; Saemah Mantu, 65, dan Fatimah Othman, 35, maut di tempat kejadian apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Muhammad Hazwan bertembung dengan sebuah lori tiga tan membawa muatan ikan.
Turut berada dalam kereta itu ialah bakal tunang Muhammad Hazwan, Fazlina Othman, 25, dan anak saudaranya, Ahmad Razim Faizal, 3. Fazlina cedera di tangan kiri manakala kanak-kanak itu cedera di kepala. Pemandu lori berusia 33 tahun itu hanya cedera ringan.
Saemah dan Fatimah merupakan ibu dan kakak Fazlina.
Mengimbau semula kemalangan itu, Fazlina memberitahu, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Felda Air Tawar Satu di sini selepas membeli kelengkapan pertunangan di Kuala Lumpur.

Taubat nabi palsu sudah terlambat

ABDUL KAHAR diiring keluar selepas Mahkamah Rayuan Syariah di Shah Alam menolak rayuannya semalam.


SHAH ALAM – Rayuan terakhir lelaki yang mendakwa ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 serta enam kali sebatan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah di sini semalam.
Tiga panel Hakim Syarie diketuai Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusop Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar sebulat suara memutuskan bahawa hakim bicara Mahkamah Tinggi Syariah di sini tidak terkhilaf dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap perayu.
Sehubungan itu, hukuman yang dikenakan ke atas Abdul Kahar pada 16 September 2009 selepas dia ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menonton televisyen di rumah sewanya di Sungai Long, Hulu Langat, Kajang pada pukul 9.45 pagi kekal.
Tertuduh kini ditahan di Penjara Kajang.
Abdul Kahar, 62, kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut namun ahli keluarga termasuk anak-anak tertuduh yang hadir sepanjang prosiding menangis teresak-esak.
Pada 21 September 2009, Hakim Abu Zaky Mohammad mensabitkan bekas pekerja Zoo Negara itu bersalah selepas menerima pengakuan salah terhadap lima tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang diasaskannya tujuh tahun lalu.
Selain hukuman berkenaan, Abdul Kahar turut diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam bagi tempoh enam bulan terakhir daripada hukuman penjara.
“Secara keseluruhan mahkamah bersetuju dengan responden (Ketua Pendakwa Syarie) bahawa kesalahan ini melibatkan akidah yang serius dan sesuatu hukuman perlu bergantung pada berat kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Selain itu, merujuk kepada hujah perayu yang mendakwa sudah bertaubat dan insaf, Ibrahim berkata, taubat hanya boleh dibuktikan dengan amal soleh dan hakim bicara memutuskan hukuman berdasarkan apa yang dilihat secara zahir.
“Perlu diingat, hukuman adalah serampang dua mata: Satu untuk menyedarkan pesalah dan satu lagi adalah untuk memberi peringatan kepada yang lain supaya tidak berbuat yang sama,” katanya.

Sisa kilang Lynas akan dihantar ke luar negara


SISA buangan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan ini akan dihantar ke luar negara apabila ia beroperasi kelak.


KUANTAN – Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.
“Walaupun kerajaan berpuas hati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyediakan kemudahan pelupusan tetap (PDF) jauh dari penempatan awam.
“Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini semalam.

Pakar sejarah yakin pahlawan Hang Tuah bukan mitos


Naib Pengerusi DBP, Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar (tengah) mempengerusikan forum Hang Tuah Wira Bangsa di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penyelidik sejarah menyangkal dakwaan mengatakan kewujudan Hang Tuah hanya sebagai mitos kerana pahlawan Melaka itu ada disebut di dalam 52 naskhah buku Melayu lama.
Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hasim berkata, walaupun dokumen itu hanya kajian secara lisan tetapi ia merupakan sumber yang boleh diterima.
“Hang Tuah bukan satu mitos sedangkan kubur serta banyak lagi penulisan sejarah menceritakan tentang ketokohannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
“Sejarahnya bukan disebut dalam buku sejarah di negara ini sahaja malah Hang Tuah juga wujud di beberapa tempat seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan China,” katanya pada forum Hang Tuah Wira Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.

Kempen pujuk pengundi di Facebook


Azhari (kiri) menggunakan Facebook bagi menarik lebih ramai golongan muda mendaftar sebagai pengundi di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam menggunakan laman sosial Facebook untuk menarik golongan muda supaya mendaftar sebagai pengundi.
Ketuanya, Azhari Shaari berkata, pihaknya memilih medium tersebut kerana golongan muda di negara ini lebih gemar menggunakan laman sosial sebagai alat komunikasi dan berkongsi maklumat.
Menurut beliau, dengan kaedah tersebut pihaknya yakin dapat menambah bilangan pengundi muda yang dilaporkan paling ramai belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Dalam kempen yang dijalankan melalui laman sosial tersebut, kami sentiasa menasihati golongan muda supaya segera mendaftar dengan SPR dan mengingatkan rakan-rakan lain agar melakukan perkara yang sama demi masa depan negara.

Filem tentera Uthmaniyah dapat sambutan hebat

AFP
TIGA orang melihat poster filem Fetih 1453 di sebuah pawagam di Ankara pada 27 Februari lalu.


ANKARA - Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.
Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.
Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).
Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.
Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.
"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.
Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.
Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.
Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul. - Agensi

Lelaki dakwa pemilik Facebook tambah bilangan peguam

BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki, Paul Ceglia yang mendakwa dia turut berhak ke atas syarikat Internet, Facebook telah menambah lima lagi peguam yang akan mempertahankan dakwaannya itu.
Ketua pasukan peguam itu, Dean Boland menyatakan kelmarin bahawa penambahan peguam dari firma New York, Milberg LLP dan beberapa tempat lain menggambarkan bahawa mereka memiliki kes yang kukuh.
Ceglia sebelum ini memberitahu, dia berhak mendapat separuh nilai Facebook selepas menandatangani satu kontrak bersama Mark Zuckerberg pada 2006.
Kontrak itu ditandatangani ketika Zuckerberg belajar di Universiti Harvard.
Mengulas mengenai dakwaan Ceglia, beberapa peguam Facebook bagaimanapun memberitahu, kontrak tersebut palsu dan tiada kena mengena dengan laman jaringan sosial tersebut.
Laman jaringan sosial berkenaan kini memiliki 845 juta pengguna dan mencatat perolehan sebanyak AS$3.7 bilion (RM11.1 bilion) pada tahun lalu. - AP

No comments:

Post a Comment