Saturday, April 28, 2012

NAK SOLAT ISTIKHARAH CAMNA...CERAI DULU...ELAKKAN DAYUS...RUJUK SEMULA JIKA BERTAUBAT...SELEPAS SOLAT ISTIKHARAH...ITU JIKA KEPUTUSAN POSITIF...HUKUM ALLAH MEREKA PERLU DIREJAM SAMPAI MATI SEBAGAI IKTIBAR...BAPA MENTUA PATUT SUDAH DIREJAM..ISTERI DIROTAN 100X...SEBAB BERZINA SEMASA BELAJAR...

Warga emas tembak pencuri

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.
RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat lelaki yang cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields, di sini, bukan saja gagal, tetapi bernasib malang apabila seorang rakan mereka mati ditembak penghuni rumah berkenaan yang berusia 60 tahun, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek memecah masuk rumah mangsa sebelum disedari mangsa yang juga ahli perniagaan yang memiliki lesen senjata api apabila terdengar bunyi bising.

“Mangsa memeriksa bunyi bising itu dan sebaik terserempak kumpulan penyamun yang bertopeng terbabit, dia melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai seorang daripada suspek.
“Bagaimanapun, tiga lagi suspek yang terperanjat dengan tindakan itu melarikan diri dan polis kini giat memburu mereka,” katanya.

Katanya, penjenayah yang ditembak mati itu dikenali sebagai Adhitia, 37, yang berasal dari Jakarta, Indonesia, berdasarkan pasport yang ditemui bersama lelaki terbabit.

“Siasatan awal berdasarkan keterangan mangsa, kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk rumah menggunakan pemutar skru dan bersenjatakan celoret untuk menyamun mangsa.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan polis giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri,” katanya.

1. RAMPAS...barang milik penjenayah yang ditembak mati seorang warga emas ketika rumahnya cuba disamun.
2. MAUT...penjenayah warga Indonesia yang maut ditembak ketika cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields di sini pagi, semalam.

Suami hutang along ugut jual anak

KUALA LUMPUR: Bukan saja disepak terajang, seorang wanita berusia 25 tahun turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Cheras, di sini, Ahad lalu.
Lebih membimbangkan apabila suami mangsa berusia lewat 20-an itu turut mendakwa mahu menculik dan menjual dua anak mereka bagi melunaskan bayaran pinjamannya kepada along.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suami mangsa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel isterinya yang dirakam ketika bersama jika mangsa tidak memberinya wang.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, suami mangsa yang berada dalam keadaan marah meminta wang daripada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak mempunyai wang menyebabkannya ditumbuk dan diterajang.

“Biarpun dirayu, suami mangsa memukul dan memaksanya menyerahkan wang,” katanya.

Menurut sumber, mangsa yang bertegas tidak mempunyai wang menyebabkan suaminya mengugutnya.

“Lelaki terbabit mendakwa mahu membunuh mangsa, malah akan menjual dua anak mereka bagi melunaskan pinjaman along,” katanya.
Katanya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suaminya sekali lagi mendakwa mahu menyebarkan rakaman video dan gambar bogel mangsa ketika mandi dan bersama dengannya.

“Tersentak dengan ugutan berkenaan, mangsa merayu suaminya itu sebelum diberi tempoh seminggu untuk menyediakan wang.

“Suami mangsa meninggalkan rumah sebelum mangsa menghubungi keluarganya untuk dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Siasat mayat dalam ladang



KUALA SELANGOR: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang dibakar dalam ladang kelapa sawit di Batu 28, Jalan Ijok-Kuala Selangor, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, polis percaya lelaki yang ditemui dengan mulut dilekat pita pelekat adalah rakyat tempatan berdasarkan penemuan tanda BCG pada bahu mangsa.

Katanya, kes itu bermotifkan jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi mengecam mayat berkenaan.

“Mayat mangsa masih ditempatkan di Hospital Tanjung Karang (HTK) kerana belum dituntut waris,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Laku solat istikharah

KUALA LUMPUR: “Masalah ini rumit. Saya nasihatkan suami wanita itu (Azmir) melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk daripada Allah sama ada meneruskan perkahwinannya atau sebaliknya,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.
Menurutnya, tidak salah untuk Azmir meneruskan hubungan suami isteri dengan syarat isterinya itu perlu berjanji untuk berubah.

Beliau berkata, umum mengetahui perbuatan zina dengan ayah mentua yang juga mahram adalah satu dosa besar dan dalam Islam hukuman terhadap kesalahan itu sangat berat.
Bagaimanapun, katanya, Azmir sebaik-baiknya perlu tetap menjaga hubungan dengan ayahnya, biarpun ayahnya jelas melakukan kesalahan besar.

“Walaupun bapanya sudah melakukan kesalahan yang amat berat, hubungan bapa dan anak tetap perlu dijaga kerana ia tidak boleh putus sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi.

Mengaku cintai bapa mentua



KUALA LUMPUR: “Saya akui, memang saya ada hubungan sulit dengan ayah mentua,” kata Zura, 25, isteri Azmir, 30, ketika ditemui Harian Metro, di sini, sebelum memberi penjelasan bagaimana hubungan ‘Keluarga 69’ itu boleh berlaku.
Menurutnya, dia mengenali ayah mentuanya sejak menuntut di universiti pada 2009, malah mereka pernah terlanjur lebih 10 kali, biarpun dia tahu lelaki itu sudah berkeluarga.

Malah, kata Zura, hasil perhubungan intim itu, sepanjang pengajiannya di universiti, semua perbelanjaan termasuk kos sara diri ditanggung lelaki terbabit mengakibatkan dia berasa terhutang budi.
“Pada mulanya, hubungan kami sekadar sebagai seorang anak dan ayah, namun semuanya berubah apabila bibit cinta mula berputik.

“Saya bukan berasal daripada keluarga senang. Ibu bapa saya menanggung adik-adik lain yang masih bersekolah, jadi perbelanjaan di universiti agak terhad. Pernah satu ketika saya terlintas untuk menamatkan pengajian akibat tekanan kewangan yang sangat hebat,” katanya.

Zura berkata, tanpa dirancang dia berkenalan dengan Azmir yang mempunyai keperibadian lelaki diidamkan tanpa mengetahui lelaki itu anak ‘kekasih gelap’nya.

“Pada mulanya saya mahu memutuskan hubungan dengan Azmir, namun ayahnya yang juga kekasih gelap saya membantah. Katanya, biar hubungan saya dengannya terus menjadi rahsia berikutan dia sudah berkeluarga.

“Malah, ketika itu, ayah mentua saya secara tidak langsung menggalakkan saya berkahwin dengan anaknya kerana dengan cara itu kami berdua dapat lebih sering bertemu,” katanya.

Tak salah serang

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Dari segi perundangan, antara kesalahan seseorang boleh dilanjutkan hak mempertahankan diri walaupun membawa kematian penyerangnya adalah kes rogol,” kata penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim.
Kamal Affendi berkata, perlanjutan hak itu termaktub di bawah Seksyen 100 Kanun Keseksaan dan perbuatan dilakukan individu menjadi mangsa rogol bertindak terhadap penyerangnya berdasarkan lunas undang-undang.

“Tidak ada kesalahan padanya, jika siasatan mendapati tindakannya menyerang. Jika tidak mempertahankan diri, kemungkinan mangsa akan berdepan kematian. Maka wanita itu (mangsa) tidak berhadapan dengan komplikasi undang-undang.
“Lain kes yang membolehkan seseorang itu menjalankan tindakan di bawah Seksyen 100 KK termasuk serangan bertujuan meliwat, serangan dengan niat menculik atau melarikan orang, serangan boleh menyebabkan kematian serta-merta atau cedera parah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai tindakan seorang lelaki yang menerima balasan segera apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.

Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
Suspek turut bertindak ganas dengan memijak kemaluan mangsa beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan, rayuan mangsa supaya tidak dikasari.

Mengulas lanjut mengenai tindakan dilakukan mangsa dalam kes itu, Kamal Affendi berkata, walaupun tidak menyokong tindakan drastik itu, jika itu pilihan yang ada ketika itu, maka ia adalah wajar.

“Untuk menghentikan pergelutan yang berlaku, tindakan drastik wanita itu menggunakan parang ketika berpeluang bertindak sedemikian adalah baik untuk mengelak dirinya menerima ancaman yang membawa maut.

“Tidak ada satu kaedah wajib bagaimana bertindak jika berdepan keadaan seperti ini. Kebanyakan orang bercakap soal pencegahan, tetapi lupa satu bab pencelahan,” katanya.

Menurutnya dalam bengkel intervensi dilaksanakannya, jika seseorang wanita berdepan keadaan seperti itu, maka adalah lebih baik mereka bertindak sedemikian dan itupun jika tiada pilihan lain di depan mata.

“Kebanyakan orang berpendapat, belajar sukan tempur dan mempertahankan diri perlu cekap bertindak terutama dalam kecemasan dan sebenarnya tidak.

“Seni pertahankan diri ini ada ruang masa dan peraturan ditetapkan dan seni ini pertahan diri dan kecekapan bertindak,” katanya.

Polis siasat latar belakang pengawal



ALOR SETAR: Latar belakang anggota polis yang bertugas sebagai pengawal istana di negeri ini akan disemak semula bagi memastikan mereka mampu memikul tanggungjawab dan berkelayakan selain mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan kejadian tembak yang mengorbankan seorang pengawal istana akibat ditembak rakan setugas, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa Konstabel Mohamad Sobri Md Sidek, 22, yang berasal dari Melaka, mati di tepi pintu pagar Istana Anak Bukit akibat cedera parah di kepala dan badan selepas ditembak oleh suspek berusia 25 tahun.
Suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki keretanya, namun ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, kira-kira jam 9 malam.

Selain itu, Ahmad berkata, keadaan keselamatan dalam istana adalah terkawal dan kejadian yang menimpa anggotanya yang juga pengawal istana itu adalah satu kejadian yang tidak diduga.

“Kami tidak boleh memandang ringan perkara ini. Apa yang sudah terjadi harus dijadikan iktibar dalam kita meningkatkan mutu perkhidmatan dan memantapkan sistem sedia ada,” katanya.

Jenazah anak lemas ditemui terapung

KOTA SAMARAHAN: Mayat Muhammad Khairul Azhar, 10, kanak-kanak yang lemas ketika mandi di Sungai Sabang, petang Rabu lalu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 50 kilometer dari lokasi kejadian, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terapung tidak jauh dari tempat kejadian, kira-kira jam 9.50 pagi.

Pegawai JPAM Kota Samarahan, Kapten Ahmad Shahfikri Darus berkata, mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang bersama-sama menyertai operasi itu sejak malam hari kejadian.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Kampung Melayu bagi dikenal pasti ahli keluarga yang kemudian mengesahkan identitinya.

“Atas permintaan keluarga, jenazah mangsa tidak dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, sebaliknya dibawa pulang ke rumahnya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan petang tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Rabu lalu, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu itu lemas ketika mandi bersama lapan rakannya di sungai terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Rakan mangsa gagal menyelamatkannya berikutan mereka tidak pandai berenang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa yang kemudian melaporkannya kepada JPAM dan polis.

Seramai 15 anggota terbabit dalam operasi yang bermula sejak jam 8 pagi kelmarin dan berakhir kira-kira jam 10 pagi semalam sebaik mayat mangsa ditemui.

Ibu sempat beri nasihat

ALOR SETAR: “Arwah sempat menghubungi saya kira-kira jam 3 petang semalam (kelmarin) sebelum dia masuk bertugas. Kami hanya sempat berbual beberapa minit, namun sepanjang perbualan tiada apa yang pelik.
“Dalam perbualan itu, saya menasihatinya supaya sentiasa amanah dalam melaksanakan tugas dan bekerja bersungguh-sungguh selain menjaga diri,” kata Mayah Ibrahim, 55, ibu kepada Mohamad Sobri Md Sidek, 22, pengawal Istana Anak Bukit yang ditembak mati rakan setugasnya, petang kelmarin.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa anaknya itu menerusi panggilan telefon ketika ingin menunaikan solat Maghrib di rumahnya di Kampung Air Pasir, Machap, Melaka.
Katanya, ketika menerima berita itu, dia tidak mampu berkata apa-apa kerana sangat terkejut terhadap kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik berkenaan berikutan sebelum itu dia tidak pernah menceritakan sebarang masalah di tempat kerja.

“Saya terkedu. Ibarat mimpi kerana petang itu arwah baru saja menghubungi dan berbual seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang tingkah laku ganjil,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mayah berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah pada Disember lalu dan sejak dari itu, mereka hanya berhubung melalui telefon saja berikutan kesibukan jadual kerja anaknya.

“Saya bersama keluarga menerima apa yang sudah terjadi sebagai ketentuan Tuhan dan reda terhadap insiden yang menimpa Mohamad Sobri,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut meluangkan kira-kira 15 minit di pekarangan Jabatan Forensik, HSB berjumpa dengan keluarga mangsa.
Sementara itu, jenazah arwah yang tiba di pekarangan rumahnya kira-kira jam 7.15 malam disambut pilu ahli keluarga termasuk ibunya.

Jenazah yang tiba dari Alor Setar ke Batu Berendam disembahyangkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ayer Pasir di sini, selepas Isyak.

No comments:

Post a Comment