Friday, March 11, 2011

YANG ADA MELAMBAK2...KIAN MEMBIAK...NAK BAWA MASUK LAGI 45000....MASALAH PENYAKIT....MASALAH SOSIAL BERTAMBAH...DAN MENUTUP PEKERJAAN UNTUK ORANG TEMPATAN...SEDANG UNDANG ISLAM TIADA DITEGAKKAN...MASALAH ZINA...ROGOL...CURI ...GADUH DLL KIAN MENINGKAT....SENDIRI MAU INGAT DAN FIKIR...

Serbu 2 pasar

Oleh Noozieyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my

TANGKAP...warga asing yang
ditahan dalam operasi, semalam.
TANGKAP...warga asing yang ditahan dalam operasi, semalam.
RAMPAS...barang jualan pekerja
asing disita pihak berkuasa.
RAMPAS...barang jualan pekerja asing disita pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR: Dua pasar borong utama di Selayang bersempadan antara Wilayah Persekutuan dan Selangor yang menjadi ‘syurga’ warga asing berniaga diserbu lagi, pagi semalam.
Kali ini operasi yang diketuai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dibuat pada jam 4 pagi.

Penguasa DBKL, Minhad Ahmad, berkata operasi membabitkan Unit Kawalan Kebersihan dan Penjaja Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan itu bertujuan membanteras warga asing di pusat bandar Kuala Lumpur serta penjaja yang berniaga tanpa lesen.
“Bagi kedua-dua pasar berkenaan, kami menahan 51 warga asing. Daripada jumlah itu, 10 daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Manakala bagi 41 warga asing lagi dibebaskan kerana mempunyai dokumen dan kebanyakan daripada mereka hanya pekerja serta pembantu di pasar itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, hasil sita dan rampasan barangan penjaja dalam operasi berkenaan seperti sayuran dan buah-buahan yang dijual warga asing terbabit akan dilupuskan DBKL.

Operasi yang berakhir kira- kira jam10 pagi itu, disertai 64 anggota DBKL, 17 anggota Rela, PDRM (enam orang) dan JPN (empat orang).

Minhad berkata, operasi berkenaan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi membersihkan kawasan berkenaan daripada penjaja warga asing.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, tindakan undang-undang mengikut Akta Imigresen akan dikenakan terhadapwarga asing yang ditahan itu selepas siasat menyeluruh dibuat.

“Sebelum tindakan diambil, kami akan menyiasat sama ada pendatang yang ditahan itu melakukan kesalahan seperti tidak ada dokumen, menyalahgunakan pas pekerja atau tinggal melebihi tempoh.

“Tindakan seperti mengeluarkan kompaun akan dilakukan.

Selain itu, kami akan memastikan sama ada dokumen mereka tiada atau disimpan majikan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Mayat terdampar belakang flat bukan mangsa lemas


KUALA LUMPUR: Polis menafikan mayat seorang lelaki yang ditemui terdampar di kawasan sungai di belakang Flat Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, pagi kelmarin mangsa lemas di Sungai Segambut berhampiran Kondominium Tiara, Ahad lalu.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi menafikan mayat lelaki yang ditemui kira-kira jam 8.30 pagi itu lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang akibat lemas.

Menurutnya, mayat tanpa identiti itu milik lelaki lain yang belum dikenal pasti identitinya dan berdasarkan pemeriksaan awal, mayat terbabit tidak cedera.
“Bagaimanapun, kami menghantar mayat itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk memeriksa identitinya,” katanya.

Katanya, berdasarkan pakaian mayat, mangsa dipercayai bekerja sebagai pekerja kontrak.

Sementara itu, menurut sumber, Ketua Penghulu Penempatan Warga Indonesia di Segambut Dalam yang diminta mengecam mayat lelaki yang ditemui pagi kelmarin turut menafikan mayat berkenaan lelaki Indonesia yang lemas Ahad lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, tiga lelaki warga Indonesia lemas di Sungai Segambut ketika menjalankan kerja membersihkan sungai berkenaan.

Seorang mangsa ditemui di kawasan sungai berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Isnin lalu, manakala dua lagi mangsa masih gagal ditemui.

4 diserang di kafe siber



KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang terbunuh, dua koma manakala seorang lagi diculik selepas lima lelaki bersenjatakan parang, besi dan rantai menyerang sebuah kafe siber di Taman Melati, Wangsa Maju, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Khairul Helmi Khamaruddin, 20, maut di tempat kejadian akibat patah leher selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan kedai ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan berkumpulan itu.

Dua rakannya yang masih belum dikenal pasti identiti terlantar dalam dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), juga akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri.
Seorang lagi mangsa yang berusia 20-an parah selepas ditetak dengan parang sebelum diculik kumpulan lelaki bersenjata itu dan nasibnya masih belum diketahui.

Menurut sumber, serangan itu dikatakan bermotifkan menuntut bela atas perbuatan mangsa dan beberapa rakannya membelasah ahli kumpulan penyerang sehingga koma di Danau Kota di sini, dua minggu lalu.

Sumber itu berkata, sejak dua minggu lalu, mangsa serta rakannya yang menyedari diburu polis tidak pulang ke rumah masing-masing kerana bimbang ditahan atau dicederakan ahli kumpulan berkenaan.

“Berikutan itu, mereka menumpang di sebuah bilik dalam kafe siber itu yang dijadikan tempat persembunyian. Namun, tempat persembunyian itu dikesan musuh mereka yang kemudian melakukan serangan balas dendam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan awal polis mendapati kumpulan lima lelaki yang melakukan serangan itu merempuh masuk ke kafe siber terbabit dan mangsa pertama mereka ialah penjaga premis berkenaan yang berada di bahagian kaunter.

“Selepas itu baru mereka menyerang Khairul Helmi dan rakannya yang lain dengan bersenjatakan parang, besi dan rantai. Rakan Khairul Helmi yang gagal melarikan diri ditetak seorang daripada suspek menggunakan parang manakala penjaga kafe siber itu terus dipukul suspek menggunakan besi.

“Khairul Helmi dan enam rakannya yang lain melarikan diri dengan bersembunyi dalam sebuah bilik di belakang premis, namun mereka berjaya dikesan,” katanya.

Zainuddin berkata, selepas memusnahkan beberapa unit komputer, penyerang terbabit memecahkan pintu bilik tempat persembunyian Khairul dan enam rakannya. “Dalam usaha melarikan diri Khairul Helmi terjatuh dari tingkat satu dan maut di tempat kejadian. Dua lagi rakannya cedera parah selepas terjun melalui tingkap dan dilaporkan kritikal di HKL.

“Rakan Khairul Helmi yang ditetak itu diculik kumpulan terbabit manakala empat lagi rakannya melarikan diri,” katanya. Zainuddin berkata, sehingga kini, polis masih tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa yang diculik.

“Bagaimanapun, tindakan pantas polis selepas menerima laporan mengenai insiden itu membuahkan hasil apabila seorang daripada suspek ditahan di sekitar kawasan berkenaan.

Saya terkilan


KUALA LUMPUR: “Saya terkilan adik tidak dapat bersama meraikan perkahwinan saya,” kata Nor Azlin Khamaruddin, 27, ketika mengulas kematian adiknya, Khairul Helmi, 20, ketika cuba menyelamatkan diri apabila diserang lima lelaki bersenjata di kafe siber di Taman Melati, awal pagi semalam.
“Adik saya sepatutnya pulang ke rumah esok (hari ini) bagi membantu saya melakukan persiapan perkahwinan. Malah, kata-kata serta janjinya itu masih terngiang-ngiang di telinga saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Nor Azlin berkata, dia menghubungi adiknya kira-kira dua minggu lalu selepas tidak pulang ke rumah kerana bimbang keselamatannya selepas bergaduh dengan satu kumpulan di Danau Kota.
“Adik mendakwa dalam keadaan selamat selain memberitahu bersembunyi di sebuah kafe siber kerana terbabit dalam satu pergaduhan,” katanya.

14 cawangan gulung tikar



JOHOR BAHRU: Akibat kemaruk untuk memiliki susuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model bagi memastikan suami ‘melekat’ di rumah, lima wanita pertengahan usia mendakwa kerugian lebih RM50,000 apabila diperdaya sebuah syarikat di bandar raya ini yang menawarkan perkhidmatan kecantikan.
Kumpulan wanita itu yang dijanjikan perkhidmatan rawatan wajah, pelangsingan tubuh selain keanjalan kulit untuk kekal awet muda hanya menyedari helah syarikat itu apabila 14 cawangannya yang beroperasi di seluruh negeri ini gulung tikar serentak, Sabtu lalu.

Seorang mangsa, Lee Hwa Heong, 39, berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk kelihatan lebih menarik selepas melahirkan tiga anak mengundang padah apabila diperdaya syarikat itu.
“Saya membeli pakej pertama rawatan kecantikan di cawangan syarikat itu di Nusa Bestari, Skudai, penghujung 2009 selepas dipujuk sekumpulan pakar kecantikan yang kononnya ingin berkongsi rahsia menjalin hubungan baik suami isteri.

“Saya bertambah minat untuk mendapatkan pakej itu apabila dijanjikan rebat atau pemulangan sebahagian daripada amaun dibayar menerusi cek,” katanya di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Pemuda MCA Johor di sini, semalam.

Menurut Lee yang juga seorang kontraktor, sejak membeli pakej berkenaan, dia hanya berpeluang melakukan 15 rawatan meskipun sepatutnya diberikan lebih 50 rawatan.

Lebih teruk, katanya, rawatan berkenaan langsung tidak memperlihatkan penurunan berat badan mahupun perubahan pada wajah.

“Siapa yang tidak mahu menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan menarik di mata suami ditambah pula mendapat pulangan rebat berbentuk wang tunai.

“Akibat seronok mendapat cek pertama dan kedua pada awal 2010 berjumlah RM1,120, saya bertambah galak dan yakin dengan syarikat itu serta sanggup membeli pakej kali kedua hingga keempat dengan harapan memiliki kecantikan selain menjana pendapatan mencecah RM5,600 hingga Mac ini melalui rebat berkenaan.

“Kini, saya kerugian kira-kira RM16,000 selain gagal mendapatkan keseluruhan perkhidmatan rawatan dijanjikan mahupun rebat ditawarkan,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya, Isnin lalu.

Seorang suri rumah, Lim Kim Heok, 48, berkata, dia menggunakan wang simpanan keluarga bagi mendapatkan beberapa pakej rawatan wajah di pusat kecantikan itu sejak lebih setahun termasuk membeli pakej baru bernilai RM3,000, baru-baru ini.

“Kakitangan syarikat terbabit hanya bermodalkan janji manis sebelum menipu wanita pertengahan usia seperti kami.

“Kami harap orang ramai tidak terpedaya manakala pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit,” katanya.

Sementara itu, pengerusi biro berkenaan, Kua Song Tuck berkata, hingga kini, pihaknya menerima lima aduan termasuk daripada golongan profesional yang terpedaya dengan helah syarikat berkenaan.

“Kami menjalankan siasatan dan mendapati syarikat kecantikan itu mempunyai sekurang-kurangnya 300 ahli selain mengaut keuntungan mencecah RM10 juta dengan menawarkan pelbagai pakej rawatan kecantikan.

“Apabila kami melakukan semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati pemilik dan rakan kongsi 14 cawangan pusat kecantikan itu terdiri daripada individu sama iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Kami akan melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) secepat mungkin untuk dikenakan tindakan,” katanya.

Penahanan 70 awak-awak asing bongkar kes alibaba lesen



PASIR PUTEH: Tindakan pengusaha bot laut dalam tempatan ‘mengalibabakan’ bot nelayan milik mereka kepada warga asing terbongkar berikutan penahanan 70 awak-awak warga asing bersama 100 matrik tan ikan bernilai RM23,000 dalam operasi kira-kira 100 batu nautika dari Timur, Tok Bali, dekat sini, kelmarin.
Penahanan itu dilakukan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), Daerah Tok Bali sejurus menyedari kehadiran dua bot terbabit dalam keadaan mencurigakan di perairan negara, selain sarat dengan ikan dan awak-awak.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Amanah, Lt Komander Mohd Kharulanuar Abdul Majid@Razali berkata, kedua-dua bot ditahan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, sebaik menerima maklumat berhubung kegiatan memunggah ikan.
“Penahanan awak-awak nelayan asing itu dilakukan ketika anggota menjalankan operasi bersama 24 krew dan mengesan bot laut dalam terbabit yang sedang berhimpit-himpit untuk memunggah ikan di perairan negara.

“Sebaik tiba, anggota menghampiri bot berkenaan dan mendapati ramai awak-awak negara asing sibuk memunggah ikan di bot itu menyebabkan pihak kami menahannya untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Kharulanuar berkata, babak paling menarik apabila semua awak-awak mendiamkan diri dan memadamkan lampu bot dengan tujuan supaya mereka sukar dikesan.



“Bagaimanapun, ketangkasan anggota ketika menjalankan tugas pada waktu malam menyebabkan kedua-dua bot terperangkap dan berjaya ditahan pada jarak kira-kira 100 batu nautika dari Timur, Tok Bali,” katanya.

Diugut samseng Nigeria


KUALA LUMPUR: Satu keluarga kini hidup ketakutan selepas menerima ugutan bunuh oleh seorang lelaki warga Nigeria yang tidak berpuas hati selepas mangsa melaporkan perniagaan haram dijalankannya.
Difahamkan, lelaki berusia 40-an itu juga ada kaitan dengan kumpulan samseng yang aktif di Cheras membuatkannya berani bertindak mengugut dan membelasah suami mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Jun, 43, berkata, dia yang turut berkahwin dengan lelaki warga Nigeria ditimpa nasib malang selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat laporan polis mengenai perniagaan haram dijalankan lelaki terbabit di Taman Connought, Cheras, di sini November lalu.
Katanya, sejak itu mereka sekeluarga diganggu, malah pernah menerima ugutan bunuh daripada lelaki terbabit mengugut mengarahkan konconya membunuh mereka.

“Saya bukannya berdengki dengan perniagaannya, tetapi bimbang dengan kehadiran ramai lelaki warga asing Afrika yang melakukan pelbagai jenayah di sini.

“Apa yang pelik, salun rambut lelaki berkenaan mampu mengupah empat pekerja warga Afrika sedangkan suami saya yang turut menjalankan perniagaan sama susah mengupah pekerja warga Afrika kerana tidak dibenarkan pihak berkuasa,” katanya.

Jun berkata, dia pernah memohon dengan Jabatan Imigresen untuk mengambil seorang pekerja di salun milik suaminya namun gagal atas alasan hanya pekerja warga India dibenarkan.

“Saya kasihan dengan suami yang bekerja seorang diri selama lima tahun sejak 2007 tanpa berputus asa.

“Baru-baru ini saya dapat tahu lelaki berkenaan turut membuka salun di kawasan sama, malah mengambil empat pekerja warga Afrika dipercayai tiada permit bagi bekerja sebagai tukang gunting rambut,” katanya.

Katanya, kehidupannya tidak tenteram sejak kejadian itu, malah tayar keretanya pernah ditoreh menyebabkan dia nyaris mengalami kecederaan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas tiba-tiba tayarnya pancit di tengah jalan.

“Malah, anak saya juga pernah dikacau rakan suspek menyebabkan saya tidak berani pergi ke mana-mana.

“Konco lelaki berkenaan juga sering lalu di depan kedai menyebabkan kami sekeluarga ketakutan,” katanya.

Menurutnya, November lalu, suaminya turut diserang lelaki berkenaan sehingga cedera di hidung akibat ditumbuk.

“Pada mulanya lelaki itu dan suami saya hanya bertengkar sebelum bertukar menjadi ganas apabila suspek tidak berpuas hati dan menumbuk muka suami dua kali.

“Saya yang bimbang dengan keselamatan kami sekeluarga kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras,” katanya.


193,739 kerja kosong



WALAUPUN kadar pengangguran negara sehingga Disember tahun lalu membabitkan kira-kira 391,200 orang atau 3.2 peratus daripada tenaga buruh berjumlah 12,059,700 orang di negara ini, kadar di bawah empat peratus itu dianggap wujud keadaan guna tenaga penuh.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sehingga Februari lalu, jumlah kerja kosong ditawarkan melalui portal JobsMalaysia ialah 193,739 membabitkan 3,844 tawaran sektor awam dan 189,895 dari sektor swasta.

No comments:

Post a Comment