Saturday, June 12, 2010

BAGAIMANA KOMEN PEMINAT....ADAKAH ARTIS2 INI PAKAIAN DAN PERGAULAN IKUT ISLAM...CUBA RENUNG2KAN...

Penyebar video lucah belum dicam



2010/06/13

JAKARTA: Polis masih belum menerima maklumat mengenai penyebar pertama video porno yang membabitkan artis terkenal Indonesia, Ariel ‘Peterpan’, serta pelakon dan model, Luna Maya dan Cut Tari.

GAMBAR ILUSTRASI... ARIEL bersama dua artis yang dikaitkan dalam video lucah.
GAMBAR ILUSTRASI... ARIEL bersama dua artis yang dikaitkan dalam video lucah.

Dalam pada itu, Ariel yang sudah digelar Ariel ‘Peterporn’ selepas video lucah itu tersebar, mengambil sikap berdiam diri selepas disoal siasat oleh polis, semalam.


Dia dan Luna yang disoal selama kira-kira dua setengah jam enggan bercakap kepada wartawan yang menanti mereka di luar balai polis di Jakarta. Sementara itu, pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan menggesa polis supaya turut menyiasat suami Cut, Yusuf Subrata berhubung video berkenaan.


Farhat Abbas dari Lembaga Sosial Masyarakat Jamin Rakyat berkata, tindakan Yusuf berdiam diri tidak boleh diterima walaupun dia bertindak demikian untuk menutup aib isterinya.


Farhat turut mengesyorkan supaya polis memeriksa kesihatan Ariel, Luna dan Cut memandangkan apa yang mereka lakukan membabitkan seks bebas yang jika dibiarkan akan menyebabkan virus tersebar luas. — Agensi



Tonton video lucah isteri



2010/06/15

JAKARTA: Johannes Yusuf Subrata, suami pelakon, model dan penyampai televisyen, Cut Tari, mengaku sudah menonton video porno yang didakwa melibatkan isterinya dengan penyanyi kumpulan Peterpen, Ariel.

Bagaimanapun, ia menolak untuk menyaksikan video porno yang melibatkan Ariel dan Luna Maya, teman wanita penyanyi itu ketika ini.


“Itu urusan mereka (Ariel dan Luna). Saya tidak menontonnya,” kata Yusuf yang berkahwin dengan Cut, bekas teman wanita Ariel pada 9 Januari 2004, ketika ditemui di Balai Polis Jakarta Selatan, semalam.


Yusuf berkata, dia menemani isterinya yang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung video seks itu.


Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes itu. Yusuf sebelum ini pernah berkata, dia tetap mermpercayai dan mencintai Cut.


Cut juga tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada wartawan yang menunggu ketibaannya di depan balai polis itu.


Jumaat lalu, Ariel Peterpen atau nama sebenarnya Nazril Irham dan Luna memberi keterangan kepada polis berhubung video itu yang hingga kini boleh diperoleh secara meluas walaupun polis melancarkan beberapa serbuan sejak minggu lalu. Video itu seolah-olah dirakam oleh Ariel ketika dia melakukan seks dengan Luna, dan Cut, pada waktu berlainan. - Agensi



Tatu pinggul jadi bukti



2010/06/16

JAKARTA: Video yang menampilkan aksi porno pasangan mirip Ariel ‘Peterpan’ dan teman wanitanya, Luna Maya banyak menyimpan teka-teki.

Satu daripadanya ialah tatu di pinggul pelakon wanita berkenaan.


Kini, teka-teki tatu itu sudah terjawab.


"Saya pasti gambar tatu pada pelaku porno itu adalah bentuk ikan lumba-lumba," ujar pakar multimedia, Abimanyu Wachjoehidajat, ketika dihubungi akhbar Internet, detikhot, semalam.


Abimanyu juga berkata, dia menemui bukti terdapat tatu atau gambar serupa pada tubuh Luna.


Tempat tatu berkenaan juga sama dengan yang ada pada video porno itu, katanya.


“Saya menemui video pembanding baru mengenai tatu itu ketika melihat video lucah berkenaan,” katanya.


Abimanyu adalah antara pengamal multimedia yang kerjasamanya diminta oleh pihak polis berhubung video membabitkan Ariel, penyanyi utama kumpulan Peterpan dengan Luna, model yang juga selebriti terkenal Indonesia, Dia sudah menyerahkan hasil analisisnya kepada pihak polis.


Sementara itu, Ariel, Luna dan seorang lagi selebriti yang didakwa terbabit dalam skandal video seks itu, Cut Tari, tetap menafikan mereka adalah pelaku dalam video berkenaan.


Ariel ‘Peterpan’ yang kini digelar Ariel ‘Peterporn’ dan Luna disoalsiasat Jumaat lalu sementara Cut muncul di balai polis untuk memberi kenyataannya Ahad lepas. — Agensi.




Pakar sahkan video lucah selebriti asli



2010/06/16

JAKARTA: Pakar teknologi maklumat, Roy Suryo, yang dilantik menjadi saksi oleh polis berkait kes video porno mirip beberapa artis Indonesia semalam mengesahkan pelaku dalam video itu adalah orang yang selamanya diyakini orang ramai.

Roy mengaku sudah melihat kedua-dua video berkenaan yang membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel dengan dua selebriti, Luna Maya dan Cut Tari.


“Kesimpulannya, apa yang diyakini oleh orang ramai dan media adalah benar,” kata Roy ketika dihubungi media.


Dia juga yakin babak dalam video itu tidak disunting. Menurut Roy, video pertama membabitkan Ariel dan Luna dibuat pada 2006 sementara yang kedua, melibatkan Cut, pada 2007.


Berdasarkan tahun yang disebut pakar teknologi maklumat itu, Cut sudah menjadi isteri Johannes Yusuf Subrata ketika video berkenaan dirakam. Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 2004. - Agensi.

No comments:

Post a Comment