Friday, June 18, 2010

INI ABANG PULA SELALU BAPAK.....MANA DIA HUKUM QURAN BILA NAK LAKSANAKAN.....

Hamba seks abang

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Mohd Firdaus Ibrahim

2010/06/19

PETALING JAYA: Seorang gadis yang menjadi hamba seks abang kandungnya sejak tiga tahun lalu nekad membuat laporan polis walaupun sebelum ini cuba berbuat demikian, tetapi dilarang kedua ibu bapanya bagi mengelak aib keluarga.
Gadis berusia 17 tahun itu mendakwa sering dirogol abangnya yang berusia 24 tahun ketika ketiadaan orang di rumahnya, di Taman Medan di sini.
Mangsa membuat laporan polis semalam.

Jurucakap polis berkata, mangsa terpaksa melayan nafsu seks abangnya bagi mengelak dicederakan.

“Malah, gadis terbabit hanya mampu menurut kata abangnya itu dan hal berkenaan diketahui kedua-dua ibu bapa mereka.

“Dipercayai ibu bapa mangsa melarang membuat laporan polis dipercayai atas dasar malu,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa bertindak nekad membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doktor kemudian mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

Beliau berkata, sebaik mengetahui adiknya membuat laporan polis, suspek kemudian menghilangkan diri.

“Keterangan daripada ibu bapa mangsa sudah diambil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan

No comments:

Post a Comment