Wednesday, March 9, 2011

JODOH JIKA DAH BERKAHWIN..NI BERTUNANG....MEMANG TAK ADA JODOH LA TU....JIKA PENGUATKUASA PUN TAK AMANAH...SIAPA LAGI NAK DIHARAPKAN....NI LAH KESAN AGAMA DIABAIKAN SERTA TAK DIAMAL LAGI...

Dicabul pegawai

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita meminta bantuan pegawainya untuk menyelesaikan saman trafik membawa padah, apabila dia dicabul lelaki miang itu dengan dipeluk, diraba dan dicium di sebuah pusat beli- belah di ibu negara, akhir bulan lalu.
Mangsa bekerja sebagai setiausaha di sebuah jabatan penguatkuasaan di Putrajaya, bertemu pegawai berkenaan sebelum dibawa ke balai polis bagi menyelesaikan saman trafik milik kenalannya, ekoran balai polis sesak pegawai itu mengajaknya ke sebuah pusat beli-belah sementara menunggu keadaan lengang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari 28 Februari lalu, mangsa mulanya enggan mengikut ajakan pegawai terbabit kerana masih dalam waktu bekerja tetapi lelaki itu berkeras mengikutnya.
Menurut sumber, mangsa menemani pegawai itu bersiar-siar sambil membeli-belah dan selepas beberapa ketika lelaki terbabit bertindak ‘miang’ cuba memeluk dan meraba mangsa.

“Mangsa cuba mengelak namun pegawai itu bertindak lebih berani memeluk sambil mencium pipi kanannya. “Wanita malang itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kerana berasa tidak selesa dengan tindakan kurang ajar pegawai atasannya itu,” katanya.

Sumber berkata, pegawai terbabit yang bimbang kelakuan sumbangnya didedahkan meminta mangsa menarik semula laporan dengan menggugut memberitahu mangsa yang menggodanya terlebih dulu.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan mengenai kes berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.


Penganggur didakwa bunuh pekerja hotel



NIBONG TEBAL: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja hotel, bulan lepas.
Muhamad Hafis Md Yusoff, 26, didakwa membunuh U Yuganthan, 21, di Lorong Lima Kongsi B, Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap di sini, kira-kira 1 pagi 25 Februari lepas.

Dia bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kecederaan hingga mendatangkan kematian Yuganthan.
Muhamad Hafis yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Izham Ali menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairuz Rahman sementara tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama


Jaga mati terlentang dalam kedai logam

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan di belakang badan dan leher di sebuah kedai barangan logam, di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Baya berusia 30-an turut dipukul di kepala dipercayai menggunakan objek tajam sebelum dibuang di kawasan stor di belakang kedai berkenaan.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kebiasaan mangsa akan membuka pintu pagar seawal jam 8 pagi setiap hari, namun ketika kejadian, pintu berkenaan masih berkunci.
Menurutnya, dia yang mengesyaki sesuatu masuk ke kedai itu mencari mangsa sebelum menjumpai mayat terlantar di belakang stor sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, ketika kejadian kamera tertutup (CCTV) merakam dua individu tidak dikenali masuk ke dalam kedai berkenaan, namun tidak merakam kejadian pembunuhan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata, polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 9 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.


Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali individu terbabit yang datang ke kedai berkenaan dan berlaku pergaduhan.

Abdul Rahim berkata, senjata pembunuhan tidak ditemui dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). “Polis akan meneliti rakaman CCTV bagi membantu siasatan kes pembunuhan terbabit,” katanya.



Kenangan dalam kotak

JELEBU: “Selepas selesai majlis pertunangan, dia terus menyimpan barang hantaran termasuk cadar baru ke dalam kotak dan memberitahu mahu menyimpannya dengan baik sebagai kenangan,” kata Hawa Ahmad, 52, ibu kepada Sapiah Saodah Mat Nazir, 23, yang terkorban bersama dua ahli keluarga lain dalam kemalangan ngeri di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, kelmarin.
Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Wan Mohd Ali Shapawi, 23, Ahad lalu.

“Pada majlis bermakna itu, dia (Sapiah) dilihat amat gembira berbanding biasa. Sejurus semua urusan selesai, dia beria-ia mengemas barang hantaran dan menyimpannya ke dalam kotak.
“Selain itu, dia mahu memulangkan semula baju pengantin dipakainya pada majlis itu ke sebuah butik di sekitar Jelebu. Namun, kakaknya (Norhashikin, 27) memujuk supaya ke Melaka terlebih dulu untuk mengambil motosikal suami.

“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa dan tidak menyangka ia petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felcra Lakai, Simpang Pertang, semalam.

Kata Hawa, dia terkilan kerana anak perempuannya itu tidak sempat mengecapi saat bahagia pernikahan hujung tahun ini.

“Saya bagaimanapun menganggap kejadian yang mengorbankan tiga nyawa ahli keluarga kami sekali gus ini sebagai suratan takdir,” katanya yang sebak.

Sementara itu, Wan Mohd Ali yang juga sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir daripada tunangnya itu, sejam sebelum kejadian.
“Kandungan SMS itu hanya tertulis ‘Bang, saya nak balik....’ Saya bagaimanapun tidak sempat membalasnya kerana sibuk bergotong-royong di sekitar Kuala Pilah.

“Namun, kira-kira jam 3.30 petang, hati saya seperti mahu gugur apabila dimaklumkan ahli keluarga mengenai kemalangan berkenaan. Saya ketika itu menyangka ia hanya kemalangan biasa, rupa-rupanya meragut tiga nyawa termasuk tunang saya yang dikenali sejak enam tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, pada majlis pertunangan itu, dia pada awalnya enggan merakam gambar sehingga menyebabkan mangsa merajuk.

“Saya bagaimanapun tidak sampai hati melihat keadaannya dan bersetuju bergambar bersama. Selepas selesai, dia memeluk dan mencium semua peserta rombongan perempuan,” katanya.

Ketiga-tiga jenazah mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Felda Lakai, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin itu, Sapiah yang memandu Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felcra Lakai, Simpang Durian, Jelebu, dekat sini.


Tak sedar rumah kena pecah



KUALA LUMPUR: Bagaikan dipukau apabila seorang lelaki berusia lewat 20-an yang sedang tidur hanya menyedari rumahnya dipecah masuk sekumpulan lelaki sebaik suspek meninggalkan rumahnya di Kepong, di sini kelmarin.
Bertambah malang, suspek bukan saja mengambil barangan berharga milik mangsa malah turut melarikan kereta jenis Proton Waja yang diletakkan di hadapan rumah.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa mendakwa kerugian kira-kira RM33,800.


Mayat lelaki dibalut span

KAJANG: Mayat seorang lelaki yang sudah berbau ditemui dibalut dengan span nipis dalam hutan berhampiran Batu 8, Cheras di sini Ahad lalu.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibungkus dengan span dan dicampak ke dalam hutan berkenaan.

Difahamkan, seorang lelaki yang kebetulan memasuki hutan berkenaan terhidu bau busuk menyebabkan dia menghampiri bungkusan itu sebelum terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang lelaki.
Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah malam Ahad lalu, sepasukan polis dari unit forensik dihantar ke tempat kejadian bagi mengenal pasti dan menjalankan siasatan ke atas penemuan mayat itu.

“Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen peribadi. Malah, ketika ditemui mayat itu sudah mulai reput dan dipercayai sudah ditinggalkan kira-kira 36 jam sebelum ditemui.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Laporan bedah siasat itu mendapati ada kesan kecederaan dalaman pada badan mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kematian mangsa itu dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul beberapa kali dan mangsa adalah rakyat tempatan berdasarkan penemuan parut suntikan BCG.

“Hasil siasatan lanjut kita akhirnya menemui identiti mangsa. Berdasarkan alamat terakhir, mangsa berasal dari Kulim, Kedah,” katanya.
Azman berkata, berikutan itu, polis mencari waris mangsa di alamat terakhir mangsa, namun gagal kerana tiada penghuni di alamat berkenaan.

“Kami sudah mencari waris mangsa dan hari ini (semalam) kita mendapat maklumat keluarga mangsa berada di Lembah Klang. Kita sudah maklumkan kepada mereka dan menunggu mereka tampil membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Seorang pelajar Malaysia lalui pengalaman gempa di hospital



CHRISTCHURCH (New Zealand): Ketika ramai pelajar Malaysia di sini saling membantu antara satu sama lain ketika berdepan kesan gempa bumi, seorang penuntut jurusan undang-undang di Universiti Canterbury pula melalui pengalaman menakutkan itu ketika dirawat di Hospital Christchurch kerana menghidap barah tulang.
Richard Yap, 21, dirawat di hospital itu sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap Osteosarcoma sejak lima tahun lalu.

Delegasi sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia diketuai Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kelmarin melawat Richard dan memberi sedikit sumbangan.


Mangsa culik lepaskan diri

SERI KEMBANGAN – Sepasang suami isteri yang dikurung dalam sebuah pondok kecil dalam keadaan tangan bergari selama dua hari bernasib baik berjaya melepaskan diri sebelum wang tebusan sebanyak RM15,000 dibayar kepada penculik itu.
Pasangan itu menjadi mangsa culik tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Shah Alam di hadapan rumah mereka di Jalan Kinrara 4/4D, Sunway Kinrara, Batu 8, Puchong pada pukul 11.55 malam pada Khamis lalu ketika mereka baru sampai ke rumah selepas keluar makan malam.
Mangsa culik iaitu seorang kapten bersara yang kini bergiat dalam bidang perniagaan dan isterinya diculik selepas ketiga-tiga suspek memberitahu mereka perlu dibawa ke balai polis bersabit satu kes.


‘Jodoh kami setakat ini’

JEMPOL – “Jodoh kami hanya setakat ini sebab baru sehari bertunang, dia telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya.”
Demikian luahan sedih Wan Mohamed Ali Shafawi, 23, tunang kepada Allahyarham Saripah Saodah Md. Nazir, 22, yang maut bersama kakak dan anak saudaranya di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang di sini kelmarin.
Cerita Mohamed Ali, dia yang menerima maklumat berhubung kemalangan itu bergegas ke lokasi kejadian dan hampir pengsan apabila melihat Saripah sudah tidak bernyawa.
Lebih memilukan, baju berwarna ungu yang dipakai Saripah pada hari pertunangan mereka di dalam kereta itu turut dipenuhi percikan darah.


ASP dipenjara, denda buat tuntutan palsu

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM60,000 terhadap seorang Pegawai Penyiasat Trafik berpangkat Asisten Supritendan kerana didapati bersalah atas enam tuduhan membuat tuntutan penginapan palsu tujuh tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman turut memerintahkan tertuduh, Wan Nazli Wan Jaafar, 43, menjalani hukuman penjara tambahan selama setahun sekiranya dia gagal menjelaskan denda tersebut.


Kena jel, sebat gara-gara samun RM6, telefon


SYED ANUAR bertindak agresif dan cuba menendang jurugambar ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang peniaga air dan penjaga letak kereta masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyamun dompet berisi RM6 dan seunit telefon bimbit milik dua remaja di sini Oktober tahun lalu.
Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan ke atas Syed Anuar Syed Mohd. Arus, 39, manakala rakannya, Mohd. Fazry Mohamad, 26, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan.
Menurut hakim, kedua-dua tertuduh gagal membangkitkan keraguan munasabah untuk disabitkan dengan kesalahan.


Jejak peminjam guna Facebook


MAZNAH mencuba talian dengan menghubungi peminjam selepas Pelancaran Pusat Panggilan PTPK sambil diperhatikan oleh Ali Badaruddin (berkaca mata) di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Laman sosial Facebook yang sering menjadi wadah kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.
Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata, sejak akaun Facebook pihaknya dilancarkan pada Februari tahun lepas, ia telah berjaya menjejaki seramai 1,460 peminjam.
“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046 sejak laman sosial itu dilancarkan.
“Kita berkomunikasi dengan para peminjam dengan baik selain memberikan pilihan untuk membayar ansuran pinjaman. Jika tidak dapat membayar secara penuh jumlah pinjaman ditetapkan setiap bulan mereka boleh bayar setakat mana mereka mampu,” katanya.

No comments:

Post a Comment