SEPATUT KES YANG SATU2NYA...SERTA LUAR BIASA..PUSAT ZAKAT PERMUDAH PROTOKOL..PUSAT2 ZAKAT LAIN PUN BOLEH BANTU...INI MASANYA...JANGAN SAMPAI ALLAH SALAHKAN KITA...KERANA SALAH TADBIR URUS..GUNALAH BUDIBICARA...KITA MANUSIA ADA PERASAAN BUKANNYA ROBOT...HARI INI..HARI DIA..MUNGKIN HARI LAIN GILIRAN KITA...
Bantulah saya selamatkan Suhaila...
5 Mac 2012
Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada
sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap
Suhaila hanya senggugut setiap kali datang bulan.
Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.
Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor.
Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad
mendapatkan khidmat pakar.
Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan.
Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila
mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.
Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.
Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit.
Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi
mengelakkannya datang haid.
Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di
Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada
seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti
Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.
Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada
risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan
lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.
Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.
Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.
Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.
Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.
Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.
Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua
sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumbangan
bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya
masih tidak cukup.
Pastinya ada yang bertanya mengapa perlunya pembedahan di luar negara.
Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini
belum ada kepakaran.
Pihak hospital memaklumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa
sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh
dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedahkan Suhaila
kepada risiko.
Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat
sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi
Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos
perubatannya terbantut.
Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000
bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana
ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.
Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada
hospital dapat disegerakan bagi menyelamatkan nyawa Suhaila.
Tolonglah! Permudahkanlah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!
Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281
Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281
No comments:
Post a Comment